Perjanjian Lama 2022
17–23 Oktober. Yeremia 30–33; 36; Ratapan 1; 3: “Aku akan Mengubah Kedukaan Mereka Menjadi Kesukaan”


“17–23 Oktober. Yeremia 30–33; 36; Ratapan 1; 3: ‘Aku akan Mengubah Kedukaan Mereka Menjadi Kesukaan,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Lama 2022 (2021)

“17–23 Oktober. Yeremia 30–33; 36; Ratapan 1; 3,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2022

Imej
ukiran nabi Yeremia

The Cry of Jeremiah the Prophet, (Seruan Nabi Yeremia) ukiran oleh Sekolah Nazarene

17–23 Oktober

Yeremia 30–33; 36; Ratapan 1; 3

“Aku akan Mengubah Kedukaan Mereka Menjadi Kesukaan”

Kitab Yeremia dan Ratapan mungkin sukar difahami oleh kanak-kanak, tetapi kelas anda masih dapat belajar asas-asas yang diajarkan dalam kitab-kitab ini. Apakah yang anda terilham untuk kongsi?

Catat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Edarkan satu salinan Alkitab. Semasa kanak-kanak memegang kitab itu, minta mereka untuk berkongsi sesuatu yang mereka suka tentang Perjanjian Lama—mungkin satu asas atau cerita kegemaran yang telah mereka pelajari darinya di rumah atau di gereja.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Yeremia 31:3

Bapa Syurgawi dan Yesus mengasihi saya.

Merasakan “kasih kekal” Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus akan membantu kanak-kanak yang anda ajar mendekat kepada Mereka.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tunjukkan kanak-kanak beberapa objek (atau gambar objek) yang bertahan lama dan beberapa yang tidak bertahan lama seperti sekeping logam dan sebiji buah. Tanyakan kanak-kanak mana yang akan bertahan lebih lama, dan bincangkan mengapa beberapa hal bertahan lebih lama daripada yang lain. Baca Yeremia 31:3, dan bantu kanak-kanak fahami kasih Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus bagi mereka adalah “kekal.”

  • Minta kanak-kanak untuk berkongsi bagaimana Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus memperlihatkan “kasih” Mereka (Yeremia 31:3). Untuk memberi idea, nyanyikan sebuah lagu tentang kasih Mereka kepada kita, seperti “Kurasakan Kasih Jurus’lamat” atau “Tuhan Kasih Padaku” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 42, 16–17). Jika boleh, tunjukkan gambar hal-hal yang disebutkan dalam lagu. Bagaimanakah perasaan kita ketika fikirkan kasih Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus?

Imej
gadis mengkaji tulisan suci

Tulisan suci dapat mengilhami kita untuk bertaubat dan berpaling kepada Tuhan.

Yeremia 36:1–4

Tulisan suci ialah firman Tuhan.

Tuhan memfirman Yeremia untuk mencatat firman-Nya, dan catatan Yeremia telah dipelihara untuk kita dalam kitab Yeremia. Bantu kanak-kanak memperdalamkan kasih mereka terhadap tulisan suci, di mana kita mendapat firman Tuhan.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput seorang kanak-kanak untuk berlakon menjadi Yeremia, dan jemput kanak-kanak lain menjadi Barukh. Bantu kanak-kanak yang berlakon sebagai Yeremia mengucapkan beberapa kata dari Yeremia 36:3 sementara kanak-kanak lain menuliskannya, seperti yang dilakukan oleh Barukh. Bersaksi bahawa tulisan suci hari ini adalah “firman Tuhan” (Yeremia 36: 4) yang Dia minta nabi tuliskan.

  • Paparkan buku kanak-kanak dan salinan tulisan suci, dan minta mereka membincangkan perbezaan di antara buku-buku tersebut. Apakah yang menjadikan tulisan suci istimewa? Bantu kanak-kanak fahami tulisan suci adalah firman Tuhan yang ditulis oleh para nabi, sama seperti kitab Yeremia adalah apa yang Tuhan minta Yeremia tuliskan.

Yeremia 36:4–10

Saya boleh berkongsi apa yang saya pelajari dari tulisan suci.

Kanak-kanak boleh memberi pengaruh yang besar terhadap orang-orang di sekeliling mereka. Seperti Barukh, mereka dapat berkongsi apa yang mereka pelajari dalam tulisan suci dengan orang lain.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Minta kanak-kanak melakukan pergerakan yang sesuai ketika anda membaca (atau meringkas) Yeremia 36:4–10, seperti berpura-pura menulis buku (lihat ayat 4), memegang pagar penjara (lihat ayat 5), dan membaca tulisan suci kepada orang-orang (lihat ayat 8,10). Tekankan bahawa Barukh mempunyai keberanian untuk membacakan kata-kata Yeremia kepada orang-orang walaupun para pemimpin di Yerusalem tidak mahu dia melakukannya. Bantu kanak-kanak untuk ingat sesuatu yang telah dipelajari dari Perjanjian Lama dan fikirkan cara mereka dapat berkongsi kepada orang lain.

  • Nyanyikan lagu tentang tulisan suci, seperti “Cari, Renungkan Dan Berdoa” (Buku Nyanyian Anak-Anak,66). Kongsi kesaksian anda tentang tulisan suci, dan jemput kanak-kanak untuk turut berkongsi kesaksian mereka.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

Yeremia 31:31–34; 32:38–41

Saya akan mentaati perjanjian saya dengan Tuhan.

Ajaran Yeremia tentang perjanjian Tuhan yang baru dan abadi dapat membantu kanak-kanak menguatkan hasrat mereka untuk mentaati perjanjian mereka.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Lukis sebuah hati di papan tulis, dan jemput separuh kanak-kanak membaca Yeremia 31:31–34 dan separuh lagi membaca Yeremia 32:38–41. Jemput kumpulan untuk menulis dalam hati hal yang mereka pelajari dari ayat-ayat itu tentang perjanjian kita dengan Tuhan. Apakah perbezaan di antara hukum Tuhan tertulis di dalam hati kita (lihat Yeremia 31:33) dengan hanya membacanya di dalam tulisan suci? Mengapakah kita ingin membuat perjanjian dengan Tuhan? Mengapakah Dia mahu membuat perjanjian dengan kita?

  • Untuk kaji semula perjanjian yang kita telah buat ketika kita dibaptiskan, jemput kanak-kanak untuk membuat carta dua lajur di sehelai kertas dengan tajuk Janji-janji Saya dan Janji-janji Tuhan. Minta mereka mengisi carta dengan menggunakan Mosia 18:10,13; Ajaran dan Perjanjian 20:37. Jemput kanak-kanak untuk mempamerkan kertas di rumah untuk membantu mereka ingat untuk mentaati perjanjian mereka.

Yeremia 36

Kitab-kitab suci ialah firman Tuhan.

Laporan dalam Yeremia 36 dapat membantu kanak-kanak belajar dari teladan orang-orang yang menerima firman Tuhan dalam tulisan suci.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tuliskan soalan-soalan ini di papan tulis: Mengapa? Siapakah yang menghargai tulisan suci? Siapakah yang tidak menghargainya? Baca bersama Yeremia 36:1–3, dan tanya kanak-kanak mengapa Tuhan ingin Yeremia mencatat firman-Nya. Kemudian minta kanak-kanak untuk bekerja dalam pasangan untuk baca Yeremia 36:5–8, 20–25 dan mengenal pasti siapa yang menghargai tulisan suci dan siapa tidak. Beritahu mengapa anda menghargai tulisan suci. Kongsi petikan atau cerita tulisan suci yang sangat bermakna bagi anda. Jemput kanak-kanak untuk turut berkongsi.

  • Jemput kanak-kanak untuk gunakan halaman aktiviti minggu ini untuk berlatih berkongsi laporan dalam Yeremia 36 dengan satu sama lain. Jemput mereka untuk berkongsi kesaksian mereka tentang tulisan suci.

Ratapan 1:1–2,16; 3:22–26

Juruselamat membolehkan saya untuk diampuni dari dosa-dosa saya.

Seperti digambarkan dalam kitab Ratapan, kita sering merasa sedih ketika melakukan dosa. Perasaan ini dapat mengilhami kita untuk berubah dan meminta keampunan Bapa Syurgawi.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jelaskan kepada kanak-kanak bahawa kerana orang Israel tidak bertaubat, Yerusalem dan bait suci di sana telah dimusnahkan. Minta kanak-kanak untuk bincangkan perasaan mereka jika mereka tinggal di Yerusalem pada masa itu. Baca bersama Ratapan 1:1–2,16. Apakah perkataan dan frasa dalam ayat-ayat ini yang membantu kita fahami perasaan orang-orang Israel? Bagaimanakah pesanan dalam Ratapan 3:22–26 memberi mereka harapan?

  • Minta kanak-kanak untuk fikirkan masa ketika mereka merasa sedih kerana pilihan buruk yang mereka telah buat. Apakah yang mereka temui dalam Ratapan 3:22–26 yang membantu mereka tahu bahawa Tuhan bersedia mengampuni mereka?

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Jemput kanak-kanak untuk meminta ahli keluarga mereka untuk berkongsi pengalaman yang berkaitan dengan asas yang anda pelajari di kelas. Contohnya, jika anda membincangkan tulisan suci, kanak-kanak boleh meminta ahli keluarga untuk berkongsi bagaimana mereka tahu tulisan suci itu benar.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Membantu menumpukan perhatian kanak-kanak. Anda boleh fikirkan cara kreatif untuk melibatkan kanak-kanak yang lebih kecil. Contohnya, gunakan gambar, lagu, permainan, dan aktiviti lain.

Cetak