Perjanjian Lama 2022
30 Mei–5 Jun. Hakim-Hakim 2–4; 6–8; 13–16: “[Tuhan] Mengutus Seorang [Pembebas]”


“30 Mei–5 Jun. Hakim-Hakim 2–4; 6–8; 13–16: ‘[Tuhan] Mengutus Seorang [Pembebas],’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Lama 2022 (2021)

“30 Mei–5 Jun. Hakim-Hakim 2–4; 6–8; 13–16,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2022

Debora dan bala tentera

Ilustrasi Debora memimpin bala tentara Israel, © Lifeway Collection/lesen dari goodsalt.com

30 Mei–5 Jun

Hakim-Hakim 2–4; 6–8; 13–16

“[Tuhan] Mengutus Seorang [Pembebas]”

Kitab suci bersaksi tentang Yesus Kristus. Renungkan bagaimana cerita yang anda baca dalam Hakim-Hakim membantu anda lebih dekat kepada-Nya.

Mencatat Tanggapan Anda

Kita semua tahu bagaimana rasanya melakukan kesalahan, merasa tidak baik, dan kemudian bertaubat dan bertekad untuk mengubah cara kita. Tetapi dalam beberapa kes kita terlupa kesungguhan kita sebelumnya, dan, ketika kita menghadapi godaan, kita mungkin membuat kesalahan lagi. Pola tragis ini adalah biasa dalam pengalaman orang Israel yang digambarkan dalam Kitab Hakim-Hakim. Dipengaruhi oleh kepercayaan dan amalan pemujaan orang Kanaan—yang seharusnya mereka usir dari negeri itu—orang Israel melanggar perjanjian mereka dengan Tuhan dan berpaling dari menyembah-Nya. Akibatnya, mereka kehilangan perlindungan-Nya dan jatuh ke dalam penawanan. Namun setiap kali ini terjadi, Tuhan memberi mereka peluang untuk bertaubat dan mengutus seorang pembebas, seorang pemimpin tentera yang dipanggil sebagai “hakim.” Tidak semua hakim dalam kitab Hakim-hakim itu soleh, tetapi beberapa darinya menunjukkan iman yang besar dalam membebaskan anak-anak Israel dan memulihkan Israel ke dalam hubungan perjanjian mereka dengan Tuhan. Cerita-cerita ini mengingatkan kita bahawa tidak kira apa pun yang membuat kita menjauh daripada Yesus Kristus, Dia ialah Penebus Israel dan selalu bersedia membebaskan kita dan mengalu-alukan kita kembali kepada-Nya.

Untuk gambaran keseluruhan kitab Hakim-Hakim, lihat “Kitab Hakim-Hakim” dalam Panduan Tulisan Suci.

ikon kajian peribadi

Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

Hakim-Hakim 2:1–19; 4:1–16

Tuhan menawarkan pembebasan ketika saya tersesat.

Kitab Hakim-Hakim dapat memberi amaran kepada kita: bahkan selepas kita mengalami kuasa Tuhan dalam hidup kita, sentiasa terdapat kemungkinan untuk terjatuh. Kitab ini juga boleh menyediakan galakkan untuk mereka yang terjatuh, untuk Tuhan menawarkan jalan kembali. Contohnya, semasa anda membaca Hakim-Hakim 2:1–19, carilah tindakan yang membimbing orang Israel jauh daripada Tuhan dan bagaimana Tuhan membebaskan mereka. Apakah yang ayat-ayat ini ajarkan anda tentang Tuhan? Apakah yang anda boleh lakukan untuk lebih konsisten beriman kepada Tuhan?

Anda akan menemukan pola pemberontakan, dukacita, dan pembebasan berulang kali sepanjang kitab Hakim-Hakim (lihat terutamanya bab 3, 4, 6, dan 13). Semasa membaca kitab Hakim-Hakim, renungkan apakah yang hakim-hakim lakukan untuk membebaskan Israel dan bagaimana Tuhan membantu anda ketika anda memerlukan pembebasan.

Salah satu contoh penting seseorang yang membantu membebaskan Israel adalah Debora. Baca tentangnya dalam Hakim-Hakim 4:1–16, dan perhatikan pengaruhnya terhadap orang-orang di sekelilingnya. Apakah kata-kata atau tindakan Debora yang menunjukkan dia beriman terhadap Tuhan? Apakah maksud soalan Debora dalam ayat 14: “Bukankah Tuhan akan pergi di hadapanmu?” (terjemahan langsung dari bahasa Inggeris)

Lihat juga Alma 7:13; Ajaran dan Perjanjian 84:87–88.

Hakim-Hakim 2:13

Siapakah Baal dan Asytarot?

Baal adalah dewa ribut suku-suku Kanaan, dan Asytarot adalah dewi kesuburan suku-suku Kanaan. Penyembahan dua dewa dewi ini menunjukkan betapa pentingnya kesuburan tanah dan rakyat kepada suku-suku Kanaan. Cara orang-orang menyembah dewa-dewi ini dan tuhan lain—termasuklah, seksual tidak berakhlak dan korban kanak-kanak—sangat menyinggung Tuhan.

Hakim-Hakim 6–8

Tuhan boleh lakukan mukjizat ketika saya percaya pada cara-Nya.

Untuk menerima mukjizat Tuhan dalam kehidupan kita, kita harus mempercayai cara-Nya, bahkan ketika cara-Nya kelihatan tidak lazim. Cerita Gideon yang terdapat dalam Hakim-Hakim 6–8, adalah contoh yang baik untuk ini. Bagaimanakah Tuhan mengerjakan mukjizat ketika bala tentera Gideon melawan orang Midian? Apakah yang Tuhan sedang cuba mengajar anda? Bagaimanakah anda telah melihat Tuhan melakukan pekerjaan-Nya dalam cara yang tidak lazim?

Hakim-Hakim 13–16

Kekuatan datang dari kesetiaan terhadap perjanjian saya dengan Tuhan.

Simson kehilangan kekuatan jasmani dan rohaninya kerana dia melanggar perjanjiannya dengan Tuhan, termasuk perjanjian khusus untuk orang Nazir (untuk maklumat mengenai orang Nazir, lihat Bilangan 6:1–6; Hakim-Hakim 13:7). Semasa anda membaca cerita Simson dalam Hakim-Hakim 13–16, renungkan setiap perjanjian yang anda telah buat. Bagaimanakah anda telah diberkati dengan kekuatan kerana anda telah mematuhi perjanjian tersebut? Apakah yang anda pelajari dari cerita Simson yang mengilhami anda untuk kekal setia terhadap perjanjian anda dengan Tuhan?

Simson menolak tiang-tiang

Samson Puts Down the Pillars (Simson Menjatuhkan Tiang-Tiang), oleh James Tissot dan yang lain

ikon kajian sekeluarga

Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Hakim-Hakim 2:10.Setelah Yosua meninggal, generasi Israel yang seterusnya “tidak mengenal Tuhan.” Bincang dengan keluarga anda tentang bagaimana mereka mengenali Tuhan dan “apa yang telah dilakukan oleh Tuhan” untuk mereka. Bagaimanakah anda akan memastikan pengetahuan ini akan dipelihara untuk generasi akan datang?

Hakim-Hakim 3:7–10.Ayat-ayat ini meringkaskan suatu pola yang sering terjadi di sepanjang kitab Hakim-Hakim. Semasa ahli keluarga anda membaca ayat-ayat ini, mereka dapat mengenal pasti apa yang Israel lakukan untuk menyimpang daripada Tuhan dan apa yang Tuhan lakukan untuk membebaskan mereka. Apakah yang mungkin membimbing kita untuk melupakan Tuhan? Bagaimanakah Dia dapat membebaskan kita? Bagaimanakah kita boleh secara konsisten menjadi lebih beriman kepada-Nya?

Hakim-Hakim 6:13–16, 25–30.Gideon menunjukkan keberanian yang besar dalam mematuhi Tuhan, walaupun tindakannya tidak terkenal. Apakah yang Tuhan minta kita untuk lakukan yang mungkin tidak disetujui oleh orang lain? Bagaimanakah firman Tuhan kepada Gideon dalam ayat 13–16 mengilhami kita untuk melakukan hal-hal yang benar?

Hakim-Hakim 7.Bolehkah anda lakonkan atau menggunakan aktiviti kreatif lain untuk membantu keluarga anda belajar dari pengalaman tentera Gideon yang dijelaskan dalam bab ini? Bagaimanakah firman Tuhan dalam bab ini (lihat, contohnya, ayat 2 dan 15) berguna dalam hidup kita?

Hakim-Hakim 13:5.Perjanjian Simson dengan Tuhan telah memberi Simson kekuatan, sama seperti perjanjian kita memberi kita kekuatan. Keluarga anda boleh melakukan beberapa latihan jasmani dan membincangkan bagaimana latihan tersebut dapat membantu kita menjadi kuat. Apakah yang kita boleh lakukan untuk membantu kita menjadi kuat secara rohani? Untuk idea, ahli keluarga boleh membaca Mosia 18:8–10; Ajaran dan Perjanjian 20:77, 79. Bagaimanakah mematuhi perjanjian-perjanjian kita memberi kita kekuatan rohani?

Untuk idea-idea lanjut berkenaan mengajar kanak-kanak, lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Lagu cadangan: “Penebus Israel,” Nyanyian Rohani, no. 5.

Memperbaikkan Kajian Peribadi

Bertindak atas apa yang anda pelajari. Semasa anda mengkaji, tanyakan diri anda bagaimana anda boleh gunakan apa yang anda telah pelajari, dan kemudian bertindak. Biarkan Roh membimbing anda. (Lihat Teaching in the Savior’s Way, 35.)

Gideon dan tentera

Gideon’s Army (Tentera Gideon), oleh Daniel A. Lewis