Perjanjian Lama 2022
19–25 Disember. Krismas: “Dialah yang Kita Nantikan untuk Menyelamatkan Kita”


“19–25 Disember. Krismas: ‘Dialah yang Kita Nantikan untuk Menyelamatkan Kita,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Lama 2022 (2021)

“19–25 Disember. Krismas,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2022

Bayi Yesus dibalut dengan kain putih dan terbaring dalam jerami

For unto Us a Child Is Born (Seorang anak telah dilahirkan bagi kita), oleh Simon Dewey

19–25 Disember

Krismas

“Dialah yang Kita Nantikan untuk Menyelamatkan Kita”

Pada musim Krismas ini, pertimbangkan cara Perjanjian Lama telah memperkukuhkan kesaksian anda tentang Yesus Kristus sepanjang tahun ini.

Catat Tanggapan Anda

Perjanjian Lama membawa semangat yang penuh penantian. Ini seperti musim Krismas. Bermula dengan Adam dan Hawa, para bapa bangsa, nabi, penyair dan orang ramai pada zaman Perjanjian Lama telah menantikan hari yang lebih baik, dengan harapan untuk pembaharuan serta pembebasan oleh Mesias. Orang Israel kerap memerlukan harapan itu—sama ada ketika mereka dalam penawanan di Mesir atau Babilonia atau dibelenggu dosa atau pemberontakan mereka sendiri. Sepanjang tempoh ini, para nabi telah memberi peringatan kepada mereka bahawa Pembebas, Mesias, akan datang “untuk mengumumkan kemerdekaan kepada orang tawanan” (Yesaya 61:1).

Harapan itu mula direalisasikan apabila Yesus Kristus dilahirkan di Betlehem. Pembebas orang Israel yang amat berkuasa telah dilahirkan di kandang dan diletakkan di dalam palung (lihat Lukas 2:7). Namun, Dia bukan setakat Pembebas orang Israel purba. Dia datang untuk membebaskan anda—penderitaan anda ditanggung-Nya, penyakit anda diderita-Nya, Dia diseksa kerana perbuatan jahat anda, supaya anda disembuhkan kerana luka-luka-Nya (lihat Yesaya 53:4–5). Inilah sebabnya Krismas begitu dipenuhi dengan penantian yang menggembirakan bahkan pada hari ini. Mesias telah datang lebih daripada 2,000 tahun yang lalu dan Dia terus hadir dalam hidup kita setiap kali kita mencari-Nya.

ikon pengkajian peribadi

Idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

Saya berasa gembira dengan Penebus saya.

Krismas terkenal sebagai musim yang menggembirakan disebabkan kegembiraan yang Yesus Kristus bawa ke dunia ini. Orang yang tidak menyembah Yesus sebagai Putera Tuhan pun sering dapat merasai kegembiraan musim Krismas. Renungkan kegembiraan yang anda rasai kerana Bapa Syurgawi telah menghantar Putera-Nya.

Berabad-abad sebelum Juruselamat dilahirkan, para nabi Perjanjian Lama juga berasa gembira apabila mereka berucap tentang kedatangan Mesias. Baca beberapa daripada petikan yang berikut dan fikirkan tentang sebab petikan ini berharga bagi mereka yang menantikan misi Juruselamat: Mazmur 35:9; Yesaya 25:8–9; 44:21–24; 51:11; Zafanya 3:14–20; Musa 5:5–11. Mengapakah petikan ini berharga bagi anda?

Lihat juga Russell M. Nelson, “Kebahagiaan dan Penakatan Rohani”, Ensign atau Liahona, Nov. 2016, 81–84.

Lambang boleh membantu saya mengingati Yesus Kristus.

Banyak tradisi yang dikaitkan dengan Krismas mempunyai maksud simbolik yang mengarahkan kita kepada Kristus. Hiasan berbentuk bintang mewakili bintang terang yang bersinar-sinar pada malam Yesus dilahirkan (lihat Matius 2:2). Penyanyi karol boleh mengingatkan kita tentang malaikat yang telah memunculkan diri kepada gembala (lihat Lukas 2:13–14). Semasa anda mengkaji Perjanjian Lama pada tahun ini, anda mungkin telah memerhatikan banyak lambang mengenai Juruselamat. Beberapa lambang telah disenaraikan di bawah. Pertimbangkan untuk mengkaji lambang ini dan catat perkara yang lambang ini ajarkan kita tentang-Nya.

Apakah lambang, petikan dan laporan lain yang anda telah temui dalam tulisan suci yang bersaksi tentang Yesus Kristus?

Lihat juga 2 Nefi 11:4; Mosia 3:14–15; Musa 6:63; “Jenis atau Lambang Kristus,” dalam Panduan Tulisan Suci, “Yesus Kristus”, scriptures.ChurchofJesusChrist.org.

“Nama-Nya akan disebut, Mengagumkan.”

Yesus Kristus dirujuk dengan pelbagai nama dan gelaran yang berbeza. Apakah gelaran yang anda dapati dalam ayat-ayat berikut? Mazmur 23:1; 83:18; Yesaya 7:14; 9:6; 12:2; 63:16; Amos 4:13; Zakharia 14:16; Musa 7:53. Apakah gelaran lain yang anda boleh fikirkan? Anda mungkin berseronok menyenaraikan gelaran Yesus Kristus yang anda temui dalam lagu rohani Krismas. Bagaimanakah setiap gelaran ini mempengaruhi cara anda berfikir tentang-Nya?

ikon pengkajian sekeluarga

Idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Tradisi Krismas boleh menunjukkan kepada Yesus Kristus.Keluarga orang Israel mempunyai tradisi, seperti Paskah dan kenduri lain, yang bermaksud untuk menujukan hati mereka kepada Tuhan (lihat Keluaran 12). Apakah tradisi keluarga anda menjelang musim Krismas yang membantu anda memfokuskan pada Yesus Kristus? Apakah tradisi yang anda ketahui daripada sejarah keluarga anda? Anda boleh mempertimbangkan untuk membincangkan sesama ahli keluarga beberapa tradisi yang anda ingin mulakan.

“The Christ Child: A Nativity Story”.Bagaimanakah anda boleh membantu ahli keluarga merasai ketakziman dan kegembiraan kelahiran Kristus? Baca Matius 1:18–25; 2:1–12; Lukas 1:26–38; 2:1–20 bersama-sama. Setiap ahli keluarga boleh memilih seseorang daripada laporan tulisan suci dan berkongsi perasaan orang itu terhadap Juruselamat. Ahli keluarga juga boleh berkongsi perasaan mereka sendiri terhadap-Nya.

Mencari Juruselamat dalam Perjanjian Lama.Apabila anda bersedia untuk mengkaji tentang hidup Yesus Kristus dalam Perjanjian Baru pada tahun depan, pertimbangkan untuk kaji semula bersama keluarga anda perkara yang mereka telah pelajari tentang-Nya pada tahun ini dalam Perjanjian Lama. Anda boleh kaji semula panduan sumber ini dan apa-apa nota pengkajian peribadi untuk membantu anda mengingati perkara yang anda telah pelajari. Kanak-kanak yang lebih muda mungkin mendapat manfaat daripada melihat Cerita-cerita Perjanjian Lama atau gambar dalam sumber ini. Apakah nubuat atau cerita yang menonjol bagi kita? Apakah yang kita telah pelajari mengenai Juruselamat?

Untuk mendapatkan idea lanjut berkenaan mengajar kanak–kanak, lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Lagu yang dicadangkan: “Betlehem Kota Kecil”, Nyanyian Rohani, no.93.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Dengarkan ahli keluarga anda. “Mendengar ialah satu tindakan kasih. Ini memerlukan kita mengambil berat tentang perasaan seseorang dan bukannya perkara dalam agenda atau rancangan kita yang seterusnya. … Apabila anda memberi perhatian kepada perasaan yang diluahkan dan tidak luahkan oleh [ahli keluarga], anda akan lebih memahami keperluan, kebimbangan dan keinginan mereka. Roh akan membantu anda mengetahui cara mengajar mereka” (Teaching in the Savior’s Way, 34).

Maria dan bayi Yesus di kandang dengan Gembala

The Nativity (Kelahiran), oleh N.C. Wyeth