Perjanjian Lama 2022
23–29 Mei. Yosua 1–8; 23–24: “[Jadilah] Yakin dan Berani”


“23–29 Mei. Yosua 1–8; 23–24: ‘[Jadilah] Yakin dan Berani,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Lama 2022 (2021)

“23–29 Mei. Yosua 1–8; 23–24,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2022

Musa mentahbiskan Yosua

Ilustrasi Musa mentahbiskan Yosua, oleh Darrell Thomas

23–29 Mei

Yosua 1–8; 23–24

“[Jadilah] Yakin dan Berani”

Semasa anda membaca Yosua 1–8 dan 23–24, catatkan tanggapan rohani yang anda terima. Apakah yang anda akan lakukan untuk mengetahui pelajaran yang kanak-kanak perlu belajar dari bab-bab ini?

Catat Tanggapan Anda

ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Lukiskan pada papan tulis salah satu cerita dalam Yosua 1–8; 23–24, dan lihat jika kanak-kanak dapat meneka asal usul cerita itu. Contohnya, anda boleh melukis sungai atau tembok kota.

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Yosua 1:8

Saya dapat memikirkan tentang tulisan suci siang dan malam.

Tuhan memfirmankan Yosua bahawa jika dia merenungkan tulisan suci dan mengikuti nasihat yang ada dalamnya, dia akan berjaya memimpin orang Israel ke negeri yang dijanjikan. Apakah yang anda dapat lakukan untuk mengajar kanak-kanak tentang berkat-berkat besar yang datang dari tulisan suci?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Berikan setiap kanak-kanak satu gambar atau lukisan matahari dan bulan. Bacakan mereka Yosua 1:8: “Kajilah kitab itu siang dan malam.” Jelaskan bahawa kajilah bermaksud berfikir secara mendalam tentang sesuatu. Ulangi frasa tersebut beberapa kali, dan jemput kanak-kanak untuk mengangkat gambar matahari ketika anda berkata “siang” dan bulan ketika anda berkata “malam.” Minta kanak-kanak mengulangi frasa tersebut bersama anda.

  • Minta kanak-kanak menamakan hal-hal yang mereka lakukan pada waktu siang dan hal-hal yang dilakukan pada waktu malam. Beritahu mereka bahawa Yosua diberitahu untuk memikirkan tentang tulisan suci pada waktu siang dan malam. Bantu mereka memikirkan satu cerita atau ajaran dari tulisan suci yang dapat mereka fikirkan siang dan malam. Jemput mereka untuk melukis diri mereka atau keluarga mereka sedang mengkaji tulisan suci. Mengapakah mereka suka mengkaji tulisan suci? Bagaimanakah mereka telah diberkati semasa mereka melakukannya?

Yosua 3

Saya harus dibaptiskan untuk memasuki kerajaan syurga.

Cerita Yosua memimpin orang Israel menyeberangi Sungai Yordan ke negeri yang dijanjikan menyediakan peluang untuk mengajar kanak-kanak bahawa kita harus dibaptiskan untuk memasuki kerajaan syurga.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Kaji semula beberapa maklumat tentang cerita anak-anak Israel menyeberangi Sungai Yordan untuk memasuki negeri yang dijanjikan (lihat “Nabi Yosua” dalam Cerita-cerita Perjanjian Lama). Kemudian tunjukkan gambar Yesus dibaptiskan, dan beritahu kanak-kanak bahawa Yesus dibaptiskan di sungai yang sama. Jemput kanak-kanak untuk berkongsi hal lain yang mereka tahu tentang pembaptisan Yesus.

  • Nyanyi sebuah lagu tentang pembaptisan bersama kanak-kanak, seperti “Pembaptisan” (Buku Nyanyian Anak-anak, 54). Bantu mereka mengenal pasti ajaran lagu ini tentang mengapa Yesus dibaptiskan dan mengapa kita harus mengikuti teladan-Nya. Minta kanak-kanak berkongsi perasaan mereka tentang pembaptisan. Bincangkan persiapan yang kanak-kanak dapat lakukan sekarang untuk dibaptiskan ketika mereka berusia lapan tahun.

    Seorang kanak-kanak perempuan berdiri dalam kolam pembaptisan

    Kita mesti dibaptiskan untuk memasuki kerajaan syurga.

Yosua 24:15

Saya boleh memilih untuk melayani Yesus Kristus.

Pesanan terakhir Yosua kepada bangsanya adalah bahawa mereka mempunyai pilihan untuk terus melayani Tuhan atau meninggalkan Dia. Dengan kasih sama yang Yosua ada terhadap bangsanya, anda boleh mendorong kanak-kanak untuk memilih melayani Tuhan “hari ini.”

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Minta kanak-kanak untuk bercakap tentang beberapa pilihan yang mereka buat hari ini. Bacakan kepada kanak-kanak Yosua 24:15: “tentukanlah sekarang kepada siapa kamu hendak mengabdi; … Tetapi bagi aku dan keluargaku, kami hendak mengabdi kepada Tuhan.” Bagaimanakah kanak-kanak memilih untuk melayani Tuhan hari ini? Apakah beberapa cara yang kita boleh pilih untuk melayani Dia setiap hari?

  • Nyanyi sebuah lagu tentang membuat pilihan yang baik, seperti “Memilih Yang Benar” (Buku Nyanyian Anak-anak, 82). Bagaimanakah perasaan kita ketika memilih untuk melayani Yesus Kristus? Jemput kanak-kanak untuk melukis diri mereka melakukan sesuatu untuk melayani Tuhan. Kongsi satu cerita dari kehidupan anda atau dari majalah Gereja tentang memilih untuk melayani Tuhan.

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

Yosua 1–4; 6

“[Jadilah] yakin dan berani.”

Setelah Yosua menjadi pemimpin orang Israel, Tuhan menggalakkan dia dengan berfirman, “[Jadilah] yakin dan berani” (Yosua 1:6). Apakah yang kanak-kanak boleh pelajari daripada Yosua tentang bagaimana untuk menjadi kuat dan berani untuk Kristus?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak mencari frasa yang diulangi dalam Yosua 1:6, 9, dan 18, dan tulis pada papan tulis (lihat juga ayat 7). Bantu kanak-kanak memikirkan sebab-sebab kita memerlukan pesanan ini, seperti Yosua. Kaji semula cerita-cerita dalam Yosua 1–4; 6, lihat juga “Nabi Yosua” dan Rahab dan Pengintip-pengintip” dalam Cerita-cerita Perjanjian Lama, dan minta kanak-kanak mengenal pasti bagaimana orang-orang dalam kisah-kisah ini menunjukkan keberanian dan kekuatan.

  • Jemput kanak-kanak untuk bercakap tentang seseorang yang mereka kenali, yang kuat dan berani untuk Yesus Kristus. Galakkan mereka untuk menuliskan sesuatu yang mereka ingin lakukan agar mereka jadi lebih kuat dan berani untuk Kristus.

Yosua 1:8

Saya dapat merenungkan tulisan suci siang dan malam.

Salah satu cara Tuhan membantu Yosua mempersiapkan diri untuk menghadapi cabaran yang dihadapinya adalah dengan menggalakkan dia untuk “merenungkan” tulisan suci “siang dan malam.” Bagaimanakah nasihat ini dapat memberkati kanak-kanak yang anda ajar?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak untuk menulis seberapa banyak masa yang mereka luangkan dalam sehari untuk pelbagai aktiviti. Kemudian jemput mereka untuk baca Yosua 1:8, carilah sesuatu yang kita semua perlu lakukan setiap siang dan malam. Minta mereka untuk mencari perkataan dan frasa dalam ayat ini yang mengajarkan kita tentang berkat mengkaji tulisan suci. Bagaimanakah merenungkan tulisan suci dapat membantu kita memperoleh kejayaan dalam perkara lain yang kita lakukan setiap hari?

  • Jemput kanak-kanak untuk baca bersama tulisan suci berikut: Yosua 1:8; 1 Nefi 15:23–24; 2 Nefi 31:20; 32:3; Yakub 4:6; Helaman 3:29–30. Minta kanak-kanak mencari perkataan atau frasa dalam setiap petikan yang mengajar mereka tentang kuasa mengkaji tulisan suci. Apakah matlamat yang mereka boleh tetapkan untuk kajian tulisan suci peribadi mereka?

Yosua 24:15

Saya boleh memilih untuk melayani Yesus Kristus.

Antara kata-kata terakhir Yosua kepada orang Israel adalah rayuan untuk “ tentukanlah sekarang… siapa kamu hendak mengabdi.” Renungkan bagaimana nasihat ini turut memberkati kanak-kanak yang anda ajar.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak membuat poster menggunakan beberapa perkataan dan frasa utama dalam Yosua 24:15. Minta mereka berkongsi poster mereka dan terangkan mengapa mereka memilih perkataan tersebut. Bagaimanakah kita dapat tunjukkan kepada Tuhan bahawa kita telah memilih untuk melayani Dia?

  • Jemput kanak-kanak untuk mencadangkan situasi mereka harus membuat keputusan untuk memilih Tuhan berbanding perkara-perkara lain. Minta mereka pertimbangkan apa yang mereka akan lakukan. Mengapakah ia penting untuk “tentukanlah sekarang” daripada menunggu situasi itu berlaku kemudian? Bagaimanakah kita akan diberkati ketika kita membuat pilihan yang benar?

ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Jemput kanak-kanak untuk memilih sesuatu dari perbincangan anda yang mereka ingin kongsi kepada keluarga mereka. Galakkan mereka untuk memikirkan cara mereka dapat berkongsi minggu ini.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Bantu kanak-kanak menjadi pelajar yang lebih baik. Tujuan anda mengajar kanak-kanak bukan hanya untuk memberikan kebenaran kepada mereka. Anda juga perlu membantu mereka berkembang menjadi pencari kebenaran yang berdikari.