Ikutlah Aku
Penukaran Hati ialah Matlamat Kita


“Penukaran Hati ialah Matlamat Kita,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Baru 2019 (2019)

“Penukaran Hati ialah Matlamat Kita,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2019

remaja putera mengunjung neneknya

Penukaran Hati ialah Matlamat Kita

Matlamat segala pembelajaran dan pengajaran injil adalah untuk mendalamkan penukaran hati kita dan menolong kita menjadi lebih seperti Yesus Kristus. Demi sebab ini, apabila kita mengkaji injil, kita tidak hanya mencarikan maklumat baru; kita hendak menjadi seorang “manusia baru” (lihat 2 Korintus 5:17). Ini bererti bergantung pada Kristus untuk mengubah hati kita, pandangan kita, tindakan kita, dan sifat semula jadi kita.

Tetapi pembelajaran injil yang memperkukuhkan iman kita dan membimbing kepada penukaran hati tidak berlaku sekaligus. Ia meluas dari bilik kelas ke hati dan rumah individu. Ia perlukan usaha harian yang tetap untuk memahami dan mematuhi injil. Penukaran hati yang benar perlukan pengaruhan Roh Kudus.

Roh Kudus membimbing kita ke kebenaran dan memberi saksi tentang kebenaran itu (lihat Yohanes 16:13). Dia menerangi minda kia, memulihkan pemahaman kita, dan menyentuh hati kita dengan wahyu Tuhan, sumber semua kebenaran. Roh Kudus menyucikan hati kita. Dia mengilhamkan satu hasrat untuk mematuhi kebenaran di dalam kita, dan Dia membisik kepada kita cara-cara untuk membuat demikian. Memangnya, “Roh Tuhan … akan mengajar kamu segala-galanya ” (Yohanes 14:26).

Demi sebab-sebab ini, dalam usaha kita untuk mengamal, belajar, dan mengajarkan injil, kita harus carikan teman Roh dahulu. Matlamat ini harus menentukan pilihan kita dan membimbing fikiran serta tindakan kita. Kita harus carikan apa pun yang menjemput pengaruhan Roh dan menolak apa pun yang menolak pengaruhan itu—kerana kita tahu bahawa jika kita boleh menjadi layak hadirat Roh Kudus, kita juga boleh menjadi layak dalam hadirat Tuhan dan Putera-Nya, Yesus Kristus.