Jadilah Beriman, Bukan Tidak Beriman
Kita harus dengan sedar mengambil waktu setiap hari untuk putuskan sambungan dengan dunia dan bersambung dengan syurga.
Tidak lama dahulu saya bangun dan bersedia untuk belajar tulisan suci. Saya mengambil telefon pintar dan duduk di kerusi sebelah katil saya, dengan niat untuk membuka app Gospel Library. Saya membuka telefon dan ingin mula belajar apabila saya nampak setengah dozen notifikasi untuk mesej teks dan e-mel yang datang pada waktu malam. Saya berfikir, “Saya akan membaca mesej dengan cepat, kemudian saya akan belajar tulisan suci.” Tetapi, dua jam kemudian saya masih membaca mesej teks, e-mel, berita ringkas dan post media sosial. Apabila saya sedar waktu ketika itu, saya bergegas untuk bersedia bagi hari tersebut. Pagi itu, saya tidak dapat belajar tulisan suci, dan akibatnya saya tidak dapat khasiat rohani yang saya harapkan.
Khasiat Rohani
Saya pasti ramai di kalangan anda pernah merasai ini. Teknologi moden memberkati kita dengan pelbagai cara. Ia menghubungkan kita dengan kawan dan keluarga, dengan informasi dan berita semasa tentang apa yang terjadi di seluruh dunia. Walau bagaimanapun ia boleh mengganggu kita daripada hubungan yang paling penting, iaitu hubungan kita dengan syurga.
Saya mengulangi apa yang dikatakan nabi kita, Presiden Russel M. Nelson, dia berkata: “Kita hidup di dunia yang rumit dan peningkatan perselisihan. Ketersediaan media sosial yang berlangsungan dan kitaran berita 24 jam menghujani kita dengan mesej-mesej yang tidak henti-henti. Sekiranya kira memiliki harapan untuk menapis suara-suara yang banyak dan falsafah-falsafah manusia yang menyerang kebenaran, kita harus belajar untuk menerima wahyu.
Presiden Russell M. Nelson memberi amaran, “Di hari-hari yang mendatang, ia akan menjadi mustahil untuk bertahan secara rohani tanpa bimbingan, arahan, galakan, dan pengaruh yang tetap daripada Roh Kudus.”1
Bertahun dahulu, Presiden Boyd K Packer menceritakan tentang satu kawanan rusa yang terperangkap di luar kawasan habitat mereka disebabkan salji turun yang lebat dan mungkin menghadapi kelaparan. Beberapa orang yang baik, dalam cubaan untuk menyelamatkan rusa tersebut, meletakkan beberapa jumlah rumput kering di keliling kawasan tersebut—ia bukan makan yang rusa biasanya makan, tetapi orang-orang itu berharap ia mungkin dapat menolong rusa sehingga musim sejuk habis. Malangnya, kebanyakan rusa ditemui mati. Mereka makan rumput kering tersebut tetapi ia tidak memberi mereka khasiat maka mereka mati kebuluran dengan perut penuh2
Banyak mesej yang menghentam kita dalam zaman informasi ini adalah kesamaan rohani seperti memberi makanan rumput kering kepada rusa—kita boleh makan rumput itu sepanjang hari tetapi ia tidak akan memberi kita khasiat.
Di mana kita dapat mencari khasiat rohani sebenar? Selalunya, ia tidak trending di media sosial Kita menemuinya apabila “[kita] menekan ke hadapan” di atas jalan perjanjian, “senantiasa memegang kuat kepada batang besi” dan mengambil buah pokok kehidupan.3 Ini bererti kita harus dengan sedar mengambil waktu setiap hari untuk putuskan sambungan dengan dunia dan bersambung dengan syurga.
Dalam mimpinya, Lehi nampak orang yang makan buah tersebut dan kemudian mereka meninggalkannya kerana pengaruh kuat daripada bangunan besar dan lapang, iaitu keangkuhan dunia.4 Ia boleh terjadi bagi orang muda yang dibesarkan di dalam rumah Orang Suci Zaman Akhir, yang menghadiri setiap mesyuarat Gereja dan kelas, dan juga mengambil bahagian dalam tatacara bait suci dan kemudiannya jalan ke “jalan-jalan terlarang dan menjadi sesat.”5 Mengapa ini berlaku? Dalam kebanyakan kes ia adalah kerana walaupun mereka telah melakukan hal-hal rohani, mereka tidak benar-benar bertukar hati. Mereka diberi makanan tetapi tidak diberi khasiat.
Sebaliknya, saya telah bertemu dengan ramai di antara anda Orang Suci Zaman Akhir muda yang kuat, bijak dan beriman. Anda tahu bahawa anda anak Tuhan dan Dia mempunyai sesuatu kerja untuk anda lakukan. Anda menyayangi Tuhan dengan “sepenuh hati, daya, fikiran dan kekuatanmu.”6 Anda mematuhi perjanjian anda dan melayani orang ramai, bermula di rumah. Anda mula dengan menggunakan iman, bertaubat dan memperbaiki setiap hari, dan alami kegembiraan bertahan. Anda mempersiapkan diri untuk berkat bait suci dan peluang lain yang anda akan ada sebagai pengikut sebenar Yesus Kristus. Dan anda menolong menyediakan dunia untuk Kedatangan Kedua, menjemput orang lain untuk datang kepada Kristus dan menerima berkat penebusan-Nya. Anda disambungkan dengan syurga.
Ya, anda menghadapi cabaran. Tetapi sama juga dengan setiap generasi. Ini adalah zaman kita, dan kita mesti beriman dan bukan tidak beriman. Saya memberi kesaksian bahawa Tuhan tahu cabaran anda, dan melalui pimpinan Presiden Nelson, Dia menyediakan kita untuk mereka. Saya percaya bahawa arahan nabi baru-baru ini untuk gereja berpusat di rumah, disokong dengan apa yang kita buat di dalam bangunan kita7 telah direka bentuk untuk kita bertahan—malah berkembang maju—dalam zaman malnutrisi rohani ini.
Berpusat di Rumah
Apa maksudnya untuk menjadi gereja berpusat di rumah? Rumah boleh nampak amat berlainan di seluruh dunia. Anda mungkin memiliki sebuah keluarga yang telah berada dalam Gereja untuk beberapa generasi. Atau mungkin anda hanya seorang ahli Gereja dalam keluarga anda. Anda mungkin sudah kahwin atau bujang, dengan atau tanpa kanak-kanak di rumah.
Walau apa pun keadaan anda, anda boleh membuat rumah anda pusat pembelajaran dan pengamalan injil. Ia hanya bermakna untuk mengambil tanggungjawab peribadi untuk penukaran hati dan pembesaran rohani anda. Ia bermakna mengikut nasihat Presiden Nelson untuk “membentuk semula rumah anda ke dalam tempat kudus beriman.”8
Musuh akan cuba untuk memujuk anda bahawa khasiat rohani tidak penting atau, lebih licik lagi, bahawa ia boleh tunggu. Dia adalah guru gangguan dan penulis pembuangan masa. Dia akan cuba untuk menarik perhatian anda daripada perkara yang nampak penting, tetapi realitinya ia tidak penting. Dia akan membuat anda begitu “khuatir akan banyak perkara” yang kamu akan mengabaikan “hanya satu yang mustahak.”9
Betapa bersyukur saya kepada “ibu bapa yang baik”,10 yang telah membesarkan keluarga mereka dalam rumah yang sentiasa dipenuhi dengan khasiat rohani, hubungan kasih sayang, dan aktiviti rekreasi yang sihat. Ajaran-ajaran yang mereka telah ajarkan kepada saya telah memegang saya dengan baik. Ibu bapa, tolong bina hubungan kuat dengan kanak-kanak anda. Mereka memerlukan lebih masa anda, bukan kurang.
Disokong oleh Gereja
Apabila anda melakukannya, Gereja akan menyokong anda.. Pengalaman kita di gereja boleh mengukuhkan khasiat rohani yang berlaku di rumah. Sepanjang tahun ini, kita telah melihat sokongan Gereja seperti ini dalam Sekolah Minggu dan Sekolah Primer. Kita akan melihat sokongan ini dalam pertemuan Imamat Harun dan Remaja Puteri. Bermula Januari ini, kurikulum untuk pertemuan-pertemuan ini akan dilaraskan sedikit. Ia akan fokus kepada topik injil yang relevan, tetapi topiknya akan selari dengan Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga. Ini ialah perubahan kecil, tetapi ia boleh memberi kesan yang besar ke atas khasiat rohani remaja.
Sokongan lain apakah yang Gereja tawarkan? Kita menerima sakramen di Gereja, yang menolong kita untuk membina semula komitmen kita dengan Juruselamat setiap minggu. Dan di Gereja kita berkumpul dengan mereka yang percaya dan yang membuat komitmen yang sama. Hubungan kasih sayang yang kita bina dengan pengikut Yesus Kristus boleh menjadi sokongan kita dalam penganutan yang berpusat di rumah.
Semasa saya 14 tahun, keluarga saya berpindah ke kawasan baru. Ini mungkin tidak kelihatan seperti satu tragedi bagi anda, tetapi pada masa itu, ia sesuatu perkara yang besar bagi saya. Ia bermakna saya akan dikelilingi oleh orang yang saya tidak tahu. Ia bermakna semua remaja putera dalam bahagian saya akan menghadiri sekolah yang berlainan dengan saya. Dalam minda 14 tahun saya, saya berfikir, “Kenapa ibu bapa saya buat begini kepada saya?” Saya rasa seperti hidup saya telah musnah.
Walau bagaimanapun, melalui aktiviti Remaja Putera, saya dapat membina hubungan dengan ahli lain dalam kuorum saya, dan mereka menjadi kawan saya. Tambahan pula, ahli lembaga uskup dan penasihat Imamat Harun mula mengambil perhatian khusus dalam hidup saya. Mereka menghadiri acara sukan saya. Mereka menulis nota yang menggalakkan yang saya simpan sehingga hari ini. Mereka terus berhubung dengan saya selepas saya ke kolej dan apabila saya pergi melayani misi. Salah satu daripada mereka berada di lapangan terbang apabila saya pulang ke rumah. Saya akan selalu berterima kasih selamanya kepada saudara baik ini dan kasih sayang dan harapan mereka. Mereka mengarah saya kepada syurga, dan hidup menjadi terang, gembira dan bahagia.
Bagaimana kita sebagai pemimpin dan ibu bapa, menolong para remaja untuk ketahui bahawa mereka tidak berjalan seorang diri dalam laluan perjanjian? Selain membina hubungan individu, kita menjemput mereka kepada perjumpaan besar dan kecil—daripada persidangan Untuk Kekuatan Remaja (FSY) dan kem remaja serta aktiviti mingguan kuorum dan aktiviti kelas. Jangan memandang rendah kekuatan yang datang daripada berdiri bersama orang lain yang juga cuba untuk menjadi kuat. Uskup dan pemimpin lain, tolong fokus untuk memberi khasiat kepada kanak-kanak dan remaja dalam bahagian anda. Mereka memerlukan lebih masa anda, bukan kurang.
Sama ada anda seorang pemimpin, seorang jiran, seorang ahli kuorum atau seorang ahli Orang Suci yang soleh, jika anda mempunyai peluang untuk menyentuh hidup seorang muda, tolong dia berhubung dengan syurga. Pengaruh anda mungkin adalah “sokongan Gereja” yang orang muda perlukan.
Saudara dan saudari, saya bersaksi bahawa Yesus Kristus ialah pemimpin Gereja ini. Dia mengilhami pemimpin kita dan mengarah kita kepada khasiat rohani yang kita perlu untuk hidup dan membesar dalam zaman akhir. Khasiat rohani itu akan menolong kita untuk menjadi beriman dan bukan tidak beriman. Dalam nama Yesus Kristus, amin.