Perjanjian Lama 2022
6–12 Jun. Rut; 1 Samuel 1–3: “Tuhan Menggembirakan Hatiku”


“6–12 Jun. Rut; 1 Samuel 1–3: ‘Tuhan Menggembirakan Hatiku,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Lama 2022 (2021)

“6–12 Jun. Rut; 1 Samuel 1–3,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2022

Imej
Rut dan Naomi

Whither Thou Goest (Ke Mana Engkau Pergi), oleh Sandy Freckleton Gagon

6–12 Jun

Rut; 1 Samuel 1–3

“Tuhan Menggembirakan Hatiku”

Semasa anda membaca Rut dan 1 Samuel 1–3, tanyakan Bapa Syurgawi bagaimana anda dapat membantu kanak-kanak belajar dari kebenaran dalam bab-bab ini. Catatkan tanggapan yang anda terima.

Catat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Minta kanak-kanak untuk berkongsi apa yang mereka tahu tentang Rut, Naomi, Hana, atau Samuel. Anda boleh menunjukkan gambar kepada mereka, seperti gambar di panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Rut

Saya boleh menunjukkan kasih dan kebaikan kepada orang-orang di sekeliling saya.

Ketika suami Rut meninggal dunia, dia boleh tinggal di negara asalnya, tetapi dia memilih untuk pergi bersama ibu mertuanya yang janda, Naomi, dan menjaganya. Pertimbangkan bagaimana teladan Rut berciri seperti Kristus dapat mengilhami kanak-kanak yang anda ajar untuk berbuat baik kepada orang di sekeliling mereka.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak untuk mewakili Naomi, Rut, Boas, atau watak-watak lain semasa anda menceritakan cerita mereka dari kitab Rut (Lihat “Rut dan Naomi” dalam Cerita-cerita Perjanjian Lama). Jemput kanak-kanak mengangkat tangan setiap kali mereka mendengar perbuatan baik dalam cerita. Bagaimanakah perasaan kita ketika orang berbuat baik kepada kita? Bagaimanakah perasaan kita ketika kita berbuat baik kepada orang lain?

  • Nyanyi bersama sebuah lagu tentang berbuat baik, seperti “Kebaikan Mulai Dari Aku” (Buku Nyanyian Anak-anak, 83). Bantu kanak-kanak memikirkan cara-cara mereka boleh berbuat baik kepada keluarga dan rakan mereka. Jika mereka perlukan bantuan, tunjukkan mereka gambar-gambar orang yang berbuat baik. Untuk setiap idea yang disebutkan, minta kanak-kanak melukis satu hati pada papan tulis.

1 Samuel 1:1–18

Bapa Syurgawi mendengar dan menjawab doa-doa saya.

Ketika Hana sedih kerana tidak dapat memiliki anak, dia berpaling kepada Tuhan dengan iman dan Tuhan menjawab doanya. Bantu kanak-kanak melihat bahawa mereka boleh selaluselalu dapat berdoa kepada Bapa Syurgawi, terutama ketika mereka sedang sedih.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Dalam kata-kata anda sendiri, beritahu kanak-kanak mengapa Hana sedih (lihat 1 Samuel 1:2–8; lihat juga “Hana” dalam Cerita-cerita Perjanjian Lama). Apakah yang kita boleh lakukan semasa kita sedih? Baca kepada kanak-kanak 1 Samuel 1:10, dan jemput kanak-kanak untuk mendengar apa yang Hana telah lakukan. Tanyakan kanak-kanak bagaimana perasaan mereka ketika mereka berdoa. Baca dari ayat 18 untuk menjelaskan bahawa selepas doanya, Hana “tidak sedih lagi.”

    Imej
    Hana dan Samuel

    For This Child I Prayed (Untuk Anak Ini Aku Berdoa), oleh Elspeth Young

  • Gunakan halaman aktiviti minggu ini untuk mengajar kanak-kanak bahawa mereka dapat berdoa kepada Bapa Syurgawi dan Dia akan membantu mereka. Semasa kanak-kanak sedang mewarna, nyanyi atau memainkan rakaman lagu yang mengajar tentang doa, seperti “Doa Seorang Anak” (Buku Nyanyian Anak-anak, 6).

1 Samuel 2:1–10

Tuhan telah melakukan banyak perkara menakjubkan bagi saya.

Hana menunjukkan kesyukurannya kepada Tuhan dengan puisi pujian yang indah. Teladannya dapat membantu kanak-kanak memikirkan hal-hal yang mereka dapat syukuri terhadap Bapa Syurgawi.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca kepada kanak-kanak beberapa hal Hana katakan setelah Tuhan memberkati dia dengan seorang anak lelaki (lihat 1 Samuel 2:1–2). Kongsi dengan kanak-kanak satu berkat yang anda telah terima dari Tuhan dan bagaimana perasaan anda. Kemudian jemput kanak-kanak untuk bercakap tentang berkat yang Tuhan telah berikan mereka. Bagaimanakah kita dapat menunjukkan kesyukuran kita terhadap-Nya?

  • Nyanyi sebuah lagu bersama yang menggambarkan beberapa berkat yang Tuhan berikan kepada kita, seperti “Tuhan Kasih Padaku” (Buku Nyanyian Anak-anak, 16). Jemput kanak-kanak untuk melukis gambar berkat yang mereka telah terima daripada Tuhan.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

Rut

Saya boleh beriman kepada Tuhan.

Rut berkorban untuk beriman kepada Tuhan dan kekal setia kepada Naomi. Bagaimanakah anda dapat membantu kanak-kanak belajar dari perbuatan iman Rut?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Paparkan gambar Rut dan Naomi (lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga). Kemudian tuliskan tiga tajuk pada papan tulis: Cubaan, Tindakan, Berkat-Berkat. Jemput kanak-kanak untuk baca Rut 1:3–5, 8, 16; 2:1–3, 8–12; 4:13–17, dan tuliskan di bawah tajuk apa yang mereka temui dalam ayat-ayat ini. Bagaimana Rut menunjukkan imannya kepada Tuhan? Kongsi satu contoh bagaimana anda telah diberkati kerana anda beriman kepada Yesus Kristus, dan minta kanak-kanak berkongsi pengalaman mereka sendiri.

  • Nyanyi bersama sebuah lagu tentang iman, seperti “Tuhan Terangku” (Nyanyian Rohani, no. 30) atau “Iman” (Buku Nyanyian Anak-anak, 50). Apakah yang lagu tersebut ajarkan tentang mempercayai Tuhan? Bagaimanakah kita dapat beriman kepada Yesus Kristus walaupun pada masa-masa sukar?

1 Samuel 1

Bapa Syurgawi mendengar dan menjawab doa-doa saya.

Ketika Hana “sangat sedih,” dia berpaling kepada Bapa Syurgawi dalam doa (1 Samuel 1:10). Bagaimanakah anda dapat menggalakkan kanak-kanak untuk melakukan perkara yang sama?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Untuk membantu kanak-kanak belajar tentang Hana dari 1 Samuel 1, berikan setiap kanak-kanak beberapa ayat untuk dibaca dari bab tersebut. Selepas itu, lemparkan bola atau benda kecil kepada satu kanak-kanak dan jemput dia untuk menceritakan sebahagian cerita sebelum menyerahkan bola kepada kanak-kanak seterusnya untuk menceritakan bahagian seterusnya. Apabila selesai, minta kanak-kanak untuk berkongsi sesuatu yang mereka pelajari dari teladan Hana.

  • Baca bersama 1 Samuel 1:15, dan bincangkan apakah maksudnya meluahkan isi hati kepada Tuhan. Bersama kanak-kanak, buat satu senarai perkara yang kita boleh ucapkan kepada Tuhan ketika kita berdoa. Nyanyi bersama sebuah lagu mengenai doa, seperti “Doa Seorang Anak” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 6). Bersaksi tentang kasih Tuhan kepada anak-anak-Nya dan hasrat-Nya untuk mendengar dan menjawab doa mereka.

  • Minta kanak-kanak untuk menyenaraikan (secara individu atau berkumpulan) contoh orang-orang dalam tulisan suci yang berdoa kepada Bapa Syurgawi. (Jika mereka memerlukan bantuan, rujukkan mereka kepada Lukas 22:41–43; Enos 1:2–6; Joseph Smith—Sejarah 1:14–17.) Minta mereka untuk berkongsi apa yang mereka pelajari dari cerita-cerita ini.

1 Samuel 3:1–10

Saya boleh mendengar dan mematuhi suara Tuhan.

Ketika Samuel masih muda, dia mendengar suara Tuhan tetapi pada mulanya dia tidak mengenalinya. Bagaimanakah anda dapat membantu kanak-kanak mendengar dan bertindak atas dorongan yang mereka terima?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput seorang kanak-kanak untuk berlakon menjadi Samuel dan yang lain untuk berlakon menjadi Eli semasa anda membaca 1 Samuel 3:1–10. Apakah yang kita dapat pelajari dari Samuel tentang bagaimana untuk mendengarkan suara Tuhan? Bagaimanakah kita menunjukkan bahawa kita bersedia untuk mendengar ketika Tuhan berbicara kepada kita?

  • Jemput kanak-kanak untuk memikirkan bagaimana mereka akan menjelaskan kepada seseorang tentang bagaimana Tuhan berbicara kepada mereka. Jemput mereka untuk mencari jawapan dalam satu atau lebih tulisan suci berikut: Ajaran dan Perjanjian 6:22–23; 8:2–3; 9:7–9.

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Galakkan kanak-kanak untuk memikirkan tentang seseorang atau sesuatu yang mereka boleh doakan pada minggu ini. Berikan mereka peluang di masa depan untuk berkongsi bagaimana Bapa Syurgawi telah menjawab doa mereka.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Kanak-kanak kurang upaya. Sila layari disability.ChurchofJesusChrist.org untuk mengetahui bagaimana anda dapat memenuhi keperluan kanak-kanak kurang upaya dengan lebih baik.

Cetak