“31 Oktober–6 November. Daniel 1–6: ‘Tiada Dewa yang Dapat Melakukan Hal yang Telah Dilakukan Tuhan Mereka,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Lama 2022 (2021)
“31 Oktober–6 November. Daniel 1–6,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2022
31 Oktober–6 November
Daniel 1–6
“Tiada Dewa yang Dapat Melakukan Hal yang Telah Dilakukan Tuhan Mereka”
Semasa anda membaca Daniel 1–6, catat kebenaran yang anda diilhami untuk membantu kanak-kanak.
Catat Tanggapan Anda
Jemput Perkongsian
Paparkan gambar peristiwa dalam Daniel 1–6 (lihat garis panduan minggu ini di Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga atau Buku Seni Injil, no. 23, 24, 25, 26). Minta kanak-kanak kongsi apa yang mereka tahu tentang peristiwa dalam gambar. Jemput mereka untuk berkongsi pengalaman ketika mereka pilih untuk mengikuti Juruselamat, seperti Daniel dan kawan-kawannya.
Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil
Bapa Syurgawi mahu saya menjaga tubuh saya.
Daniel dan kawan-kawannya menolak daging dan wain yang ditawarkan raja kerana mereka ingin mematuhi perintah Tuhan dan menjaga tubuh mereka. Hari ini Kata-Kata Bijaksana membantu kita menghindari bahan-bahan yang boleh membahayakan tubuh kita.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Kongsi cerita “Daniel dan Kawan-Kawannya” (dalam Cerita-cerita Perjanjian Lama), atau ringkaskan Daniel 1:1–17. Jemput kanak-kanak lakonkan cerita itu. Bantu mereka fahami bagaimana Tuhan memberkati Daniel dan kawan-kawannya kerana pilih untuk mentaati Dia (lihat ayat 17). Apakah berkat yang kita terima daripada Tuhan ketika kita memilih yang benar?
-
Tunjukkan kanak-kanak gambar apa yang Kata-kata Bijaksana kata kita boleh makan atau gunakan dan hal-hal yang kita tidak boleh makan atau gunakan (lihat Ajaran dan Perjanjian 89). Jemput kanak-kanak berpura-pura makan apa yang baik dan katakan tidak kepada makanan yang tidak baik. Bersaksi bahawa Tuhan memberkati kita ketika kita menjaga tubuh kita. Nyanyikan bersama-sama sebuah lagu tentang menjaga tubuh kita, seperti “Tuhan B’ri Ku Bait Suci” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 73). Apakah yang lagu ini ajarkan kita?
Tuhan akan memberkati saya ketika saya pilih untuk mengikuti Yesus Kristus.
Kitab Daniel mengandungi cerita-cerita tentang orang-orang yang pilih untuk mengikuti perintah-perintah Tuhan walaupun sukar. Bagaimanakah anda akan membantu kanak-kanak belajar dari contoh-contoh ini?
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Cari gambar cerita-cerita di Daniel 1, 3, dan 6 (lihat halaman aktiviti minggu ini, garis panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga, atau Buku Seni Injil, no. 23, 25, 26). Terbalikkan gambar-gambar tersebut. Jemput seorang kanak-kanak untuk membalikkan salah satu gambar, dan bantu dia menceritakan peristiwa itu. (Untuk bantuan, lihat “Daniel dan Kawan-Kawannya,” “Sadrakh, Mesakh, dan Abednego,” dan “Daniel dan Gua Singa” dalam Cerita-cerita Perjanjian Lama.) Selepas setiap cerita, bincangkan soalan seperti ini: Apakah yang mereka lakukan untuk mengikuti Tuhan? Bagaimanakah Tuhan memberkati mereka? Kongsi bagaimana anda telah diberkati kerana pilih untuk mengikuti Yesus Kristus. Minta kanak-kanak untuk berkongsi pengalaman mereka.
-
Jemput kanak-kanak untuk lakonkan situasi di mana mereka dapat tunjukkan iman kepada Tuhan dengan mematuhi perintah-perintah-Nya. Ini termasuk bersikap baik kepada adik beradik, memberitahu seseorang tentang Juruselamat, atau berdoa setiap malam. Tunjukkan gambar Sadrakh, Mesakh, dan Abednego (lihat Buku Seni Injil, no.25), dan minta kanak-kanak untuk menghitung orang-orang di relau api. Baca Daniel 3:24–25 untuk tahu siapa lagi yang berada di dalam relau api itu. Kongsi kesaksian anda bahawa Tuhan ada bersama kita semasa kita mengikuti-Nya.
Bapa Syurgawi mahu saya selalu berdoa.
Daniel bersedia mempertaruhkan nyawanya agar dia dapat berdoa kepada Bapa Syurgawi setiap hari. Bagaimanakah anda dapat membantu kanak-kanak mengembangkan hasrat yang serupa untuk berdoa?
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Ceritakan kisah di Daniel 6 (lihat “Daniel dan Gua Singa” dalam Cerita-cerita Perjanjian Lama), dan jemput kanak-kanak untuk melukis peristiwa itu. Minta mereka gunakan lukisan mereka untuk saling bercerita kepada satu sama lain. Mengapakah Bapa Syurgawi mahu kita berdoa kepada-Nya? Kongsi mengapa doa itu penting bagi anda.
-
Beritahu kanak-kanak tentang masa-masa mereka boleh berdoa, seperti ketika mereka takut, ketika mereka melakukan kesalahan, atau ketika mereka perlukan bantuan di sekolah. Mengapakah baik untuk berdoa dalam keadaan seperti ini? Ajarkan kanak-kanak bahawa di mana sahaja mereka berada, mereka boleh selalu berdoa di dalam hati mereka.
-
Nyanyikan sebuah lagu tentang doa, seperti “Kita Tundukkan Kepala” (Buku Nyanyian Anak-Anak,18). Beritahu kanak-kanak tentang hal-hal yang boleh kita doakan.
Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar
Saya dapat melakukan apa yang benar walaupun sukar.
Cerita dalam Daniel 1, 3, dan 6 dapat memberi kanak-kanak yang anda ajar keberanian dan iman untuk membuat pilihan yang baik, walaupun mereka merasa sendirian.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Lukis di papan tulis beberapa anak panah yang menunjuk ke arah yang sama dan kemudian satu anak panah menunjuk ke arah yang bertentangan. Bagaimanakah Daniel dan kawan-kawannya seperti anak panah yang satu ini? Jemput kanak-kanak untuk memberi contoh dari cerita-cerita dalam Daniel 1, 3, dan 6 (lihat “Daniel dan Kawan-Kawannya,” “Sadrakh, Mesakh, dan Abednego,” dan “Daniel dan Gua Singa” dalam Cerita-cerita Perjanjian Lama). Tanyakan kanak-kanak mengapa mereka rasa sukar bagi Daniel dan kawan-kawannya untuk membuat pilihan yang baik. Bagaimanakah Tuhan memberkati mereka kerana memilih yang benar?
-
Bantu kanak-kanak fikirkan situasi ketika mereka mungkin terdesak untuk membuat pilihan yang salah. Jemput mereka untuk berkongsi pengalaman ketika mereka diberkati kerana memilih yang benar walaupun sukar. Nyanyikan sebuah lagu tentang topik ini, seperti “Yang Benar Pilihlah!” (Nyanyian Rohani, no.108).
Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir adalah kerajaan Tuhan di bumi.
Ketika Daniel memberi penafsirannya tentang mimpi Nebukadnezar, dia melihat sebuah batu “jatuh dari tebing dengan sendirinya” (Daniel 2:45). Batu ini mewakili Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir, yang ditakdirkan untuk memenuhi bumi.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Baca Daniel 2:31–35, 44–45 bersama kanak-kanak, dan jemput mereka untuk melukis apa yang Nebukadnezar lihat dalam mimpinya. Tanya kanak-kanak apa yang mereka pelajari dari ayat-ayat ini tentang batu di dalam mimpi itu. Jelaskan bahawa batu ini mewakili Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir. Minta kanak-kanak menyebutkan beberapa perkara yang Bapa Syurgawi lakukan untuk mendirikan Gereja-Nya pada zaman akhir. Untuk memberi mereka idea, tunjukkan gambar peristiwa dalam Pemulihan Gereja (lihat Buku Seni Injil, no. 90–95).
-
Beri setiap kanak-kanak sehelai kertas yang direnyuk untuk mewakili batu dalam mimpi Nebuchadnezzar. Minta setiap kanak-kanak untuk berkongsi bagaimana mereka tahu bahawa Gereja telah dipulihkan oleh Tuhan. Semasa mereka berkongsi, jemput mereka untuk memberikan “batu” mereka kepada anda. Balut batu-batu menggunakan pita atau tali untuk membentuk sebuah batu besar. Bersaksi bahawa ketika kita memperkuatkan kesaksian kita dan berkongsi injil kepada orang lain, kita menyatukan iman kita untuk membantu kerajaan Tuhan “memenuhi seluruh bumi” (Daniel 2:35).
Menggalakkan Pembelajaran di Rumah
Jemput kanak-kanak untuk melakukan sesuatu minggu ini yang menunjukkan iman mereka kepada Yesus Kristus.