Kunci kepada Perlindungan Rohani
Kedamaian boleh menetap di setiap hati mereka yang berpaling kepada tulisan-tulisan suci dan membuka perjanjian perlindungan dan penebusan.
Satu masa singkat yang dahulu, saya memeteraikan satu pasangan muda di bait suci. Pasangan ini telah memastikan diri mereka layak untuk hari yang mengagumkan apabila seorang anak lelaki dan anak perempuan meninggalkan rumah remaja mereka dan menjadi suami dan isteri. Di majlis yang kudus ini, mereka murni dan bersih. Dalam masa terdekat, mereka akan mula membesarkan anak-anak mereka sendiri, serasi dengan pola yang ditubuhkan oleh Bapa kita di Syurga. Kegembiraan mereka, dan kegembiraan untuk generasi yang akan datang, bergantung pada hidup menurut standard-standard yang telah ditubuhkan oleh Juruselamat dan yang dikemukakan dalam tulisan-tulisan suci-Nya.
Ibu bapa hari ini tertanya-tanya sekiranya terdapat sebuah tempat yang selamat untuk membesarkan anak-anak. Terdapat satu tempat yang selamat. Iaitu di sebuah rumah yang dipusatkan pada Injil. Kita fokus kepada keluarga di Gereja, dan kita menasihati para ibu bapa di semua tempat untuk membesarkan anak-anak mereka dalam kesolehan.
Rasul Paulus bernubuat dan memberi amaran bahawa “pada hari-hari terakhir akan datang masa yang sukar.
“Manusia akan mencintai dirinya sendiri. Mereka akan membual dan menyombongkan diri, mereka akan menjadi pemfitnah, tidak taat kepada ibu bapa dan tidak tahu berterima kasih, tidak mempedulikan agama,
“Tidak tahu mengasihi, tidak mau berdamai, penuduh palsu, tidak dapat mengawal diri sendiri, garang, pembenci kepada yang baik,
“Pengkhianat, tidak berfikir panjang, berlagak tahu, lebih menuruti hawa nafsu daripada menuruti Tuhan;
“Secara lahiriah mereka menjalankan ibadah mereka, tetapi pada hakikatnya mereka menafikan kuasanya: Jauhilah mereka itu.”1
Paulus juga bernubuat, “sedangkan orang jahat dan penipu akan bertambah jahat, mereka menyesatkan dan disesatkan.”2
Ayay-ayat ini adalah sebagai amaran, menunjukkan pola mana yang harus dijauhi. Kita sentiasa harus berjaga-jaga dan tekun. Kita boleh meninjau setiap nubuat-nubuat ini dan memangkah mereka seolah-olah ia berlaku di zaman sekarang dan adalah hal yang diambil berat di dunia hari ini:
Masa yang sukar—hari ini. Kita tinggal di zaman yang tidak selamat.
Cemburu, megah dan pembangga— semua berada bersama kita sekarang.
Pemfitnah, tidak taat kepada ibu bapa, tidak tahu berterima kasih, tidak mempedulikan agama, tidak tahu mengasihi—semuanya ini adalah penyumbang juga.
Tidak mau berdamai, Penuduh palsu, dan sebagainya—semuanya adalah termasuk dalam bukti lazim yang wujud di sekitar kita.
Moroni juga berbicara tentang kejahatan di zaman kita apabila dia memberi amaran:
“apabila kamu akan melihat hal hal ini datang di antara kamu … kamu akan terbangun menyedari keadaanmu yang dahsyat. …
“Oleh itu, aku, Moroni, diperintahkan untuk menuliskan hal hal ini agar kejahatan boleh diakhiri, dan agar waktunya akan tiba apabila Setan tidak mempunyai kuasa ke atas hati hati anak-anak manusia, tetapi agar mereka boleh didorong untuk melakukan kebaikan secara berterusan, agar mereka boleh datang kepada sumber air segala kesolehan dan diselamatkan.”3
Gambaran-gambaran yang diberikan oleh Paulus dan Moroni tentang zaman kita adalah sangat tepat sehingga mereka tidak dapat ditolakkan. Untuk kebanyakan orang ianya mungkin agak mengganggu, malah melemahkan semangat. Walau bagaimanapun, apabila saya fikirkan tentang masa hadapan, saya terharu dengan perasaan keyakinan yang positif.
Dalam wahyu Paulus, sebagai tambahan pada senarai cabaran-cabaran dan masalah-masalah, dia juga memberitahu kita apa yang kita boleh buat untuk melindungi diri kita sendiri:
“Tetapi hendaklah engkau tetap berpegang pada kebenaran yang telah engkau terima dan engkau yakini, dengan selalu mengingat orang yang telah mengajarkannya kepadamu;
“Ingatlah juga dari kecil engkau sudah mengenal kitab suci yang dapat memberi hikmat kepadamu dan menuntun engkau kepada keselamatan oleh iman kepada Kristus Yesus.”4
Tulisan suci memegang kunci pada perlindungan rohani. Mereka mengandungi ajaran dan hukum-hukum dan tatacara-tatacara yang akan membawa setiap anak Tuhan kepada satu kesaksian Yesus Kristus sebagai Juruselamat dan Penebus.
Dengan persiapan bertahun-tahun, terdapat suatu usaha yang besar untuk menghasilkan tulisan-tulisan suci dalam setiap bahasa, dengan nota kaki dan rujukan silang. Kami berusaha untuk menjadikan mereka boleh didapati untuk semua yang ingin belajar. Mereka mengajar kita ke mana untuk pergi dan apa yang harus dilakukan. Mereka menawarkan harapan dan pengetahuan.
Beberapa tahun dahulu, Elder S. Dilworth Young dari Tujuh Puluh mengajar saya satu pelajaran tentang membaca tulisan suci. Sebuah pancang mengalami tekanan dan kesusahan di antara para anggota, dan nasihat perlu diberikan.
Saya bertanya kepada Presiden Young, “Apa yang harus saya katakan?”
Dia cuma menjawab, “Beritahu mereka untuk membaca tulisan suci.”
Saya bertanya, “Tulisan suci yang mana?”
Dia berkata, “Sebenarnya itu tak kisahlah. Beritahu mereka untuk membuka Kitab Mormon, sebagai contoh, dan mula membaca. Tidak lama kemudian perasaan tenang dan inspirasi akan datang, dan satu penyelesaian akan menunjukkan dirinya.”
Jadikanlah pembacaan tulisan suci sebagai sebahagian rutin seharian kamu, dan berkat-berkat akan datang. Terdapat di dalam tulisan suci satu suara amaran, tetapi terdapat juga satu khasiat yang hebat.
Jika bahasa tulisan suci pada mulanya kelihatan aneh untuk kamu, teruskanlah membaca. Tidak lama kemudian kamu akan mengenali keindahan dan kuasa yang terdapat dalam halaman tulisan suci tersebut.
Paulus berkata, “Segala tulisan suci yang diilhamkan Tuhan memang bermanfaat untuk mengajar, untuk menyatakan kesalahan, untuk memperbaiki kelakuan dan untuk mendidik dalam kebenaran.”5
Kamu boleh menguji janji ini untuk diri anda sendiri.
Kita tinggal di masa yang sukar; walau bagaimanapun, kita boleh mencari harapan dan kedamaian untuk kita sendiri dan untuk keluarga kita. Kepada mereka yang tinggal dalam kedukaan, berputus asa pada kebarangkalian seorang anak diselamatkan dari dunia yang telah mengambil mereka, tidak harus berputus asa. “Janganlah takut, hanya percaya.”6 Kesolehan adalah lebih berkuasa daripada kejahatan.
Kanak kanak diajarkan pemahaman tentang tulisan suci di awal kehidupan akan mengetahui jalan yang mereka harus lalui dan akan lebih cenderung untuk terus berjalan di jalan itu. Mereka yang sesat akan mempunyai keupayaan untuk kembali dan, dengan bantuan, boleh mencari jalan pulang mereka.
Para putera Mosia berlawan tmenentang Gereja untuk seketika waktu tetapi selepas itu telah bertaubat dan mengalami perubahan yang dramatik. Dalam Alma kita membaca, “Para putera Mosia ini … telah menjadi kuat dalam pengetahuan tentang kebenaran; kerana mereka adalah lelaki yang berpemahaman kukuh dan mereka telah menyelidiki tulisan suci dengan tekun, agar mereka boleh mengetahui firman Tuhan.”7
Presiden Joseph F. Smith berusia lima tahun apabila ayahnya, Hyrum, dibunuh di Penjara Carthage. Selepas itu, Joseph melintasi dataran bersama ibunya yang telah menjadi balu.
Pada usia 15 dia telah dipanggil ke misi di Hawaii. Dia berasa sesat dan bersendirian dan berkata: “Saya amat tertindas. … Saya berasa seperti saya amat merosot dalam keadaan saya yang kemiskinan, kekurangan kebijaksanaan dan pengetahuan, hanya seorang budak, bahawa saya tidak begitu berani untuk memandang [sesiapa] di muka.”
Sewaktu memikirkan nasibnya suatu malam, Joseph yang muda bermimpi dia berada di sebuah perjalanan, bergegas secepat yang mungkin. Dia membawa dengannya satu bungkusan yang kecil. Akhirnya, dia tiba di sebuah mahligai yang cantik, iaitu destinasinya. Selaku dia menuju hadapan, dia ternampak satu tanda yang berkata, “Mandi.” Dia segera masuk ke dalam dan memandikan dirinya. Dia membuka bungkusannya yang kecil dan menemukan pakaian putih, bersih- “satu benda,” dia berkata, “Saya belum pernah lihat dalam masa yang lama.” Dia memakainya dan bergegas menuju ke pintu mahligai itu.
“Saya mengetuk,” dia berkata, “dan pintu terbuka, dan lelaki yang berdiri di situ adalah Nabi Joseph Smith. Dia memandang saya dengan sedikit kemarahan, dan ayat pertama dia berkata [ialah]: ‘Joseph, kamu lambat.’ Tetapi saya dengan yakin dan berkata:
“‘Ya, tetapi saya bersih—Saya bersih!’”8
Dan begitu jugalah bagi kita semua.
Kalau kamu tetap dalam perjalanan iman dan aktiviti dalam Gereja, tinggallah dalam perjalanan itu dan taatilah perjanjian-perjanjian kamu. Terus ke hadapan sehingga waktu apabila berkat-berkat Tuhan akan datang kepadamu dan Roh Kudus akan diungkapkan sebagai kuasa dorongan dalam hidupmu.
Kalau kamu kini dalam perjalanan yang menuju jauh dari apa yang ditunjukkan dalam tulisan suci, biarlah saya memberi kepastian kepada kamu terdapatnya jalan untuk kembali.
Yesus Kristus telah menerangkan satu cara yang jelas bagi kita untuk bertaubat dan mencari penyembuhan dalam kehidupan kita. Penawar untuk banyak kesilapan boleh ditemui dengan mencari pengampunan melalui doa peribadi. Namun, terdapat penyakit-penyakit rohani tertentu, terutamanya pencabulan undang-undang moral, yang benar-benar memerlukan bantuan dan perubatan oleh seorang pakar perubatan rohani yang layak.
Beberapa tahun dahulu, datangnya ke pejabat saya seorang perempuan muda dan ayahnya yang telah lanjut usia. Dia membawa ayah dia beberapa ratus kilometer untuk mencari ubat bagi perasaan bersalah yang ayahnya sedang hadapi. Sebagai seorang lelaki muda, dia telah melakukan satu kesilapan yang serius, dan dalam usianya yang tua memori itu kembali kepada dia. Dia tidak boleh melepaskan perasaan bersalah itu. Dia tidak boleh pulang semula dan membatalkan masalah remajanya dengan dirinya sendiri, tetapi dia boleh bermula di mana dia berada dan, dengan bantuan, memadamkan perasaan bersalah itu yang telah mengikuti dia selama bertahun-tahun.
Saya bersyukur kerana dengan mengajar dia asas-asas dari Kitab Mormon, seperti satu beban yang amat berat sekali diangkatkan dari bahunya. Apabila dia dan anak perempuannya memandu balik ke rumah beberapa banyak kilometer itu, lelaki tua itu telah meninggalkan perasaan bersalah dari pelanggaran yang lepas.
Kalau kamu “terbangun menyedari keadaanmu yang dahsyat”9 dan ingin pulang kembali pada kesihatan rohani yang penuh, berjumpalah dengan uskup kamu. Dia memegang kunci-kunci dan boleh membantu kamu sepanjang jalan pertaubatan.
Pertaubatan adalah hal individu, begitu jugalah dengan pengampunan. Tuhan memerlukan hanya sekali untuk berpaling dari dosa mereka, dan “[Dia] akan mengampuni kesalahan mereka, dan … tidak lagi mengingat dosa mereka.”10
Apabila proses pertaubatan itu selesai, kamu akan datang pada pemahaman erti perjanjian Yesaya tentang Korban Tebusan: “Marilah, baiklah kita berperkara, firman Tuhan: sekalipun dosamu merah seperti kirmizi, akan menjadi putih seperti salji; sekalipun berwarna merah seperti kain kesumba, akan menjadi putih seperti bulu domba.”11
Sama seperti kapur boleh dihilangkan dari papan hitam, dengan pertaubatan yang tulen kesan-kesan pelanggaran kita boleh dipadamkan melalui Korban Tebusan Yesus Kristus. Janji itu boleh diaplikasikan dalam setiap hal.
Injil mengajar kita untuk menjadi gembira, untuk beriman daripada takut, untuk mencari harapan dan mengatasi kekecewaan, meninggalkan kegelapan dan berpaling ke arah cahaya injil yang kekal.
Paulus dan yang lainnya memberi amaran tentang pencubaan-pencubaan zaman kita dan untuk zaman yang akan datang. Tetapi kedamaian boleh menetap di setiap hati mereka yang berpaling kepada tulisan-tulisan suci dan membuka perjanjian perlindungan dan penebusan yang diajarkan di dalamnya. Kami menjemput semua untuk berpaling pada Juruselamat Yesus Kristus, dan pada ajaran-ajaran-Nya seperti yang ditemui dalam kitab Perjanjian Lama, Perjanjian Baru, Kitab Mormon, Ajaran dan Perjanjian, dan Mutiara yang Sangat Berharga.
Saya bersaksi tentang tulisan suci sebagai sebuah kunci perlindungan rohani kita. Saya juga bersaksi tentang kuasa penyembuhan Korban Tebusan Yesus Kristus, “Agar melalui dia semua orang boleh diselamatkan”12 mereka yang akan diselamatkan. Gereja Tuhan telah ditubuhkan di bumi sekali lagi. Tentang kebenaran injil saya memberi kesaksian. Tentang Dia saya adalah seorang saksi. Dalam nama Yesus Kristus, amin.