“18–24 April. Keluaran 18–20: ‘Kami Akan Melakukan Segala yang Telah Difirmankan Tuhan,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Lama 2022 (2021)
“18–24 April. Keluaran 18–20,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2022
18-24 April
Keluaran 18-20
“Kami Akan Melakukan Segala yang Telah Difirmankan Tuhan”
Semasa anda membaca Keluaran 18–20, fikirkan tentang asas yang bermakna kepada kanak-kanak. Anda mungkin diilhami untuk menekan satu asas selain yang ditekankan berikut.
Mencatat Tanggapan Anda
Jemput Perkongsian
Jemput kanak-kanak untuk berkongsi satu daripada Sepuluh Perintah (atau kaji semula beberapa perintah bersama mereka) dan mengapa mereka merasa ia adalah penting untuk mematuhi perintah.
Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil
Dengan berkongsi kesaksian saya, ia boleh memberkati orang lain.
Yitro bersukacita ketika Musa menceritakan apa yang Tuhan telah lakukan untuk anak-anak Israel. Kisah ini dapat mengilhami kanak-kanak yang anda ajar untuk berkongsi dengan orang lain apa yang mereka tahu adalah benar.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Baca kepada kanak-kanak ayat dari Keluaran 18:8: “Musa memberitahu Yitro segala perbuatan Tuhan.” Tanyakan kepada kanak-kanak jika mereka ingat apa yang Tuhan lakukan untuk membantu anak-anak Israel melarikan diri dari Mesir. (Untuk membantu mereka ingat, tunjukkan gambar atau halaman aktiviti dari pelajaran sebelumnya). Apakah hal yang Tuhan telah lakukan untuk membantu kita? Bantu kanak-kanak mengetahui bahawa seperti Musa, kita dapat memberitahu orang lain tentang hal-hal besar yang Tuhan telah lakukan untuk kita.
-
Kelas Sekolah Primer boleh menjadi tempat yang bagus untuk kanak-kanak berlatih berkongsi kesaksian yang mudah. Kongsi kesaksian anda dengan mereka, dan bantu mereka untuk saling berkongsi kebenaran injil yang mereka percayai.
Tuhan memberi perintah-perintah kerana Dia ingin saya gembira.
Perintah-perintah adalah arahan Bapa Syurgawi bagi mencari kedamaian dalam kehidupan ini dan sukacita dalam kehidupan abadi. Bagaimanakah anda boleh menggalakkan kanak-kanak untuk mematuhi perintah-perintah Tuhan?
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Tunjukkan gambar no. 14 dari Buku Seni Injil, dan jemput-kanak untuk berkongsi apa yang mereka ketahui mengenai kisah Musa menerima Sepuluh Perintah. Bantu mereka fahami bahagian yang mereka tidak tahu.
-
Semasa anda membaca beberapa perintah dari Keluaran 20:3–17 kepada kanak-kanak (atau jelaskan dalam kata-kata yang mereka fahami), jemput mereka untuk menaikkan ibu jari mereka jika perintah tersebut adalah sesuatu yang kita perlu lakukan dan menurunkan ibu jari jika ia adalah sesuatu yang kita tidak harus lakukan. Berkongsi kesaksian anda tentang kebahagiaan yang datang dari mematuhi perintah-perintah Tuhan (lihat Mosia 2:41).
-
Nyanyi dengan kanak-kanak sebuah lagu tentang bagaimana Bapa Syurgawi memberkati kita ketika kita mematuhi perintah, seperti “Patuhi P’rintah” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 68). Jemput kanak-kanak untuk mendengarkan perkataan-perkataan untuk mengetahui berkat apa yang kita boleh terima semasa kita patuh.
Saya boleh menghormati ibu bapa saya.
Menghormati ibu bapa adalah lebih dari sekadar mematuhi mereka. Bantu kanak-kanak untuk memahami cara lain mereka boleh menghormati ibu bapa mereka.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Bantu kanak-kanak pelajari frasa “Hormatilah bapa dan ibu kamu” (Keluaran 20:12). Sekiranya diperlukan, jelaskan bahawa “menghormati” seseorang bermaksud menunjukkan rasa hormat kepada mereka atau membahagiakan mereka. Apakah yang Yesus lakukan untuk menghormati Bapa Syurgawi-Nya? Bagaimanakah Dia menghormati ibu-Nya? (lihat Lukas 2:48–51; Yohanes 19:26–27). Bantu kanak-kanak memikirkan hal yang mereka boleh lakukan untuk menghormati ibu bapa mereka, dan jemput mereka untuk bertindak atas idea mereka.
-
Jemput kanak-kanak membuat kad ucapan terima kasih untuk ibu bapa mereka. Mereka boleh menulis atau melukis di dalam kad sesuatu yang mereka akan lakukan untuk menghormati ibu bapa mereka.
Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar
Saya boleh membantu “memikul beban” pekerjaan Tuhan.
Musa pelajari bahawa cuba memimpin anak-anak Israel sendiri adalah “tidak … betul” (Keluaran 18:17). Mengasihi dan melayani sesama boleh membantu meringankan beban para pemimpin kita.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Jemput kanak-kanak untuk melukis banyak bulatan di papan tulis untuk mewakili ahli-ahli bahagian. Lukis satu bulatan dan labelkan sebagai uskup. Mengapalah ia akan menjadi satu masalah sekiranya uskup adalah satu-satunya yang membantu orang lain? Baca bersama Keluaran 18:13–26 untuk mengetahui nasihat yang Yitro berikan ketika Musa berusaha melakukan semuanya sendiri. Minta kanak-kanak melabelkan bulatan lain untuk mewakili pemimpin dan ahli-ahli yang membantu uskup melayani orang lain. Bagaimanakah pemimpin dan ahli-ahli lain ini meringankan beban uskup? Bagaimanakah kita dapat melakukan hal yang sama bagi pemimpin bahagian kita? untuk ibu bapa kita di rumah?
-
Bantu kanak-kanak membuat senarai pemimpin di bahagian anda. Sebagai kelas, pilih satu dan bincangkan apa yang orang ini lakukan untuk melaksanakan pekerjaan Tuhan dan apa yang kanak-kanak dapat lakukan untuk membantu.
Ia adalah penting untuk mengutamakan Tuhan dalam hidup saya.
Kita semua mempunyai hal-hal yang mungkin kita tergoda untuk dahulukan sebelum Tuhan dalam hidup kita. Bagaimanakah anda dapat menolong kanak-kanak memahami apakah ertinya untuk mengutamakan Bapa Syurgawi?
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Baca bersama Keluaran 20:1–7, dan jelaskan apa-apa pun yang kita dahulukan sebelum Tuhan dalam hidup adalah seperti “tuhan-tuhan lain” dan “patung” yang disebut dalam ayat 3–4. Tanyakan kepada kanak-kanak mengapakah Bapa Syurgawi mahu kita mengutamakan Dia. Apakah berkat yang Dia janjikan kepada kita jika kita melakukannya? Tanyakan kepada kanak-kanak bagaimana kita dapat tunjukkan kepada Bapa Syurgawi bahawa Dia lebih penting daripada hal lain dalam hidup kita.
-
Fikirkan satu tugas yang mempunyai langkah pertama yang penting, seperti mencuci tangan sebelum kita makan atau memakai stoking sebelum memakai kasut. Apakah yang boleh berlaku sekiranya kita tidak melakukan hal penting terlebih dahulu? Bagaimanakah ini seperti mengutamakan Bapa Syurgawi dalam hidup kita? Kongsi kesaksian anda tentang bagaimana mengutamakan Tuhan telah memberkati anda, dan jemput kanak-kanak untuk berkongsi kesaksian mereka juga.
-
Nyanyikan lagu tentang Bapa Syurgawi, seperti “Tuhan Kasih Padaku” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 16). Apakah yang kita pelajari dari lagu tentang mengapakah ia penting untuk mengutamakan Bapa Syurgawi dalam hidup kita?
Tuhan berikan perintah kerana Dia mahu saya gembira.
Kanak-kanak akan lebih cenderung untuk mematuhi perintah-perintah jika mereka melihatnya sebagai ungkapan kasih Tuhan dan sebagai peluang untuk menyatakan kasih mereka kepada Tuhan.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Sediakan helaian kertas dengan perintah-perintah dalam Keluaran 20:3–17 tertulis padanya. Tulis nombor satu hingga sepuluh di papan tulis, dan jemput kanak-kanak meletakkan helaian mengikut urutan yang betul di papan tulis. Berbincang bagaimana kita boleh mengikuti perintah-perintah ini.
-
Jemput kanak-kanak untuk melukis gambar tentang kata kunci dari sepuluh perintah tersebut sebagai peringatan kepada mereka.
-
Ceritakan cerita tentang Chloe dari pesanan Sister Carole M. Stephens “Jika Kamu Mengasihi Aku, Kamu Akan Mentaati Perintah-perintah-Ku” (Liahona, Nov. 2015, 118–20). Bagaimanakah cerita tersebut membantu kita memahami mengapa Tuhan memberi kita perintah-perintah? Bagaimanakah menjadi patuh menunjukkan kasih kita kepada Tuhan?
Menggalakkan Pembelajaran di Rumah
Jemput kanak-kanak untuk fikirkan sesuatu yang mereka akan lakukan berdasarkan pelajaran yang mereka pelajari. Bantu mereka membuat peringatan yang mudah tentang apa yang mereka akan lakukan untuk dibawa balik ke rumah.