Perjanjian Lama 2022
12–18 Disember. Maleakhi: “Tuhan Berfirman Kepada Umat-Nya, Aku Sentiasa Mengasihi Kamu”


“12–18 Disember. Maleakhi: ‘Tuhan Berfirman Kepada Umat-Nya, Aku Sentiasa Mengasihi Kamu.’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Lama 2022 (2021)

“12–18 Disember. Maleakhi,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2022

Patung Kristus

12–18 Disember

Maleakhi

“Tuhan Berfirman Kepada Umat-Nya, Aku Sentiasa Mengasihi Kamu”

Nama Maleakhi bermaksud “pengutus saya” (Panduan Tulisan Suci, “Maleakhi”). Apabila anda mengkaji pesanan Maleakhi kepada orang Israel, apakah pesanan yang anda temui untuk hidup anda? Bagaimanakah firman Maleakhi berkaitan dengan zaman kita?

Catat Tanggapan Anda

“Aku sentiasa mengasihi kamu”, Tuhan telah memberitahu umat-Nya melalui nabi Maleakhi. Tetapi orang Israel, yang telah mengalami kesengsaraan dan penawanan bagi jangka masa generasi yang banyak, telah bertanya kepada Tuhan, “Bagaimanakah Tuhan mengasihi kami?” (Maleakhi 1:2). Setelah semua yang telah dialami oleh orang Israel, mereka mungkin tertanya-tanya sama ada sejarah orang Israel purba benar-benar kisah kasih Tuhan terhadap umat perjanjian-Nya.

Apabila anda merenungkan perkara yang anda telah baca dalam Perjanjian Lama pada tahun ini, apakah bukti yang anda temui mengenai kasih Tuhan? Mudah sahaja untuk melihat banyak contoh kelemahan dan sifat pemberontakan manusia. Walau bagaimanapun, sepanjang semua itu, Tuhan tidak pernah berhenti mengasihi kita. Apabila anak lelaki Yakub menzalimi adik mereka, Yusuf, Tuhan masih menyediakan jalan untuk menyelamatkan mereka daripada kebuluran (lihat Kejadian 45:4–8). Apabila orang Israel bersungut-sungut di padang belantara, Tuhan telah memberi mereka manna (lihat Keluaran 16:1–4). Walaupun orang Israel telah meninggalkan-Nya, berpaling kepada tuhan yang lain dan bercerai-berai, Tuhan tidak meninggalkan mereka sepenuhnya tetapi berjanji bahawa jika mereka bertaubat, Dia akan mengumpulkan serta menebus mereka “dengan penuh kasih” (lihat Yesaya 54:7).

Dengan melihat dari perspektif ini, Perjanjian Lama merupakan kisah tentang kesabaran, kasih Tuhan yang abadi. Kisah ini berterusan sehingga hari ini. Maleakhi telah menubuatkan bahawa, “Kuasa-Ku yang menyelamatkan kamu [akan] terbit seperti matahari, dan kuasa-Ku itu akan memberikan kesembuhan seperti sinar matahari” (Maleakhi 4:2). Yesus Kristus memang telah datang, membawa penyembuhan jasmani dan rohani kepada semua orang yang datang kepada-Nya. Dia ialah bukti kasih Tuhan yang terbesar kepada orang Israel purba dan untuk kita semua.

Untuk gambaran keseluruhan kitab Maleakhi, lihat “Maleakhi” dalam Panduan Tulisan Suci.

ikon pengkajian peribadi

Idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

Maleakhi 1–4

“Kembalilah kepada-Ku, maka Aku juga akan kembali kepada kamu.”

Pada zaman Maleakhi, orang Israel telah membina semula bait suci di Yerusalem, tetapi sebagai umat, mereka masih perlu membina semula hubungan mereka dengan Tuhan. Semasa anda mengkaji Maleakhi, cari soalan yang Tuhan telah tanyakan kepada orang Israel atau soalan yang mereka tanyakan kepada-Nya. Pertimbangkan untuk bertanya kepada diri anda soalan yang serupa (beberapa contoh dicadangkan di bawah) untuk membantu anda menilai hubungan anda dengan Tuhan dan lebih mendekati-Nya.

  • Bagaimanakah saya telah merasai kasih Tuhan kepada saya? (lihat Maleakhi 1:2).

  • Adakah persembahan saya kepada Tuhan benar-benar menghormati-Nya? (lihat Maleakhi 1:6–11).

  • Melalui cara apakah saya perlu “kembali” kepada Tuhan? (lihat Maleakhi 3:7).

  • Adakah saya menipu Tuhan dalam apa-apa cara? (lihat Maleakhi 3:8–11).

  • Bagaimanakah sikap saya semasa tempoh yang sukar mencerminkan perasaan saya terhadap Tuhan? (lihat Maleakhi 3:13–15; lihat juga 2:17).

Maleakhi 1:6–14

Tuhan menghendakkan “korban yang layak dipersembahkan”.

Firman Tuhan dalam Maleakhi 1 menunjukkan bahawa imam orang Israel telah mempersembahkan binatang yang ada kecacatan dan sakit sebagai korban dalam bait suci, yang terlarang oleh Tuhan (lihat Imamat 22:17–25). Apakah yang dicadangkan oleh pengorbanan ini, dari segi perasaan imam terhadap Tuhan? (lihat Maleakhi 1:13). Mengapakah Tuhan menghendakkan kita memberikan persembahan kita yang terbaik kepada-Nya? Fikirkan tentang pengorbanan yang Tuhan minta anda lakukan. Apakah yang anda boleh lakukan untuk memberikan-Nya “korban yang layak dipersembahkan”? (Maleakhi 1:11; lihat juga 3:3).

Lihat juga Moroni 7:5–14.

Maleakhi 3–4

Nubuat Maleakhi digenapi pada zaman akhir.

Apabila Juruselamat mengunjung Benua Amerika, dia telah memetik Maleakhi 3–4 kepada orang Nefi (lihat 3 Nefi 24–25). Pada tahun 1823, malaikat Moroni telah berkongsi bahagian bab yang sama ini dengan Joseph Smith (lihat Joseph Smith—Sejarah 1:36–39; lihat juga Ajaran dan Perjanjian 2). Mengapakah pada pendapat anda, firman Maleakhi diulangi begitu kerap dalam tulisan suci? (lihat juga Ajaran dan Perjanjian 27:9; 110:13–16; 128:17–18). Pada pendapat anda, apakah pesanan daripada Maleakhi 3–4 yang kelihatan penting terutamanya untuk zaman kita?

Apabila Moroni memetik Maleakhi 4:5–6 kepada Joseph Smith, dia berbuat demikian “dengan sedikit perbezaan dari cara yang tertulis” di dalam Alkitab (Joseph Smith—Sejarah 1:36). Apakah perbezaan yang dinyatakan oleh Moroni tambahkan kepada pemahaman kita mengenai nubuat ini? Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kedatangan Elijah dan cara nubuat ini digenapi pada hari ini, lihat Ajaran dan Perjanjian 110:13–16. Mengapakah anda bersyukur yang Elijah telah datang?

Elijah memunculkan diri kepada Joseph Smith dan Oliver Cowdery di Bait Suci Kirtland

Ilustrasi Elijah memunculkan diri kepada Joseph Smith dan Oliver Cowdery di Bait Suci Kirtland oleh Robert T. Barrett

Maleakhi 3:8–12

Pembayaran persepuluhan membuka tingkap-tingkap syurga.

Apabila anda membaca Maleakhi 3:8–12, fikirkan tentang pengalaman anda sendiri dengan pembayaran persepuluhan. Apakah maksudnya frasa “membuka tingkap-tingkap syurga” (ayat 10) bagi anda?

ikon pengkajian sekeluarga

Idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Maleakhi 1:2.Bagaimanakah keluarga anda menjawab soalan yang ditemui dalam Maleakhi 1:2—“Bagaimanakah Tuhan mengasihi kami?” Apakah beberapa bukti yang menunjukkan kasih Tuhan kepada kita?

Maleakhi 3:8–12.Apabila anda membaca Maleakhi 3:8–12, jemput ahli keluarga untuk berkongsi pandangan atau perasaan mereka tentang persepuluhan. Apakah berkat duniawi dan rohani yang kita telah lihat daripada membayar persepuluhan? (lihat David A. Bednar, “Tingkap-tingkap Syurga,” Liahona, Nov. 2013, 17–20). Ahli keluarga mungkin berseronok melukis gambar untuk mewakili berkat-berkat ini dan menggantung gambar ini di tingkap.

Maleakhi 3:13–18.Apakah maksudnya kepada anda untuk menjadi kepunyaan Tuhan dan menjadi salah satu daripada “permata” Dia?

Maleakhi 4:5–6.Setelah membaca ayat-ayat ini, keluarga anda boleh mengenal pasti jawapan kepada soalan yang berikut mengenai nubuat Maleakhi: Siapa? Apa? Bila? Di mana? Mengapa? (lihat juga Ajaran dan Perjanjian 2).

Bagaimanakah kita berpaling hati kita kepada bapa kita? Bagaimanakah kita diberkati apabila kita berbuat demikian? Apakah yang kita akan lakukan sebagai keluarga untuk menerima berkat ini?

Untuk mendapatkan idea lanjut berkenaan mengajar kanak–kanak, lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Lagu yang dicadangkan: “Sejarah Tentang Keluargaku Aku Kerjakan”, Buku Nyanyian Anak-anak, 100.

Memperbaikkan Pengkajian Peribadi

Tanya soalan sambil anda mengkaji. Semasa anda mengkaji tulisan suci, soalan akan timbul dalam minda anda. Renungkan soalan-soalan ini dan cari jawapannya.

seorang wanita sedang melambaikan sapu tangan putih dengan ramai nenek moyang di belakangnya

Mourning’s Hosanna (Hosana Mourning), oleh Rose Datoc Dall. Seorang wanita bernama Mourning berdiri di dunia roh, dikelilingi oleh nenek moyangnya. Dia meraikan pembebasan mereka daripada penawanan rohani.