Perjanjian Lama 2022
30 Mei–5 Jun. Hakim-Hakim 2–4; 6–8; 13–16: “[Tuhan] Mengutus Seorang [Pembebas]”


“30 Mei–5 Jun. Hakim-Hakim 2–4; 6–8; 13–16: ‘[Tuhan] Mengutus Seorang [Pembebas],’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Lama 2022 (2021)

“30 Mei–5 Jun. Hakim-Hakim 2–4; 6–8; 13–16,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2022

Imej
Debora dengan para tentera

Ilustrasi Debora memimpin tentera Israel, © Lifeway Collection/lesen dari goodsalt.com

30 Mei–5 Jun

Hakim-Hakim 2–4; 6–8; 13–16

“[Tuhan] Mengutus Seorang [Pembebas]”

Terdapat banyak cerita yang mengilhami terdapat dalam Hakim-Hakim 2–4; 6–8; 13–16. Renungkan bagaimana anda dapat menggunakan cerita-cerita ini untuk membantu kanak-kanak mendekati Juruselamat dan berhasrat mengikuti Dia.

Catat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Jemput setiap kanak-kanak untuk berkongsi satu cerita dari tulisan suci yang mereka telah pelajari baru-baru ini. Kemudian minta mereka untuk berkongsi apa yang mereka pelajari dari cerita ini.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Hakim-Hakim 3:9

Yesus Kristus ialah Juruselamat saya.

Ketika orang Israel berdoa kepada Tuhan, Dia mengutuskan seorang pembebas untuk mereka. Bantu kanak-kanak melihat bahawa Yesus Kristus ialah Pembebas yang Tuhan utuskan untuk kita.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jelaskan kepada kanak-kanak bahawa ketika orang Israel berhenti mematuhi perintah-perintah Tuhan, mereka kehilangan perlindungan-Nya dan dikalahkan oleh musuh-musuh mereka. Baca dari Hakim-Hakim 3:9 frasa “umat Israel berseru minta tolong kepada Tuhan.” Apakah yang orang Israel lakukan ketika mereka memerlukan bantuan? Kongsi satu pengalaman ketika anda berdoa meminta bantuan dan Tuhan menjawab doa anda.

  • Baca dari Hakim-Hakim 3:9 frasa “[Tuhan] mengutus seorang [pembebas],” dan jemput kanak-kanak mengulanginya bersama anda beberapa kali. Jelaskan bahawa pembebas ialah seseorang yang menyelamatkan kita. Tunjukkan kanak-kanak beberapa gambar orang, termasuk gambar Yesus Kristus, dan letakkan gambar menghadap ke bawah di lantai. Minta kanak-kanak bergilir-gilir menterbalikkan gambar, mencari gambar Yesus, dan memegangnya. Bersaksi bahawa Yesus Kristus ialah Pembebas yang Tuhan utuskan untuk menyelamatkan kita dari dosa dan kematian.

Imej
Gideon dan para tentera

Gideon mempercayai Tuhan. © Lifeway Collection/lesen dari goodsalt.com

Hakim-Hakim 6:11–16; 7:1–8

Tuhan dapat menggunakan hal-hal kecil untuk melakukan pekerjaan yang besar.

Gideon menganggap dirinya lemah dan tidak penting, tetapi Tuhan melihatnya sebagai seorang “pemuda yang gagah berani” (Hakim-Hakim 6:12). Bantu kanak-kanak melihat bahawa meskipun mereka merasa kecil, Tuhan dapat bekerja melalui mereka untuk melakukan hal-hal penting (lihat Alma 37:6–7).

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Beritahu kanak-kanak bahawa Tuhan memerlukan seseorang untuk membantu-Nya menyelamatkan Israel dari musuh mereka, orang Midian, dan Dia memilih Gideon. Bacakan Hakim-Hakim 6:15 kepada kanak-kanak, dan tanyakan mereka mengapa Gideon merasakan dia tidak dapat melakukan apa yang Tuhan mahukan. Baca ayat 16, dan tanyakan mereka siapakah yang Tuhan katakan akan membantu Gideon. Beritahu kanak-kanak tentang pengalaman ketika Tuhan meminta anda melakukan sesuatu yang sukar untuk melayani-Nya dan anda merasakan Dia ada bersama anda.

  • Paparkan gambar kanak-kanak atau remaja yang melakukan hal-hal hebat dalam melayani Tuhan (lihat Buku Seni Injil, no. 19, 23, 90, 102), atau contoh yang pernah anda lihat. Bantu kanak-kanak fikirkan cara mereka dapat mengambil bahagian dalam pekerjaan Tuhan, dan jemput mereka untuk melukis diri mereka melakukan hal-hal ini.

  • Gunakan halaman aktiviti minggu ini untuk mengajar kanak-kanak tentang bagaimana Tuhan menjadikan jumlah tentera Israel lebih sedikit supaya orang Israel tahu bahawa kuasa-Nya telah menyelamatkan mereka daripada musuh mereka. Kongsi contoh hal-hal kecil yang menghasilkan pekerjaan hebat, seperti lebah mengumpulkan nektar untuk membuat madu. Berikan kesaksian anda bahawa Tuhan dapat membantu kita melakukan pekerjaan yang hebat, walaupun kita merasa kecil.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

Hakim-Hakim 3:7–9, 12–15

Yesus Kristus ialah Pembebas saya.

Hakim-Hakim 3 menggambarkan satu kitaran yang anda boleh gunakan untuk mengajar kanak-kanak bahawa Tuhan membebaskan kita dari dosa melalui Juruselamat Yesus Kristus.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tulis yang berikut pada papan tulis: “berdosa,”berseru minta tolong kepada Tuhan,” dan “mengutuskan seorang [pembebas]” Jemput beberapa kanak-kanak untuk mencari frasa ini dalam Hakim-Hakim 3:7–9, dan jemput selebihnya mencarinya dalam Hakim-Hakim 3:12–15. Jelaskan kepada kanak-kanak bahawa berulang kali dalam kitab Hakim-Hakim, orang Israel “berdosa.” Kemudian, ketika musuh mereka menyerang, mereka “berseru minta tolong kepada Tuhan,” dan Tuhan “mengutuskan seorang [pembebas]” untuk membantu mereka. Apakah yang kita pelajari tentang Tuhan dari kitaran ini?

  • Nyanyi sebuah lagu yang membantu kanak-kanak memahami bahawa Yesus Kristus adalah Penebus dan Pembebas mereka, seperti “Dia Mengutus Putera-Nya” (Buku Nyanyian Anak-anak, 20). Jemput kanak-kanak untuk berkongsi perasaan mereka tentang apa yang Juruselamat telah lakukan untuk menyelamatkan kita dari dosa, cubaan, kesedihan, dan kematian.

Hakim-Hakim 4:1–15

Saya boleh setia kepada Tuhan walaupun orang lain tidak.

Walaupun banyak orang Israel menjauh daripada Tuhan, sesetengah kekal setia kepada-Nya dan membantu banyak orang lain untuk kembali kepada kesolehan. Bagaimanakah anda dapat menggalakkan kanak-kanak untuk kekal setia kepada Tuhan tidak kira apa yang orang lain sedang lakukan?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Beritahu kanak-kanak bahawa pada masa orang Israel telah jadi jahat, seorang wanita soleh bernama Debora dan ketua tentera Israel, Barak, menyelamatkan Israel daripada musuh mereka (lihat Hakim-Hakim 4:1–15). Baca bersama Hakim-Hakim 4:14, dan minta kanak-kanak mencari sesuatu yang Debora telah katakan yang menunjukkan imannya kepada Tuhan adalah kuat. Kemudian minta mereka membaca Ajaran dan Perjanjian 84:88 untuk mencari asas yang juga terdapat dalam Hakim-Hakim 4:14. Galakkan mereka untuk berkongsi maksud janji Tuhan “Aku akan pergi di hadapan mukamu” kepada mereka.

  • Nyanyi sebuah lagu tentang mematuhi perintah, seperti “Yang Benar Pilihlah!” (Nyanyian Rohani, no. 108) atau “Memilih Yang Benar” (Buku Nyanyian Anak-anak, 82). Bagaimanakah kita dapat mempertahankan kesolehan dan mematuhi perintah-perintah walaupun orang lain di sekitar kita tidak melakukannya?

Hakim-Hakim 7

Cara Tuhan adalah berbeza dengan cara dunia.

Tuhan meminta Gideon untuk melakukan hal-hal yang mungkin tidak Gideon fahami ketika itu. Apakah yang mengilhami anda tentang ceritanya? Bagaimanakah anda rasa ini dapat memberkati kanak-kanak yang anda ajar?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Minta kanak-kanak bayangkan bahawa mereka perlu mengumpulkan tentera untuk pergi berperang. Berapakah jumlah orang yang mereka mahukan dalam pasukan mereka? Gunakan Hakim-Hakim 7:4–7, jemput kanak-kanak untuk melakonkan bagaimana Tuhan membantu Gideon memilih tentera yang akan menyelamatkan Israel daripada orang Midian. Mengapakah Tuhan inginkan [jumlah] tentera Gideon menjadi sekecil itu? (lihat Hakim-Hakim 7:2). Mengapakah mematuhi perintah Tuhan sukar bagi Gideon dan para tenteranya? Jemput kanak-kanak untuk berkongsi pengalaman ketika mereka belajar untuk mempercayai Tuhan walaupun ia sukar.

  • Jemput kanak-kanak melukis pedang, perisai, trompet, pelita, dan buyung. Tanyakan kanak-kanak objek manakah yang mereka akan bawa bersama dalam pertempuran. Jemput mereka untuk baca Hakim-Hakim 7:16 untuk mengetahui apa yang tentera Gideon bawa bersama. Mengapakah ia memerlukan keberanian untuk melakukan ini? Baca bersama Hakim-Hakim 7:19–21 untuk mengetahui bagaimana tentera menggunakan trompet dan buyung untuk mengalahkan orang Midian. Apakah yang kita pelajari tentang Tuhan dari cerita ini?

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Jemput kanak-kanak untuk berkongsi dengan ahli keluarga sesuatu yang mereka pelajari hari ini yang membuat mereka ingin mematuhi perintah.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Ubah suai aktiviti-aktiviti untuk memenuhi keperluan Sekolah Primer anda. Jangan menganggap panduan ini sebagai arahan yang wajib anda ikut. Tetapi, gunakannya sebagai idea-idea untuk menjana ilham anda sendiri semasa anda merenungkan keperluan kanak-kanak yang anda ajar. Contohnya, dalam beberapa hal, anda mungkin terilham untuk menyesuaikan aktiviti untuk kanak-kanak lebih kecil bagi mengajar kanak-kanak yang lebih besar, atau sebaliknya.

Cetak