“28 November–4 Disember. Nahum; Habakuk; Zefanya: ‘Bukit-bukit Tempat Engkau Berjalan Sejak Purba,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Lama 2022 (2021)
“28 November–4 Disember. Nahum; Habakuk; Zefanya,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2022
28 November–4 Disember
Nahum; Habakuk; Zefanya
“Bukit-bukit Tempat Engkau Berjalan Sejak Purba”
Kasih anda terhadap tulisan suci dapat memberi pengaruh yang kuat kepada kanak-kanak yang anda ajar. Tunjukkan mereka betapa anda bersyukur atas firman Tuhan.
Catat Tanggapan Anda
Jemput Perkongsian
Jemputlah kanak-kanak bergilir berdiri dan berlakon menjadi nabi Perjanjian Lama yang berdiri di atas “menara pengawal” seperti Habakuk (Habakuk 2:1). Minta mereka memberitahu kanak-kanak lain sesuatu yang mereka pelajari tentang Yesus Kristus dan injil-Nya.
Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil
Tuhan selalu memenuhi janji-Nya.
Nabi Habakuk risau akan kejahatan yang dia lihat di antara orang Yehuda (lihat Habakuk 1:2–4). Tuhan meyakinkan Habakuk bahawa janji-janji-Nya akan ditunaikan pada masa-Nya (lihat Habakuk 2:3).
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Kongsi beberapa contoh hal yang baik dan kita perlu tunggu—seperti buah masak atau adunan yang perlu dibakar. Apakah yang akan berlaku jika kita cuba memakan buah atau adunan belum sedia? Ceritakan tentang nabi Habakuk, yang ingin tahu bila Tuhan akan menghentikan kejahatan yang dia lihat di sekelilingnya. Baca kanak-kanak jawapan Tuhan, terdapat dalam Habakuk 2:3. Tekankan bahawa Habakuk perlu menunggu janji-janji Tuhan dipenuhi, seperti yang kita kadangkala perlu lakukan. Kongsi tentang suatu masa ketika anda menunggu berkat.
-
Bantu kanak-kanak fikirkan hal-hal yang Tuhan janjikan—misalnya, Yesus Kristus akan kembali ke bumi atau kita dapat hidup bersama Tuhan lagi. Dengan setiap contoh, jemput kanak-kanak ulangi frasa “Tunggu saja; hal itu akan pasti berlaku.”
Saya boleh membantu memenuhi bumi dengan pengetahuan tentang Yesus Kristus.
Habakuk bernubuat tentang hari ketika seluruh dunia akan tahu tentang Yesus Kristus. Nubuat itu mula dipenuhi pada zaman kita. Pertimbangkan bagaimana anda boleh membantu kanak-kanak menjadi sebahagian dari pengenapan ini.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Paparkan balang kosong, dan berikan setiap kanak-kanak satu objek kecil. Minta setiap kanak-kanak untuk berkongsi sesuatu yang Yesus lakukan atau ajarkan dan kemudian masukkan objek mereka ke dalam balang. Baca dengan lantang Habakuk 2:14, dan jelaskanbahawa seperti kanak-kanak memenuhi balang dengan pengetahuan mereka tentang Tuhan, kita juga boleh memenuhi dunia dengan pengetahuan tentang-Nya.
-
Tunjukkan kanak-kanak peta dunia (lihat Peta Sejarah Gereja, no.7, “Peta Dunia”). Bantu mereka mencari tempat mereka tinggal dan tempat di mana para penginjil yang mereka kenal telah melayani. Berikan kesaksian anda bahawa Bapa Syurgawi ingin semua orang di bumi tahu tentang Yesus Kristus. Bagaimanakah kita boleh membantu mengajar orang lain tentang Yesus? Beritahu kanak-kanak tentang hal-hal yang anda lihat mereka lakukan dan ia telah mengajar anda tentang Yesus Kristus. Bantu mereka fikirkan hal-hal lain yang mereka boleh lakukan.
-
Nyanyi bersama sebuah lagu tentang berkongsi injil, seperti “Ku Ingin Jadi Misi Sekarang” (Buku Nyanyian Anak-anak, 90). Apakah yang boleh kita beritahu orang lain tentang Yesus Kristus? Untuk idea-idea, lihat Fasal-Fasal Kepercayaan.
“Kembalilah kepada Tuhan (Carilah Tuhan).”
Zefanya mengajar bahawa kita harus mencari Tuhan pada masa-masa kejahatan yang besar, seperti pada zaman akhir ini. Renungkan bagaimana anda akan menggalakkan kanak-kanak untuk mencari-Nya.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Pamerkan gambar Yesus, dan baca kepada kanak-kanak Zefanya 2:3. Jemput mereka untuk menadah tangan di sekitar mata mereka seperti cermin mata dan lihat pada gambar setiap kali anda membaca perkataan “kembalilah.” Jelaskan bahawa nabi Zefanya ingin orang-orang untuk mencari Tuhan. Bagaimanakah kita mencari Tuhan? Di manakah kita dapat mencari-Nya?
-
Gunakan halaman aktiviti minggu ini, atau fikirkan permainan lain yang menggalakkan kanak-kanak mencari Tuhan. Mainkan atau nyanyikan bersama lagu yang berkaitan dengan topik ini, seperti “Sejak Kecil Ku Mencari Tuhan” (Buku Nyanyian Anak-Anak,67). Bincangkan apa yang diajarkan oleh lagu tersebut tentang bagaimana kita dapat mencari Yesus Kristus dalam kehidupan kita.
Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar
“Tuhan itu baik; Dia melindungi umat-Nya pada masa mereka susah.”
Setiap kita menghadapi “masa susah.” Bagaimanakah anda akan membantu kanak-kanak berpaling kepada Tuhan, “berlindung kepada-Nya,” dan temukan keselamatan rohani dalam masa susah mereka?
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Tunjukkan kanak-kanak gambar benteng atau kubu. Apakah beberapa sebab orang-orang memerlukan kubu? Jemput kanak-kanak membaca Nahum 1:7 untuk tahu apa yang nabi Nahum katakan seperti kubu atau benteng kita. Apakah yang Juruselamat dapat lindungi kita?
-
Jemput kanak-kanak melukis gambar diri dan keluarga mereka di dalam benteng atau kubu. Galakkan mereka menulis kata-kata di sekitar benteng yang menggambarkan beberapa pengaruh jahat di dunia. Jemputlah mereka menulis kata-kata di dalam benteng yang menggambarkan Yesus Kristus. Apakah yang Dia minta kita lakukan untuk menerima kekuatan dan perlindungan-Nya? (lihat Ajaran dan Perjanjian 35:24).
Saya dapat bergembira dalam Yesus Kristus, walaupun keadaan tidak berjalan lancar.
Habakuk menerangkan beberapa percubaan yang mungkin menimpa bangsanya, termasuk pokok atau tanaman yang tidak berbuah. Dia kemudian katakan bahkan perkara-perkara ini terjadi, “aku akan bersukacita dan bergembira selalu.”
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Jemput kanak-kanak membaca Habakuk 3:17 dan mengenal pasti percubaan yang digambarkan dalam ayat ini. Bagaimana perasaan seseorang sekiranya perkara ini berlaku? Bantu kanak-kanak memikirkan percubaan yang boleh menimpa mereka. Kemudian baca bersama ayat 18–19 untuk mengetahui bagaimana perasaan Habakuk walaupun perkara-perkara ini terjadi padanya.
-
Bantu kanak-kanak mencari contoh lain dari orang-orang dalam tulisan suci yang bersukacita kepada Tuhan walaupun pada masa susah. Mereka boleh mencari contoh dalam Kisah Rasul-Rasul 16:19–25; Mosia 24:10–15. Mengapakah orang-orang ini dapat bergembira walaupun dalam masa susah? Bagaimanakah kita dapat mengikuti contoh mereka?
Mereka yang mengikuti Yesus Kristus akan menemui kedamaian dan kegembiraan.
Zefanya 3:14–20 menggambarkan hari gembira ketika Yesus Kristus, “raja Israel,” akan memerintah umat-Nya dan “menyanyi dengan gembira” (ayat 15,17).
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Baca bersama Zefanya 3:14. Kemudian jemput setiap kanak-kanak untuk pilih satu dari ayat dalam Zefanya 3:15–20 dan kajinya, mencari sesuatu yang membantu kita “bergembira.” Minta mereka berkongsi apa yang mereka temui.
-
Bantu kanak-kanak mencari lagu rohani atau lagu kanak-kanak yang membantu mereka “bergembira dengan segenap hati” (Zefanya 3:14). Nyanyikan beberapa lagu bersama, dan galakkan kanak-kanak untuk bercakap tentang kegembiraan yang mereka temui dalam injil Yesus Kristus.
Menggalakkan Pembelajaran di Rumah
Mintalah kanak-kanak menulis satu rujukan ayat suci yang mereka ingin kongsi dengan keluarga mereka (atau tuliskan bagi mereka).