“Menggunakan Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Baru 2019 (2019)
“Menggunakan Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2019
Menggunakan Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga
Sumber Ini Adalah Untuk Siapa?
Sumber ini adalah untuk setiap individu dan keluarga dalam Gereja. Ia direkakan untuk menolong anda belajar injil—secara diri sendiri atau bersama keluarga anda. Jika anda belum mengkaji injil dengan kerap, sumber ini boleh bantu anda bermula. Jika anda sudah miliki tabiat mengkaji kitab suci yang baik, sumber ini akan membantu anda mempunyai pengalaman yang lebih bermakna.
Bagaimanakah Harus Saya Gunakan Sumber Ini?
Gunakan sumber ini dalam apa cara pun yang boleh menolong anda. Anda boleh gunakan ia sebagai satu panduan atau bantuan untuk pengkajian tulisan suci peribadi atau sekeluarga. Anda juga boleh gunakan ia untuk malam keluarga. Rangka panduan menunjukkan asas-asas penting dari Perjanjian Baru, cadangkan idea-idea pengkajian dan aktiviti-aktiviti untuk individu dan keluarga, serta sediakan tempat untuk mencatat tanggapan anda.
Mungkin anda dan keluarga anda sudah mengkaji injil dengan kerap. Mungkin anda ada satu matlamat untuk membaca Kitab Mormon. Atau mungkin anda sedang membaca buku lain atau tulisan suci untuk kelas seminari atau institut. Ikutlah Aku tidak bertujuan untuk menggantikan atau bersaing dengan perkara baik yang anda sedang lakukan. Mungkin ada cara-cara lain untuk belajar dari Perjanjian Baru dengan kerap dan masih boleh mencapai matlamat pengajian tulisan suci lain. Sebagai contoh, mungkin anda terus mengkaji Kitab Mormon untuk pengkajian tulisan suci peribadi dan mengkaji Perjanjian Baru bersama keluarga anda (atau sebaliknya). Atau, semasa anda mengkaji Perjanjian Baru, anda boleh carikan tulisan suci dari Kitab Mormon yang menegaskan apa yang anda belajar. Ikut bimbingan Roh untuk membuat keputusan tentang cara anda mengkaji firman Tuhan.
Bagaimana Sumber Ini Berkaitan Dengan Apa Yang Berlaku Di Gereja?
Rangka panduan dalam sumber ini disusunkan menurut satu jadual pengajian mingguan. Pelajaran di Sekolah Primer dan Sekolah Minggu mengikut jadual yang sama. Untuk menyokong usaha pembelajaran anda dan kepatuhan injil dalam rumah anda, pengajar-pengajar anda akan berikan anda peluang untuk kongsikan pengalaman anda, fikiran anda, dan soalan-soalan tentang tulisan suci yang sudah anda kaji sepanjang minggu.
Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer dan Ikutlah Aku - Untuk Sekolah Minggu juga mengandungi rangka panduan untuk setiap minggu untuk sepanjang tahun kecuali dua hari Ahad apabila persidangan umum diadakan. Apabila pertemuan Gereja tidak diadakan kerana persidangan pancang atau sebab lain, anda dijemput untuk terus mengkaji Perjanjian Baru di rumah. Kelas Gereja anda mungkin akan melangkau pelajaran yang dijadualkan untuk masa-masa tersebut atau gabungkan dua pelajaran supaya boleh mengikut jadual.
Perlukah Saya Mengikut Jadual?
Jadual itu akan menolong anda mengikut bahan yang diajar di kelas-kelas hari Ahad, tetapi jangan diikat oleh ia; jadual itu hanya satu panduan untuk menolong anda menetapkan kelajuan anda. Perkara yang penting ialah anda belajar injil secara individu dan secara sekeluarga.