“10–16 Oktober. Yeremia 1–3; 7; 16–18; 20: ‘Sebelum Aku Membentuk Engkau Dalam Rahim Ibumu [Aku Mengenali Engkau],’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Lama 2022 (2021)
“10–16 Oktober. Yeremia 1–3; 7; 16–18; 20,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2022
10–16 Oktober
Yeremia 1–3; 7; 16–18; 20
“Sebelum Aku Membentuk Engkau Dalam Rahim Ibumu [Aku Mengenali Engkau]”
“Tujuan setiap pengajar injil … adalah untuk mengajarkan ajaran injil yang murni, oleh Roh, untuk membantu anak-anak Tuhan membangun iman mereka kepada Juruselamat dan menjadi lebih seperti Dia” (Teaching in the Savior’s Way, halaman depan).
Catat Tanggapan Anda
Jemput Perkongsian
Tulis di atas kertas beberapa kata kunci dari kajian Yeremia minggu ini, seperti nabi, air hidup, pengumpulan, dan tanah liat. Masukkan kertas ke dalam bekas, dan jemput kanak-kanak memilihnya dan kongsi pendapat mereka. Bantu mereka melihat bagaimana perkataan itu berkaitan dengan sesuatu yang Yeremia ajarkan.
Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil
Bapa Syurgawi mengenali saya sebelum saya dilahirkan.
Kerana kita hidup bersama Tuhan sebelum kita datang ke bumi, Dia mengenali kita, walaupun kita tidak dapat mengingati Dia. Bagaimanakah anda akan membantu kanak-kanak fahami kebenaran penting ini?
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Baca Yeremia 1:5, dan jelaskan bahawa Tuhan mengenali nabi Yeremia sebelum dia dilahirkan. Beritahu setiap kanak-kanak, secara individu, bahawa Bapa Syurgawi juga mengenali mereka sebelum mereka dilahirkan dan Tuhan menghantar kita ke sini untuk tujuan.
-
Tunjukkan gambar bayi kepada kanak-kanak, dan tanya jika mereka tahu di mana bayi ini tinggal sebelum dia dilahirkan. Nyanyikan bersama sebuah lagu yang mengajarkan tentang kehidupan prafana kita bersama Tuhan, seperti “Aku Anak Tuhan” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 2–3). Bincangkan perasaan rohani yang dibawa oleh lagu ini. Kongsi kesaksian anda bahawa kita semua pernah tinggal bersama Bapa Syurgawi dan Dia menghantar kita ke bumi.
Para nabi dipanggil untuk menyampaikan firman Tuhan.
Panggilan Yeremia menunjukkan apa yang Tuhan minta nabi lakukan. Bagaimana anda dapat membantu kanak-kanak memperkuatkan hasrat mereka untuk mengikuti nabi hidup?
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Tunjukkan kanak-kanak gambar nabi hidup, dan jemput mereka untuk berkongsi apa yang mereka tahu tentang nabi. Apakah tugas nabi? Bacakan apa yang Tuhan katakan kepada nabi lain, Yeremia dalam Yeremia 1:7. Jemput kanak-kanak berjalan setempat ketika anda membaca “pergilah kepada orang yang Kusuruh engkau pergi” dan bercakap “segala sesuatu yang Kuperintahkan kepadamu.” Kongsi kesaksian anda bahawa nabi melakukan dan mengucap apa yang diperintahkan oleh Tuhan.
-
Tunjukkan gambar nabi-nabi dari tulisan suci (lihat Buku Seni Injil, majalah Gereja, dan Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga). Minta kanak-kanak beritahu anda apa yang mereka tahu tentang nabi-nabi ini. Ringkaskan kepada kanak-kanak tentang sesuatu yang nabi-nabi lakukan untuk membantu pekerjaan Tuhan. Kongsi anda bahawa nabi dipanggil oleh Tuhan untuk menyampaikan firman-Nya dan melayani umat-Nya.
Saya dapat membantu anak-anak Bapa Syurgawi kembali kepada-Nya.
Memetik Yeremia 16:16, Presiden Russell M. Nelson berkata, “Para penginjil kita telah mencari Israel yang tersebar; mereka telah memburu Israel ‘dari lubang batu’; dan mereka telah memancing seperti di zaman kuno” (“The Gathering of Scattered Israel,” Liahona, Nov. 2006,81).
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Semasa anda membaca Yeremia 16:16, jemput kanak-kanak untuk berpura-pura memancing atau memburu. Jelaskan bahawa nelayan dan pemburu dalam ayat ini dapat mewakili penginjil. Jemput kanak-kanak untuk berpura-pura menjadi penginjil. Apakah yang penginjil lakukan? Bagaimanakah kita boleh membantu mereka?
-
Buat permainan yang sesuai menggunakan halaman aktiviti minggu ini. Apabila seorang kanak-kanak temui gambar yang padan, bincangkan apa yang ditunjukkan oleh gambar itu untuk kita bantu anak-anak Bapa Syurgawi kembali kepada-Nya
Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar
Para nabi dipanggil untuk menyampaikan firman Tuhan.
Bagaimana anda dapat membantu kanak-kanak memperkuatkan iman dan pemahaman mereka tentang peranan nabi dalam kerajaan Tuhan?
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Pilih beberapa ayat penting dari Yeremia1 yang mengajarkan kebenaran penting tentang nabi, seperti ayat 5, 7, 10, dan 19. Jemput setiap kanak-kanak untuk pilih salah satu ayat, baca, dan kongsi sesuatu yang dia pelajari tentang nabi dari ayat tersebut. Jemput beberapa kanak-kanak untuk berkongsi kesaksian mereka tentang mengikuti nabi.
-
Bantu kanak-kanak membuat senarai hal yang nabi hidup minta kita lakukan. Pilih pesanan persidangan terbaru dari nabi, dan bantu kanak-kanak mencari nasihat dalam pesanannya. Bagaimanakah kita mengikuti nabi? Bincangkan bagaimana nasihat dari nabi membantu kita mengikuti Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus dengan lebih baik.
-
Tanyakan kanak-kanak bagaimana mereka akan menjelaskan kepada kawan-kawan mengapa nabi hidup adalah satu berkat (lihat Fasal-Fasal Kepercayaan 1:6,9). Jemput kanak-kanak untuk berkongsi perasaan mereka tentang nabi hidup.
Saya boleh menjadi sebahagian dari pengumpulan Israel.
Pesanan tentang pengumpulan Israel yang terdapat dalam Yeremia 16:14–15 dapat memberikan peluang besar untuk berbincang dengan kanak-kanak tentang pekerjaan penginjil dan sejarah keluarga. Ini adalah salah satu cara kita “berdiri sebagai saksi bagi Tuhan” (Mosia 18:9).
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Baca bersama Yeremia 16:14, dan minta kanak-kanak untuk berkongsi apa yang mereka ingat tentang bagaimana “Tuhan … membawa orang Israel keluar dari Mesir” (lihat Keluaran 14). Jemput mereka untuk membaca Yeremia 16:15 untuk tahu peristiwa yang Yeremia katakan yang lebih tidak dapat dilupakan. Jelaskan bahawa Israel tersebar di seluruh bumi, tetapi Tuhan berjanji untuk mengumpulkan mereka kembali kepada Dia dan Gereja-Nya. Ini disebut pengumpulan Israel. Bagaimanakah ini serupa dengan membebaskan orang dari penawanan?
-
Kongsikan kenyataan ini daripada Presiden Russell M. Nelson: “Apabila anda lakukan sebarang perkara yang membantu sesiapa pun—di kedua-dua belah tirai—maju membuat perjanjian dengan Tuhan dan menerima tatacara penting pembaptisan dan bait suci, anda membantu mengumpulkan Israel” (Russell M. Nelson dan Wendy W. Nelson, “Harapan Israel” [persidangan remaja sedunia, 3 Jun 2018], tambahan kepada New Era dan Ensign, Ogos. 2018,15, ChurchofJesusChrist.org). Bagaimanakah kita boleh membantu mengumpulkan Israel?
-
Nyanyikan sebuah lagu tentang pekerjaan penginjil, seperti “Ku Ingin Menjalankan Misi” atau “Kita Dipanggil untuk Melayani” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 91, 94). Tanya kanak-kanak apa yang mereka pelajari dari lagu tentang mengapa seseorang memilih untuk melayani misi.
Menggalakkan Pembelajaran di Rumah
Jemput kanak-kanak membawa pulang salinan halaman aktiviti minggu ini dan bermain permainan padanan dengan keluarga mereka. Galakkan mereka untuk berbincang dengan keluarga tentang bagaimana pekerjaan penginjil telah memberkati mereka.