“Idea-idea Memperbaikkan Pengkajian Tulisan Suci Secara Peribadi,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Baru 2019 (2019)
“Idea-idea Memperbaikkan Pengkajian Tulisan Suci Secara Peribadi,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Baru 2019
Idea-idea Memperbaikkan Pengkajian Tulisan Suci Secara Peribadi
Berikut ialah beberapa cara untuk mempertingkatkan kajian firman Tuhan dalam tulisan suci:
Carikan kebenaran tentang Yesus Kristus
Tulisan suci ajar kita bahawa segala hal memberi saksi tentang Kitab suci (lihat 2 Nefi 11:4; Musa 6:63), jadi, carikanlah Dia dalam kejadian, cerita, dan ajaran-ajaran Perjanjian Baru. Pertimbangkan untuk membuat nota atau tandakan ayat-ayat yang ajar tentang Juruselamat dan cara untuk mengikut Dia.
Carikan Kata-kata dan Frasa-Frasa Yang Mengilhamkan
Anda boleh dapati kata-kata dan ayat-ayat tertentu dalam tulisan suci yang mempengaruhi anda, seolah-olah mereka dituliskan khas untuk anda. Anda mungkin rasa mereka berkait dengan anda secara peribadi, dan mengilhamkan anda serta menggalakkan anda. Bertimbang untuk menanda dalam tulisan suci atau catatkan mereka dalam jurnal kajian anda.
Carikan Kebenaran Injil
Kadangkala kebenaran-kebenaran injil (biasanya dipanggil ajaran atau asas) dinyatakan secara jelas, dan kadangkala mereka dibayangkan dalam satu contoh atau cerita. Tanya diri sendiri, “Apakah kebenaran abadi yang diajar dalam ayat-ayat ini?”
Mendengar Roh.
Beri perhatian kepada fikiran dan perasaan anda, walaupun ia tidak berkaitan dengan apa yang anda sedang membaca. Tanggapan-tanggapan itu mungkin ialah perkara yang Bapa Syurgawi hendak anda belajar.
Mengibaratkan Tulisan Suci Kepada Kehidupan Anda
Bertimbang tentang bagaimana cerita-cerita dan ajaran-ajaran yang anda baca boleh digunakan dalam kehidupan anda. Sebagai contoh, anda boleh tanya diri sendiri, “Pengalaman apakah sudah saya ada yang serupa dengan apa yang saya baca?” atau “Bagaimana saya boleh ikut teladan dalam tulisan suci?”
Tanya Soalan Semasa Anda Mengaji
Semasa anda mengkaji tulisan suci, soalan akan timbul dalam minda. Soalan-soalan ini mungkin berkaitan dengan apa yang sedang anda baca atau dengan kehidupan anda. Renungkan soalan-soalan ini dan carikan jawapan semasa anda terus mengkaji tulisan suci.
Gunakan Panduan Kajian Kitab Suci
Untuk memperoleh tanggapan tambahan tentang ayat-ayat yang anda baca, gunakan nota kaki, Topical Guide, Bible Dictionary, Panduan Tulisan Suci (scriptures.lds.org), dan panduan lain.
Catatkan Fikiran dan Perasaan Anda
Terdapat banyak cara untuk mencatat tanggapan yang datang kepada anda semasa anda mengkaji. Sebagai contoh, anda boleh tandakan satu perkataan atau ayat yang bermaksud dan catatkan fikiran anda sebagai nota dalam kitab suci anda. Anda juga boleh simpan sebuah jurnal untuk mencatat tanggapan, perasaan dan tanggapan yang anda terima.
Kaji Kata-kata Para Nabi dan Rasul Zaman Akhir
Baca ajaran-ajaran dari para nabi dan rasul zaman akhir mengenai asas-asas yang anda dapati dalam kitab suci (sebagai contoh, lihat conference.lds.org dan majalah Gereja).
Kongsikan Tanggapan
Berbincang tentang tanggapan dari kajian peribadi anda bukan hanya satu cara untuk mengajar orang lain, tetapi ia juga boleh memperkuatkan pemahaman anda tentang perkara yang sudah anda baca.
Lakukan Perkara Yang Sudah Anda Belajar
Kajian Kitab Suci tidak harus hanya mengilhamkan kita—ia juga harus membimbing kita untuk mengubah cara kita hidup. Dengar apa yang Roh suruh anda lakukan semasa anda baca, dan kemudian bertekad untuk bertindak ke atas pengaruhan itu.
Presiden Thomas S. Monson kata: “Semasa kita baca dan renungkan kitab suci, kita akan mengalami satu bisikan manis dari Roh kepada jiwa kita. Kita boleh mencari jawapan kepada soalan. Kita belajar tentang berkat yang datang melalui kepatuhan perintah Tuhan. Kita memperolehi satu kesaksian yang pasti tentang Bapa Syurgawi dan Juruselamat kita, Yesus Kristus dan kasih sayang Mereka kepada kita. Apabila kajian kitab suci bergabung dengan doa, kita boleh tahu dengan pastinya bahawa injil Yesus Kristus adalah benar. … Apabila kita ingat untuk berdoa dan mengkaji kitab suci, kehidupan kita akan lebih diberkati dan beban kita lebih ringan” (“We Never Walk Alone,” Ensign atau Liahona, Nov. 2013, 122).