“21–27 Februari. Kejadian 24–27: Perjanjian Telah Diperbaharui,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Lama 2022 (2021)
“21–27 Februari. Kejadian 24–27,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2022
21–27 Februari
Kejadian 24–27
Perjanjian Telah Diperbaharui
Semasa anda membaca Kejadian 24–27, beri perhatian kepada tanggapan rohani yang anda terima. Berdoa untuk mengetahui bagaimana asas yang anda temui berkaitan dengan kehidupan anda.
Mencatat Tanggapan Anda
Perjanjian Tuhan dengan Abraham termasuk janji bahawa melalui Abraham dan keturunannya “semua keluarga di bumi akan diberkati” (Abraham 2:11). Itu bukan janji yang dapat ditunaikan dalam satu generasi: dalam banyak cara, Alkitab adalah kisah tentang Tuhan sedang menunaikan janji. Dan Dia bermula dengan memperbaharui perjanjian dengan keluarga Ishak dan Ribka. Melalui pengalaman mereka, kita pelajari sesuatu tentang menjadi sebahagian dari perjanjian. Contoh-contoh mereka mengajar kita tentang kebaikan, kesabaran, dan kepercayaan kepada berkat yang Tuhan janjikan. Dan kita belajar bahawa ia sangat baik untuk melepaskan “bubur kacang merah” duniawi (Kejadian 25:30) untuk mendapatkan berkat Tuhan untuk diri kita sendiri dan anak-anak kita untuk generasi yang akan datang.
Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi
Perkahwinan adalah penting untuk rancangan abadi Tuhan.
Hari ini banyak orang menjadikan perkahwinan bukan sebagai keutamaan utama atau menganggapnya sebagai beban. Abraham mempunyai perspektif yang berbeza —kepadanya, perkahwinan anaknya Ishak adalah yang paling penting. Mengapakah anda rasa ia sangat penting bagi dia? Semasa anda membaca Kejadian 24, fikirkan tentang kepentingan perkahwinan dalam rancangan keselamatan Tuhan. Anda juga boleh membaca pesanan Elder D. Todd Christofferson “Mengapa Kahwin dan Punyai Keluarga” (Liahona, Mei 2015, 50–53) dan pertimbangkan mengapakah “keluarga yang ditubuhkan dari perkahwinan antara seorang lelaki dan seorang wanita menyediakan keadaan yang terbaik untuk menjayakan rancangan Tuhan.” (halaman 52).
Soalan seperti berikut boleh membantu anda mempertimbangkan asas lain yang penting dalam bab ini:
Kejadian 24:1–14. Apakah yang Abraham dan hambanya lakukan untuk memasukkan Tuhan dalam usaha mereka untuk mencari isteri bagi Ishak?
Kejadian 24:15–28, 55–60. Apakah kualiti yang anda temui di Ribka yang ingin anda ikuti?
Apakah pandangan lain yang anda temui?
Lihat juga Ajaran dan Perjanjian 131:1–4; “Keluarga: Suatu Perisytiharan kepada Dunia,” ChurchofJesusChrist.org.
Saya boleh memilih antara kepuasan segera dan perkara yang lebih bernilai.
Dalam budaya Abraham, anak lelaki sulung dalam sebuah keluarga biasanya menerima kedudukan pemimpin dan hak istimewa, yang disebut hak kelahiran. Anak lelaki ini mendapat warisan yang lebih besar daripada ibu bapanya, bersama dengan tanggungjawab yang lebih besar untuk menjaga keluarga yang lain.
Semasa anda membaca Kejadian 25:29–34, pertimbangkan mengapa Esau mungkin rela melepaskan hak anak sulung sebagai pertukaran dengan makanan. Apakah pelajaran yang anda temui untuk diri anda sendiri dalam laporan ini? Contohnya, adakah terdapat “bubur” yang mengalihkan perhatian anda dari berkat-berkat yang paling bernilai bagi anda? Apakah yang anda sedang lakukan untuk menumpukan perhatian dan menghargai berkat-berkat ini?
Lihat juga Matius 6:19–33; 2 Nefi 9:51.
Perjanjian Abraham diperbaharui melalui Ishak.
Perjanjian yang Tuhan buat dengan Abraham bertujuan untuk diteruskan selama banyak generasi, oleh itu, warisan mematuhi perjanjian Abraham dan Sara perlu diturunkan kepada Ishak, Yakub, dan para wanita dan lelaki yang setia di antara keturunan mereka. Semasa anda membaca Kejadian 26:1–5, cari beberapa berkat perjanjian yang Tuhan katakan. Apakah yang anda pelajari tentang Tuhan dari ayat-ayat ini?
Yesus Kristus ialah perigi air yang memberikan hidup.
Anda mungkin menyedari bahawa perigi dan mata air dan sumber air lain memainkan peranan penting dalam banyak kisah Perjanjian Lama. Ini tidak menghairankan, kerana kebanyakan kisah ini berlaku di tempat yang sangat kering. Semasa anda membaca dalam Kejadian 26 mengenai perigi Ishak, renungkan apakah lambang air dalam tulisan suci. Apakah pandangan yang anda temui mengenai perigi rohani “air yang memberikan hidup”? (lihat Yohanes 4:10–15). Bagaimanakah anda menggali perigi rohani dalam hidup anda? Bagaimanakah Juruselamat seperti air yang memberikan hidup bagi anda? Perhatikan bahawa Orang Filistin telah “menimbus” perigi (lihat Kejadian 26:18). Adakah terdapat sesuatu dalam hidup anda yang menghentikan perigi air yang memberikan hidup anda?
Apakah Ribka dan Yakub salah kerana menipu Ishak?
Kami tidak tahu alasan di sebalik cara yang Ribka dan Yakub gunakan untuk mendapatkan berkat bagi Yakub. Ia adalah bermanfaat untuk mengingati bahawa Perjanjian Lama seperti yang kita miliki sekarang tidak lengkap (lihat Musa 1:23, 41). Mungkin ada maklumat yang hilang dari catatan asal yang akan menjelaskan apa yang kelihatannya menyusahkan kita. Namun, kita tahu bahawa adalah kehendak Tuhan bagi Yakub untuk menerima berkat daripada Ishak kerana Ribka mempunyai wahyu bahawa Yakub akan memerintah Esau (lihat Kejadian 25:23). Setelah Ishak mengakui bahawa dia telah memberkati Yakub dan bukannya Esau, dia menegaskan bahawa “berkat itu menjadi miliknya” Yakub (Kejadian 27:33)—menunjukkan bahawa kehendak Tuhan telah dicapai.
Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga
-
Kejadian 24:2–4, 32–48.Abraham meminta seorang hamba yang dipercayai untuk mencari isteri bagi Ishak, dan hamba itu berjanji dengan Abraham bahawa dia akan melakukannya. Bagaimanakah hamba Abraham menunjukkan kesetiaan dalam mematuhi perjanjiannya? Bagaimanakah kita dapat mengikuti contohnya?
-
Kejadian 24:15–28, 55–60.Keluarga anda boleh mencari dalam ayat-ayat ini sifat-sifat yang menjadikan Ribka sebagai rakan abadi yang layak bagi Ishak. Galakkan ahli keluarga memilih salah satu sifat ini yang mereka rasa mereka harus kembangkan.
-
Kejadian 25:19–34; 27.Kaji semula kisah bagaimana hak anak sulung dan berkat kelahiran Esau datang kepada Yakub. Ahli keluarga boleh bekerjasama untuk menyusun ayat-ayat tersebut dalam urutan yang betul.
Semasa anda membincangkan Esau menjual hak anak sulungnya, anda mungkin juga membincangkan perkara yang paling penting bagi keluarga anda, seperti hubungan anda dengan Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus. Mungkin ahli keluarga boleh mencari objek atau gambar yang mewakili apa yang mereka anggap bernilai abadi. Biarkan mereka menerangkan mengapakah mereka memilih benda tersebut.
-
Kejadian 26:3–5.Untuk membantu keluarga anda memahami perjanjian Abraham, anda boleh menjemput mereka mencari janji-janji yang digambarkan dalam ayat-ayat ini. Mengapakah ia penting bagi kita untuk mengetahui janji-janji ini hari ini? (lihat “Fikiran untuk Direnungkan: Perjanjian,” dalam sumber ini).
-
Kejadian 26:18–25, 32–33.Mengapakah perigi penting? Bagaimanakah Yesus Kristus seperti perigi air?
Untuk idea–idea lanjut berkenaan mengajar kanak–kanak, lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.
Lagu cadangan: “Yang Benar Pilihlah!,” Nyanyian Rohani, no. 108.