“16–22 Mei. Ulangan 6–8; 15; 18; 29–30; 34: ‘Berhati-hatilah Supaya Kamu Tidak Lupa Akan Tuhan,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Lama 2022 (2021)
“16–22 Mei. Ulangan 6–8; 15; 18; 29–30; 34,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2022
16–22 Mei
Ulangan 6–8; 15; 18; 29–30; 34
“Berhati-hatilah Supaya Kamu Tidak Lupa Akan Tuhan”
Musa memerintahkan anak-anak Israel untuk mengajarkan firman Tuhan kepada anak-anak mereka (lihat Ulangan 6:7). Semasa anda mengkaji Ulangan minggu ini, cari cara untuk berkongsi apa yang anda pelajari dengan ahli keluarga anda.
Mencatat Tanggapan Anda
Pelayanan fana Musa bermula di gunung, ketika Tuhan berbicara kepadanya dari semak yang membakar (lihat Keluaran 3:1–10). Ia juga berakhir di sebuah gunung, lebih dari 40 tahun kemudian, ketika Tuhan memberi Musa sekilas pandang tentang negeri yang dijanjikan dari puncak Gunung Nebo (lihat Ulangan 34:1–4). Musa menghabiskan hidupnya mempersiapkan anak-anak Israel untuk memasuki negeri yang dijanjikan itu, dan kitab Ulangan mencatatkan petunjuk, peringatan, nasihat, dan rayuan terakhirnya kepada orang Israel. Membaca kata-katanya menjelaskan matlamat sebenarnya pelayanan Musa—persiapan yang diperlukan—bukan tentang kelangsungan hidup belantara, menakluki bangsa, atau membangun sebuah komuniti. Ini tentang pelajaran untuk mengasihi Tuhan, mematuhi-Nya, dan kekal setia kepada-Nya. Itulah persiapan yang kita semua perlukan untuk memasuki kehidupan kekal yang dijanjikan. Jadi Musa tidak pernah menjejakkan kaki di “negeri yang luas, kaya dan subur” itu (Keluaran 3:8), kerana iman dan kesetiaannya, dia memasuki negeri yang dijanjikan yang Tuhan telah siapkan untuk semua orang yang mengikuti-Nya.
Untuk gambaran keseluruhan Ulangan, lihat “Ulangan” dalam Panduan Tulisan Suci.
Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi
Ulangan 6:4–7; 8:2–5, 11–17; 29:18–20; 30:6–10, 15–20
Tuhan mahu saya mengasihi Dia dengan sepenuh hati saya.
Dalam ajaran terakhirnya, Musa mengingatkan anak-anak Israel, “Dia telah melindungi kamu selama empat puluh tahun dan memberikan segala sesuatu yang kamu perlukan,” bahkan dalam padang belantara (Ulangan 2:7). Sekarang orang Israel memasuki negeri yang dijanjikan, dengan “kota-kota besar dan makmur, yang tidak [mereka] bina, rumah-rumah di situ penuh dengan barang-barang baik, yang tidak [mereka] simpan ” (Ulangan 6:10–11), Musa takut bahawa orang Israel akan mengeraskan hati mereka dan melupakan Tuhan.
Pertimbangkan keadaan hati anda sendiri semasa anda membaca nasihat Musa. Anda boleh tumpukan pada ayat-ayat berikut dan menuliskan tanggapan anda:
Apakah yang anda dapat lakukan untuk menjaga hati anda daripada mengeras dan mengasihi Tuhan dengan sepenuh hati? Apakah kaitan yang anda lihat di antara Ulangan 6:5–6 dan Matius 22:35–40? (Lihat juga Imamat 19:18).
Lihat juga Dieter F. Uchtdorf, “Keinginan Untuk Kembali Rumah,” Liahona, Nov. 2017, 21–24.
“Berhati-hatilah Supaya Kamu Tidak Lupa Akan Tuhan.”
Sebilangan besar generasi Israel yang akan memasuki negeri yang dijanjikan tidak menyaksikan malapetaka di Mesir atau menyeberangi Laut Merah. Musa tahu bahawa mereka—dan generasi akan datang—perlu mengingati mukjizat Tuhan dan hukum Tuhan jika mereka ingin kekal menjadi umat Tuhan.
Apakah nasihat yang Musa berikan dalam Ulangan 6:4–12, 20–25 yang boleh membantu anda mengingati hal-hal hebat yang Tuhan telah lakukan untuk anda? Apakah yang anda diilhami untuk lakukan agar firman Tuhan tidak “sekali-kali lupa {sentiasa berada dalam hati anda]”? (ayat 6).
Bagaimanakah anda akan meneruskan iman anda untuk generasi masa depan?
Lihat juga Ulangan 11:18–21; Gerrit W. Gong, “Selalu Mengingati-Nya,” Liahona, Mei 2016, 108–11.
Membantu orang yang memerlukan melibatkan tangan yang murah hati dan hati yang rela.
Ulangan 15:1–15 memberi nasihat tentang membantu orang miskin dan yang memerlukan, termasuk beberapa amalan khusus yang tidak diikuti hari ini. Tetapi perhatikan apa yang diajarkan dalam ayat-ayat ini tentang mengapa kita harus membantu orang miskin dan bagaimana sikap kita untuk membantu penting bagi Tuhan. Apakah yang anda rasa Tuhan mahu anda pelajari dari ayat-ayat ini tentang melayani orang lain?
Lihat juga Russell M. Nelson, “Perintah Kedua Utama,” Liahona, Nov. 2019, 96–100.
Yesus Kristus adalah Nabi yang akan diutus seperti Musa.
Petrus, Nefi, Moroni, dan Juruselamat Sendiri berucap tentang nubuat dalam Ulangan 18:15–19 (lihat Kisah Rasul-Rasul 3:20–23; 1 Nefi 22:20–21; Joseph Smith—Sejarah 1:40; 3 Nefi 20:23). Apakah yang anda pelajari tentang Juruselamat dari ayat-ayat ini? Bagaimanakah Juruselamat “seperti” Musa? (Ulangan 18:15).
Apakah yang terjadi kepada Musa?
Walaupun Ulangan 34:5–8 mengatakan bahawa Musa meninggal, pemahaman Orang Suci menjelaskan bahawa dia telah diangkat, atau berubah sehingga dia tidak akan menderita kesakitan atau kematian sehingga dibangkitkan (lihat Alma 45:18–19; Panduan Tulisan Suci, “Musa”; Panduan Tulisan Suci, “Makhluk Diangkat,” scriptures.ChurchofJesusChrist.org). Ia adalah perlu untuk Musa diangkat kerana dia harus memiliki tubuh jasmani untuk memberikan kunci imamat kepada Petrus, Yakobus, dan Yohanes di Gunung Perubahan Rupa (lihat Matius 17:1–13).
Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga
-
Ulangan 6:10–15.Ayat-ayat ini boleh mendorong ahli keluarga anda untuk memikirkan bagaimana keluarga anda telah diberkati. Bagaimanakah kita dapat mengikuti nasihat untuk “berhati-hatilah supaya kamu tidak lupa akan Tuhan”? (Ulangan 6:12). Anda boleh mencatatkan perasaan anda tentang berkat anda, di jurnal atau di FamilySearch.
-
Ulangan 6:13, 16; 8:3.Ayat-ayat ini membantu Juruselamat pada saat penting dalam hidup-Nya; untuk melihat bagaimana, baca bersama Matius 4:1–10. Apakah ayat-ayat tulisan suci yang telah membantu kita semasa dalam keperluan?
-
Ulangan 7:6–9.Lakukan sesuatu untuk membantu ahli keluarga anda merasa istimewa, seperti menyediakan makanan kegemaran. Kemudian anda boleh baca Ulangan 7:6–9 dan bincangkan apa maknanya menjadi “umat [Tuhan] yang istimewa” (ayat 6).
-
Ulangan 29:12–13.Bercakap tentang Ulangan 29:12–13 memberi peluang kepada ahli keluarga anda untuk membincangkan perjanjian yang mereka akan buat atau telah buat dengan Bapa Syurgawi. Apakah maknanya untuk menjadi umat Tuhan? Bagaimanakah perjanjian kita “mengesahkan [kita] menjadi umat [Tuhan]”? (ayat 13).
Untuk idea-idea lanjut berkenaan mengajar kanak-kanak, lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.
Lagu cadangan: “Injil Kan Ku Hayati,” Buku Nyanyian Anak-anak, 72.