Perjanjian Lama 2022
5–11 Disember. Hagai; Zakharia 1–3; 7–14: “Ditahbiskan untuk Tuhan”


“5–11 Disember. Hagai; Zakharia 1–3; 7–14: ‘Ditahbiskan untuk Tuhan,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Lama 2022 (2021)

“5–11 Disember. Hagai; Zakharia 1–3; 7–14,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2022

Bait Suci Laie Hawaii

Bait Suci Laie Hawaii

5–11 Disember

Hagai; Zakharia 1–3; 7–14

“Ditahbiskan untuk Tuhan”

Membaca tulisan suci menjemput wahyu. Bersikap terbuka terhadap pesanan yang diungkapkan oleh Roh Kudus kepada anda apabila anda membaca Hagai dan Zakharia.

Catat Tanggapan Anda

Setelah ditawan selama puluhan tahun, sekumpulan orang Israel, mungkin termasuk nabi Hagai dan Zakharia, telah dibenarkan untuk kembali ke Yerusalem. Sebilangan orang dalam kumpulan ini masih ingat rupa Yerusalem sebelum dimusnahkan. Bayangkan perasaan mereka semasa mereka melihat runtuhan batu yang pada suatu ketika dahulu merupakan tempat tinggal mereka, tempat menyembah mereka dan bait suci mereka. Kepada mereka yang tertanya-tanya sama ada bait suci akan serupa lagi seperti “rumah-ku dahulu” (Hagai 2:3), nabi Hagai mengucapkan firman galakan Tuhan: “Janganlah seorang pun putus asa! Teruskanlah pekerjaan itu, kerana Aku menyertai kamu, … kamu tidak perlu takut.” “Rumah-Ku akan penuh dengan kekayaan, … di situlah Aku memberi umat-Ku kemakmuran dan kedamaian.” (Hagai 2:4–5, 7, 9.)

Namun, bukan bait suci kudus sahaja yang perlu dibina semula. Dari segi banyak aspek, umat Tuhan turut hancur secara rohani. Selain itu, pembinaan semula umat yang kudus memerlukan usaha yang lebih berbanding mengorek batu dan menyusun batu untuk membina dinding bait suci. Pada hari ini, bait suci tertera dengan “Kekudusan bagi Tuhan” dan perkataan itu diguna pakai bukan setakat untuk bangunan tetapi cara hidup juga. Ukiran perkataan ini pada “abah-abah kuda” dan “setiap periuk belanga di Yerusalem” (Zakharia 14:20–21) berguna hanya sekiranya perkataan ini turut diukir di dalam hati setiap insan. Kekudusan yang sebenar memerlukan firman dan hukum “mempedulikannya” (Zakharia 1:6) di dalam diri kita, membenarkan kuasa-Nya mengubah sifat semula jadi kita supaya menjadi kudus seperti-Nya (lihat Imamat 19:2).

Untuk gambaran keseluruhan tentang kitab Hagai dan Zakharia, lihat “Hagai” dan “Zakharia” dalam Panduan Tulisan Suci.

ikon pengkajian peribadi

Idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

Hagai 1; 2:1–9

“Lihatlah apa yang sudah berlaku kepada kamu.”

Terdapat banyak perkara penting yang harus dilakukan untuk membina semula Yerusalem. Walau bagaimanapun, selepas lebih kurang 15 tahun sejak orang Israel kembali ke tanah air, Tuhan murka bahawa pembinaan semula bait suci tidak diberi keutamaan (lihat Hagai 1:2–5; lihat Ezra 4:24). Apabila anda membaca Hagai 1; 2:1–9, pertimbangkan soalan seperti ini: Apakah akibat yang menimpa orang Israel disebabkan mereka tidak menyiapkan pembinaan bait suci? Apakah berkat yang Tuhan janjikan kepada mereka jika mereka menyiapkan pembinaan rumah-Nya? Anda boleh mengambil kesempatan ini untuk “lihatlah apa yang sudah berlaku kepada kamu“—untuk memikirkan tentang keutamaan anda dan cara anda boleh menyelaraskan keutamaan ini dengan Tuhan.

Lihat juga Ajaran dan Perjanjian 95; Terence M. Vinson, “Pengikut Juruselamat yang Sejati”, Ensign atau Liahona, Nov. 2019, 9–11.

Zakharia 1–3; 7–8;14

Tuhan boleh menguduskan saya.

Sister Carol F. McConkie telah mengajar: “Kekudusan adalah membuat pilihan yang akan memastikan Roh Kudus sebagai panduan kita. Kekudusan adalah mengetepikan keinginan semula jadi dan menjadi “orang suci melalui korban tebusan Tuhan Yesus” [Mosia 3:19]. … Harapan kita untuk kekudusan di tengahkan dalam Kristus, dalam belas kasihan-Nya dan rahmat-Nya” (“Keindahan Kekudusan”, Ensign atau Liahona, Mei 2017, 9–10). Sentiasa mengingati ajaran ini sambil anda membaca firman Tuhan, yang disampaikan melalui nabi Zakharia, yang menggalakkan orang Israel agar menjadi lebih kudus: Zakharia 1:1–6; 3:1–7; 7:8–10; 8:16–17. Perhatikan perkara yang Tuhan minta Israel lakukan agar Dia boleh menguduskan mereka. Bagaimanakah Dia sedang membantu anda menjadi lebih kudus?

Zakharia 2:10–11; 8:1–8; 14:9–11, 20–21 menggambarkan keadaan hidup pada masa akan datang apabila kita semua tinggal dengan Tuhan dalam suasana yang kudus. Apakah erti gambaran ini kepada mereka yang membina semula Yerusalem pada zaman Zakharia? Apakah erti gambaran ini bagi anda?

Kedatangan kemenangan Yesus ke Yerusalem

“Lihatlah, raja kamu datang! Dia datang dengan kemegahan dan kemenangan, tetapi dengan kerendahan hati, dia datang dengan menunggang keldai” (Zakharia 9:9). Triumphal Entry (Kedatangan Kemenangan), oleh Harry Anderson

Zakharia 9:9–11; 11:12–13; 12:10; 13:6–7; 14:1–9

Yesus Kristus ialah Mesias yang telah dijanjikan.

Beberapa daripada tulisan Zakharia menunjukkan pelayanan Yesus Kristus di dunia dan juga Kedatangan Kedua-Nya pada akhirnya. Bandingkan nubuat yang berikut daripada Zakharia dengan petikan yang berkaitan daripada kitab suci yang lain:

Apakah yang anda pelajari tentang Juruselamat semasa anda mengkaji petikan ini? Mengapakah ia penting untuk anda memahami petikan ini?

Lihat juga Panduan Tulisan suci, “Mesias” (scriptures.ChurchofJesusChrist.org).

ikon pengkajian sekeluarga

Idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Hagai 1:2–7.Ayat-ayat ini boleh mendorong keluarga anda untuk “lihatlah apa yang sudah berlaku kepada kamu”. Ahli keluarga boleh melakonkan frasa dalam ayat 6. Apakah yang diajar dalam ayat ini tentang menghargai hal duniawi melebihi hal Tuhan? Anda boleh berunding bersama mengenai keutamaan keluarga anda. Nyanyian lagu seperti “Ku Mau Jadi Seperti Yesus” (Buku Nyanyian Anak-anak, 40) boleh membantu keluarga anda menilai perkara yang anda lakukan dengan baik dan aspek yang anda perlu tingkatkan.

Hagai 2:1–9.Untuk memperkenalkan ayat-ayat ini, anda boleh berkongsi cerita tentang Bait Suci Pusat Bandar Provo, yang telah dibina semula daripada khemah ibadat yang telah terbakar (Lihat Thomas S. Monson, “As We Meet Again”, Ensign atau Liahona, Nov. 2011, 5). Apabila keluarga anda membaca Hagai 2:1–9, anda boleh meminta ahli keluarga untuk memikirkan sesuatu dalam hidup mereka yang mungkin mirip kerja membina semula bait suci yang telah dimusnahkan. Bagaimanakah Tuhan membina semula kita setelah ditimpa tragedi atau kesusahan?

Zakharia 3:1–7.Sambil anda membaca ayat ini, anda boleh menunjukkan kepada keluarga anda beberapa helai pakaian yang kotor. Bagaimanakah perasaan Yosua ketika dia berdiri di hadapan malaikat yang berpakaian kotor? Bagaimanakah dosa diibaratkan seperti pakaian yang kotor? Apakah yang Zakharia 3:1–7 ajarkan kita tentang keampunan? Anda kemudiannya boleh membersihkan pakaian itu bersama-sama dan membincangkan tentang kekuatan kuasa membersih Korban Tebusan Juruselamat.

Zakharia 8:1–8.Apakah yang mengagumi kita tentang penglihatan Zakharia mengenai masa depan Yerusalem? Apakah yang kita temui di situ yang kita ingin lihat dalam komuniti kita? Bagaimanakah kita boleh menjemput Juruselamat untuk “tinggal dalam kalangan [kita]”? (lihat Gary E. Stevenson, “Sacred Homes, Sacred Temples”, Ensign atau Liahona, Mei 2009, 101–3).

Untuk mendapatkan idea lanjut berkenaan mengajar kanak–kanak, lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Lagu yang dicadangkan: “Ku Mau Jadi Seperti Yesus”, Buku Nyanyian Anak-anak, 40.

Memperbaikkan Pengkajian Peribadi

Ambil peluang untuk membuat penilaian diri. Semasa anda mempelajari tulisan suci, anda akan sering diilhami untuk merenungkan komitmen anda sendiri kepada Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus. Bertindak atas tanggapan yang anda terima.

Garis masa yang menunjukkan cara Khemah Ibadat di Provo, Utah, Amerika Syarikat, telah dimusnahkan akibat kebakaran dan dibina semula sebagai Bait Suci Pusat Bandar Provo