Perjanjian Lama 2022
24–30 Oktober. Yehezkiel 1–3; 33–34; 36–37; 47: “Aku Akan Memberi Kamu [Roh] Baru”


“24–30 Oktober. Yehezkiel 1–3; 33–34; 36–37; 47: ‘Aku Akan Memberi Kamu [Roh] Baru,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Lama 2022 (2021)

“24–30 Oktober. Yehezkiel 1–3; 33–34; 36–37; 47,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2022

Yesus memimpin domba

Ikutlah Aku, oleh Scott Sumner

24–30 Oktober

Yehezkiel 1–3; 33–34; 36–37; 47

“Aku Akan Memberi Kamu [Roh] Baru”

Anda tidak akan ada banyak masa untuk mengajar setiap asas dalam Yehezkiel. Carilah bimbingan rohani tentang asas yang harus ditumpukan, dan galakkan kanak-kanak untuk terus belajar di rumah.

Catat Tanggapan Anda

ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Minta beberapa kanak-kanak bergilir melukis sesuatu yang mereka pelajari dari tulisan suci baru-baru ini. Kanak-kanak yang lain boleh meneka apa yang dilukis oleh mereka.

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Yehezkiel 3:17

Para nabi adalah seperti penjaga yang memperingatkan kita tentang bahaya.

Yehezkiel seperti penjaga, memperingatkan orang Israel tentang bahaya yang mereka tidak dapat lihat. Bantu kanak-kanak melihat bagaimana nabi kita hari ini turut seperti penjaga.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Bacakan kanak-kanak apa yang Tuhan katakan kepada Yehezkiel dalam Yehezkiel 3:17. Jemput mereka untuk lakukan pergerakan yang sesuai dengan kata-kata, seperti menunjuk mata, telinga, dan mulut mereka ketika anda membaca perkataan “penjaga,” “dengar,” dan “menyampaikan (mulut).”

  • Pimpin kanak-kanak berjalan di sekitar bilik. Beri amaran tentang “bahaya” di jalan, seperti sungai untuk lompat, dahan untuk membongkok, atau mengelak haiwan. Minta kanak-kanak lain bergilir menjadi pemimpin. Bincangkan bagaimana nabi kita memperingatkan kita tentang bahaya yang kita tidak dapat lihat.

  • Tunjukkan gambar nabi terkini semasa anda menyanyikan lagu tentang nabi, seperti ayat terakhir “Patuhi Nabi” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 58–59). Ceritakan kepada kanak-kanak bagaimana nabi itu seperti penjaga untuk anda.

Yehezkiel 37:15–19

Tulisan suci mengajar saya tentang Yesus Kristus.

Yehezkiel membandingkan bani Israel dengan dua batang kayu yang menjadi satu. Dua kayu ini juga melambangkan Alkitab dan Kitab Mormon, yang bersatu memberi kesaksian tentang Kristus.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Berikan beberapa kanak-kanak salinan Kitab Mormon; dan berikan salinan Alkitab kepada yang lain. Ringkaskan Yehezkiel 37:15–19 dengan menjelaskan bahawa Tuhan memfirmankan Yehezkiel menulis di dua batang kayu yang mewakili Alkitab dan Kitab Mormon. Baca ayat 17, dan jemput kanak-kanak mencari kawan yang pegang kitab suci berbeza daripada mereka dan “peganglah” kitab itu sehingga ia “bersambung dan menyerupai sebatang kayu [di tangan mereka].” Bincangkan bagaimana Alkitab dan Kitab Mormon membantu kita memperkuatkan iman kita kepada Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus.

  • Gunakan gambar dari Buku Seni Injil atau buku-buku Ikutlah Aku yang lalu, bantu kanak-kanak berkongsi cerita tentang Yesus dari Alkitab dan Kitab Mormon. Minta mereka berkongsi sebab mereka bersyukur memiliki dua kitab suci ini.

padang pasir dan Laut Mati

Yehezkiel melihat dalam penglihatan sebuah sungai yang mengalir dari bait suci dan menyembuhkan Laut Mati.

Yehezkiel 47:1–12

Berkat-berkat besar datang dari bait suci.

Penglihatan Yehezkiel tentang sungai penyembuhan yang mengalir dari bait suci dapat membantu kanak-kanak pelajari bahawa bait suci membawa berkat ke dalam hidup kita.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tunjukkan kanak-kanak segelas air. Bagaimana air memberkati kita? Beritahu mereka tentang penglihatan Yehezkiel tentang air yang mengalir dari bait suci (lihat Yehezkiel 47:1–12). Tunjukkan gambar dalam panduan minggu ini di Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga. Beritahu kanak-kanak tentang berkat-berkat yang anda terima, seperti sungai dalam penglihatan Yehezkiel yang mengalir dari bait suci.

  • Jemput kanak-kanak melukis gambar diri mereka pergi ke bait suci. Nyanyikan bersama sebuah lagu yang menggambarkan berkat bait suci, seperti “K’luarga Dapat Kekal Selamanya” (Buku Nyanyian Anak-Anak,98). Apakah yang lagu ini ajarkan tentang bagaimana bait suci memberkati kita?

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

Yehezkiel 2:3–4; 3:7; 36:26–27

Yesus Kristus dapat membantu mengubah hati saya.

Yehezkiel gunakan frasa seperti “hati baru” dan “roh baru” untuk mengajar tentang perubahan yang Juruselamat bawa ke dalam hidup kita.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Minta kanak-kanak selidik Yehezkiel 2:3–4; 3:7 untuk mencari kata-kata yang menggambarkan orang Israel. Kemudian jemput mereka baca Yehezkiel 36:26–27 untuk tahu bagaimana Juruselamat membantu mereka berubah. Apakah kata-kata yang dapat menggambarkan “hati baru” dan “roh baru” yang Dia berikan kepada kita? (lihat, contohnya, Mosia 3:19; 5:2).

  • Mintalah kanak-kanak fikirkan hal-hal orang yang “degil” atau “suka melawan” (Yehezkiel 2:4; 3:7) lakukan. Contohnya, bagaimana reaksi mereka terhadap nasihat ibu bapa atau nabi? Apakah yang mereka lakukan apabila melihat seseorang yang memerlukan? Bagaimanakah kita bertindak berlainan ketika Juruselamat telah melembutkan hati kita?

Yeheziel 37:19–23

Alkitab dan Kitab Mormon membantu “mengumpulkan” kita kepada Yesus Kristus.

“Kayu Yehuda” (Alkitab) dan “kayu Yusuf” (Kitab Mormon) bersatu mengumpulkan Israel kepada Juruselamat (lihat Yehezkiel 37:19).

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Angkatlah sebuah Alkitab dan Kitab Mormon, dan tanyakan kanak-kanak mengapa mereka merasa baik memiliki kedua-dua kitab ini. Bacakan mereka Yehezkiel 37:19, dan jelaskan bahawa “kayu Yusuf” merujuk kepada Kitab Mormon, yang ditulis oleh keturunan Yusuf dari Mesir, dan “kayu Yehuda” merujuk kepada Alkitab, yang ditulis kebanyakannya oleh orang Yahudi. Kemudian baca bersama ayat 21–23 dan 2 Nefi 3:12, dan senaraikan berkat-berkat yang datang dari kedua kitab ini.

  • Letakkan gambar Yesus di tengah bilik, dan jemput kanak-kanak menggerakkan kerusi mereka ke tempat-tempat yang berlainan di sepanjang dinding bilik. Kemudian minta mereka gunakan Panduan Tulisan Suci untuk cari tulisan suci dalam Alkitab dan Kitab Mormon yang mengajar tentang Yesus Kristus (jika diperlukan, tunjukkan mereka cara untuk lakukan ini). Setelah setiap kanak-kanak berkongsi tulisan suci, jemput semua kanak-kanak untuk merapatkan kerusi mereka dengan gambar Yesus. Teruskan sehingga semua orang “dikumpulkan” semula kepada-Nya.

Yehezkiel 47:1–12

Berkat-berkat bait suci dapat menyembuhkan hati kita dan hati keluarga kita.

Air yang mengalir dari bait suci dalam penglihatan Yehezkiel menghidupkan semua yang disentuhnya. Begitu juga, berkat-berkat yang mengalir dari bait suci dapat menyembuhkan kita secara rohani dan membawa hidup abadi.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Senaraikan beberapa kata kunci dan frasa dari Yehezkiel 47:1–12, seperti bait suci, sungai, padang pasir, Laut Mati, segala jenis ikan, dan pokok-pokok berbuah. Jemput setiap kanak-kanak untuk pilih salah satu kata kunci dan lukisnya. Kemudian baca ayat-ayat itu bersama, dan jemput mereka untuk kongsi lukisan mereka semasa unsur-unsur mereka disebut. Apakah berkat-berkat yang datang dari sungai dalam penglihatan ini? (lihat ayat 8–9,12). Bantu kanak-kanak melihat bagaimana berkat-berkat ini seperti berkat-berkat yang Bapa Syurgawi dan Juruselamat berikan kepada mereka yang mematuhi perjanjian bait suci.

  • Baca bersama pesanan Elder Dale G. Renlund tentang penglihatan Yehezkiel dalam “Sejarah keluarga dan Pekerjaan Bait Suci: Pemeteraian dan Penyembuhan” (Liahona, Mei 2018, 47–48). Beritahu kanak-kanak bagaimana sejarah keluarga dan pekerjaan bait suci telah membawakan anda penyembuhan Juruselamat. Jemput kanak-kanak untuk berkongsi perasaan mereka tentang bait suci.

ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Jemput kanak-kanak berkongsi dengan keluarga mereka satu hal yang mereka pelajari hari ini dan satu lagi hal yang mereka ingin pelajari lebih lanjut.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Menyokong pembelajaran di rumah “Salah satu tujuan anda sebagai seorang pengajar adalah untuk menggalakkan mereka yang anda ajar memiliki pengalaman mereka sendiri tentang tulisan suci—baik secara individu mahupun bersama keluarga mereka” (Mengajar dengan Cara Juruselamat 36).