Perjanjian Lama 2022
9–15 Mei. Bilangan 11–14; 20–24: “Janganlah Berontak Terhadap Tuhan, Dan Janganlah Takut”


“9–15 Mei. Bilangan 11–14; 20–24: ‘Janganlah Berontak Terhadap Tuhan, Dan Janganlah Takut,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Lama 2022 (2021)

“9–15 Mei. Bilangan 11–14; 20–24,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2022

lembah padang pasir

9–15 Mei

Bilangan 11–14; 20–24

“Janganlah Berontak Terhadap Tuhan, Dan Janganlah Takut”

Panduan ini menekankan beberapa asas berharga dalam kitab Bilangan. Buka minda anda juga kepada kitab lain yang Roh bantu anda melihat.

Mencatat Tanggapan Anda

Walaupun berjalan kaki, biasanya ia tidak memerlukan 40 tahun perjalanan dari padang gurun Sinai ke negeri yang dijanjikan di Kanaan. Tetapi itulah masa yang diperlukan oleh anak-anak Israel, bukan untuk menempuh jarak geografi tetapi untuk menempuh jarak rohani: jarak di antara siapa mereka dan siapa yang Tuhan perlukan mereka untuk menjadi sebagai umat perjanjian-Nya.

Kitab Bilangan menggambarkan beberapa hal yang berlaku selama 40 tahun itu, termasuklah pelajaran yang anak-anak Israel perlu pelajari sebelum memasuki negeri yang dijanjikan. Mereka belajar tentang kesetiaan kepada hamba-hamba pilihan Tuhan (lihat Bilangan 12). Mereka belajar tentang mempercayai kuasa Tuhan, bahkan ketika masa depan kelihatan seperti tiada harapan (lihat Bilangan 13–14). Dan mereka belajar bahawa menjadi kurang beriman atau tidak percaya membawa kepada bahaya rohani, tetapi mereka boleh bertaubat dan mencari Juruselamat untuk kesembuhan (lihat Bilangan 21:4–9).

Kita semua seperti orang Israel dalam beberapa cara. Kita semua tahu bagaimana rasanya berada di padang belantara rohani, dan pelajaran sama yang mereka pelajari dapat membantu kita mempersiapkan diri untuk memasuki negeri kita yang dijanjikan: kehidupan abadi bersama Bapa Syurgawi kita.

Untuk gambaran keseluruhan kitab Bilangan, lihat “Bilangan” dalam Panduan Tulisan Suci.

ikon kajian peribadi

Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

Bilangan 11:11–17, 24–29; 12

Wahyu tersedia untuk semua orang, tetapi Tuhan membimbing Gereja-Nya melalui nabi-Nya.

Dalam Bilangan 11:11–17, 24–29, perhatikan masalah yang Musa hadapi dan penyelesaian yang Tuhan cadangkan. Apakah maksud Musa ketika dia mengatakan bahawa dia berharap “agar Tuhan memberikan Roh-Nya kepada semua umat-Nya”? (ayat 29). Semasa anda renungkan ayat-ayat ini, pertimbangkan kata-kata daripada Presiden Russell M. Nelson: “Adakah Tuhan benar-benar ingin berbicara kepada anda? Ya! … Ya, terdapat lebih banyak yang Bapa Syurgawi ingin anda ketahui.” (“Wahyu untuk Gereja, Wahyu untuk Kehidupan Kita,” Liahona, Mei 2018, 95).

Namun, mengatakan bahawa semua orang boleh menerima Roh Tuhan tidak bermaksud mereka semua dapat memimpin umat Tuhan seperti yang dilakukan Musa. Peristiwa yang dicatatkan dalam Bilangan 12 menjelaskan ini. Semasa anda membaca ini, apakah teguran yang anda temui? Apakah yang anda rasa Tuhan mahukan anda fahami tentang wahyu peribadi dan mengikuti nabi?

Lihat juga 1 Nefi 10:17; Ajaran dan Perjanjian 28:1–7.

Bilangan 13–14

Dengan beriman kepada Tuhan, saya boleh memiliki harapan untuk masa depan.

Semasa anda membaca Bilangan 13–14, cuba letakkan diri anda di tempat orang Israel. Mengapakah mereka ingin “balik ke Mesir”? (Bilangan 14:3). Adakah anda seperti orang-orang yang pesimis tentang memasuki negeri yang dijanjikan? Bagaimana anda menggambarkan “sikap” lain yang Kaleb miliki? (Bilangan 14:24). Apakah yang mengagumkan anda tentang iman Kaleb dan Yosua, dan bagaimanakah anda dapat menggunakan teladan mereka dalam situasi yang anda hadapi?

Bilangan 21:4–9

Sekiranya saya mencari Yesus Kristus dengan iman, Dia dapat menyembuhkan saya secara rohani.

Para nabi Kitab Mormon tahu tentang cerita yang dicatatkan dalam Bilangan 21:4–9 dan memahami kepentingan rohaninya. Apakah yang 1 Nefi 17:40–41; Alma 33:18–22; dan Helaman 8:13–15 tambahkan kepada pemahaman anda tentang cerita ini? Semasa anda mengkaji petikan ini, fikirkan tentang penyembuhan rohani yang anda harapkan. Orang Israel perlu “memandang ular daripada gangsa itu” (Bilangan 21:9) untuk sembuh. Apakah yang anda diilhami untuk lakukan untuk lebih sepenuhnya “memandang Putera Tuhan dengan iman”? (Helaman 8:15).

Lihat juga Yohanes 3:14–15; Ajaran dan Perjanjian 6:36; Dale G. Renlund, “Banyak Berkat,” Liahona, Mei 2019, 70–73.

ular gangsa

Orang Israel disembuhkan hanya dengan memandang ke arah ular gangsa itu.

Bilangan 22–24

Saya boleh mengikuti kehendak Tuhan, bahkan jika orang lain berusaha meyakinkan saya agar tidak melakukannya.

Ketika Balak, raja Moab, mengetahui bahawa orang Israel sedang mendekati, dia memanggil Bileam, seorang yang dikenal dalam mengucapkan berkat dan kutukan. Balak mahu Bileam melemahkan orang Israel dengan mengutuk mereka. Perhatikan bagaimana Balak berusaha meyakinkan Bileam (lihat Bilangan 22:5–7, 15–17), dan fikirkan godaan yang anda hadapi untuk menentang kehendak Tuhan. Apakah yang mengagumkan anda tentang jawapan Bileam dalam Bilangan 22:18, 38; 23:8, 12, 26; 24:13?

Sedihnya, Bileam akhirnya menyerah pada tekanan dan mengkhianati Israel (lihat Bilangan 31:16; Jude 1:11). Renungkan bagaimana anda dapat kekal setia kepada Tuhan walaupun ada tekanan daripada orang lain.

ikon kajian sekeluarga

Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Bilangan 11:4–6.Adakah sikap kita sama dengan sikap orang Israel dalam Bilangan 11:4–6? Bagaimanakah nasihat dalam Ajaran dan Perjanjian 59:15–21 ini membantu?

Bilangan 12:3.Bagaimanakah Musa menunjukkan dia “rendah hati” dalam Bilangan 12 atau dalam ayat tulisan suci lain yang anda telah baca? Anda boleh menyemak penjelasan Elder David A. Bednar tentang kerendahan hatii dalam pesanannya “Menjadi Lembut Hati dan Rendah hati” (Liahona, Mei 2018, 30–33) atau “Rendah Hati, Kerendahan hati” dalam Panduan Tulisan Suci (scriptures.ChurchofJesusChrist.org). Apakah yang kita pelajari tentang bagaimana kita dapat menjadi lebih rendah hati? Apakah berkat-berkat yang datang semasa kita melakukan itu?

Bilangan 13–14.Dua (atau lebih) ahli keluarga anda boleh berlakon “mengintip” (Bilangan 13:17) bahagian lain di rumah anda seolah-olahnya ia adalah negeri yang dijanjikan. Kemudian mereka boleh memberikan laporan berdasarkan Bilangan 13:27–33 atau Bilangan 14:6–9. Apakah yang kita pelajari tentang iman dari dua laporan yang berlainan dalam ayat-ayat ini? Bagaimanakah kita boleh menjadi lebih seperti Kaleb dan Yosua?

Bilangan 21:4–9.Selepas membaca Bilangan 21:4–9, berserta 1 Nefi 17:40–41; Alma 33:18–22; dan Helaman 8:13–15, keluarga anda boleh membuat ular dari kertas atau tanah liat dan tuliskan padanya atau di atas kertas hal-hal mudah yang anda boleh lakukan untuk “memandang Putera Tuhan dengan iman” (Helaman 8:15).

Untuk idea-idea lanjut berkenaan mengajar kanak-kanak, lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Lagu cadangan: “Jika ‘Ku Kenangkan Yesus,” Nyanyian Rohani, no. 56.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Bantu keluarga anda membentuk keberdikarian rohani. “Daripada sekadar menyampaikan maklumat, bantu [ahli keluarga anda] menemukan kebenaran injil untuk diri mereka sendiri dalam tulisan suci dan kata-kata para nabi” (Teaching in the Savior’s Way, 28).

Musa dan ular gangsa

Moses and the Brass Serpent (Musa dan Ular Gangsa), oleh Judith A. Mehr