Perjanjian Lama 2022
13–19 Jun. 1 Samuel 8–10; 13; 15–18: “[Tuhan] Sentiasa Menang dalam Peperangan”


“13–19 Jun. 1 Samuel 8–10; 13; 15–18: ‘[Tuhan] Sentiasa Menang dalam Peperangan,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Lama 2022 (2021)

“13–19 Jun. 1 Samuel 8–10; 13; 15–18,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2022

Daud yang muda dengan ali-ali

David and Goliath (Daud dan Goliat), oleh Steve Nethercott

13–19 Jun

1 Samuel 8–10; 13; 15–18

“[Tuhan] Sentiasa Menang dalam Peperangan”

Cadangan-cadangan dalam panduan ini dapat membantu anda mengenal pasti beberapa asas penting dalam bab-bab ini. Anda boleh menemukan asas-asas lain semasa anda mengkaji.

Mencatat Tanggapan Anda

Sejak suku-suku Israel menetap di negeri yang dijanjikan, orang Filistin menjadi ancaman berterusan bagi keselamatan mereka. Berkali-kali di masa lalu, Tuhan telah menyelamatkan orang Israel dari musuh mereka. Tetapi kini para pemimpin Israel menginginkan, “Kami tetap mahukan seorang raja … [untuk] memerintah kami dan memimpin kami dalam peperangan” (1 Samuel 8:19–20). Tuhan berlembut dengan permintaan itu, dan Saul dipilih sebagai raja. Tetapi ketika Goliat melancarkan cabarannya kepada tentera Israel, Saul—seperti pasukan tenteranya “sangat ketakutan” (1 Samuel 17:11). Pada hari itu, bukan Raja Saul yang menyelamatkan Israel tetapi seorang budak gembala yang rendah hati bernama Daud, yang tidak memakai baju besi tetapi berpakaian iman dengan kepada Tuhan yang tidak dapat ditembus. Pertempuran ini membuktikan kepada Israel, dan kepada sesiapa saja yang memiliki peperangan rohani, bahawa “Tuhan tidak memerlukan pedang ataupun tombak untuk menyelamatkan” dan bahawa “Dia sentiasa menang dalam peperangan” (1 Samuel 17:47).

ikon kajian peribadi

Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

1 Samuel 8

Yesus Kristus ialah Rajaku.

Semasa anda membaca 1 Samuel 8, perhatikan bagaimana Tuhan rasakan tentang hasrat orang Israel yang inginkan Raja selain daripada Diri-Nya. Apakah maksudnya untuk memilih Tuhan untuk “[memerintah] sebagai raja [anda]”? (1 Samuel 8:7). Anda juga boleh mempertimbangkan cara-cara anda tergoda untuk mengikuti aliran dunia yang tidak soleh daripada mengikuti Tuhan. Bagaimanakah anda menunjukkan bahawa anda ingin Yesus Kristus menjadi Raja Abadi anda?

Lihat juga Hakim-Hakim 8:22–23; Mosia 29:1–36; Neil L. Andersen, “Mengatasi Dunia,” Liahona, Mei 2017, 58–62.

1 Samuel 9:15–17; 10:1–12; 16:1–13

Tuhan memanggil seseorang melalui nubuat untuk melayani dalam kerajaan-Nya.

Tuhan memilih Saul dan Daud untuk menjadi raja melalui nubuat dan wahyu (lihat 1 Samuel 9:15–17; 10:1–12; 16:1–13). Ini juga cara Dia memanggil lelaki dan wanita untuk melayani di Gereja-Nya pada hari ini. Apakah yang anda pelajari dari laporan-laporan ini tentang maksud “dipanggil Tuhan, melalui nubuat”? (Fasal-fasal Kepercayaan 1:5). Apakah berkat yang datang dari dipanggil dan ditetapkan oleh hamba Tuhan yang mempunyai wewenang?

Samuel mengurapi Saul

Ilustrasi Samuel mengurapi Saul, © Lifeway Collection/lesen dari goodsalt.com

1 Samuel 13:5–14; 15

“Untuk mematuhi adalah lebih baik dari mengorbankan.”

Meskipun Saul secara jasmaninya tinggi, dia merasa “diri tidak penting” ketika dia menjadi raja (1 Samuel 15:17). Bagaimanapun, semasa dia diberkati dengan kejayaan, dia mula percaya kepada dirinya lebih banyak daripada mempercayai Tuhan. Apakah bukti yang anda lihat tentang ini dalam 1 Samuel 13:5–14; 15? Jika pada masa itu anda bersama Saul, apakah yang anda akan katakan kepadanya untuk membantu dia mengatasi “pemberontakan” dan “kesombongannya”? (1 Samuel 15:23).

Lihat juga 2 Nefi 9:28–29; Helaman 12:4–5; Ajaran dan Perjanjian 121:39–40; Thomas S. Monson, “Pertimbangkan Mana Jalan Mu,” Liahona, Nov. 2014, 86–88.

1 Samuel 16:7

“[Tuhan] melihat hati.”

Apakah beberapa cara kita menghakimi orang lain dengan “melihat rupa”? Apakah maknanya untuk melihat “hati” seperti yang Tuhan lakukan? (1 Samuel 16:7). Pertimbangkan bagaimana anda boleh menggunakan asas-asas ini dalam cara anda melihat orang lain—dan diri sendiri. Bagaimanakah melakukan ini mempengaruhi interaksi atau hubungan anda dengan orang lain?

1 Samuel 17

Dengan bantuan Tuhan, saya dapat mengatasi sebarang cabaran.

Semasa anda membaca 1 Samuel 17, renungkan kata-kata orang-orang dalam bab ini (lihat senarai berikut). Apakah yang kata-kata mereka ungkapkan tentang mereka? Bagaimanakah kata-kata Daud menunjukkan keberanian dan imannya kepada Tuhan?

Renungkan peperangan peribadi yang anda sedang hadapi. Apakah yang anda temui dalam 1 Samuel 17 yang menguatkan iman anda bahawa Tuhan dapat membantu anda?

ikon kajian sekeluarga

Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

1 Samuel 9:15–21; 16:7.Baca ayat-ayat ini bersama kata-kata berikut daripada Elder Dieter F. Uchtdorf dapat mengilhami perbincangan tentang mengapa Tuhan memilih Saul dan Daud: “Jika kita melihat diri sendiri hanya melalui mata fana kita, kita mungkin tidak melihat diri sebagai cukup baik. Tetapi Bapa Syurgawi kita melihat kita sebagai siapa kita yang benar dan siapa yang kita boleh menjadi” (“Ia Berfungsi dengan Baik!Liahona, Nov. 2015, 23). Mungkin ahli keluarga boleh bergilir-gilir menyatakan sifat-sifat baik apa yang mereka lihat di dalam hati masing-masing (lihat 1 Samuel 16:7).

1 Samuel 10:6–12.Bilakah kita pernah melihat Tuhan memberkati seseorang dengan kuasa rohani untuk memenuhi tugasan atau panggilan seperti Dia memberkati Saul? Apakah pengalaman yang kita boleh kongsi ketika “Tuhan memberi [kita] sifat yang baru” atau “Roh Tuhan menguasai [kita]” dalam pelayanan-Nya? (ayat 9–10).

1 Samuel 17:20–54.Keluarga anda boleh membaca bersama cerita Daud dan Goliat (“Daud dan Goliat” dalam Cerita-cerita Perjanjian Lama . Ini dapat membimbing perbincangan mengenai cabaran yang kita hadapi yang mungkin terasa seperti “Goliat” bagi kita. Anda bahkan boleh menulis beberapa cabaran ini pada gambar rajah sasaran atau gambar Goliat dan secara bergiliran melemparkan objek (seperti bola kertas) ke arahnya.

Ia turut menarik juga untuk membaca tentang baju besi dan senjata yang dimiliki Goliat (lihat ayat 4–7). Apakah yang Daud miliki? (lihat ayat 38–40, 45–47). Apakah yang Tuhan telah sediakan untuk membantu kita mengalahkan Goliat kita?

2:3

1 Samuel 18:1–4.Apakah yang menunjukkan Daud dan Yonatan berkawan baik? Bagaimanakah kawan yang baik memberkati kita? Apakah yang kita boleh lakukan untuk menjadi kawan yang baik—termasuklah kepada ahli keluarga kita?

Untuk idea–idea lanjut berkenaan mengajar kanak–kanak, lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Lagu cadangan: “Aku Akan Jadi Pemberani,” Buku Nyanyian Anak-anak, 85.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Kongsi kesaksian anda dengan sering. “Kesaksian kebenaran rohani anda yang sederhana dan ikhlas mempunyai dorongan yang berkuasa terhadap [keluarga anda]. Kesaksian adalah paling berkuasa apabila bersifat terus terang dan tulus ikhlas. Ia tidak perlu diberi dengan fasih atau panjang” (Teaching in the Savior’s Way, 11).

Daud

Ilustrasi Daud, oleh Dilleen Marsh