“25 April–1 Mei. Keluaran 24; 31–34: ‘Aku Akan Ikut Engkau,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Lama 2022 (2021)
“25 April–1 Mei. Keluaran 24; 31–34,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2022
25 April–1 Mei
Keluaran 24; 31–34
“Aku Akan Ikut Engkau”
Semasa Musa bersiap sedia untuk memimpin anak-anak Israel menuju negeri yang dijanjikan, Tuhan berfirman, “Aku akan ikut engkau” (Keluaran 33:14). Semasa anda bersedia untuk mengajar kanak-kanak dalam kelas anda, pertimbangkan bagaimana anda dapat menjemput hadirat Tuhan untuk “ikut [anda].”
Catat Tanggapan Anda
Jemput Perkongsian
Minta setiap kanak-kanak memilih sekeping kertas bernombor secara rawak. Gunakan nombor ini untuk menentukan urutan kanak-kanak untuk berkongsi sesuatu yang mereka pelajari dari tulisan suci, di rumah atau di Sekolah Primer.
Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil
Mematuhi hari Sabat adalah tanda kasih saya kepada Tuhan.
Tuhan memberitahu Musa bahawa ketika anak-anak Israel menguduskan hari Sabat, mereka menunjukkan Tuhan bahawa mereka ingin menjadi umat-Nya.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Lukiskan hati di papan tulis, dan tanyakan kanak-kanak makna lambang ini. Bantu mereka memikirkan hal-hal lain yang boleh menjadi tanda kasih, seperti pelukan atau tindakan pelayanan. Bacakan mereka Keluaran 31:13. Bantu mereka memahami bahawa ketika kita menguduskan hari Sabat, itu adalah tanda kepada Tuhan bahawa kita mengasihi Dia.
-
Beritahu kanak-kanak tentang beberapa cara anda menunjukkan kasih kepada Tuhan pada hari Sabat. Minta mereka berkongsi bagaimana mereka dan keluarga mereka melakukan ini. Jemput mereka untuk menggunakan halaman aktiviti minggu ini untuk berkongsi lebih banyak idea.
Saya boleh mengutamakan Tuhan dalam hidup saya.
Semasa Musa berbicara dengan Tuhan di Gunung Sinai, anak-anak Israel memilih untuk menyembah patung emas dan bukannya Tuhan. Cerita ini dapat mengingatkan kanak-kanak bahawa kita tidak boleh membiarkan hal-hal lain menjadi lebih penting daripada Tuhan.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Kaji semula Sepuluh Perintah dengan kanak-kanak secara ringkas, tekankan dua perintah pertama (lihat Keluaran 20:3–6). Gunakan “Sepuluh Perintah” (dalam Cerita-cerita Perjanjian Lama) untuk berkongsi cerita dari Keluaran 32:1–8, 19–24. Jika boleh, minta kanak-kanak membantu anda menceritakan cerita tersebut. Bantu kanak-kanak melihat apakah kesalahan orang Israel dalam cerita ini (anda boleh mengingatkan kanak-kanak tentang Sepuluh Perintah yang pertama dan kedua). Apakah yang seharusnya orang Israel lakukan?
-
Tunjukkan gambar Yesus Kristus, serta gambar benda-benda lain yang kanak-kanak suka, seperti barang mainan, permainan, dan sebagainya. Minta kanak-kanak mencari gambar yang menunjukkan hal yang paling penting bagi kita. Kongsi dengan kanak-kanak bagaimana anda diberkati kerana mengutamakan Tuhan dalam hidup anda—bahkan lebih daripada hal-hal lain yang baik.
Tuhan berbicara dengan Musa secara bersemuka.
Setelah Musa memusnahkan patung anak lembu emas, “Tuhan berfirman kepada Musa dengan bersemuka, sebagaimana seseorang bercakap dengan sahabatnya.” Hal ini dapat membina iman kanak-kanak bahawa Tuhan adalah orang yang benar-benar mengasihi mereka.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Beritahu kanak-kanak bagaimana perasaan anda ketika anda bercakap dengan kawan baik, dan tanyakan pula tentang perasaan mereka. Bacakan mereka ayat pertama dari Keluaran 33:11. Tanyakan kanak-kanak pendapat mereka tentang perasaan nabi Musa. Beritahu kanak-kanak tentang masa-masa ketika anda merasa dekat dengan Tuhan, walaupun anda tidak melihat-Nya dengan mata anda.
-
Nyanyi bersama satu lagu yang menyatakan bagaimana perasaan Bapa Syurgawi atau Yesus tentang kita, seperti “Yesus Kawan Penyayang” (Buku Nyanyian Anak-anak, 37). Tunjukkan gambar Juruselamat menunjukkan kasih kepada orang lain (lihat Buku Seni Injil, no. 36, 41–43, 46–47). Galakkan kanak-kanak untuk berkongsi perasaan mereka tentang Bapa Syurgawi dan Yesus.
Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar
Mematuhi hari Sabat adalah tanda kasih saya kepada Tuhan.
Menguduskan hari Sabat dapat menjadi lebih mudah—dan lebih menggembirakan—bagi kanak-kanak ketika mereka menyedari bahawa itu adalah tanda komitmen mereka kepada Tuhan.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Tanyakan kanak-kanak beberapa soalan untuk membantu mereka memahami erti tanda—contohnya, “Apakah tanda-tanda yang beritahu anda bahawa musim bunga akan tiba atau anda akan demam?” Jemput mereka untuk baca Keluaran 31:13, 16–17 dan cari perkataan “tanda.” Apakah yang Tuhan katakan adalah tanda kita dan Dia? Mengapakah tanda ini sangat penting?
-
Jemput kanak-kanak secara bergilir menerangkan mengapa mereka memilih untuk mematuhi hari Sabat.
-
Jemput kanak-kanak untuk menulis semua hal yang mereka boleh lakukan pada hari Ahad untuk menunjukkan bahawa mereka mengasihi Dia. Galakkan mereka untuk berkongsi beberapa hal dari senarai mereka. Jemput mereka untuk membawa pulang senarai mereka, berkongsi dengan keluarga mereka, dan merujuknya setiap kali mereka memerlukan idea tentang apa yang harus dilakukan pada hari Sabat.
Saya boleh mengutamakan Tuhan dalam hidup saya.
Satu pesanan dari laporan dalam Keluaran 32 adalah kepentingan mematuhi Sepuluh Perintah yang pertama dan kedua—jangan menyembah orang lain atau apa pun selain Tuhan.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Minta kanak-kanak untuk berkongsi apa yang mereka tahu tentang cerita Harun membuat patung anak lembu emas untuk orang Israel sembah. Jika mereka memerlukan bantuan, rujukkan mereka kepada Keluaran 32:1–8, 19–24, atau berkongsi “Sepuluh Perintah” (dalam Cerita-cerita Perjanjian Lama). Mengapakah ia adalah salah untuk orang Israel menyembah berhala? (Anda boleh merujukkan kanak-kanak pada perintah pertama dan kedua dari Sepuluh Perintah dalam Keluaran 20:3–6.)
-
Bantu kanak-kanak memikirkan contoh hal-hal yang orang lain tergoda untuk sembah selain Tuhan—hal yang menarik perhatian kita daripada Dia. Kemudian minta mereka untuk berkongsi contoh hal-hal yang membantu mereka tumpukan pada Juruselamat dan menyembah Dia.
Saya boleh mempertahankan kesolehan.
Ketika orang Israel meminta Harun membuat patung emas, Harun setuju untuk melakukannya, walaupun ini salah (lihat Ulangan 9:20). Pertimbangkan bagaimana anda dapat menggalakkan kanak-kanak untuk mempertahankan kesolehan, walaupun orang lain menekan mereka untuk tidak melakukannya.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Jemput kanak-kanak untuk baca Keluaran 32:1–5, 21–24, secara individu atau berpasangan, dan kongsi apa yang mereka rasa Harun patut lakukan ketika orang Israel memintanya membuat patung anak lembu emas. Bagaimanakah Harun boleh membantu bangsanya?
-
Bantu kanak-kanak memikirkan situasi yang mereka mungkin hadapi ketika orang lain meminta mereka melakukan sesuatu yang salah. Minta kanak-kanak untuk berkongsi idea dengan satu sama lain tentang apa yang harus dilakukan dalam situasi tersebut.
Menggalakkan Pembelajaran di Rumah
Jemput kanak-kanak untuk berkongsi dengan keluarga mereka idea-idea yang mereka dengar hari ini tentang cara menguduskan hari Sabat.