Ikutlah Aku
Idea-idea Memperbaikkan Pengkajian Tulisan Suci Secara Sekeluarga


“Idea-idea Memperbaikkan Pengkajian Tulisan Suci Secara Sekeluarga,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Baru 2019 (2019)

“Idea-idea Memperbaikkan Pengkajian Tulisan Suci Secara Sekeluarga,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2019

keluarga membincangkan tulisan suci suci

Idea-idea Memperbaikkan Pengkajian Tulisan Suci Secara Sekeluarga

Pengajian tulisan suci keluarga yang tetap ialah satu cara yang berkuasa untuk menolong keluarga anda belajar injil. Betapa banyak dan betapa lama anda baca sebagai sekeluarga tidak penting seperti ketekalan usaha anda. Apabila anda buatkan kajian tulisan suci satu bahagian penting kehidupan keluarga anda, anda akan bantu ahli-ahli keluarga anda lebih mendekati Yesus Kristus dan menubuhkan kesaksian mereka pada dasar firman-Nya. Timbangkan soalan-soalan berikut:

  • Bagaimana anda boleh menggalakkan ahli-ahli keluarga untuk mengkaji tulisan suci secara peribadi?

  • Bagaimana anda boleh menggalakkan ahli-ahli keluarga untuk mengongsikan apa yang mereka belajar?

  • Bagaimana anda boleh tekankan asas-asas yang anda belajar dari Perjanjian Baru setiap hari?

Ingatlah bahawa rumah ialah tempat yang paling baik untuk pembelajaran injil. Anda boleh belajar dan mengajarkan injil dalam rumah dengan cara yang tidak mungkin dilakukan dalam kelas Gereja. Jadilah kreatif apabila anda fikirkan cara untuk menolong keluarga anda belajar dari tulisan suci. Gunakan idea-idea berikut untuk memperkukuhkan pengkajian tulisan suci sekeluarga anda:

Kongsikan Tulisan Suci Yang Bermakna

Berikan ahli-ahli keluarga masa untuk kongsikan ayat-ayat yang mereka rasa bermakna semasa pengajian peribadi mereka.

Gunakan Perkataan Diri Sendiri

Jemput ahli-ahli keluarga untuk merumuskan apa yang mereka belajar dari tulisan suci yang anda kaji dengan menggunakan kata diri sendiri.

Gunakan Tulisan Suci Dalam Kehidupan Anda

Selepas membaca satu ayat suci, tanya ahli-ahli keluarga kongsikan cara-cara ayat itu boleh digunakan dalam kehidupan mereka.

Tanya Soalan

Jemput ahli-ahli keluarga menanya satu soalan injil, dan kemudian carikan ayat suci yang boleh menjawab soalan itu.

Tunjukkan Satu Tulisan Suci

Pilih satu ayat suci yang bermakna untuk anda, dan pamerkan ia di mana ahli-ahli keluarga akan nampaknya kerap kali. Jemput ahli-ahli keluarga lain ambil giliran memilih satu ayat suci untuk dipamerkan.

Buatkan Satu Senarai Tulisan Suci

Sebagai sekeluarga, pilih beberapa ayat yang anda hendak bincangkan minggu depan.

Hafalkan Tulisan Suci

Pilih satu ayat suci yang bermakna untuk keluarga anda, dan jemput ahli-ahli keluarga untuk menghafalnya dengan mengulangi setiap hari atau main satu permainan hafalan.

Kongsikan Pengajaran Berobjek

Cari objek-objek yang berkait dengan bab-bab dan ayat-ayat yang anda baca sebagai sekeluarga. Jemput ahli-ahli keluarga untuk berbincang tentang bagaimana setiap objek itu berkait dengan ajaran-ajaran dalam tulisan suci.

Pilih Satu Topik

Minta ahli-ahli keluarga untuk ambil giliran memilih satu topik yang akan dikaji secara sekeluarga. Gunakan Topical Guide, Bible Dictionary, atau Panduan Tulisan Suci (scriptures.lds.org) untuk mencarikan tulisan suci tentang topik itu.

Lukis Satu Gambar

Baca beberapa ayat sebagai sekeluarga, dan kemudian berikan masa untuk ahli-ahli keluarga lukiskan sesuatu yang berkait dengan apa yang anda sudah baca. Berbincang tentang lukisan-lukisan itu.

Lakonkan Satu Cerita

Selepas membaca satu cerita, jemput ahli-ahli keluarga melakonkan cerita itu. Selepas itu, berbincang tentang bagaimana cerita itu berkait dengan perkara-perkara yang anda alami secara individu dan secara sekeluarga.

pasangan tua membaca kitab suci

Elder David A. Bednar ajar: “Setiap doa keluarga, setiap kajian kitab suci keluarga, dan setiap malam keluarga bagaikan suatu coretan berus pada lukisan jiwa kita. Secara individu, mereka nampaknya tidak impresif atau penting. Tetapi seperti berus-berus warna kuning dan emas dan perang itu bergabung dan menghasilkan satu lukisan yang indah, maka pelaksanaan konsisten pada hal yang kecil boleh mendatangkan hasil rohani yang penting”(“More Diligent and Concerned at Home,” Ensign atau Liahona, Nov. 2009, 19–20).