“2–8 Mei. Keluaran 35–40; Imamat 1; 16; 19: ‘Ditahbiskan untuk Tuhan,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Lama 2022 (2021)
“2–8 Mei. Keluaran 35–40; Imamat 1; 16; 19,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2022
2–8 Mei
Keluaran 35–40; Imamat 1; 16; 19
“Ditahbiskan untuk Tuhan”
Semasa anda dengan penuh doa mengkaji tulisan suci minggu ini, fikirkan tentang kanak-kanak yang anda ajar. Roh Kudus dapat membantu anda mengetahui kebenaran yang perlu dipelajari dan bagaimana anda dapat mengajarkan kebenaran itu.
Catat Tanggapan Anda
Jemput Perkongsian
Letakkan nama setiap kanak-kanak dalam sebuah bekas. Minta seorang anak untuk mencabut salah satu nama, dan jemput anak yang namanya diambil untuk kongsi sesuatu yang dia baru pelajari dari Perjanjian Lama. Beritahu kanak-kanak tentang bagaimana perkara yang mereka pelajari membantu mereka mendekati Yesus Kristus. Teruskan sehingga semua orang berpeluang untuk berkongsi.
Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil
Saya boleh membantu dengan pekerjaan Tuhan.
Kanak-kanak kecil mempunyai kurnia yang dapat digunakan untuk menyumbang kepada pekerjaan Tuhan di bumi. Bagaimanakah anda dapat membantu kanak-kanak berhasrat untuk berkongsi apa yang Tuhan telah berikan kepada mereka?
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Bacakan Keluaran 36:1 kepada kanak-kanak, dan minta mereka mendengarkan apa yang Tuhan berikan kepada Bezaleel dan Oholiab untuk membantu mereka membina “Khemah Tuhan” (khemah ibadat). Beritahu setiap kanak-kanak tentang kurnia yang mereka miliki (boleh bertanya kepada ibu bapa mereka). Bersaksi bahawa Tuhan telah “kurniakan” kurnia untuk setiap anak-Nya.
-
Beritahu kanak-kanak mengapa anda ingin membantu dalam pekerjaan Tuhan. Bantu mereka memikirkan cara mereka boleh turut serta (seperti belajar tentang nenek moyang, memberitahu seseorang tentang Yesus, atau melayani seorang ahli keluarga). Tuliskan idea mereka pada kepingan kertas, masukkan ke dalam bekas, dan jemput setiap kanak-kanak untuk memilih satu dan lakonkan tindakan tersebut.
Saya dapat merasakan hadirat Tuhan di tempat-tempat kudus.
Tuhan memerintahkan anak-anak Israel untuk membina khemah ibadat supaya Dia dapat “tinggal bersama-sama mereka” (Keluaran 25:8). Anda boleh membantu kanak-kanak belajar tentang tempat-tempat kudus yang Tuhan berikan kepada kita hari ini untuk membantu kita merasakan hadirat-Nya.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Paparkan gambar khemah ibadat kuno (lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga). Minta kanak-kanak mencari bahagian-bahagian lain khemah ibadat dalam gambar, seperti kaki pelita atau altar, dan jelaskan bahawa benda-benda ini bertujuan untuk membantu orang Israel memikirkan tentang Tuhan (untuk maklumat lanjut tentang khemah ibadat, lihat Keluaran 40:17–34). Apakah tempat-tempat kudus yang kita ada hari ini yang membantu kita memikirkan tentang Tuhan?
-
Tunjukkan gambar sebuah bait suci, dan bacakan Keluaran 25:8 kepada kanak-kanak. Jelaskan bahawa pada zaman kita, Tuhan telah memberi kita tempat-tempat kudus agar kita dapat mendekati-Nya. Bantu kanak-kanak menyenaraikan beberapa tempat ini. Tanyakan kanak-kanak perasaan mereka ketika memikirkan tentang tempat-tempat kudus ini. Kongsi bahawa kita juga dapat merasa dekat dengan Tuhan ketika kita berdoa, di mana pun kita berada.
-
Lengkapkan halaman aktiviti dengan kanak-kanak. Semasa anda lakukan ini, nyanyikan sebuah lagu bersama tentang bait suci, seperti “Ku Ingin Ke Bait Suci” (Buku Nyanyian Anak-anak, 99).
Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar
Tuhan telah memberi saya kurnia untuk membantu dalam pekerjaan-Nya.
Setiap anak Bapa Syurgawi mempunyai sesuatu untuk disumbangkan dalam pekerjaan-Nya. Kanak-kanak yang anda ajar mungkin memerlukan bantuan anda untuk mengenali bagaimana mereka dapat menggunakan kurnia mereka untuk membantu dalam pekerjaan Tuhan.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Paparkan gambar khemah ibadat (lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga). Tanyakan kanak-kanak apakah bahan yang mungkin diperlukan untuk membina khemah ibadat. Baca Keluaran 35:20–29 bersama kanak-kanak, dan minta mereka mencari bagaimana bahan yang diperlukan telah disediakan. Bersaksi bahawa setiap kanak-kanak mempunyai sesuatu untuk disumbangkan dalam pekerjaan Tuhan.
-
Minta kanak-kanak baca Keluaran 36:1 untuk mengetahui apa yang Tuhan telah berikan kepada orang-orang yang dipanggil untuk membantu membina khemah ibadat. Jemput kanak-kanak untuk kongsi apa yang mereka rasa Tuhan telah berikan mereka untuk membantu membina kerajaan-Nya (berikan cadangan jika diperlukan). Bagaimanakah kita dapat menggunakan hal-hal ini untuk memberkati orang lain?
Saya dapat menjadi lebih seperti Yesus Kristus dan Bapa Syurgawi.
Khemah ibadat bukan sahaja membolehkan anak-anak Israel memiliki hadirat Tuhan bersama mereka, tetapi ia juga mengajar tentang hal-hal yang mereka dapat lakukan untuk menjadi lebih seperti Tuhan.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Jemput kanak-kanak gunakan Keluaran 40:17–33 untuk mengenal pasti benda-benda yang merupakan bahagian khemah ibadat dan mencari yang lain dalam gambar khemah ibadat kuno (lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga). Jemput kanak-kanak melukis khemah ibadat mereka sendiri. Bincangkan bagaimana setiap bahagian khemah ibadat dapat mengajar tentang Juruselamat atau Bapa Syurgawi. Contohnya, tabut kesaksian dapat mengingatkan kita tentang perintah-perintah Tuhan, altar dapat mengingatkan kita tentang pengorbanan Yesus Kristus, kaki pelita dapat mengingatkan kita bahawa Juruselamat adalah Cahaya Dunia, dan sebagainya.
-
Minta kanak-kanak untuk baca Keluaran 25:8 untuk mengetahui mengapa Tuhan menghendaki anak-anak Israel membina “khemah suci” (atau khemah ibadat). Bantu kanak-kanak menyenaraikan tempat dan situasi kita dapat merasakan hadirat Tuhan. Bagaimana tempat-tempat ini membantu kita menjadi lebih seperti Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus?
Melalui Korban tebusan Yesus Kristus, saya dapat diampuni.
Korban binatang yang dilaksanakan dalam Perjanjian Lama bertujuan untuk mengajar anak-anak Israel tentang pengampunan melalui Korban tebusan Yesus Kristus.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Tunjukkan gambar Yesus Kristus di Getsemani dan di atas salib (lihat Buku Seni Injil, no. 56, 57). Jelaskan bahawa Tuhan memerintahkan anak-anak Israel untuk untuk mengajar bahawa dosa-dosa mereka dapat diampuni melalui Korban tebusan Yesus Kristus. Baca Imamat 1:1–4, dan jemput mereka untuk mencari perkataan atau frasa yang mengingatkan mereka tentang pengorbanan Yesus Kristus.
-
Tunjukkan gambar Yesus Kristus mengunjungi orang-orang di Benua Amerika (seperti Buku Seni Injil, no. 82). Jelaskan bahawa setelah Yesus Kristus disalibkan dan bangkit, Dia mengajar orang-orang di Amerika mengapa mereka tidak lagi perlu mengorbankan binatang. Baca 3 Nefi 9:19–20 bersama, dan tanyakan kanak-kanak apa yang kita telah diperintahkan untuk korbankan. Apakah maksudnya untuk mempersembah korban hati yang hancur dan roh yang menyesal? Cadangkan mereka mencari “Hati yang Hancur” dalam Panduan Tulisan suci (scriptures.ChurchofJesusChrist.org) untuk bantuan menjawab soalan ini. Jemput mereka untuk merenungkan bagaimana mereka dapat mempersembahkan hati yang hancur dan roh yang menyesal kepada Tuhan.
Menggalakkan Pembelajaran di Rumah
Jemput kanak-kanak untuk menanyakan Bapa Syurgawi minggu ini tentang bagaimana Dia ingin mereka menyumbang kepada pekerjaan-Nya dalam keluarga mereka.