“19–25 Disember. Krismas: ‘Dialah yang Kita Nantikan untuk Menyelamatkan Kita,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Lama 2022 (2021)
“19–25 Disember. Krismas,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2022
19–25 Disember
Krismas
“Dialah yang Kita Nantikan untuk Menyelamatkan Kita”
Para nabi Perjanjian Lama menanti-nantikan dengan kegembiraan besar bagi kelahiran Mesias (lihat Yesaya 25:9). Dalam persediaan mengajar semasa musim Krismas, pertimbangkan bagaimana anda dapat membantu kanak-kanak menemui kegembiraan dalam kelahiran Juruselamat Yesus Kristus.
Catat Tanggapan Anda
Jemput Perkongsian
Jemput kanak-kanak untuk berkongsi apa yang mereka tahu tentang kelahiran Yesus Kristus. Semasa mereka menyebut seseorang atau objek dari cerita itu, jemput mereka untuk lukisnya di papan tulis. Tanya kanak-kanak apa yang mereka gemari tentang cerita ini.
Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil
Perjanjian Lama mengajar saya tentang Yesus.
Bantu kanak-kanak tumpukan pada Juruselamat Yesus Kristus sebagai sebab kita meraikan Krismas. Anda boleh gunakan tulisan suci dari Perjanjian Lama yang bersaksi tentang-Nya.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Paparkan gambar kelahiran (seperti Buku Seni Injil, no.30, atau salah satu gambar dalam panduan minggu ini di Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga). Baca Yesaya 9:6, berikan setiap kanak-kanak giliran untuk tunjuk ke arah bayi Yesus semasa mereka mendengar frasa “seorang anak telah dilahirkan.” Kongsi kesaksian anda bahawa para nabi Perjanjian Lama tahu Yesus akan dilahirkan.
-
Jemput setiap kanak-kanak menyebut nama sendiri, dan katakan sebagai tambahan kepada nama kita, kita boleh dipanggil dengan nama lain, seperti kakak atau abang atau kawan. Jemput kanak-kanak untuk memikirkan contoh lain. Bacakan Yesaya 9:6 kepada kanak-kanak, tekankan nama-nama yang merujuk kepada Yesus Kristus: “Penasihat Bijaksana, Tuhan Perkasa, Bapa Kekal, Raja Damai.” Bantu kanak-kanak memahami makna nama-nama ini tentang Yesus.
-
Beri setiap kanak-kanak bintang kertas, dan minta mereka mengangkat bintang itu ketika anda membaca frasa berikut dari Bilangan 24:17: “seorang raja datang, raja itu seperti bintang cemerlang.” Jemput kanak-kanak untuk berkongsi bagaimana Yesus seperti bintang terang yang menerangi dunia. Nyanyi bersama lagu tentang bintang yang muncul ketika Yesus lahir, seperti “Bintang-Bintang Gemerlapan” (Buku Nyanyian Anak-Anak,24) atau “Lagu Natal yang Pertama” (Lagu Rohani, no.96).
Yesus Kristus ialah Juruselamat saya.
Krismas adalah waktu untuk meraikan kelahiran Yesus dan juga misi dan kehidupan-Nya sebagai Juruselamat dunia. Bagaimanakah anda boleh bantu kanak-kanak bergembira dan bersyukur atas Korban tebusan Yesus Kristus?
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Minta kanak-kanak untuk memikirkan sesuatu yang mereka nanti-nantikan. Jelaskan bahawa orang-orang beriman dalam zaman Perjanjian Lama menanti-nantikan kelahiran Yesus Kristus. Baca Yesaya 25:9 kepada kanak-kanak, dan minta mereka ulangi frasa “Dialah Tuhan yang kita nantikan. Sekarang kita bersorak gembira kerana Dia telah menyelamatkan kita.” Kongsi mengapa anda bersorak gembira kerana Kristus dilahirkan. Jemput kanak-kanak berkongsi perasaan mereka tentang Juruselamat.
-
Nyanyi bersama lagu tentang kelahiran Yesus, seperti “Nun Jauh Dalam Palungan” (Buku Lagu Kanak-kanak, 26–27) atau “Dengar Puji Malaikat,” (Nyanyian Rohani, no. 94). Bantu kanak-kanak menemukan frasa dalam lagu-lagu ini yang mengajar kita tentang Juruselamat dan berkat-berkat yang kita miliki kerana Dia.
Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar
Perjanjian Lama mengajar saya tentang Yesus Kristus, Mesias yang dijanjikan.
Perjanjian Lama bukan sahaja koleksi cerita-cerita dan penulisan menarik; tetapi bertujuan seperti semua tulisan suci, bersaksi tentang Yesus Kristus. Bantu kanak-kanak pelajari bagaimana untuk menemukan-Nya dalam Perjanjian Lama.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Jemput kanak-kanak menyenaraikan semua nama dan gelaran Yesus Kristus yang mereka temui dalam Musa 7:53; Mazmur 23:1; Ayub 19:25; Yesaya 7:14; 9:6; 12:2; Amos 4:13; dan Zakharia 14:16. Mereka boleh bekerja dalam pasangan. Jemput mereka untuk berkongsi senarai mereka dengan satu sama lain. Apakah yang kita pelajari tentang Juruselamat dari semua nama dan gelaran tersebut?
-
Tunjukkan kanak-kanak beberapa perhiasan Krismas (atau gambar), seperti bintang, lampu, atau hadiah. Tanyakan kanak-kanak bagaimana hal-hal ini mengingatkan kita tentang Juruselamat. Jelaskan bahawa tulisan suci sering menggunakan lambang untuk mengajar tentang Yesus Kristus. Jemput kanak-kanak mencari dari satu ayat berikut atau lebih tentang sesuatu yang melambangkan Yesus Kristus: Kejadian 22:8; Keluaran 17:6; Mazmur 18:2; 27:1 (lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga untuk contoh tambahan). Bagaimanakah Yesus seumpama anak domba, air, batu, sebuah kubu, atau cahaya?
-
Pada akhir pelajaran Perjanjian Lama tahun ini, jemput kanak-kanak untuk berkongsi cerita atau tulisan suci kegemaran mereka dari Perjanjian Lama. Apakah yang cerita atau tulisan suci ini ajarkan kita tentang Yesus Kristus? Mengapakah kita bersyukur kerana memiliki Perjanjian Lama?
Yesus Kristus adalah Juruselamat dan Penebus saya.
Semasa kita meraikan kelahiran Yesus Kristus, kita turut bergembira dalam kehidupan dan pengorbanan-Nya. Bagaimanakah anda boleh gunakan tulisan suci Perjanjian Lama untuk bantu kanak-kanak membina iman dalam Juruselamat dan Penebus?
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Baca bersama Yesaya 7:14; kemudian jemput kanak-kanak untuk berkongsi apa yang mereka tahu tentang kelahiran Kristus. Kongsi kesaksian anda tentang Juruselamat, dan jemput kanak-kanak untuk melakukan perkara yang sama.
-
Untuk membantu kanak-kanak lebih memahami peranan Yesus Kristus sebagai Juruselamat kita, jemput mereka untuk baca Yesaya 25:8–9; 53:3–5; dan Hosea 13:14. Apakah yang tulisan suci ini ajarkan kita tentang bagaimana Tuhan menyelamatkan kita? Bagaimanakah kita “bersorak gembira kerana Dia telah menyelamatkan kita”? (Yesaya 25:9).
-
Nyanyi bersama lagu tentang kasih Yesus Kristus untuk kita, seperti “Nun Jauh Dalam Palungan” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 26–27) atau “’Ku Berdiri Kagum” (Nyanyian Rohani, no.82). Jemput kanak-kanak untuk berkongsi frasa yang membantu mereka merasakan kasih Juruselamat.
Menggalakkan Pembelajaran di Rumah
Jemput kanak-kanak untuk berkongsi dengan keluarga atau kawan mereka sesuatu yang mereka pelajari tentang Yesus Kristus dari Perjanjian Lama. Galakkan mereka untuk mula mengkaji Perjanjian Baru minggu ini.