Perjanjian Lama 2022
7–13 November. Hosea 1–6; 10–14; Yoel: “Mereka Akan Kukasihi Dengan Segenap Hati”


“7–13 November. Hosea 1–6; 10–14; Yoel: ‘Mereka Akan Kukasihi Dengan Segenap Hati,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Lama 2022 (2021)

“7–13 November. Hosea 1–6; 10–14; Yoel,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2022

Imej
pasangan pengantin di halaman bait suci

7–13 November

Hosea 1–6; 10–14; Yoel

“Mereka Akan Kukasihi Dengan Segenap Hati”

Semasa anda mempelajari tulisan suci dan bersedia untuk mengajar, dapatkan ilham daripada Roh Kudus. Apakah yang anda rasa ingin tumpukan dalam kelas minggu ini?

Catat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Tunjukkan gambar Juruselamat, dan jemput kanak-kanak berkongsi sesuatu yang mereka tahu atau pelajari tentang Dia minggu ini. Minta mereka bergilir memegang gambar itu semasa mereka berkongsi.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Hosea 10:12

Saya boleh mencari Tuhan.

Hosea 10:12 gunakan gambaran menabur, menuai, masa, dan hujan untuk menjemput kita mencari Tuhan. Semasa anda membaca ayat ini, apakah idea yang dapat mengilhami kanak-kanak untuk mencari-Nya?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca Hosea 10:12 dan jemput kanak-kanak membuat pergerakan mudah untuk fahami ayat itu, seperti menanam benih, memetik sayur, atau berdiri di bawah hujan. Atau tunjukkan gambar benih, tanaman, dan hujan. Bantu kanak-kanak bandingkan menanam benih dan menuai makanan dengan hidup secara soleh dan menerima berkat Tuhan. Bersaksi tentang berkat yang Tuhan turunkan kepada anda ketika anda berusaha mencari-Nya.

  • Lukiskan sebuah jam di papan tulis, dan minta kanak-kanak untuk berkongsi cara kita boleh mencari Tuhan pada waktu yang berlainan dalam sehari. Jemput kanak-kanak untuk mengulangi frasa “Sudah tiba masanya kamu kembali kepada-Ku” (Hosea 10:12). Bantu mereka fahami bahawa sentiasa ada masa untuk mencari Tuhan. Kongsi apa yang anda lakukan untuk mengingati-Nya sepanjang masa.

Imej
Yesus duduk bersama kanak-kanak kecil

Yesus Kristus adalah Juruselamat dan Penebus kita.

Hosea 13:4, 14

Yesus Kristus ialah Juruselamat saya.

Semasa anda mengajar tentang Juruselamat dan Korban tebusan-Nya, bersaksi tentang kasih-Nya kepada orang.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tunjukkan gambar beberapa orang, termasuk Yesus, dan minta kanak-kanak mencari gambar Juruselamat kita. Baca Hosea 13:4, dan tekankan bahawa tidak ada Juruselamat lain kecuali Yesus Kristus. Bersaksi bahawa kerana Korban tebusan Yesus Kristus, kita dapat kembali hidup bersama Bapa Syurgawi lagi.

  • Minta kanak-kanak bergilir memegang gambar Yesus di kayu salib atau di makam dan gambar Yesus di luar makam yang kosong. Jemput kanak-kanak untuk bercakap tentang peristiwa dalam gambar. Baca frasa dari Hosea 13:14 “Aku akan menyelamatkan umat dari dunia orang mati dan daripada kuasa maut” (Terjemahan langsung dari Bahasa Inggeris). Bersaksi bahawa Yesus Kristus menyelamatkan kita dari kematian dan bahawa kita dapat dibangkitkan. Nyanyikan bersama sebuah lagu tentang Kebangkitan, seperti. “Benarkah Tuhan Telah Bangkit?” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 45). Bantu kanak-kanak mengenali Roh semasa mereka menyanyi.

Yoel 2:28

Roh Kudus boleh membimbing saya.

Semasa anda mengajar tentang nubuat Yoel dalam Yoel 2:28, pertimbangkan bagaimana anda dapat membantu kanak-kanak bersedia menerima kurnia Roh Kudus selepas pembaptisan.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca Yoel 2:28 , dan jelaskan bahawa “semua orang”, termasuk “anak lelaki” dan “anak perempuan” seperti mereka. Minta kanak-kanak lukiskan gambar orang-orang yang disebut dalam ayat ini (anak lelaki dan anak perempuan, orang tua dan orang muda,) termasuk mereka sendiri. Jelaskan satu cara Bapa Syurgawi mencurahkan Roh-Nya adalah dengan memberi kita kurnia Roh Kudus ketika kita dibaptiskan.

  • Jemput kanak-kanak untuk berkongsi apa yang mereka tahu tentang Roh Kudus. Bantu mereka fahami bahawa Roh Kudus dapat mengajar kita tentang Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus serta dapat membantu kita untuk tahu apa yang benar (lihat Yohanes 14:26; Ajaran dan Perjanjian 42:17). Berkongsi pengalaman untuk membantu kanak-kanak fahami cara Roh dapat membantu kita

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

Hosea 2:19–20

Saya boleh setia mentaati perjanjian saya.

Dalam kitab Hosea, Tuhan membandingkan perjanjian-perjanjian-Nya dan orang Israel dengan perkahwinan. Walaupun orang Israel tidak setia, Dia tetap mengasihi mereka dan ingin mereka kembali. Perbandingan ini dapat membantu anda mengajar kanak-kanak tentang kepentingan mentaati perjanjian kita dan Tuhan.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Beritahu kanak-kanak bahawa dalam kitab Hosea, Tuhan membandingkan perjanjian-Nya dan Israel dengan perkahwinan. Tunjukkan kanak-kanak gambar pengantin lelaki dan wanita. Bagaimanakah Bapa Syurgawi mahu suami dan isteri saling memperlakukan sesama? Bagaimanakah kita dapat tunjukkan Tuhan bahawa kita mengasihi Dia dan akan setia kepada-Nya?

  • Bantu kanak-kanak fahami bahawa perjanjian yang kita buat dengan Tuhan bertujuan untuk bertahan selamanya. Jemput seorang kanak-kanak untuk membaca Hosea 2:19–20, mencari kata-kata yang menggambarkan perasaan Tuhan tentang perjanjian-perjanjian-Nya dengan kita. Apakah yang kita janji untuk lakukan bila kita dibaptis? Bagaimanakah kita dapat mentaati perjanjian yang kita buat dengan Tuhan?

Hosea 13:4,14

Yesus Kristus adalah Juruselamat dan Penebus saya.

Bagaimanakah anda boleh gunakan kata-kata Hosea untuk memperkuatkan kesaksian kanak-kanak tentang Juruselamat dan Penebus mereka? Semasa anda mengajar, bantu kanak-kanak merasakan kegembiraan dan kasih Korban tebusan Yesus Kristus.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak untuk membaca Hosea 13:4,14, carilah perkataan atau frasa yang menggambarkan Yesus Kristus. Apakah yang perkataan ini ajarkan tentang Dia? Jemput kanak-kanak untuk gunakan Panduan Tulisan Suci untuk mencari dan berkongsi tulisan suci lain yang mengajar tentang Yesus Kristus sebagai Juruselamat dan Penebus. Kongsi kesaksian anda tentang Juruselamat, dan berikan kanak-kanak peluang untuk melakukan yang sama.

Yoel 2:28–29

Roh Kudus boleh membimbing saya.

Sebilangan besar kanak-kanak yang anda ajar kemungkinan besar telah dibaptiskan dan menerima kurnia Roh Kudus. Bagaimanakah anda boleh gunakan tulisan suci ini untuk membantu mereka fahami kekuatan dan berkat yang datang dari mendengar suara Roh?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak membaca Yoel 2:28–29, memasukkan nama masing-masing menggantikan perkataan “anak lelaki” dan “anak perempuan.” Tuliskan ayat seperti Roh Kudus dapat… dan jemput kanak-kanak bergilir melengkapkan ayat tersebut. Galakkan mereka untuk memasukkan hal-hal yang mereka pelajari dari Yohanes 14:16; Moroni 10:5; Ajaran dan Perjanjian 42:17, dan tulisan suci lain.

  • Letakkan sebuah objek di dalam mangkuk, dan minta kanak-kanak bergilir menuang air ke atasnya. Jelaskan bahawa objek itu mewakili kita, dan air itu mewakili Roh Kudus. Ketika kita dibaptiskan, kita menerima kurnia Roh Kudus, yang merupakan salah satu cara Tuhan memenuhi janji-Nya untuk “mencurahkan [Roh]-Nya.” Apakah yang kita harus lakukan untuk menerima Roh Kudus? Jemput kanak-kanak untuk berkongsi masa-masa ketika mereka merasakan pengaruh Roh.

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Bantu kanak-kanak mengenal pasti sesuatu yang mereka pelajari tentang Bapa Syurgawi, Yesus Kristus, atau Roh Kudus hari ini di kelas. Galakkan mereka untuk berkongsi hal ini dengan keluarga mereka.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Mencari wahyu setiap hari. Semasa anda bersedia untuk mengajar, berdoa dan merenungkan tulisan suci sepanjang minggu. Idea dan tanggapan tentang cara mengajar boleh datang kepada anda bila-bila masa dan di mana sahaja. (Lihat Teaching in the Savior’s Way, 12.)

Cetak