“7–13 Februari. Kejadian 12–17; Abraham 1–2: ‘Untuk Menjadi Pengikut Kebenaran Yang Lebih Baik,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Lama 2022 (2021)
“7–13 Februari. Kejadian 12–17; Abraham 1–2,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2022
7–13 Februari
Kejadian 12–17; Abraham1–2
“Untuk Menjadi Pengikut Kebenaran Yang Lebih Baik”
Ingatlah bahawa anda tidak perlu—atau mungkin boleh—mengajar semua ajaran dalam panduan ini. Biarkan Roh membimbing anda untuk asas dan aktiviti yang paling bermakna bagi kanak-kanak yang anda ajar.
Mencatat Tanggapan Anda
Jemput Perkongsian
Keluarga kanak-kanak yang anda ajar dijemput untuk belajar mengenai Abraham dan Sara minggu lalu. Beri kanak-kanak peluang untuk berkongsi sesuatu yang mereka tahu mengenai Abraham atau Sara.
Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil
Yesus Kristus dapat menuntun saya dengan tangan-Nya.
Abraham ingin menjadi soleh walaupun ahli keluarganya jahat. Tuhan berfirman kepadanya, “Aku akan menuntun engkau dengan tangan-Ku” (Abraham 1:18). Sama seperti Tuhan berjanji untuk membantu Abraham, Dia dapat memimpin kanak-kanak yang anda ajar ketika mereka ingin memilih yang benar.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Baca Abraham 1:18 dan 2:8, kepada kanak-kanak, dan jemput mereka untuk mendengar bahawa bahagian badan yang disebut dalam kedua-dua ayat tersebut. Bagaimana rasanya apabila Yesus Kristus menuntun kita dengan tangan-Nya atau memiliki tangan-Nya untuk melindungi kita? Bersaksi bahawa Yesus menuntun kita melalui Roh-Nya.
-
Bantu kanak-kanak memahami bahawa orang-orang di sekeliling Abraham sedang melakukan perbuatan tidak baik, tetapi Abraham ingin melakukan hal yang benar dan Tuhan membantu dia. Bagaimanakah Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus membantu kita ketika kita cuba memilih yang benar? Nyanyikan lagu yang berkaitan dengan asas ini, seperti “Ajar ‘Ku Jalan Dalam Kasih-Nya” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 70).
-
Tunjukkan beberapa gambar Juruselamat (lihat Buku Seni Injil, no. 38, 39, 40, dan 41), dan bantu kanak-kanak untuk melihat hal-hal yang Juruselamat lakukan dengan tangan-Nya. Apakah yang kita boleh lakukan dengan tangan kita untuk membantu orang lain?
Saya boleh menjadi pendamai.
Ketika para gembala Abraham dan para gembala Lot tidak setuju tentang tanah penggembalaan mereka, Abraham mencadangkan jalan penyelesaian yang membawa kedamaian. Anda boleh menggunakan contoh ini untuk mengilhami kanak-kanak untuk menjadi pendamai.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Kongsi dengan kanak-kanak cerita dari Kejadian 13:5–12, dan jemput mereka untuk lakonkannya. Minta kanak-kanak mengambil giliran untuk berlakon sebagai Abraham, anak buahnya Lot, dan para gembala. Cadangkan cara mereka dapat mengikuti teladan Abraham sebagai pendamai, seperti bergilir-gilir bermain mainan ketika bermain dengan rakan. Jemput mereka untuk memain peranan contoh-contoh ini.
-
Baca Matius 5:9, dan jelaskan bahawa Yesus mahu kita menjadi pendamai. Bantu kanak-kanak memikirkan apa yang mereka boleh lakukan untuk menjadi pendamai di rumah atau ketika bersama rakan. Jemput mereka melukis diri mereka sebagai pendamai. Minta kanak-kanak berkongsi tentang perasaan mereka ketika mereka adalah pendamai seperti Yesus Kristus
Kejadian 15:1–6; 17:1–8; Abraham 2:9–11
Ia adalah penting untuk saya mematuhi janji-janji saya.
Mempelajari perjanjian yang Tuhan buat dengan Abraham dan Sara dapat membantu kanak-kanak memahami makna untuk menepati janji. Ini juga dapat membantu mereka bersedia untuk membuat dan mematuhi perjanjian.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Tanyakan kepada kanak-kanak jika mereka tahu apa itu janji atau perjanjian. Jemput mereka untuk berkongsi pengalaman ketika mereka membuat janji atau seseorang membuat janji kepada mereka. Sekiranya bermanfaat, kongsi beberapa contoh anda sendiri. Bantu kanak-kanak memahami bahawa Abraham dan Sara berjanji untuk mematuhi Tuhan. Pilih beberapa ungkapan dari Kejadian 15:1–6; 17:1–8; Abraham 2:9–11 untuk kongsi beberapa berkat yang Tuhan janjikan kepada mereka. Ini mungkin termasuk “Jangan takut, Abram: Aku akan melindungi engkau,” “Engkau akan menjadi nenek moyang banyak bangsa,” atau “Segala keluarga di bumi [akan] diberkati.”
-
Apakah beberapa janji mudah yang kanak-kanak dapat buat dan tepati semasa kelas? Sebagai contoh, minta mereka berjanji untuk kekal di tempat duduk mereka selama beberapa minit atau menyimpan kerusi mereka di akhir kelas. Kongsi dengan mereka ketika anda membuat janji dan menepati janji, dan jemput mereka untuk berkongsi pengalaman yang mereka ada. Bantu mereka memahami bahawa mereka akan membuat janji dengan Bapa Syurgawi ketika mereka dibaptiskan dan ketika mereka pergi ke bait suci.
Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar
Bapa Syurgawi mendengar dan menjawab doa-doa saya.
Ketika hidup Abraham dalam bahaya, dia berdoa kepada Tuhan dan telah diselamatkan. Kanak-kanak yang anda ajar mungkin mempunyai pengalaman mereka sendiri tentang doa yang mereka boleh kongsi.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Tunjukkan gambar An Angel Saves Abraham (ChurchofJesusChrist.org), dan jemput kanak-kanak untuk berkongsi apa yang mereka ketahui tentang gambaran cerita itu, yang terdapat dalam Abraham 1:12, 15–17. Minta kanak-kanak membaca ayat-ayat ini dan berkongsi hal yang mereka pelajari tentang doa.
-
Jemput kanak-kanak untuk berkongsi pengalaman ketika Bapa Syurgawi menjawab doa mereka, dan kongsi salah satu pengalaman anda sendiri.
Saya boleh menjadi pendamai.
Kita semua menghadapi situasi yang menggoda kita untuk menjadi kecewa dan berselisih fahaman. Pertimbangkan bagaimana cerita Abraham dan Lot dapat menolong kanak-kanak menjadi pendamai dalam situasi seperti itu.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Tulis Watak Utama, Situasi, Masalah, dan Penyelesaian di papan tulis. Jemput kanak-kanak untuk membaca Kejadian 13:5–12 dan kenal pasti bahagian cerita yang disenaraikan di papan tulis. Bantu kanak-kanak memikirkan situasi ketika mereka boleh menjadi pendamai, seperti ketika seseorang bertengkar atau cuba melawan. Kemudian jemput mereka untuk lakon peranan bagaimana mereka dapat menjadi pendamai dalam situasi tersebut.
-
Bantu kanak-kanak mencari topik “Damai” dan “Pendamai” dalam Panduan Tulisan Suci (scriptures.ChurchofJesusChrist.org). Jemput setiap kanak-kanak untuk memilih tulisan suci tentang kedamaian dan kongsi apa yang dia pelajari dengan kelas. Bantu mereka memikirkan beberapa contoh Juruselamat menjadi pendamai, seperti dalam Lukas 22:50–51. Bagaimanakah kita dapat mengikuti contoh-Nya?
Kejadian 17:1–8; Abraham 2:8–11
Saya boleh mematuhi perjanjian yang saya buat dengan Bapa Syurgawi.
Mengajar kanak-kanak tentang perjanjian yang Tuhan buat dengan Abraham dan Sara dapat membantu mereka memikirkan perjanjian mereka sendiri.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Jemput kanak-kanak untuk membaca Kejadian 17:1–8 dan Abraham 2:8–11 dan buat dua senarai: apa yang Abraham diminta untuk lakukan dan apa yang Tuhan janjikan kepadanya. Apakah yang kita pelajari tentang Tuhan dalam ayat-ayat ini?
-
Tunjukkan gambar seseorang sedang dibaptiskan (lihat Buku Seni Injil, no. 103, 104). Minta kanak-kanak untuk menyenaraikan janji-janji yang dibuat oleh seseorang semasa pembaptisan dan janji-janji yang Tuhan buat sebagai balasan. Cadangkan kanak-kanak untuk merujuk Mosia 18:10; Ajaran dan Perjanjian 20:37, 77, 79 untuk bantuan. Apakah yang kita boleh lakukan untuk mentaati perjanjian yang kita buat ketika pembaptisan?
Menggalakkan Pembelajaran di Rumah
Kirimkan nota untuk dibawa pulang untuk mendorong ahli keluarga mereka memperhatikan ketika kanak-kanak itu menjadi pendamai, menepati janji, atau melakukan hal lain yang anda bincangkan di kelas.