2010–2019
Buah
Persidangan Umum Oktober 2019


2:3

Buah

Tetaplah mata dan hati anda tertumpu kepada Juruselamat Yesus Kristus dan sukacita abadi yang hanya datang melalui Dia.

Saya tahu apa yang anda fikirkan! Hanya satu lagi pembicara dan kita akan dengar daripada Presiden Nelson. Harap dapat memastikan anda berjaga selama beberapa minit sementara kita menanti nabi yang terkasih, saya telah memilih topik yang sangat menarik: subjek saya adalah buah.

Buah

Dengan warna, tekstur, dan kemanisan buah beri, pisang, tembikai, dan mangga, atau buah-buahan yang lebih eksotik seperti kiwano atau delima, buah-buahan telah lama menjadi hidangan istimewa.

Semasa pelayanan duniawi-Nya, Juruselamat membandingkan buah yang baik dengan hal-hal yang bernilai abadi. Dia berfirman, “Kamu akan mengenal mereka melalui hasil perbuatan mereka.”1 “Pokok yang subur menghasilkan buah yang baik.”2 Dia menggalakkan kita untuk mengumpulkan “hasil untuk hidup abadi.”3

Dalam mimpi jelas yang kita semua ketahui dalam Kitab Mormon, nabi Lehi mendapati dirinya berada di “padang belantara yang gelap dan suram.” Terdapat air kotor, kabut kegelapan, jalan-jalan pelik, dan jalan-jalan terlarang, serta batang besi4 di sepanjang lorong sempit dan kecil yang membawa kepada pokok yang indah dengan “buah [yang menjadikan] seseorang gembira”. Mengisahkan kembali mimpi tersebut, Lehi berkata: “Aku … makan buahnya; … ianya paling manis, melebihi segala lain yang pernah aku rasai. … [Dan] ia memenuhi jiwaku dengan kebahagiaan yang tersangat besar.” Buah ini “[lebih] dihasrati [berbanding] segala buah yang lain.”5

Pokok kehidupan dan buahnya yang sedap

Makna Pokok dan Buah

Apakah yang pokok dan buahnya yang berharga melambangkan? Ia melambangkan “kasih Tuhan”6 dan memaklumkan rancangan penebusan Bapa Syurgawi kita yang menakjubkan. “Tuhan sangat mengasihi orang di dunia ini sehingga Dia memberikan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada Anak itu tidak binasa tetapi beroleh hidup sejati dan abadi.”7

Buah berharga ini melambangkan rahmat-rahmat yang menakjubkan dari korban tebusan Juruselamat yang tidak dapat terbanding. Bukan sahaja kita akan hidup semula setelah kematian kita, tetapi melalui iman kita kepada Yesus Kristus, pertaubatan kita, dan kita mematuhi perintah-perintah, kita dapat diampuni dosa-dosa kita dan pada suatu hari berdiri bersih dan suci di hadapan Bapa kita dan Putera-Nya.

Memakan buah dari pokok itu juga melambangkan kita memeluk tatacara dan perjanjian dari injil yang dipulihkan—dibaptiskan, menerima kurnia Roh Kudus, dan memasuki rumah Tuhan untuk dianugerahi dengan kuasa dari atas. Melalui rahmat Yesus Kristus dan dengan menghormati perjanjian kita, kita menerima janji yang tidak terukur dengan tinggal bersama keluarga kita yang soleh untuk keabadian.8

Tidak menghairankan ketika malaikat menggambarkan buah itu sebagai “yang paling membahagiakan kepada jiwa.”9 Ia sememangnya benar!

Cabaran untuk Tetap Setia

Seperti yang telah kita pelajari, walaupun setelah menikmati buah berharga dari injil yang dipulihkan, tetap setia dan beriman kepada Tuhan Yesus Kristus masih tidak mudah dilakukan. Seperti yang telah dikatakan berkali dalam persidangan ini, kita terus menghadapi gangguan dan penipuan, kekeliruan dan kekecohan, penolakan dan godaan yang cuba menarik hati kita dari Juruselamat dan sukacita dan keindahan yang kita alami dalam mengikuti Dia.

Kerana kesusahan ini, mimpi Lehi juga membawa amaran! Di seberang sungai itu terdapat sebuah bangunan besar dan lapang dengan orang-orang dari segala usia menuding jari mereka, mengejek, dan mencemuh pengikut Yesus Kristus yang soleh.

Orang-orang di dalam bangunan itu mengejek dan ketawakan mereka yang mematuhi perintah-perintah, dengan harapan untuk mencemarkan dan menafikan iman mereka terhadap Yesus Kristus dan injil-Nya. Dan kerana serangan lisan dan penghinaan dilontarkan pada orang-orang yang percaya, beberapa orang yang telah merasakan buah mula merasa malu dengan injil yang mereka telah memeluk. Kegembiraan palsu dunia menggoda mereka; mereka berpaling dari pokok dan dari buahnya dan dalam kata-kata tulisan suci, “[jatuh] ke dalam jalan-jalan terlarang dan menjadi sesat.”10

Di dunia kita hari ini, kru pembinaan musuh telah bekerja lebih masa, dengan cepat membesarkan bangunan besar dan lapang. Perkembangan itu telah tersebar di seberang sungai, dengan harapan untuk menyelubungi rumah kita, sementara penuding dan cemuhan meraung siang dan malam di internet telefon mereka.11

Presiden Nelson menjelaskan, “Musuh sedang mengembangkan usaha dia untuk mengganggu kesaksian dan menghalangi kerja Tuhan.”12 Marilah kita mengingati kata-kata Lehi: “Kami tidak menghiraukan mereka.”13

Walaupun kita tidak perlu takut, kita mesti berjaga. Kadang-kadang, hal-hal kecil boleh merosakkan keseimbangan rohani kita. Tolong jangan biarkan soalan-soalan anda, penghinaan orang lain, rakan-rakan yang tidak percaya, atau kesilapan yang tidak diingini dan kekecewaan memalingkan anda dari berkat manis, murni, dan yang menyenangkan jiwa yang datang dari buah berharga dari pokok itu. Tetaplah mata dan hati anda tertumpu kepada Juruselamat Yesus Kristus dan kegembiraan abadi yang hanya datang melalui Dia.

Iman Jason Hall

Pada bulan Jun, saya dan isteri saya, Kathy, menghadiri pengebumian Jason Hall. Pada masa dia meninggal, dia berusia 48 tahun dan melayani sebagai seorang presiden kuorum penatua.

Ini adalah kata-kata Jason tentang peristiwa yang mengubah hidupnya:

“[Pada usia 15] saya [mengalami] kemalangan menyelam. … Leher saya patah dan lumpuh dari bahagian dada hingga ke bawah. Saya hilang kawalan sepenuhnya pada kaki saya dan boleh mengawal separa lengan saya. Saya tidak lagi boleh berjalan, berdiri, … atau menyuapi diri saya. Saya nyaris tidak boleh bernafas atau bercakap .”14

“‘Bapa [di Syurga],’ saya merayu, ‘jika saya hanya boleh mempunyai tangan saya, saya tahu saya boleh melakukannya. Tolong, Bapa, tolonglah. …

“… ‘Ambilah kaki saya, Bapa; saya hanya [doakan] agar saya boleh menggunakan tangan saya.’”15

Tangan Jason tidak pernah pulih. Bolehkah anda mendengar suara-suara dari bangunan besar dan lapang itu? “Jason Hall, Tuhan tidak mendengar doa-doa anda! Jika Tuhan adalah Tuhan yang penuh kasih, mengapakah Dia membiarkan kamu begini? Mengapa beriman terhadap Kristus?” Jason Hall dengar suara-suara mereka tetapi dia tidak menghiraukannya. Sebaliknya dia menjamu buah di pokok tersebut. Imannya terhadap Yesus Kristus menjadi tidak tergoyah. Dia lulus dari universiti dan mengahwini Kolette Coleman di bait suci, menggambarkannya sebagai cinta hati dia.16 Selepas 16 tahun perkahwinan, satu lagi mukjizat, anak lelaki mereka, Coleman, telah lahir.

Jason dan Kolette Hall
Keluarga Hall

Bagaimanakah mereka mengembangkan iman mereka? Kolette menjelaskan: “Kami percaya kepada rancangan Tuhan. Dan ia memberi kami harapan. Kami tahu bahawa Jason akan [di suatu masa] akan disembuhkan. … Kami tahu bahawa Tuhan menyediakan kami seorang Juruselamat, dengan korban tebusan-Nya membolehkan kami untuk terus maju ketika kami ingin putus asa.”17

Coleman Hall

Bercakap di pengebumian Jason, Coleman yang berusia 10 tahun berkata ayahnya mengajarnya “Bapa Syurgawi mempunyai rancangan untuk kita, bahawa kehidupan bumi menyeronokkan, dan kita akan hidup dalam berkeluarga. … Tetapi … kita perlu melalui hal-hal yang sukar dan kita akan melakukan kesilapan.”

Coleman meneruskan: “Bapa Syurgawi mengutus Putera-Nya, Yesus, ke bumi. Pekerjaan-Nya adalah untuk menjadi sempurna. Untuk menyembuhkan orang-orang. Untuk mengasihi mereka. Dan kemudian untuk menderita untuk semua kesakitan, kesedihan, dan dosa-dosa kita. Kemudian Dia mati untuk kita.” Coleman menambah, “Kerana Dia telah melakukan ini, Yesus tahu perasaan saya sekarang.

“Tiga hari selepas Yesus meninggal, Dia … bangkit semula, dengan tubuh-Nya yang sempurna. Ini penting bagi saya kerana saya tahu … tubuh [ayah] saya akan menjadi sempurna dan kami akan bersama sebagai sebuah keluarga.”

Keluarga Hall

Coleman menyimpulkan: “Setiap malam sejak saya masih bayi, ayah saya berkata kepada saya, ‘Ayah sayangi kamu, Bapa Syurgawi mengasihi kamu, dan kamu adalah anak yang baik.’”18

Sukacita Datang Kerana Yesus Kristus

Presiden Russell M. Nelson menggambarkan mengapa keluarga Hall merasakan sukacita dan harapan. Dia berkata:

‘Sukacita yang kita rasai tidak berkait dengan situasi hidup kita tetapi berkait dengan fokus hidup kita.

“Apabila tumpuan hidup kita ialah di atas rancangan keselamatan Tuhan … Dan Yesus Kristus dan injil-Nya, kita akan dapat merasa sukacita tidak kira apa yang berlaku—atau tidak berlaku—dalam hidup kita. Sukacita datang dan wujud kerana Dia. Dialah sumber semua sukacita. …

“Jika kita memandang kepada dunia … , kita tidak akan mendapati sukacita. … [Sukacita] adalah hadiah yang datang dari cuba hidup dengan soleh, seperti yang diajar oleh Yesus Kristus.”19

Janji Jika Anda Kembali

Jika anda telah tanpa buah pokok untuk beberapa waktu, sila tahu bahawa lengan Juruselamat sentiasa terbuka kepada anda. Dia dengan penuh kasih menegur, Bertaubat dan datang kepada-Ku“.”20 Buah-Nya banyak dan sentiasa adalah musimnya. Ia tidak boleh dibeli dengan wang, dan tidak seorang pun yang sungguh-sungguh hasratkan itu akan dinafikan.21

Jika anda berhasrat untuk kembali ke pokok itu dan merasai buahnya sekali lagi, mulalah dengan berdoa kepada Bapa Syurgawi anda. Percaya kepada Yesus Kristus dan kuasa korban tebusan-Nya. Saya menjanjikan anda ketika anda melihat kepada Juruselamat “dalam setiap pemikiran,”22 buah pokok itu akan menjadi milik anda sekali lagi, sedap bagi anda, sukacita kepada jiwa anda, “kurnia yang paling agung daripada Tuhan.”23

Elder Andersen dan orang suci Portugal di pembaktian Bait suci Lisbon

Tiga minggu yang lalu, saya melihat sukacita buah Juruselamat dengan sepenuhnya apabila saya dan Kathy menghadiri pembaktian Bait Suci Lisbon Portugal. Kebenaran injil yang dipulihkan dibuka kepada Portugal pada tahun 1975 ketika kebebasan beragama menjadi tersedia. Ramai Orang Suci yang mulia yang mula-mula merasai buah sebelum adanya jemaah, sebelum adanya gereja, dan bait suci yang lebih dekat daripada 1,000 batu (1,600 km) bersukacita dengan kami bahawa buah berharga kini di rumah Tuhan di Lisbon, Portugal. Betapa saya menghormati dan menyanjungi para Orang Suci Zaman Akhir yang telah memelihara hati mereka pada Juruselamat.

Juruselamat berfirman, “Sesiapa yang tetap bersatu dengan Aku, dan Aku dengan dia, akan berbuah lebat; kerana tanpa Aku, kamu tidak dapat berbuat apa-apa.”24

Berucap pagi ini kepada para ahli Gereja di seluruh dunia, Presiden Nelson berkata, “Saudara-saudari yang terkasih, anda hidup sebagai teladan dari buah-buah yang berasal dari mengikuti ajaran Yesus Kristus.” Dia kemudian menambah: “Saya mengucapkan terima kasih! Saya mengasihi anda!”25

Kami mengasihi anda, Presiden Nelson.

Saya adalah saksi mata kepada kuasa wahyu yang berada atas Presiden terkasih kita. Dia adalah nabi Tuhan. Seperti Lehi zaman dahulu, Presiden Russell M. Nelson menegur kita dan semua keluarga Tuhan untuk datang dan memakan buah dari pokok tersebut. Semoga kita memiliki kerendahan hati dan kekuatan untuk mengikuti nasihatnya.

Saya dengan rendah hati bersaksi bahawa Yesus Kristus ialah Putera Tuhan. Kasih-Nya, kuasa-Nya, dan rahmat-Nya menjadikan semua hal-hal bernilai kekal. Saya bersaksi dalam nama Yesus Kristus, amin.

Nota

  1. Matius 7:16.

  2. Matius 7:17.

  3. Yohanes 4:36.

  4. Pada awal Januari 2007, semasa menyiapkan ucapan persidangan Brigham Young University sebagai ahli Presidensi Tujuh Puluh yang akan diberikan pada 4 Mac 2007, saya bertanya kepada Elder David A. Bednar apa yang persiapannya untuk 4 Februari 2007, disampai kepada khalayak yang sama. Saya terkejut ketika dia menjawab bahawa ucapannya adalah mengenai berpegang teguh pada batang besi. Ini tajuk sama yang saya pilih untuk ucapan saya. Selepas berkongsi teks kami dengan satu sama lain, kami menyedari bahawa pendekatan kami berbeza. Ucapannya, bertajuk “A Reservoir of Living Water,” menekankan batang besi, atau firman Tuhan, merangkumi tulisan suci. Dalam ucapannya, dia bertanya, “Adakah anda dan saya membaca, mengkaji, dan menyelidiki tulisan suci setiap hari dengan cara yang membolehkan kita berpegang teguh pada batang besi?” (speeches.byu.edu)

    Kemudian, seminggu selepas perbualan saya dengan Elder Bednar, Presiden Boyd K. Packer memberi ucapan di persidangan BYU yang bertajuk “Lehi’s Dream and You.” Presiden Packer menekankan batang besi sebagai wahyu dan inspirasi peribadi yang datang kepada kita melalui Roh Kudus. Dia berkata: “Jika anda berpegang kepada batang besi, anda boleh rasa jalan anda maju dengan kurnia Roh Kudus. … Genggam batang besi itu, dan jangan lepaskan. Melalui kuasa Roh Kudus, anda boleh rasa jalan anda melalui kehidupan” (Jan. 16, 2007, speeches.byu.edu).

    Subjek sayat, “Hold Fast to the Words of the Prophets,” pada Mac 2007 merupakan batang besi melambangkan firman nabi hidup (4 Mac 2007, speeches.byu.edu).

    Kaitan tiga ucapan ini bukanlah kebetulan. Tangan Tuhan sedang bekerja sebagai tiga ucapan, yang disediakan untuk pendengar yang sama, kenal pasti tiga aspek batang besi, atau firman Tuhan: (1) tulisan suci, atau kata-kata para nabi zaman dulu; (2) kata-kata nabi yang hidup; dan (3) kuasa Roh Kudus. Itu adalah pengalaman pembelajaran yang penting bagi saya.

  5. Lihat 1 Nefi 8:4–12.

  6. 1 Nefi 11:25.

  7. Yohanes 3:16.

  8. Lihat David A. Bednar, “Lehi’s Dream: Holding Fast to the Rod,” Liahona, Okt. 2011, 32–37.

  9. 1 Nefi 11:23.

  10. 1 Nefi 8:28.

  11. Lihat Boyd K. Packer, “Lehi’s Dream and You” (Brigham Young University devotional, Jan. 16, 2007), speeches.byu.edu.

  12. Russell M. Nelson, “Kita Dapat Melakukan Lebih Baik dan Menjadi Lebih Baik,” Liahona, Mei 2019, 68.

  13. 1 Nefi 8:33.

  14. Stephen Jason Hall, “The Gift of Home,” New Era, Dis. 1994, 12.

  15. Stephen Jason Hall, “Helping Hands,” New Era, Okt. 1995, 46, 47.

  16. Surat-menyurat peribadi kepada Elder Andersen dari Kolette Hall.

  17. Surat-menyurat peribadi kepada Elder Andersen dari Kolette Hall.

  18. Ucapan pengebumian oleh Coleman Hall, dikongsi bersama Elder Andersen oleh Kolette Hall.

  19. Russell M. Nelson, “Kebahagiaan dan Penakatan Rohani,” Liahona, Nov. 2016, 82, 84.

  20. 3 Nefi 21:6.

  21. Lihat 2 Nefi 26:25, 33.

  22. Ajaran dan Perjanjian 6:36.

  23. 1 Nefi 15:36.

  24. Yohanes 15:5.

  25. Russell M. Nelson, “Perintah Kedua Utama” Liahona, Nov. 2019, 100.