“13–19 Jun. 1 Samuel 8–10; 13; 15–18: ‘[Tuhan] Sentiasa Menang Dalam Peperangan,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Lama 2022 (2021)
“13–19 Jun. 1 Samuel 8–10; 13; 15–18,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2022
13–19 Jun
1 Samuel 8–10; 13; 15–18
“[Tuhan] Sentiasa Menang Dalam Peperangan”
Walaupun aktiviti di bawah ini dirancang untuk kanak-kanak yang lebih muda atau lebih tua, anda boleh menyesuaikan mana-mana untuk memenuhi keperluan mereka yang anda ajar.
Catat Tanggapan Anda
Jemput Perkongsian
Tunjukkan gambar Daud dan Goliat dari panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga. Jemput kanak-kanak untuk berkongsi apa yang mereka tahu tentang cerita itu, dan tanya soalan untuk membantu mereka mengingati bahagian cerita yang tertinggal.
Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil
Tuhan tahu apa yang ada dalam hati saya.
Berkongsi cerita bagaimana Tuhan memberitahu Samuel untuk memilih Daud sebagai raja dapat membantu kanak-kanak mengetahui bahawa Tuhan mengenali kita secara individu.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Kongsi bagaimana Tuhan memberitahu Samuel bahawa Daud akan menjadi raja Israel (lihat 1 Samuel 16:1–13). Semasa anda bercerita, anda boleh minta seorang kanak-kanak mewakili Samuel. Dia boleh memberikan mahkota kertas kepada kanak-kanak lain, yang mewakili Daud. Kongsi kesaksian anda bahawa Tuhan mengetahui hati Daud dan bahawa Dia mengenali kita.
-
Kongsi satu pengalaman di mana anda merasakan Tuhan mengenali anda. Nyanyi sebuah lagu yang mengajar bahawa Juruselamat mengenali dan mengasihi kita, seperti “Yesus Kawan Penyayang” (Buku Nyanyian Anak-anak, 37).
Iman kepada Yesus Kristus dapat membantu saya untuk mempunyai keberanian.
Kanak-kanak boleh mengaitkan diri dengan Daud yang muda kerana meskipun Daud masih kecil, dia mengatasi satu cabaran besar. Bantu mereka melihat bahawa sumber keberanian dan kekuatan Daud adalah imannya kepada Yesus Kristus.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Kaji semula cerita Daud dan Goliat bersama kanak-kanak, (lihat “Daud dan Goliat” dalam Cerita-cerita Perjanjian Lama), dan minta mereka bergilir-gilir melakonkan cerita itu. Minta kanak-kanak yang berlakon Goliat untuk berkata, “Pilihlah seorang di kalangan kamu untuk melawan aku” (1 Samuel 17:10). Minta kanak-kanak yang berlakon sebagai Daud untuk berkata, “Aku datang melawan engkau demi nama Tuhan” (1 Samuel 17:45). Bersaksi bahawa ketika kita beriman kepada Tuhan, Dia akan membantu kita memiliki keberanian seperti yang dimiliki Daud.
-
Guna halaman aktiviti minggu ini untuk menunjukkan ketinggian Goliat dibandingkan dengan pemuda seperti Daud. Jelaskan bahawa tentera Israel takut kepada Goliat. Minta kanak-kanak berpura-pura menjadi takut. Kemudian tunjukkan gambar Yesus Kristus, dan beritahu kanak-kanak bahawa kerana Daud beriman kepada Tuhan, dia menjadi berani. Minta mereka berdiri tegak, seperti mereka berani.
-
Jemput kanak-kanak untuk berkawat seolah-olah mereka ialah Daud yang akan melawan Goliat sambil menyanyikan lagu tentang keberanian, seperti “Aku Akan Jadi Pemberani” (Buku Nyanyian Anak-anak, 85).
Kawan yang baik dapat menjadi satu berkat bagi saya.
Persahabatan Yonatan dan Daud adalah contoh terbaik tentang berkat yang datang daripada kawan baik.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Lukiskan dua orang pada papan tulis, satu untuk mewakili Daud dan satu lagi untuk mewakili Yonatan. Baca kepada kanak-kanak beberapa frasa dari 1 Samuel 18:1–4 yang menekankan kasih di antara kedua-dua kawan ini. Berikan satu kertas hati kepada setiap kanak-kanak, dan tanyakan mereka bagaimana mereka dapat menunjukkan kasih kepada seorang kawan. Setelah setiap kanak-kanak berkongsi idea, jemput kanak-kanak itu melekatkan hati kertas pada papan tulis.
-
Beritahu kanak-kanak tentang kawan baik yang membantu anda menjalani injil atau membina iman anda kepada Yesus Kristus, dan jemput kanak-kanak untuk berkongsi siapa yang membantu mereka. Jemput kanak-kanak untuk bertindak melakukan sesuatu yang baik untuk seorang kawan.
Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar
1 Samuel 8:6; 9:15–17; 10:1–24; 16:1–13
Mereka yang melayani dalam Gereja dipanggil oleh Tuhan.
Laporan Tuhan memilih Saul dan Daud untuk menjadi raja dapat membantu kelas anda memahami bagaimana orang dipanggil untuk melayani dalam Gereja hari ini. Laporan ini dapat membina iman bahawa panggilan datang daripada Tuhan melalui hamba-hamba-Nya yang diberi wewenang.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Pada jalur kertas yang berasingan, tulis kenyataan dan tulisan suci berikut: rakyat menginginkan raja (1 Samuel 8:6); Tuhan memberitahu Samuel bahawa Saul akan menjadi raja (1 Samuel 9:15–17); Samuel menyapu kepada Saul dengan minyak (1 Samuel 10:1); Samuel memperkenalkan Saul kepada rakyat (1 Samuel 10:24). Minta kanak-kanak membaca petikan tulisan suci dan menyusunnya mengikut urutan yang betul.
-
Pelajari bersama fasal-fasal kepercayaan yang kelima. Beritahu kanak-kanak secara ringkas bagaimana anda menerima panggilan anda untuk mengajar di Sekolah Primer. Bagaimanakah anda tahu bahawa anda dipanggil oleh Tuhan? Bersaksi bahawa Tuhan mengilhami pemimpin untuk memanggil orang untuk melayani.
“[Tuhan] melihat hati.”
Ia adalah alamiah untuk menghakimi orang lain berdasarkan apa yang kita dapat lihat, tetapi sebahagian daripada menjadi lebih seperti Yesus adalah belajar bagaimana untuk melihat seperti yang Dia lakukan—dengan melihat “hati” (1 Samuel 16:7).
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Jemput kanak-kanak untuk membayangkan mereka diminta untuk memilih seseorang untuk menjadi raja. Apakah kualiti-kualiti yang mereka cari? Baca bersama 1 Samuel 16:6–7 untuk mengetahui apa yang Tuhan katakan kepada Samuel ketika dia mencari raja baharu untuk Israel. Apakah yang kita pelajari dari arahan Tuhan?
-
Kemukakan pelajaran berobjek untuk menggambarkan kepada kanak-kanak bahawa penghakiman yang kita buat berdasarkan “seperti cara manusia menilai orang” (ayat 7) mungkin tidak betul. Contohnya, anda boleh menunjukkan kepada mereka makanan atau buku dengan pembungkus atau penutup yang tidak sesuai dengan kandungan yang sebenarnya. Apakah yang 1 Samuel 16:7 dan pelajaran berobjek ini cadangkan tentang bagaimana kita harus melihat diri kita dan orang lain?
-
Kongsi satu pengalaman di mana anda belajar mengapa anda harus “melihat hati,” bukan “seperti cara manusia menilai orang” (ayat 7). Minta kanak-kanak berkongsi pengalaman mereka yang serupa. Nyanyi sebuah lagu yang menekankan asas ini, seperti “Aku Akan Menolongmu” (Buku Nyanyian Anak-anak, 78).
Yesus Kristus dapat membantu saya mengatasi segala cabaran.
Kanak-kanak mungkin menghadapi cabaran yang sukar seperti mengalahkan raksasa seperti Goliat. Teladan Daud dapat memberi mereka harapan bahawa Tuhan akan membantu melawan pertempuran mereka.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Tugaskan kanak-kanak untuk melukis gambar-gambar bahagian yang berlainan dari cerita dalam 1 Samuel 17:20–54. Paparkan gambar mengikut susunan pada papan tulis, dan jemput kanak-kanak untuk berkongsi cerita itu dengan bercakap tentang setiap gambar yang mereka telah lukis. Apakah yang Tuhan mahu kita pelajari dari cerita ini?
-
Bantu kanak-kanak membuat senarai pada papan tulis tentang beberapa cabaran sukar yang mungkin seseorang hadapi. Jemput mereka untuk mencari perkara yang Daud katakan yang dapat menggalakkan seseorang yang menghadapi cabaran seperti ini (lihat 1 Samuel 17:26, 32, 34–37, 45–47). Beritahu kanak-kanak bagaimana Yesus Kristus telah membantu anda semasa anda menghadapi cabaran.
Menggalakkan Pembelajaran di Rumah
Tanyakan kanak-kanak soalan tentang sesuatu yang mereka pelajari hari ini. Tuliskan soalan tersebut, dan berikan satu salinan kepada setiap kanak-kanak untuk dibawa pulang dan bincangkan bersama keluarga mereka.