2010–2019
Hal-hal yang Kecil dan Sederhana
Oktober 2013


2:3

Hal Hal yang Kecil dan Sederhana

Marilah kita menjangkau kepada yang lain dengan iman dan dengan kasih.

Saudara dan saudari yang saya kasihi, hanya beberapa minggu yang lepas saya berada di pusat latihan mubaligh di Mexico City untuk berkongsi suatu pesanan untuk para mubaligh. Saya dan isteri saya dengan sengaja tiba beberapa jam awal. Ketika kami menerokai taman yang cantik dan jalan-jalan pusat latihan mubaligh yang disimpan dengan baik itu, kami melihat kegembiraan yang terpancar dari wajah beratus-ratus para elder dan saudari muda. Setiap satu tertumpu untuk memperoleh kemahiran bahasa baru dan mempelajari untuk lebih menghargai tujuan mereka sebagai mubaligh.

Sewaktu saya berhenti seketika untuk melihat pemandangan yang luar biasa ini, saya merenungkan tentang kata-kata Alma apabila dia mengarahkan anaknya Helaman untuk menyimpan sejarah bangsanya sebagai sebahagian catatan-catatan yang telah diamanahkan kepadanya dan untuk menyimpan segala hal kudus ini supaya satu hari nanti boleh dikeluarkan kepada setiap bangsa, kaum, bahasa dan orang.

Alma kemudian memberitahu dia:

Sekarang, kamu boleh mengira bahawa ini kebodohan dalam diriku; tetapi lihatlah aku berkata kepadamu, bahawa melalui hal-hal yang kecil dan sederhana hal-hal besar didatangkan; dan cara-cara yang kecil dalam banyak perkara memalukan yang bijak.

“Dan Tuhan Raja bekerja dengan cara- cara untuk mendatangkan tujuan-Nya yang besar dan abadi; dan dengan cara-cara yang sangat kecil Tuhan memalukan yang bijak dan mendatangkan penyelamatan banyak jiwa” (Alma 37:6–7).

Kepolosan dan kebeliaan para mubaligh kita adalah contoh jalan Tuhan- iaitu mereka yang rendah diri akan “menjemput lain untuk datang kepada Kristus dengan membantu mereka menerima injil yang telah dipulihkan melalui iman kepada Yesus Kristus and Korban Tebusan-Nya, pertaubatan, pembaptisan, menerima kurnia Roh Kudus dan bertahan sampai akhir” (Mengkhutbahkan Injil-Ku: Satu panduan untuk pelayanan mubaligh [2004], 1).

Sebagai ahli gereja, kita boleh, melalui hal-hal yang kecil dan sederhana kita sendiri, untuk “[meyakinkan ] banyak orang tentang kekhilafan jalan mereka” dan membawa “mereka pada pengetahuan tentang Tuhan mereka untuk keselamatan jiwa mereka” (Alma 37:8).

Pada satu masa saya menemani seorang presiden pancang dan seorang uskup untuk melawat seorang ahli gereja yang kurang aktif. Kami mengajar dia, dalam cara yang sangat sederhana, tentang berkat-berkat Hari Sabat. Kami menyatakan kepada dia kasih ikhlas kami. Dia menyahut, “Semua yang saya perlukan adalah untuk seseorang datang dan memberikan saya satu abrazo, atau pelukan.” Saya dengan serta merta berdiri dan memeluk dia. Hari kemudiannya adalah hari Ahad. Saudara yang sama ini datang ke gereja bersama seluruh keluarganya.

Semasa suatu lawatan pengajaran ke rumah, Martha, seorang ahli gereja di bahagian kami, memberitahu isteri saya dan teman dia untuk tidak kembali lagi. Dia telah memutuskan untuk tidak datang ke gereja lagi. Salah seorang pengajar lawatan bertanya kepada Martha kalau mereka boleh menyanyikan satu lagu rohani untuk kali terakhir, dan dia bersetuju. Sewaktu mereka menyanyi, sesuatu yang istimewa berlaku. Sedikit demi sedikit, Roh Kudus mula mengisi bilik itu. Setiap seorang mereka merasakannya. Hati Martha mulai lembut. Dengan matanya penuh dengan tangisan, dia menyatakan kepada pengajar lawatannya perasaan-perasaan hatinya. Saat itu, dia menyedari bahawa dia tahu yang injil itu benar. Dia sekarang mengucapkan terima kasih kepada pengajar lawatannya dan menyatakan keinginan bagi mereka untuk datang berkunjung lagi. Semenjak hari itu, dia menerima mereka dengan kegembiraan.

Martha mulai datang ke gereja bersama anak perempuannya yang muda. Untuk bertahun-tahun mereka kerap datang, dengan mana Martha tidak hilang harapan bahawa suami dia suatu hari kelak akan menyertai mereka. Akhirnya hari itu tiba apabila Tuhan menyentuh hati suaminya, dan dia mulai datang bersama mereka, begitu juga dengan anak perempuan mereka yang lain mulai datang selepas itu. Keluarga ini mulai merasakan kegembiraan yang sejati yang datang dari memiliki berkat-berkat injil di dalam rumah mereka. Martha sejak itu melayani dengan setia sebagai presiden Lembaga Pertolongan, dan suaminya telah melayani dengan baik di beberapa panggilan dalam pancang. Semua ini bermula dengan nyanyian sebuahlagu rohani, satu hal yang kecil dan sederhana yang telah menyentuh hati Martha.

Naaman ialah panglima raja Syria, seorang yang mulia, lelaki perkasa dalam keberanian, tetapi dia juga seorang berpenyakit (lihat 2 Raja-Raja 5:1). Selepas gagal mencari penyembuhan untuk penyakit kustanya dari raja Israel, Naaman pergi ke rumah Elisha, seorang Nabi. Elisha menghantar seorang suruhan kepada dia, berkata:

“Pergilah mandi tujuh kali dalam sungai Yordan, maka tubuhmu akan pulih kembali, sehingga engkau menjadi tahir.

“Tetapi pergilah Naaman dengan gusar sambil berkata: ”Aku sangka bahawa setidak-tidaknya ia datang ke luar dan berdiri memanggil nama Tuhan Rajanya, lalu mengerak-gerakkan tangannya di atas tempat penyakit itu dan dengan demikian menyembuhkan penyakit kustaku. …

“Tetapi pegawai-pegawainya datang mendekat serta berkata kepadanya: Ayahku, seandainya nabi itu menyuruh perkarayang sukar kepadamu, bukankah ayah akan melakukannya? Apalagi sekarang, ia hanya berkata kepadamu: Mandilah dan engkau akan menjadi tahir?

“Maka turunlah ia membenamkan dirinya tujuh kali dalam sungai Yordan, sesuai dengan perkataan abdi Tuhan itu. Lalu pulihlah tubuhnya kembali seperti tubuh seorang anak kecil dan ia menjadi tahir” (2 Raja-Raja 5:10–11, 13–14).

Nabi kita, Presiden Thomas S. Monson, telah menjemput kita semua untuk keluar dan menyelamatkan saudara dan saudari kita. Dia berkata: “Dunia ini memerlukan pertolongan kamu. Ada kaki yang perlu dikukuhkan, tangan untuk dipegang, minda untuk didorongkan, hati untuk diinspirasikan, dan jiwa untuk diselamatkan. Berkat-berkat abadi menunggu kamu” (“To the Rescue,” Ensign, Mei 2001, 48; atauLiahona, Julai 2001, 57).

Saya bersaksi bahawa banyak mereka yang memerlukan bantuan kita sedang menanti untuk kita. Mereka bersedia untuk para saudara dan saudari kita yang berani untuk menjangkau mereka dan menyelamatkan mereka melalui cara-cara yang kecil dan sederhana. Saya sendiri pernah meluangkan banyak masa melawat para ahli gereja yang kurang aktif yang hati mereka telah dilembutkan oleh Tuhan, yang sekarang bersedia untuk menerima kesaksian kita dan kasih sayang kita yang ikhlas. Apabila kita menjangkau dan menjemput mereka, mereka akan kembali ke Gereja tanpa teragak-agak.

Marilah kita menjangkau kepada yang lain dengan iman dan dengan kasih. Marilah kita mengingat janji Tuhan:

“Dan jika demikian halnya kamu akan bekerja sepanjang hidupmu dalam menyerukan pertaubatan kepada orang-orang ini, dan membawa, meski hanya satu jiwa kepada-Ku, betapa akan besar sukacitamu bersamanya di dalam kerajaan Bapa-Ku!

“Dan sekarang, jika sukacitamu akan besar dengan satu jiwa yang telah kamu bawa kepada-Ku ke dalam kerajaan Bapa-Ku, betapa akan besar sukacitamu jika kamu akan membawa banyak jiwa kepada-Ku!” (A&P 18:15–16).

Saya bersaksi akan kasih Tuhan kepada semua anak-anak-Nya. Saya tahu Dia hidup dan Dia adalah Penebus kita. Dalam nama Yesus Kristus, amin.