Perjanjian Lama 2022
7–13 Februari. Kejadian 12–17; Abraham1–2: “Menjadi Pengikut Kebenaran yang Lebih Baik”


“7–13 Februari. Kejadian 12–17; Abraham 1–2: ‘Menjadi Pengikut Kebenaran yang Lebih Baik,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Lama 2022 (2021)

“7–13 Februari. Kejadian 12–17; Abraham1–2,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2022

Abraham dan Sara

Ilustrasi Abraham dan Sara, oleh Dilleen Marsh

7–13 Februari

Kejadian 12–17; Abraham1–2

“Menjadi Pengikut Kebenaran yang Lebih Baik”

Semasa anda membaca tentang Abram dan Sarai (kemudian disebut Abraham dan Sara) dan keluarga mereka, renungkan bagaimana teladan mereka mengilhami anda. Catatkan tanggapan tentang perkara yang anda boleh lakukan “menjadi pengikut kebenaran yang lebih baik” (Abraham 1:2).

Mencatat Tanggapan Anda

Kerana perjanjian yang Tuhan buat dengannya, Abraham dipanggil “bapa kepada yang setia” (Ajaran dan Perjanjian 138:41) dan “sahabat Tuhan” (Yakobus 2:23). Berjuta-juta orang hari ini menghormatinya sebagai nenek moyang mereka, dan yang lain telah diterima menjadi keluarganya melalui penukaran hati kepada injil Yesus Kristus. Namun Abraham sendiri berasal daripada keluarga yang bermasalah—ayahnya, yang telah meninggalkan penyembahan Tuhan yang sebenarnya, cuba mengorbankan Abraham kepada tuhan-tuhan palsu. Walaupun begitu, keinginan Abraham adalah “menjadi pengikut kebenaran yang lebih baik” (Abraham 1:2), dan laporan kisah hidupnya menunjukkan bahawa Tuhan menghormati keinginannya. Kehidupan Abraham adalah kesaksian bahawa tidak kira apa sejarah keluarga seseorang, masa depan dapat dipenuhi dengan harapan

Learn More image
ikon kajian peribadi

Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

Abraham 1:1–19

Tuhan akan memberkati saya kerana iman dan keinginan soleh saya.

Seperti kebanyakan daripada kita, Abraham hidup dalam persekitaran yang jahat, namun dia ingin menjadi soleh. Presiden Dallin H. Oaks mengajarkan kepentingan memiliki keinginan soleh: “Walaupun ia penting untuk menghapuskan setiap keinginan untuk berdosa, kehidupan abadi memerlukan lebih dari itu. Untuk mencapai takdir abadi kita, kita akan menginginkan dan mengusahakan sifat-sifat yang diperlukan untuk menjadi makhluk abadi. … Jika ini kelihatan terlalu sukar—dan sudah tentunya tidak mudah bagi kita—maka kita harus bermula dengan keinginan untuk sifat-sifat seperti itu dan meminta Bapa Syurgawi kita yang penuh kasih untuk membatu dengan perasaan kita [lihat Moroni 7:48]” (“Desire,” Liahona, Mei 2011, 44–45). Semasa anda membaca Abraham 1:1–19, pertimbangkan bagaimana ayat-ayat ini menunjukkan apa yang Presiden Oaks ajarkan. Soalan-soalan seperti ini boleh membantu:

  • Apakah yang Abraham inginkan dan carikan? Apakah yang dia lakukan untuk menunjukkan imannya?

  • Apakah keinginan anda? Adakah terdapat sesuatu yang anda rasa anda harus lakukan untuk menyucikan keinginan anda?

  • Apakah cabaran yang Abraham hadapi kerana keinginannya yang soleh? Bagaimanakah Tuhan membantunya?

  • Apakah pesanan yang ada dalam ayat-ayat ini bagi mereka yang ahli keluarganya tidak menginginkan kesolehan?

Lihat juga Matius 7:7.

Abraham 2:10–11

Siapakah yang termasuk dalam perjanjian Abraham?

Ketika Tuhan membuat perjanjian-Nya dengan Abraham, Dia berjanji bahawa perjanjian ini akan berterusan dalam anak cucu Abraham, atau “keturunan,” dan bahawa “sebanyak mana yang menerima Injil ini akan … dianggap keturunanmu” (Abraham 2:10–11). Ini bererti bahawa janji-janji perjanjian Abraham boleh digunakan bagi para ahli Gereja hari ini, sama ada mereka keturunan Abraham secara langsung atau diangkat ke dalam keluarganya melalui pembaptisan dan penukaran hati ke injil Yesus Kristus (lihat Galatians 3:26–29; Ajaran dan Perjanjian 132:30–32). Untuk dikira sebagai keturunan Abraham, seseorang harus mematuhi hukum dan tatacara injil.

Kejadian 12:1–3; 13:15–16; 15:1–6; 17:1–8, 15–22; Abraham 2:8–11

Perjanjian Abraham memberkati saya dan keluarga saya.

Oleh kerana semua ahli Gereja termasuk dalam perjanjian Abraham, anda mungkin ingin meluangkan masa untuk merenungkan mengapa perjanjian ini sangat bermakna dalam hidup anda. Catatkan fikiran anda mengenai soalan-soalan berikut:

Bagaimanakah janji-janji yang ditemui dalam Abraham 2:8–11 memberkati saya dan keluarga saya? (lihat juga Kejadian 12:1–3; 13:15–16).

Apakah yang saya pelajari tentang perjanjian Abraham dari Kejadian 15:1–6; 17:1–8, 15–22?

Apakah yang saya rasa diilhami untuk lakukan untuk menunaikan janji bahawa “semua keluarga di bumi akan diberkati”? (Abraham 2:11).

Anda mungkin menganggap bahawa beberapa berkat duniawi yang dijanjikan kepada Abraham dan Sara, seperti mewarisi negeri yang dijanjikan dan menjadi ibu bapa keturunan yang besar, mempunyai persamaan abadi. Ini termasuk warisan di kerajaan selestial (lihat Ajaran dan Perjanjian 132:29) dan perkahwinan abadi dengan keturunan abadi (lihat Ajaran dan Perjanjian 131:1–4; 132:20–24, 28–32). Ia adalah “dalam bait suci,” Presiden Russell M. Nelson ajarkan, yang “kita menerima berkat-berkat utama kita, sebagai keturunan Abraham, Ishak, dan Yakub” (“The Gathering of Scattered Israel,” Liahona, Nov. 2006, 80).

Lihat juga “Fikiran untuk Direnungkan: Perjanjian,” dalam sumber ini.

ikon kajian sekeluarga

Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Kejadian 13:5–12.Apakah yang Abraham lakukan untuk mencipta kedamaian dalam keluarganya? Mungkin ahli keluarga anda boleh berlatih menjadi pendamai seperti Abraham dengan lakon peranan bagaimana untuk menyelesaikan konflik yang mungkin akan timbul dalam keluarga anda.

Kejadian 13:16; 15:2–6; 17:15–19.Bagaimanakah anda boleh membantu keluarga anda memahami janji Tuhan dalam ayat-ayat ini—bahawa walaupun Abraham dan Sara belum mempunyai anak, keturunan mereka akan menjadi banyak seperti debu bumi, bintang di langit, atau pasir di pantai laut? (lihat juga Genesis 22:17). Mungkin anda boleh menunjukkan kepada ahli keluarga bekas pasir, melihat bintang, atau menggunakan gambar yang ada dalam panduan ini. Bagaimanakah kita dapat mempercayai janji-janji Tuhan walaupun ia kelihatan mustahil?

Kejadian 14:18–20. Bagaimanakah kita boleh “[membina] kesolehan” seperti yang Melkisedek lakukan? (ayat 36). Apakah lagi tentang pelayanan Melchizedek yang mengilhami kita?

Melkisedek memberkati Abram

Melchizedek Blesses Abram (Melkisedek memberkati Abram), oleh Walter Rane

Kejadian 16.Membaca mengenai Hagar boleh menjadi peluang untuk membincangkan bagaimana Tuhan membantu kita ketika kita merasa dianiaya. Anda boleh menunjukkan bahawa “Ismael” bermaksud “Tuhan mendengar.” Bilakah kita pernah merasakan bahawa Tuhan mendengar dan membantu kita ketika kita merasa dianiaya? (lihat Kejadian 16:11).

Untuk idea-idea lanjut berkenaan mengajar kanak-kanak, lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Lagu cadangan: “Injil Kan Ku Hayati,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 72.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Sentiasa ada dan boleh bertemu. Beberapa masa pengajaran terbaik bermula dengan satu soalan atau kebimbangan dalam hati seorang ahli keluarga. Biarkan ahli keluarga anda tahu melalui kata-kata dan tindakan anda bahawa anda ingin mendengarnya. (Lihat Teaching in the Savior’s Way, 16.)

Sara memandang ke langit yang dipenuhi bintang

Tuhan berjanji bahawa keturunan Abraham dan Sarah akan bertambah “sebanyak bintang di langit” (Kejadian 22:17). Pondering God’s Promise (Merenungkan Janji Tuhan), oleh Courtney Matz.