Perjanjian Lama 2022
14–20 Februari. Kejadian 18–23 “Adakah Sesuatu yang Terlalu Sukar bagi Tuhan?”


“14–20 Februari. Kejadian 18–23: ‘Adakah Sesuatu yang Terlalu Sukar bagi Tuhan?’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Lama 2022 (2021)

“14–20 Februari. Kejadian 18–23,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2022

Sara memegang bayi Ishak

Sarah and Isaac (Sara dan Ishak), oleh Scott Snow

14–20 Februari

Kejadian 18–23

“Adakah Sesuatu yang Terlalu Sukar bagi Tuhan?”

Baca dan renungkan Kejadian 18–23, dan catatkan tanggapan anda. Anda dapat menggunakan idea-idea dalam panduan ini untuk membantu anda mempelajari bab-bab ini, dan anda juga mungkin diilhami untuk mencari pesanan lain dalam tulisan suci yang Tuhan ada secara khususnya bagi anda.

Mencatat Tanggapan Anda

Kehidupan Abraham, yang dipenuhi dengan peristiwa yang memilukan dan menyentuh hati, adalah bukti kebenaran yang Abraham pelajari dalam satu penglihatan—bahawa kita berada di bumi untuk dibuktikan, “untuk melihat adakah [kita] akan melakukan segala hal apa pun yang Tuhan Raja mereka akan perintahkan” (Abraham 3:25). Adakah Abraham akan buktikan dirinya setia? Adakah dia akan terus beriman dalam janji Tuhan tentang keturunan yang besar, walaupun ketika dia dan Sara masih belum mempunyai anak di usia tua mereka? Dan setelah Ishak dilahirkan, adakah iman Abraham akan bertahan dari perkara yang tidak diduga—satu perintah untuk mengorbankan anak lelaki yang Tuhan telah janjikan untuk memenuhi perjanjian itu? Abraham terbukti setia. Abraham mempercayai Tuhan, dan Tuhan mempercayai Abraham. Dalam Kejadian 18–23, kita menemui kisah-kisah dari kehidupan Abraham dan yang lain yang dapat mendorong kita untuk memikirkan kemampuan kita sendiri untuk mempercayai janji-janji Tuhan, untuk meninggalkan kejahatan dan tidak pernah menoleh ke belakang, dan mempercayai Tuhan tanpa mengira pengorbanan yang diperlukan.

ikon kajian peribadi

Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

Kejadian 18:9–14; 21:1–7

Tuhan menunaikan janji-janji-Nya pada waktu-Nya sendiri.

Tuhan telah membuat janji-janji yang sangat indah kepada orang-orang yang beriman, tetapi kadangkala keadaan hidup kita dapat menyebabkan kita bertanya-tanya bagaimana janji-janji itu dapat dipenuhi. Abraham dan Sara mungkin kadangkala merasa seperti itu. Apakah yang anda pelajari dari pengalaman mereka? Ia mungkin membantu untuk mula kajian anda dengan mengkaji semula apa yang Tuhan telah janjikan kepada Abraham dalam Kejadian 17:4, 15–22. Bagaimanakah Abraham dan Sara bertindak balas? [DalamKejadian 17:17, nota kaki b]; Kejadian18:9–12). Bagaimanakah Tuhan bertindak balas untuk membantu mereka lebih percaya kepada janji-janji-Nya? (lihat Kejadian 18:14).

Apakah yang anda temui dalam ayat-ayat ini yang membina iman anda? Apakah pengalaman lain—dalam kehidupan anda atau orang lain—yang telah memperkuatkan iman anda bahawa Tuhan akan menunaikan janji-janji-Nya kepada anda dalam masa dan cara-Nya?

Lihat juga Ajaran dan Perjanjian 88:68.

Kejadian 19:12–29

Tuhan memerintahkan kita untuk lari dari kejahatan.

Apakah pelajaran yang anda pelajari tentang melarikan diri dari kejahatan ketika anda membaca tentang Lot dan keluarganya? Contohnya, apakah yang mengagumkan anda tentang apa yang malaikat katakan dan lakukan untuk membantu Lot dan keluarganya melarikan diri daripada kehancuran? (lihat Kejadian 19:12–17). Bagaimanakah Tuhan membantu anda dan keluarga anda melarikan diri atau mencari perlindungan dari pengaruh jahat di dunia?

Untuk lebih lanjut mengenai dosa Sodom dan Gomora, lihat Yehezkiel 16:49–50 dan Yudas 1:7–8.

ilustrasi Lot dan keluarganya sedang melarikan diri dari Sodom dan Gomora

Fleeing Sodom and Gomorrah (Melarikan diri dari Sodom dan Gomora), oleh Julius Schnorr von Carolsfeld

Kejadian 19:26

Apakah kesalahan isteri Lot?

Elder Jeffrey R. Holland mengajar:

“Nampaknya, apa yang salah dengan isteri Lot ialah dia tidak hanya melihat ke belakang; dalam hati dia mahu balik ke sana. Nampaknya sebelum dia melewati batas kota, dia sudah rindu dengan apa yang Sodom dan Gomora tawarkan kepadanya. … Dia tiada iman. Dia meragui kemampuan Tuhan untuk memberinya sesuatu yang lebih baik daripada apa yang dia sudah miliki. …

“Kepada semua [orang] dari setiap generasi, saya menekankan, ‘Ingatlah akan apa yang sudah berlaku terhadap isteri Lot’ [Lukas 17:32]. Iman adalah untuk masa depan. Iman membina masa lepas tetapi ia tidak pernah mahu untuk tinggal di sana. Iman mempercayai bahawa Tuhan mempunyai hal-hal hebat bagi setiap kita dan bahawa Kristus benar-benar adalah ‘Imam Agung daripada perkara-perkara baik, yang [akan datang]’ (Ibrani 9:11)” (“The Best Is Yet to Be,” Ensign, Jan. 2010, 24, 27).

Kejadian 22:1–19

Kesediaan Abraham untuk mengorbankan Ishak adalah persamaan Tuhan dan Putera-Nya.

Kami tidak tahu semua alasan yang Tuhan perintahkan Abraham untuk mempersembahkan Ishak sebagai korban; kita tahu itu adalah ujian imannya kepada Tuhan (lihat Kejadian 22:12–19). Semasa anda membaca Kejadian 22:1–19, apakah yang anda pelajari dari pengalaman Abraham?

Kesediaan Abraham untuk mengorbankan anaknya adalah “adalah kemiripan dengan Tuhan dan Putera Tunggal-Nya” (Yakub 4:5). Semasa anda merenungkan persamaan antara ujian Abraham dan Tuhan Bapa-Nya mengorbankan Putera-Nya sebagai pengorbanan bagi kita, apa yang anda rasakan untuk Bapa Syurgawi anda?

Terdapat juga persamaan antara Ishak dan Juruselamat. Pertimbangkan untuk membaca Kejadian 22:1–19 sekali lagi, mencari persamaan ini.

family study icon

Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Kejadian 18:14.Adakah terdapat kisah-kisah dari tulisan suci, dari sejarah keluarga anda, atau dari kehidupan anda sendiri yang anda dapat berkongsi yang telah mengajar anda bahawa tidak ada yang terlalu sukar bagi Tuhan?

Kejadian 18:16–33.Apakah yang kita pelajari mengenai watak Abraham dari ayat-ayat ini? Bagaimanakah kita boleh mengikuti teladannya? (Juga lihat Alma 10:22–23.)

Kejadian 19:15–17.Ayat-ayat ini dapat membantu ahli keluarga anda bersedia untuk masa ketika mereka perlu lari dari situasi jahat. Apakah beberapa situasi ini? Contohnya, anda boleh mengadakan perbincangan mengenai media yang tidak sesuai atau godaan untuk bergosip. Bagaimanakah kita boleh lari dari situasi seperti itu?

Kejadian 21:9–20.Apakah yang mengagumkan keluarga anda tentang cara Tuhan memperlakukan Hagar dan Ismael setelah Sara dan Abraham mengusir mereka?

Kejadian 22:1–14.Bagaimanakah anda dapat membantu keluarga anda melihat hubungan antara kisah Tuhan memerintahkan Abraham untuk mengorbankan Ishak dan korban tebusan Juruselamat? Anda dapat menunjukkan gambar Abraham dan Ishak dan Penyaliban (lihat “Abraham and Isaac,” dalam Old Testament Stories) sementara ahli keluarga membincangkan persamaan yang mereka lihat antara peristiwa ini. Anda juga dapat menyanyikan lagu rohani atau lagu tentang pengorbanan Juruselamat, seperti “Dia Mengutus Putra-Nya” (Nyanyian Anak-Anak, 20), dan cari frasa yang menggambarkan pengorbanan Juruselamat.

Apakah yang kita telah diminta untuk korbankan sebagai sebuah keluarga? Bagaimanakah pengorbanan ini mendekatkan kita kepada Tuhan?

Untuk idea-idea lanjut berkenaan mengajar kanak-kanak, lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Lagu cadangan: “Tuhan Mengutus Putera-Nya,” Nyanyian Rohani, no. 78.

Memperbaikkan Kajian Peribadi

Mendengar Roh. Semasa anda mengkaji, perhatikan fikiran dan perasaan anda, walaupun ia kelihatan tidak berkaitan dengan apa yang anda baca. Tanggapan tersebut mungkin merupakan perkara yang Tuhan mahukan anda ketahui.

Abraham dan Ishak sedang berjalan

Ilustrasi Abraham dan Ishak, oleh Jeff Ward