2010–2019
Tingkap-Tingkap Syurga
Oktober 2013


16:56

Tingkap-Tingkap Syurga

Berkat-berkat rohani dan jasmani masuk ke dalam kehidupan kita apabila kita menuruti hukum persepuluhan.

Saya mahu menjelaskan dua pelajaran penting yang telah saya pelajari tentang hukum persepuluhan. Pelajaran pertama berpusat pada berkat-berkat yang datang kepada para individu serta keluarga semasa mereka menaati perintah ini dengan setia. Pelajaran kedua menekankan kepentingan persepuluhan dalam perkembangan Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir di seluruh dunia. Saya berdoa agar Roh Kudus akan meyakinkan kepada kita masing-masing kebenaran asas-asas yang saya bincangkan.

Pelajaran #Nombor 1—Berkat-Berkat Besar namun Halus

Ibu Saudari Bednar adalah seorang wanita setia dan suri rumah yang diilhami. Dari permulaan perkahwinannya, dia membuat catatan kewangan keluarga dengan berhati-hati sekali. Selama berdekad-dekad dia mencatat dengan cermat pendapatan dan perbelanjaan keluarga dengan menggunakan buku lejar yang sederhana. Maklumat yang dia kumpulkan selama ini sangat menyeluruh dan bermaklumat.

Semasa Saudari Bednar seorang remaja puteri, ibu dia menggunakan maklumat dalam buku lejar ini untuk menekankan asas-asas dasar tentang kehidupan dan pengurusan rumah yang berjimat-cermat. Suatu hari, semasa mereka meninjau kembali beberapa kategori perbelanjaan, ibu dia perhatikan suatu pola yang menarik. Bayaran bagi temu janji dengan doktor dan perubatan bagi keluarga mereka sangat kurang daripada apa yang difikirkan sebelumnya. Dia kemudian mengaitkan penemuan ini pada injil Yesus Kristus dan menjelaskan kepada anak perempuannya suatu kebenaran yang berkuasa: semasa kita menaati hukum persepuluhan, kita seringkali menerima berkat besar namun halus yang sentiasa bukan merupakan apa yang kita harapkan dan dengan mudah terlepas dari perhatian kita. Keluarganya tidak menerima tambahan yang nyata atau secara tiba-tiba pada pendapatan keluarga. Namun, Bapa Syurgawi telah menganugerahkan berkat-berkat sederhana dalam cara yang nampaknya biasa. Saudari Bednar sentiasa masih ingat pelajaran penting ini dari ibunya tentang bantuan yang datang kepada kita melalui tingkap-tingkap syurga, seperti yang dijanjikan oleh Maleakhi dalam Perjanjian Lama (lihat Maleakhi 3:10).

Seringkali semasa kita mengajar dan bersaksi tentang hukum persepuluhan, kita menekankan berkat-berkat yang diterima adalah segera, besar, dan mudah untuk disedari. Dan pastinya berkat-berkat sebegitu terjadi. Namun beberapa berkat yang pelbagai yang kita perolehi semasa kita taat pada perintah ini memang besar namun halus. Berkat-berkat sebegini boleh dibezakan hanya kalau kita baik memberi perhatian penuh maupun mencuba memerhati secara rohani (lihat 1 Korintus 2:14).

Kiasan “tingkap-tingkap” syurga yang digunakan oleh Maleakhi adalah paling berpengajaran. Tingkap membenarkan cahaya semulajadi untuk masuk ke dalam sebuah bangunan. Dalam cara serupa ini, pencahayaan serta perspektif rohani dicurahkan melalui tingkap-tingkap syurga dan ke dalam kehidupan kita apabila kita menghormati hukum persepuluhan.

Misalnya, satu berkat yang besar namun halus yang kita terima adalah kurnia kesyukuran yang memungkinkan penghargaan kita bagi apa yang kita punyai untuk mengekang kemahuan bagi apa yang kita inginkan. Seorang yang bersyukur adalah kaya dalam kepuasan hati. Seorang yang tidak bersyukur menderita dalam kemiskinan dari ketidakpuasan yang tak beakhir (lihat Lukas 12:15).

Kita mungkin perlu dan berdoa bagi bantuan untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai. Namun, mata dan telinga iman (lihat Eter 12:19) adalah diperlukan untuk mengenali kurnia membuat perbezaan yang ditingkatkan yang dapat memperkuasakan kita untuk mengenali peluang-peluang pekerjaan yang ramai orang lain mungkin abaikan—atau berkat ketabahan peribadi yang lebih kuat untuk mencari dengan lebih kerajinan dan lebih masa bagi suatu jawatan daripada orang lain rela atau mampu buat. Kita mungkin mahu dan mengharapkan suatu tawaran kerja, tetapi berkat yang datang kepada kita melalui tingkap-tingkap syurgawi mungkin adalah keupayaan yang lebih untuk bertindak dan mengubah keadaan kita sendiri daripada mengharapkan keadaan kita diubah oleh seseorang atau sesuatu yang lain.

Kita secara bersesuaian mungkin menginginkan dan bekerja untuk menerima suatu tambahan pada gaji kita untuk menyediakan keperluan kehidupan dengan lebih baik. Namun, mata dan telinga iman diperlukan untuk menyedari dalam diri kita suatu kemampuan rohani dan jasmani yang makin besar (lihat Lukas 2:52) untuk melakukan lebih dengan duit yang kurang, suatu kemampuan yang lebih tajam untuk mengutamakan dan menyederhanakan, serta suatu kemampuan yang ditingkatkan untuk menjaga dengan baik harta benda yang sudah kita perolehi. Kita mungkin mahu dan harapkan gaji yang lebih besar, tetapi berkat yang datang kepada kita melalui tingkap-tingkap syurgawi mungkin adalah kemampuan yang lebih untuk mengubahkan keadaan kita sendiri daripada mengharapkan keadaan kita diubah oleh seseorang atau sesuatu yang lain.

Para pahlawan teruna dalam Kitab Mormon (lihat Alma 53: 56–58) berdoa dengan sepenuh hati agar Tuhan akan memperkuatkan dan membebaskan mereka dari tangan musuh mereka. Menariknya, jawaban pada doa-doa ini tidaklah menghasilkan senjata tambahan atau jumlah askar yang meningkat. Melainkan, Tuhan memberi kepada pahlawan setia ini kepastian bahawa Dia akan membebaskan mereka, kedamaian pada jiwa mereka, dan iman yang besar serta harapan demi pembebasan mereka di dalam Dia (lihat Alma 58:11). Lantaran itu, putera-putera Helaman memberanikan diri, bertekad dengan suatu keazaman untuk menakluk, dan pergi dengan segala kekuatan mereka melawan bangsa Laman (lihat Alma 58:12–13). Kepastian, kedamaian, iman, dan harapan pada mulanya mungkin nampaknya bukan seperti berkat-berkat yang para pahlawan di dalam pertempuran mahukan, tetapi berkat-berkat ini adalah berkat yang tepat diperlukan oleh para remaja lelaki yang gagah ini untuk maju terus dan berjaya secara jasmani dan rohani.

Kadang-kadang kita mungkin meminta Tuhan bagi kejayaan, dan Dia memberi kita tenaga bagi tubuh dan minda. Kita mungkin memohon bagi kemakmuran, dan kita menerima perspektif yang diperluaskan dan kesabaran yang ditingkatkan, atau kita memohon bagi pertumbuhan dan diberkati dengan kurnia rahmat. Dia mungkin menganugerahkan kepercayaan dan keyakinan kepada kita apabila kita berusaha mencapai matlamat yang layak. Dan ketika kita memohon bagi kelegaan dari kesusahan jasmani, mental, dan rohani, Dia mungkin membesarkan tekad dan daya tahan kita.

Saya berjanji bahawa semasa kamu dan saya menaati dan mematuhi hukum persepuluhan, sesungguhnya tingkap-tingkap syurga akan dibukakan dan berkat rohani dan jasmani akan dicurahkan sehingga tidak ada cukup ruang untuk menerimanya (lihat Maleakhi 3:10). Kita juga akan mengingat pernyataan Tuhan:

“Sebab rancangan-Ku bukanlah rancanganmu, dan jalanmu bukanlah jalan-Ku, demikianlah firman Tuhan.

“Seperti tingginya langit dari bumi, demikianlah tingginya jalan-Ku dari jalanmu dan rancangan-Ku dari rancanganmu” (Yesaya 55:8–9).

Saya bersaksi bahawa semasa kita baik memperhatikan maupun mencuba melihat secara rohani, kita akan diberkati dengan mata yang melihat dengan jelas, telinga yang mendengar lebih tetap, dan hati yang memahami dengan lebih baik kebesaran dan kehalusan jalan-Nya, rancangan-Nya, dan berkat-berkat-Nya dalam kehidupan kita.

Pelajaran #Nombor 2—Kesederhanaan Jalan Tuhan

Sebelum panggilan saya untuk melayani sebagai anggota Kuorum Dua Belas, saya membaca banyak kali dalam Ajaran dan Perjanjian tentang majlis yang dilantik untuk menyelia dan mengagihkan dana persepuluhan yang kudus. Majlis Penggunaan Persepuluhan telah didirikan melalui wahyu dan terdiri dari Presidensi Utama, Kuorum Dua Belas Para Rasul, dan Lembaga Uskup Utama (lihat A&P 120). Semasa saya bersedia pada Disember 2004 untuk menghadiri pertemuan pertama saya dalam majlis ini, saya bersemangat dan mengharapkan suatu peluang pembelajaran yang sungguh luar biasa.

Saya masih ingat hal-hal yang saya alami dan rasakan dalam pertemuan itu. Saya memperoleh suatu penghargaan dan kehormatan yang lebih besar bagi hukum-hukum Tuhan berkaitan dengan kewangan bagi para individu, bagi keluarga, dan bagi Gereja-Nya. Program kewangan asasi Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir—baik bagi pendapatan maupun perbelanjaan—diberikan dalam bahagian 119 dan 120 dari Ajaran dan Perjanjian. Dua pernyataan yang terdapat dalam wahyu-wahyu ini memberikan dasar bagi urusan kewangan Gereja.

Bahagian 119 menyatakan bahawa semua ahli gereja “hendaknya setahun sekali membayar sepersepuluh dari seluruh pendapatan mereka dan ini akan menjadi hukum yang berlaku bagi mereka untuk selama-lamanya, … firman Tuhan” (ayat 4).

Kemudian, berkaitan dengan perbelanjaan rasmi dana persepuluhan, Tuhan mengatakan, “akan diatur oleh suatu dewan, yang terdiri dari Presidensi Utama Gereja-Ku, dan dari uskup serta para penasihatnya, dan oleh penasihat tinggi-Ku; serta oleh suara-Ku sendiri kepada mereka, firman Tuhan” (A&P 120:1). “Uskup serta para penasihatnya” dan “penasihat tinggi-Ku”dirujuk dalam wahyu ini dikenali hari ini sebagai Lembaga Uskup Utama dan Kuroum Dua Belas Para Rasul, masing-masingnya. Dana-dana kudus ini digunakan dalam gereja yang berkembang dengan cepat untuk memberkati secara rohani para individu serta keluarga dengan membina dan memelihara bait suci dan bangunan penyembahan, menyokong pekerjaan mubaligh, menterjemah dan menerbitkan tulisan suci, menggalakkan pekerjaan sejarah keluarga, membiaya sekolah-sekolah dan pendidikan keagamaan, serta mencapai banyak lagi tujuan-tujuan lain Gereja yang diarahkan hamba-hamba Tuhan yang telah ditahbiskan.

Saya kagum pada kejelasan dan kesingkatan dua wahyu ini dibandingkan pada garis panduan kewangan dan aturan pentadbiran yang rumit yang digunakan begitu banyak oleh organisasi dan kerajaan di seluruh dunia. Bagaimana mungkin urusan-urusan duniawi sebuah organisasi sebesar Gereja Yesus Kristus yang dipulihkan dapat beroperasi di seluruh dunia dengan menggunakan arahan yang begitu ringkas? Bagi saya, jawabannya agak mudah dan jelas: inilah pekerjaan Tuhan, Dia mampu melaksanakan pekerjaan-Nya sendiri (lihat 2 Nefi 27:20), dan Juruselamat mengilhami serta mengarahkan para hamba-Nya semasa mereka mengikuti arahan-Nya dan berusaha dalam pekerjaan-Nya.

Dalam pertemuan pertama majlis itu, saya tertarik dengan kesederhanaan asas-asas yang membimbing pertimbangan dan keputusan-keputusan kami. Dalam operasi-operasi kewangan Gereja, dua prinsip yang asasi dan tetap dipatuhi. Pertama, Gereja hanya berbelanja di bawah sumber perolehannya dan tidak berbelanja lebih daripada yang diterimanya. Kedua, sebahagian pendapatan tahunan diperuntukkan sebgai sebuah simpanan bagi kecemasan dan keperluan yang tak dijangka. Selama berdekad Gereja mengajar keanggotaannya prinsip peruntukan tambahan makanan, bahan api, dan wang untuk bertahan bagi kecemasan-kecemasan yang mungkin terjadi. Gereja sebagai sebuah institusi dengan mudah mengikuti prinsip-prinsip yang sama yang telah diajarkan berulang kali kepada para anggotanya.

Semasa pertemuan itu diteruskan, saya menjadi berkeinginan agar semua anggota Gereja boleh melihat kesederhanaan, kejelasan, ketertiban, kasih ihsan, dan kuasa Tuhan dalam cara-Nya sendiri (lihat A&P 104:16) dalam menjalankan urusan-urusan duniawi Gereja-Nya. Pada masa ini, saya telah turut serta dalam Majlis Penggunaan Persepuluhan selama bertahun-tahun. Rasa syukur dan hormat saya bagi pola Tuhan bertumbuh setiap tahun, dan pelajaran yang dipelajari telah menjadi bahkan lebih mendalam.

Hati saya mengembang dengan kasih dan kekaguman bagi para ahli Gereja ini yang setia dan taat dari setiap bangsa, kaum, bahasa, dan orang. Semasa saya membuat perjalanan di bumi, saya belajar tentang harapan dan cita-cita kamu, pelbagai keadaan hidup kamu, dan kesusahan kamu. Saya pernah menghadiri pertemuan Gereja bersama kamu serta melawat di beberapa rumah kamu. Iman kamu memperkuatkan iman saya. Kesetiaan kamu meningkatkan kesetiaan saya. Dan kebaikan serta kepatuhan anda yang rela pada hukum persepuluhan mengilhami saya menjadi seorang lelaki, suami, ayah, dan pemimpin Gereja yang lebih baik. Saya ingat dan berfikir tentang kamu setiap kali saya turut serta dalam Majlis Penggunaan Persepuluhan. Terima kasih bagi kebaikan dan kesetiaan kamu semasa kamu menaati perjanjian-perjanjian kamu.

Para pemimpin Gereja Tuhan yang dipulihkan merasakan suatu tanggung jawab hebat untuk menjaga dengan selayaknya bagi sumbangan-sumbangan yang dikuduskan dari para ahli Gereja. Kita sangat sedar tentang sifat kudus cerita peser seorang janda.

“Pada suatu kali Yesus duduk menghadapi peti persembahan dan memperhatikan bagaimana orang banyak memasukkan uang ke dalam peti itu. Banyak orang kaya memberi jumlah yang besar.

“Lalu datanglah seorang janda yang miskin dan ia memasukkan dua peser, yaitu satu duit.

“Maka dipanggil-Nya murid-murid-Nya dan berkata kepada mereka: ‘Aku berkata kepadamu, sesungguhnya janda miskin ini memberi lebih banyak daripada semua orang yang memasukkan uang ke dalam peti persembahan.

“‘Sebab mereka semua memberi dari kelimpahannya, tetapi janda ini memberi dari kekurangannya, semua yang ada padanya, yaitu seluruh nafkahnya” (Markus 12:41–44).

Saya tahu dari pengalaman saya sendiri bahawa Majlis Penggunaan Persepuluhan berhati-hati dalam menjaga peser seorang janda. Saya mengucap syukur kepada Presiden Thomas S. Monson dan dua penasihatnya atas kepimpinan mereka yang efektif dalam melaksanakan pengawasan kudus ini. Dan saya mengakui suara (lihat A&P 120:1) dan tangan Tuhan yang menyokong hamba-hamba yang ditahbiskan-Nya dalam memenuhi tugas untuk mewakili Dia.

Suatu Jemputan dan Kesaksian

Pemberian persepuluhan secara jujur adalah lebih banyak daripada suatu tugas; ia adalah sebuah langkah penting dalam proses pengudusan peribadi. Kepada mereka di antara kamu yang membayar persepuluhan kamu, saya memuji kamu.

Kepada mereka yang sekarang tidak mematuhi hukum persepuluhan, saya menjemput kamu untuk perhatikanlah keadaanmu dan bertaubat. Saya bersaksi bahawa melalui kepatuhan kamu pada hukum Tuhan ini, tingkap-tingkap syurga akan dibukakan kepadamu. Janganlah menangguhkan hari pertaubatanmu.

Saya bersaksi berkat-berkat rohani dan jasmani masuk ke dalam kehidupan kita apabila kita menuruti hukum persepuluhan. Saya memberi kesaksian bahawa berkat-berkat sebegitu seringkali adalah penting namun halus. Saya juga menyatakan bahawa kesederhanaan cara Tuhan yang begitu nyata dalam urusan-urusan duniawi Gereja-Nya menyediakan pola yang boleh membimbing kita sebagai para individu dan sebagai keluarga. Saya berdoa kita masing-masing boleh belajar dan mendapat manfaat dari pelajaran-pelajaran penting ini, dalam nama kudus Tuhan Yesus Kristus, amin.