Selepas Percubaan Iman Kita
Apabila kita ikut suara dan jalan perjanjian Tuhan, Dia akan memperkukuhkan kita melalui percubaan kita.
Ketika saya seorang budak kecil, Frank Talley, seorang ahli Gereja yang baik hati hendak menolong keluarga saya terbang dari Puerto Rico ke Salt Lake City supaya kami boleh dimeteraikan dalam bait suci, tetapi rintangan mula muncul selepas itu. Salah seorang adik perempuan saya, Marivid, jatuh sakit. Dengan penuh bimbang, ibu bapa saya berdoa dan masih ditekan untuk membuatkan perjalanan itu. Mereka yakin bahawa jika mereka ikut dorongan Tuhan dengan beriman, keluarga kami akan dijaga dan diberkati—dan kami dijaga dan diberkati.
Tidak kira apa pun rintangan kita temu dalam kehidupan, kita boleh yakin bahawa Yesus Kristus akan sediakan satu jalan ke depan jika kita berjalan dengan beriman. Tuhan sudah janji bahawa semua yang mentaati perjanjian yang sudah mereka buat dengan Dia, akan menerima berkat-berkat yang Dia janjikan dalam tempoh masa-Nya. Elder Holland mengajar “Ada berkat yang datang awal, ada yang datang lambat, dan ada yang tidak datang sehingga di syurga; tetapi bagi mereka yang memegang kepada injil Yesus Kristus, berkat akan datang.”1
Moroni mengajar bahawa “iman adalah hal-hal yang diharapkan dan bukan dilihat; oleh itu, janganlah berselisih kerana kamu tidak melihat, kerana kamu tidak menerima kesaksian sehinggalah setelah pencubaan imanmu.”2
Soalan kita adalah, apakah cara yang paling baik untuk menghadapi percubaan kita?
Dalam ucapan awam pertama sebagai Presiden Gereja, Presiden Gereja Russell M. Nelson mengajar: “Sebagai satu Presidensi baru, kami hendak mula dengan matlamat terakhir. Untuk sebab ini, kami berucap kepada anda hari ini dari bait suci. Akhir yang setiap kita ingin mencapai adalah untuk dianugerahi dengan kuasa di dalam bait suci Tuhan, dimeterai sebagai keluarga, setia kepada perjanjian-perjanjian yang dibuat di dalam bait suci yang melayakkan kita untuk kurnia Tuhan yang paling besar—iaitu kehidupan abadi. Tatacara-tatacara bait suci dan perjanjian-perjanjian yang anda membuat di sana adalah sangat penting dalam memperkukuh kehidupan, perkahwinan, dan keluarga anda, dan kebolehan anda untuk menolak serangan si musuh. Penyembahan dan pelayanan anda di bait suci bagi nenek moyang anda akan memberkati anda dengan lebih wahyu peribadi dan kedamaian dan akan memperkukuh komitmen anda untuk kekal pada jalan perjanjian.”3
Apabila kita ikut suara dan jalan perjanjian Tuhan, Dia akan memperkukuhkan kita melalui percubaan kita.
Perjalanan keluarga kami ke bait suci bertahun-tahun lalu adalah susah, tetapi semasa kami mendekati bait suci Salt Lake City, ibu saya kata dengan penuh kebahagiaan dan iman, “Kita akan OK; Tuhan akan melindungi kita.” Kami dimeteraikan sebagai satu keluarga, dan adik perempuan saya sembuh. Ini hanya berlaku selepas percubaan iman ibu bapa saya dan mengikut dorongan Tuhan.
Teladan ibu bapa saya masih mempengaruhi kehidupan kami hari ini. Teladan mereka mengajar kami tentang sebab ajaran injil dan menolong kami memahami maksud, tujuan, dan berkat yang didatangkan oleh injil. Memahami sebab injil Yesus Kristus boleh menolong kita menghadapi percubaan dengan beriman.
Akhirnya, segala yang Tuhan jemput dan perintah kita lakukan ialah satu pertunjukan kasih sayang-Nya untuk kita dan hasrat-Nya untuk berikan kita berkat yang disimpan untuk orang yang beriman. Kita tidak boleh anggap bahawa anak-anak kita akan belajar untuk mengasihi injil secara bersendirian; ini ialah tanggungjawab kita untuk mengajar mereka. Apabila kita menolong anak-anak kita belajar untuk menggunakan hak pilihan dengan bijaksana, teladan kita boleh mengilhami mereka untuk membuat pilihan soleh secara diri sendiri. Iman mereka akan menolong anak-anak mereka untuk mengetahui kebenaran injil secara diri sendiri.
Remaja putera dan remaja puteri, dengarlah ucapan nabi kepada anda hari ini. Carikan kebenaran ilahi dan berusaha untuk memahami injil bagi diri anda. Presiden Nelson baru-baru ini menasihati: “Apakah kebijaksanaan yang anda kurang? … Ikuti teladan Nabi Joseph. Carikan satu tempat yang sunyi.… Rendahkan diri di hadapan Tuhan. Curahkan hati anda kepada Bapa Syurgawi. Paling kepada Dia untuk mendapat jawapan.”4 Apabila anda cari bimbingan daripada Bapa Syurgawi, dengarkan nasihat nabi hidup, dan meneliti teladan ibu bapa yang soleh, anda juga boleh menjadi satu rangkaian iman kuat dalam keluarga anda.
Kepada ibu bapa yang ada anak-anak yang sudah tinggalkan jalan perjanjian, kembali kepada mereka. Bantu mereka memahami kebenaran injil. Mula sekarang; ia tidak terlalu lewat.
Teladan kehidupan kita yang soleh boleh buat perbezaan yang besar. Presiden Nelson kata: “Sebagai Orang Suci Zaman Akhir, kita telah terbiasa memikirkan “gereja” sebagai sesuatu yang berlaku di tempat pertemuan kita, disokong oleh apa yang berlaku di rumah. Kita memerlukan perubahan untuk pola ini. Kini ialah masa untuk Gereja berpusat di rumah, disokong oleh apa yang berlaku dalam bangunan cabang, bahagian, dan pancang kita.”5
Tulisan suci mengajar, “Ajarilah anak cara hidup yang betul, maka sampai tua pun dia akan hidup demikian.”6
“Dan sekarang, sebagaimana kerana pengkhutbahan firman mempunyai kecenderungan besar untuk menuntun umat itu untuk melakukan apa yang adil—ya, itu telah mempunyai kesan yang lebih kuat pada fikiran orang daripada pedang, atau apa-apa pun yang lain, yang telah terjadi kepada mereka—oleh itu Alma berfikir adalah arif bahawa mereka patut menguji kuasa firman Tuhan.”7
Ada satu cerita tentang seorang wanita yang marah kerana anak lelakinya makan terlalu banyak gula. Walaupun sudah banyak kali dia suruh anaknya henti, anaknya terus makan banyak gula. Dengan perasaan hampa, dia membawa anaknya pergi jumpa seorang yang bijaksana yang anaknya hormati.
Dia mendekati orang bijaksana itu dan kata, “Tuan, anak saya makan terlalu banyak gula. Bolehkah kamu suruh dia untuk henti makan gula?”
Dia dengar dengan teliti, dan kata kepada anaknya, “Balik ke rumah dan datang ke sini selepas dua minggu.”
Wanita itu balik ke rumah bersama anaknya, tertanya-tanya mengapa dia tidak suruh anaknya untuk henti makan gula.
Dua minggu selepas itu, mereka kembali. Orang bijaksana itu pandang anak lelaki itu dan kata, “Adik, kamu harus henti makan terlalu banyak gula. Ini tidak sihat bagi kesihatan kamu.”
Budak itu angguk kepala dan janji bahawa dia tidak akan teruskan tabiat ini.
Ibu budak itu tanya, “Mengapa kamu tidak beritahu dia ini dua minggu lalu?”
Orang bijaksana itu senyum. “Dua minggu lalu saya juga masih makan terlalu banyak gula.”
Orang itu hidup dengan integriti yang begitu besar sehingga dia tahu nasihatnya hanya berkesan jika dia ikut nasihat diri sendiri.
Pengaruhan kita ke atas anak-anak kita lebih berkesan apabila mereka melihat kita berjalan pada jalan perjanjian dengan beriman. Nabi Yakub dari Kitab Mormon ialah teladan kesolehan ini. Anaknya Enos tulis tentang pengaruhan ajaran-ajaran bapanya:
“Aku, Enos, mengenal ayahku bahawa dia adalah orang yang soleh—kerana dia mengajar aku dalam bahasanya, dan juga dalam asuhan dan nasihat Tuhan—dan terpujilah nama Tuhanku oleh kerana itu. …
“ … Dan kata-kata yang telah sering aku dengar ayahku ucapkan berkenaan kehidupan abadi, dan sukacita para orang suci, meresap jauh ke dalam hatiku.”8
Para ibu pahlawan yang muda mengamalkan injil sehingga anak-anak mereka penuh dengan keyakinan. Pemimpin mereka laporkan:
“Mereka telah diajar oleh ibu-ibu mereka, bahawa jika mereka tidak ragu, Tuhan akan membebaskan mereka.
“Dan mereka menceritakan kembali kepadaku perkataan-perkataan para ibu mereka, mengatakan: Kami tidak ragu ibu-ibu kami mengetahuinya.”9
Enos dan pahlawan muda itu diperkukuhkan oleh iman ibu bapa mereka, yang menolong mereka menghadapi percubaan iman diri sendiri.
Kita diberkati injil Yesus Kristus yang dipulih pada zaman kita, yang mengangkat kita apabila kita tawar hati atau sedih. Kita diyakinkan bahawa usaha kita akan datangkan hasil dalam tempoh masa Tuhan, jika kita terus maju ke depan melalui percubaan iman kita.
Isteri saya dan saya, bersama Presidensi Kawasan, menemani Elder David A. Bednar ke pembaktian Bait Suci Port-au-Prince Haiti. Anak lelaki kami Jorge datang bersama dan kata tentang pengalamannya: “Ia sangat hebat, Ayah! Apabila Elder Bednar mula dengan doa pembaktian, saya boleh rasa bilik itu penuh dengan kehangatan dan cahaya. Doa itu meningkatkan pemahaman saya tentang tujuan bait suci. Bait suci benar-benarnya rumah Tuhan.”
Dalam Kitab Mormon, Nefi ajar bahawa apabila kita berhasrat untuk mengetahui kehendak Tuhan, Dia akan memperkuatkan kita. Dia tulis, “Aku, Nefi, amatlah muda, … dan juga memiliki hasrat yang besar untuk tahu tentang misteri-misteri Tuhan, oleh kerana itu, aku berseru kepada Tuhan; dan lihatlah Dia mengunjungiku, dan melunakkan hatiku sehingga aku mempercayai segala perkataan yang telah diucapkan oleh bapaku; oleh kerana itu, aku tidak memberontak menentangnya seperti abang-abangku.”10
Saudara dan saudari, marilah kita menolong anak-anak kita dan semua di sekeliling kita untuk mengikut jalan perjanjian Tuhan supaya Roh boleh mengajar dan melembutkan hati mereka untuk berhasrat dan mengikut Dia sepanjang hidup mereka.
Semasa saya merenung tentang teladan ibu bapa saya, saya sedar bahawa iman kita kepada Tuhan Yesus Kristus akan menunjukkan jalan untuk pulang ke rumah syurgawi. Saya tahu mukjizat datang selepas percubaan iman kita.
Saya bersaksi tentang Yesus Kristus dan korban tebusan-Nya. Saya tahu Dialah Juruselamat dan Pembebas kita. Dia dan Bapa Syurgawi kita datang pada pagi musim bunga tahun 1820 kepada pemuda Joseph Smith, nabi Pemulihan. Presiden Russell M. Nelson ialah nabi zaman kita. Dalam nama Yesus Kristus, amin.