Perjanjian Lama 2022
23–29 Mei. Yosua 1–8; 23–24: “[Jadilah] Yakin dan Berani”


“23–29 Mei. Yosua 1–8; 23–24: ‘[Jadilah] Yakin dan Berani,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Lama 2022 (2021)

“23–29 Mei. Yosua 1–8; 23–24,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2022

Musa mentahbiskan Yosua

Ilustrasi Musa mentahbiskan Yosua, oleh Darrell Thomas

23–29 Mei

Yosua 1–8; 23–24

“[Jadilah] Yakin dan Berani”

Semasa anda mengkaji kitab Yosua, pertimbangkan bagaimana hal-hal yang anda pelajari tentang orang Israel dapat meningkatkan iman anda kepada Yesus Kristus.

Mencatat Tanggapan Anda

Ia memerlukan beberapa generasi, tetapi janji Tuhan akan dipenuhi: anak-anak Israel berada di ambang untuk mewarisi negeri yang dijanjikan. Tetapi di jalan mereka terdapat Sungai Yordan, tembok-tembok Yerikho, dan orang-orang jahat tetapi perkasa yang telah menolak Tuhan (lihat 1 Nefi 17:35). Selain itu, pemimpin mereka yang dikasihi, Musa telah tiada. Situasi itu mungkin membuat sesetengah orang Israel merasa lemah dan takut, tetapi Tuhan berfirman, “[Jadilah] yakin dan berani.” Mengapakah mereka mesti berasa yakin dan berani? Bukan kerana kekuatan mereka sendiri—bahkan bukan Musa atau Yosua—tetapi kerana “Tuhanmu, menyertai engkau ke mana sahaja engkau pergi” (Yosua 1:9). Apabila kita mempunyai sungai sendiri untuk diseberangi dan tembok untuk diruntuhkan, hal-hal indah boleh terjadi dalam hidup kita, kerana “Tuhan [yang] akan melakukan mukjizat di tengah-tengah [kita]” (Yosua 3:5).

Untuk gambaran keseluruhan kitab Yosua, lihat “Yosua” dalam Panduan Tulisan Suci.

Learn More image
ikon kajian peribadi

Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

Yosua 1:1–9

Tuhan akan bersama saya jika saya setia kepada-Nya.

Bayangkan bagaimana perasaan Yosua ketika dia dipanggil untuk menggantikan Musa. Perhatikan apa yang Tuhan katakan dalam Yosua 1:1–9 untuk menggalakkan Yosua. Fikirkan cabaran sukar yang anda hadapi; apakah dalam ayat-ayat ini yang memberi anda keberanian?

Ia mungkin menarik untuk perhatikan bahawa nama Yosua (Yehoshua atau Yeshua dalam Ibrani) bermaksud “Yehovah menyelamatkan.” Dan nama Yesus datang dari perkataan Yeshua. Oleh itu, semasa anda membaca tentang Yosua, pertimbangkan bagaimana misinya untuk memimpin anak-anak Israel ke negeri yang dijanjikan mengingatkan anda tentang misi Juruselamat.

Yosua 2

Iman dan pekerjaan diperlukan untuk keselamatan.

Orang Kristian awal melihat Rahab sebagai teladan kuasa tentang iman dan pekerjaan (lihat Ibrani 11:31; Yakobus 2:25). Semasa anda membaca Yosua 2, pertimbangkan peranan iman Rahab dan pekerjaannya dalam menyelamatkan dirinya, keluarganya, dan pengintip Israel. Apakah yang ini ajarkan anda tentang bagaimana iman anda kepada Kristus dan pekerjaan anda dapat mempengaruhi diri anda dan orang lain?

Anda mungkin berminat untuk mengetahui bahawa Rahab adalah nenek moyang Raja Daud dan Yesus Kristus (lihat Matius 1:5). Pelajaran apa yang kita boleh dapati dari ini?

Rahab

Rahab di tingkapnya. Waiting for the Promise (Menantikan Janji), oleh Elspeth Young.

Yosua 3–4

Saya dapat mengalami “keajaiban-keajaiban” Tuhan jika saya beriman kepada Yesus Kristus.

Tuhan menghasratkan agar “semua orang di bumi akan tahu betapa besarnya kuasa Tuhan” (Yosua 4:24). Semasa anda membaca Yosua 3–4, renungkan bagaimana anda tahu bahawa kuasa Tuhan itu besar. Bagaimanakah Tuhan telah melakukan “keajaiban-keajaiban” dalam hidup anda? (Yosua 3:5). Bagaimanakah anda dapat mengalami—atau mengenali—keajaiban-keajaiban itu dengan lebih kerap? (contohnya, lihat Yosua 3:17).

Menurut anda mengapakah orang Israel perlu menyucikan diri sebelum menyeberangi Sungai Yordan? Apakah makna yang anda temui dalam kenyataan bahawa sungai itu terpisah setelah “imam-imam itu menginjakkan kaki ke dalam air”? (Yosua 3:13, 15).

Untuk peristiwa penting lain yang berlaku di Sungai Jordan, lihat 2 Raja-Raja 2:6–15; 5:1–14; dan Markus 1:9–11. Semasa anda merenungkan tulisan suci ini, apakah hubungan yang anda lihat di antara peristiwa ini?

Lihat juga Gérald Caussé, “Adakah Ia Masih Menakjubkan Untuk Kamu?Liahona, Mei 2015, 98–100.

Yosua 6–8

Kepatuhan membawa kuasa Tuhan ke dalam hidup saya.

Bab-bab ini menangani pertempuran di tanah Yerikho dan Ai. Semasa anda membacanya, pertimbangkan bagaimana anda melawan godaan dalam hidup anda sendiri (misalnya, lihat Yosua 7:10–13). Apakah yang anda pelajari tentang bagaimana Tuhan dapat membantu anda dan apa yang anda perlu lakukan untuk mendapat kuasa-Nya? Contohnya, apakah yang mengagumkan anda mengenai arahan Tuhan untuk menakluki Yerikho? (lihat Yosua 6:1–5). Laporan dalam Yosua 7 akan mengilhami anda untuk menentukan jika “[ada barang] yang sepatutnya dimusnahkan” dalam hidup anda (Yosua 7:13).

Yosua 23–24

“Setialah kepada Tuhan”

Setelah membahagikan negeri yang dijanjikan di antara dua belas suku Israel (lihat Yosua 13–21), Yosua memberikan mereka ajaran-ajaran terakhirnya. Semasa anda membaca ajaran-ajaran ini dalam Yosua 23–24, anda boleh senaraikan amaran, nasihat, dan janji berkat yang anda temui. Pertimbangkan semua yang orang Israel telah lalui, menurut anda mengapakah Yosua memilih untuk memberitahu mereka hal-hal ini pada akhir hayatnya? Apakah yang anda temui yang mengilhami anda untuk “setialah kepada Tuhan”? (Yosua 23:8).

ikon kajian sekeluarga

Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Yosua 1:8.Apakah yang ayat ini cadangkan tentang bagaimana kita harus mendekati pembelajaran tulisan suci kita, secara individu dan keluarga? Bagaimanakah tulisan suci menjadikan kita “makmur” dan “berjaya”?

Yosua 4:3, 6–9.Setelah membaca apa yang Tuhan mahu orang Israel lakukan dengan batu dari Sungai Yordan, keluarga anda boleh membincangkan beberapa hal besar yang Tuhan telah lakukan untuk anda. Kemudian anda boleh berikan batu kepada setiap ahli keluarga dan mengajak mereka untuk menulis atau melukis sesuatu yang Tuhan telah lakukan untuk mereka.

Yosua 6:2–5.Keluarga anda boleh berlakon menjalankan perintah yang Tuhan berikan kepada orang Israel untuk menakluki Yerikho. Apakah yang Tuhan mahukan kita pelajari dari cerita ini?

Yosua 24:15.Setelah membaca ayat ini, ahli keluarga dapat berkongsi pengalaman ketika mereka memilih untuk melayani Tuhan walaupun ia sukar. Mengapakah ia penting untuk membuat pilihan untuk melayani-Nya “hari ini” dan bukannya menunggu sehingga situasi muncul? Bagaimanakah kita dapat menyokong “keluarga” kita ketika kita berusaha untuk “mengabdi (melayani) Tuhan”?

Untuk idea–idea lanjut berkenaan mengajar kanak–kanak, lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Lagu cadangan: “Yang Benar Pilihlah!,” Nyanyian Rohani, no. 108.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Kongsi kesaksian anda dengan sering. Kesaksian anda yang ikhlas mempunyai pengaruh yang kuat terhadap keluarga anda. Ia tidak perlu berbunga atau panjang. Kesaksian adalah paling berkuasa apabila bersifat terus terang dan tulus ikhlas. (Lihat Teaching in the Savior’s Way, 11.)

Tembok Yerikho runtuh

Tuhan menyebabkan tembok Yerikho runtuh. © Providence Collection/lesen dari goodsalt.com