2010–2019
Berpegang Pada Perjanjian Kita
Persidangan Umum Oktober 2019


2:3

Berpegang Pada Perjanjian Kita

Saya menjemput anda untuk mempertimbangkan perjanjian yang anda buat dengan Tuhan, dan orang lain, dengan integriti yang sungguh-sungguh, mengetahui bahawa perkataan anda ialah perjanjian anda.

Saudara dan saudari yang dikasihi, ketika kita menutupi sesi ini, semoga setiap kita memegang dalam hati kita kesaksian yang diberikan hari ini tentang kebenaran-kebenaran Injil Yesus Kristus. Kita diberkati mempunyai masa yang kudus ini bersama-sama untuk memperkukuh janji kita kepada Tuhan Yesus Kristus bahawa kita ialah utusan-utusan-Nya dan Dia adalah Juruselamat kita.

Kepentingan membuat dan mematuhi perjanjian memenuhi fikiran saya. Betapa penting bagi anda untuk ikut janji anda? untuk dipercayai? untuk melakukan apa yang anda kata anda akan melakukan? untuk berusaha mematuhi perjanjian kudus anda? untuk mempunyai integriti? Dengan mematuhi janji-janji kita dengan Tuhan dan orang lain, kita berjalan di jalan perjanjian kembali ke Bapa Syurgawi kita dan kita rasa kasih-Nya dalam kehidupan kita.

Juruselamat kita Yesus Kristus adalah Teladan kita yang agung dalam membuat dan mematuhi perjanjian. Dia datang ke bumi berjanji melakukan kehendak Tuhan. Dia mengajar asas-asas injil dalam perkataan dan perbuatan. Dia menebus dosa-dosa kita supaya kita dapat hidup lagi. Dia telah memenuhi setiap perjanjian-Nya.

Bolehkah ini sama dikatakan tentang kita masing-masing? Apakah kebahayaan jika kita menipu sedikit, digodai sedikit, atau tidak memenuhi komitmen kita dengan sepenuhnya? Bagaimanakah jika kita mengabaikan perjanjian kita? Adakah orang lain akan datang ke Kristus menurut teladan kita? Adakah perkataan anda perjanjian anda? Mematuhi janji bukanlah tabiat; ia suatu ciri menjadi seorang pengikut Yesus Kristus.

Tuhan sentiasa sedar akan kelemahan kita dalam kehidupan fana dan berjanji: “Jadilah riang, dan janganlah takut, kerana Aku Tuhan bersertamu, dan akan berdiri di sisimu.”1 Saya telah rasa hadirat-Nya apabila saya perlu kepastian, pertolongan, atau pemandangan atau kekuatan rohani yang lebih besar, dan saya telah direndahkan hati dan saya bersyukur atas penemanan-Nya yang ilahi.

Tuhan telah berfirman, “Setiap jiwa yang meninggalkan dosa-dosanya dan datang kepada-Ku, dan memanggil nama-Ku, dan mematuhi suara-Ku, dan mentaati perintah-perintah-Ku, akan melihat muka-Ku dan mengetahui bahawa Aku ada.”2 Itulah mungkin perjanjian-Nya terbesar.

Saya belajar kepentingan mematuhi janji saya sewaktu saya remaja. Salah satu contoh yang demikian ialah bila saya berdiri di perhatian untuk melafazkan Perjanjian Pengakap. Hubungan kita dengan Pengakap Amerika, kini berakhir, akan selalu menjadi warisan penting bagi saya dan Gereja ini. Kepada organisasi Pengakap, kepada ramai lelaki dan perempuan yang telah melayan dengan tekun sebagai pemimpin Pengakap, kepada ibu-ibu—kepujian besar untuk mereka—dan kepada para remaja putera yang telah menyertai Pengakap, kami mengucapkan, “Terima kasih.”

Dalam sesi ini, nabi kita yang dikasihi, Presiden Russell M. Nelson, dan Elder Quentin L. Cook telah mengumumkan perubahan yang akan menumpukan perhatian kita pada remaja dan menyelaraskan organisasi kita dengan kebenaran yang diungkapkan. Sebagai tambahan, hari Ahad yang lepas, Presiden Nelson dan Presiden M. Russell Ballard menjelaskan program baru Kanak-kanak dan Remaja Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir untuk seluruh Gereja. Ini ialah program seluruh dunia yang tertumpu pada Tuhan dan Juruselamat kita, Yesus Kristus. Presidensi Utama dan Kuorum Dua Belas Rasul bersatu dalam arahan baru ini, dan saya secara peribadi memberi kesaksian saya bahawa Tuhan telah membimbing kami setiap langkah jalan. Saya teruja bagi kanak-kanak dan remaja Gereja untuk mengalami tumpuan ini kepada mereka di rumah dan di gereja—melalui pembelajaran Injil, pelayanan dan aktiviti, dan perkembangan peribadi.

Tema remaja untuk tahun depan ini, 2020, berucap tentang janji Nefi terkenal untuk “pergi dan melaksanakan.” Dia tulis, “Dan terjadilah bahawa aku, Nefi, berkata kepada bapaku: Aku akan pergi dan melaksanakan hal-hal yang telah Tuhan perintahkan, kerana aku tahu Tuhan tidak memberi perintah kepada anak-anak manusia, kecuali dia menyediakan suatu jalan untuk mereka supaya mereka dapat menyempurnakan hal itu yang Dia perintahkan kepada mereka.”3 Walaupun ia dikatakan pada masa dahulu, kita dalam Gereja berpegang pada janji itu hari ini.

Untuk “pergi dan melaksanakan” bermaksud naik ke atas cara-cara dunia, menerima dan bertindak pada wahyu peribadi, hidup dengan soleh dengan harapan dan iman dalam masa hadapan, membuat dan mematuhi perjanjian untuk ikut Yesus Kristus, dan oleh itu meningkatkan kasih kita terhadap Dia, Juruselamat dunia.

Perjanjian ialah satu janji berhala dua di antara kita dan Tuhan. Sebagai ahli Gereja, kita berjanji pada waktu pembaptisan untuk mengambil nama Yesus Kristus ke atas diri kita, untuk hidup seperti Dia. Seperti mereka yang dibaptiskan di Perairan Mormon, kita berjanji untuk menjadi umat-Nya, “menanggung beban satu sama lain, agar ianya boleh menjadi ringan; … untuk berduka nestapa bersama mereka yang berduka nestapa; … untuk menghibur mereka yang memerlukan penghiburan, dan untuk berdiri sebagai saksi bagi Tuhan di segala waktu dan dalam segala hal, dan di segala tempat.”4 Pelayanan kita kepada satu sama lain dalam Gereja menunjukkan komitmen kita untuk menepati janji-janji itu.

Apabila kita mengambil sakramen, kita memperbaharui perjanjian itu untuk mengambil nama-Nya ke atas diri kita dan membuat janji-janji tambahan untuk bertambah baik. Fikiran dan tindakan harian kita, baik besar mahupun kecil, menunjukkan komitmen kita kepada Dia. Janji-Nya yang kudus kepada kita ialah “Jika kamu selalu mengingati-Ku kamu akan memiliki Roh-Ku bersamamu.”5

Soalan saya hari ini ialah, adakah kita berpegang pada perjanjian kita, atau adakah perjanjian kita kadang-kadang komitmen separuh hati, yang dibuat dengan bersahaja dan di mungkiri dengan mudah? Apabila kita berkata kepada seseorang, “Saya akan berdoa untuk kamu,” adakah kita berbuat demikian? Apabila kita berjanji, “Saya akan berada di sana untuk membantu,” adakah kita berbuat demikian? Apabila kita berjanji untuk membayar hutang, adakah kita berbuat demikian? Apabila kita mengangkat tangan untuk menyokong seorang ahli dalam panggilan baru, yang bermaksud memberi sokongan, adakah kita berbuat demikian?

Pada satu malam sewaktu saya remaja, ibu saya duduk bersama saya di katilnya dan berucap dengan bersungguh-sungguh tentang kepentingan mematuhi Kata-Kata Bijaksana. “Saya tahu dari pengalaman-pengalaman orang lain, dari tahun-tahun lalu,” dia berkata, “kehilangan hal-hal rohani dan kepekaan yang datang dari tidak mematuhi Kata-kata Bijaksana.” Dia memandang ke mata saya, dan saya rasa kata-katanya menusuk hati saya: “Janji dengan saya, Ronnie, hari ini [dia panggil saya Ronnie], bahawa kamu akan selalu mematuhi Kata-kata Bijaksana.” Saya betul-betul membuat janji itu dengan dia, dan saya telah berpegang padanya bertahun-tahun sampai sekarang.

Komitmen itu membantu saya sewaktu masa muda saya dan lama kemudian dalam pergaulan pekerjaan di mana terdapat minuman arak sering digunakan. Saya membuat keputusan terlebih dahulu untuk ikut hukum-hukum Tuhan, dan saya tidak lagi perlu mengalaminya. Tuhan telah mengatakan, “Aku, Tuhan, terikat ketika kamu melakukan apa yang Aku firmankan; tetapi ketika kamu tidak melakukan apa yang Aku firmankan, kamu tidak memperoleh janji.”6 Apakah yang Dia mengatakan kepada orang yang mematuhi Kata-kata Bijaksana? Bahawa kita akan memperoleh janji berkenaan kesihatan, kekuatan, kebijaksanaan, pengetahuan, dan para malaikat untuk melindungi kita.7

Bertahun-tahun lalu, Sister Rasband dan saya berada di Bait Suci Salt Lake untuk pemeteraian salah satu anak perempuan kami. Ketika kami berdiri di luar bait suci bersama salah satu anak perempuan yang lebih muda yang belum cukup umur untuk menghadiri upacara, kami bercakap tentang kepentingan dimeterai di dalam bait suci Tuhan. Seperti ibu saya telah mengajar saya bertahun-tahun sebelumnya, kami berkata kepada anak perempuan kami, “Kami ingin agar kamu dimeterai dengan selamat di dalam bait suci, dan kami ingin agar kamu berjanji dengan kami bahawa bila kamu menjumpai pasangan abadi kamu, kamu akan menetapkan satu tarikh dengan dia untuk dimeterai di dalam bait suci.” Dia berjanji dengan kami.

Anak perempuan Elder Rasband dan suaminya

Dia telah mengatakan bahawa perbualan kami dan perjanjian dia telah melindunginya dan mengingatkan dia “hal yang paling penting.” Kemudian dia membuat perjanjian-perjanjian kudus ketika dia dimeterai kepada suaminya di dalam bait suci.

Presiden Nelson telah mengajar: “Kita … meningkatkan kuasa Juruselamat dalam kehidupan kita apabila kita membuat perjanjian-perjanjian kudus dan mematuhi perjanjian-perjanjian itu dengan ketepatan. Perjanjian-perjanjian kita mengikat kita kepada Dia dan memberikan kita kuasa ilahi.”8

Apabila kita mematuhi perjanjian dengan orang lain kita lebih cenderung mematuhi perjanjian dengan Tuhan. Ingat kata-kata Tuhan: “Manakala kamu melakukan perkara itu untuk salah seorang daripada saudara-Ku, walaupun dia hina, kamu telah melakukannya untuk-Ku.”9

Renungkanlah contoh-contoh perjanjian dalam tulisan suci bersama saya. Ammon dan putera-putera Mosia dalam Kitab Mormon berjanji “untuk mengkhutbahkan firman Tuhan.”10 Bila Ammon ditahan oleh tentera bangsa Laman dia dibawa ke hadapan Raja Bangsa Laman Lamoni. Dia berjanji kepada raja itu, “Aku akan menjadi orang suruhan tuan.”11 Apabila para penceroboh datang untuk mencuri domba-domba raja, Ammon memotong lengan mereka. Raja itu begitu hairan sehingga dia mendengar pesanan Ammon tentang injil dan hatinya ditukar.

Ruth, dalam Perjanjian Lama, berjanji dengan ibu mertuanya, “Ke mana saja mak pergi, saya akan ikut bersama.”12 Dia hidup menurut perjanjiannya. Orang Samaria yang baik, dalam perumpamaan dalam Perjanjian Baru, berjanji dengan pemilik penginapan jika dia menjaga pengembara yang dilukai, “Sekiranya wang ini tidak cukup, saya akan membayarnya apabila saya kembali ke sini.”13 Zoram, dalam Kitab Mormon, berjanji untuk pergi ke dalam padang belantara bersama Nefi dan abang-abangnya. Nefi bercerita, “Apabila Zoram telah membuat sumpah kepada kami, rasa takut kami terhadapnya pun berhenti.”14

Bagaimanakah dengan perjanjian lama “yang dibuat kepada nenek moyang” sebagaimana dijelaskan dalam tulisan suci bahawa “hati anak-anak akan berpaling kepada nenek moyang mereka.”?15 Dalam kehidupan pra-fana semasa kita pilih rancangan Tuhan, kita berjanji untuk membantu mengumpulkan Israel di kedua belah tirai. “Kita berada dalam satu perkongsian dengan Tuhan,” Elder John A. Widtsoe menjelaskan bertahun-tahun lalu. “Rancangan ini bukan sahaja kerja Bapa, dan kerja Juruselamat, tetapi juga kerja kita.”16

“Pengumpulan ialah perkara yang paling penting yang sedang berlaku di bumi kini,” Presiden Nelson telah berkata semasa dia berjalan di seluruh dunia. “Ketika kita berbicara tentang pengumpulan, kita hanya menyatakan kebenaran asas ini: setiap dari anak-anak Bapa Syurgawi kita, di kedua-dua belah tirai, berhak untuk mendengar pesanan Injil pemulihan Yesus Kristus.”17

Sebagai Rasul Tuhan Yesus Kristus, saya mengakhiri dengan satu jemputan dan satu janji. Yang pertama, ialah jemputan: Saya menjemput anda untuk mempertimbangkan perjanjian yang anda buat dengan Tuhan, dan orang lain, dengan integriti yang sungguh-sungguh, mengetahui bahawa perkataan anda ialah perjanjian anda. Yang kedua, saya berjanji dengan anda, ketika anda melakukan ini, Tuhan akan mendirikan kata-kata anda dan membenarkan tindakan anda ketika anda berusaha dengan tekun yang tidak berlelah untuk mengembangkan kehidupan anda, keluarga anda, dan Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir. Dia akan bersama dengan anda, saudara dan saudari yang dikasihi, dan anda dapat, dengan yakin, berharap untuk “diterima ke dalam syurga, agar dengan demikian [anda] boleh berdiam bersama Tuhan dalam suatu keadaan kebahagiaan yang tak akan berakhir … kerana Tuhan Raja telah memfirmankannya.”18

Semua ini saya bersaksi dan berjanji dalam nama Yesus Kristus, amin.