Perjanjian Lama 2022
12–18 Disember. Maleakhi: “Tuhan Berfirman Kepada Umat-Nya, Aku Sentiasa Mengasihi Kamu”


“12–18 Disember. Maleakhi: ‘Tuhan Berfirman Kepada Umat-Nya, Aku Sentiasa Mengasihi Kamu,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Lama 2022 (2021)

“12–18 Disember. Maleakhi,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2022

Patung Kristus

12–18 Disember

Maleakhi

“Tuhan Berfirman Kepada Umat-Nya, Aku Sentiasa Mengasihi Kamu”

Tuhan mengasihi kanak-kanak yang anda ajar. Bagaimanakah anda membantu kanak-kanak merasakan kasih-Nya semasa anda mengajarkan ajaran dalam kitab Maleakhi?

Catat Tanggapan Anda

ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Baca frasa dari Maleakhi 1:2: “Tuhan berfirman kepada umat-Nya, Aku sentiasa mengasihi kamu.” Jemput kanak-kanak berkongsi satu cara mereka tahu bahawa Tuhan mengasihi mereka. Setelah setiap kanak-kanak berkongsi, ucapkan terima kasih kepadanya, dan kongsi kesaksian anda tentang kasih Tuhan kepadanya.

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Maleakhi 3:10–12

Bapa Syurgawi akan memberkati saya ketika saya membayar persepuluhan.

Walaupun kanak-kanak kecil yang anda ajar belum bekerja, mereka masih boleh belajar tentang berkat membayar persepuluhan.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Bantu kanak-kanak mengira 10 objek kecil, seperti duit syiling di halaman aktiviti minggu ini. Minta mereka untuk memisahkan salah satu objek dari yang lain, dan jelaskan bahawa ini seperti persepuluhan yang kita berikan kepada Tuhan. Kami memberi-Nya satu persepuluh dari apa yang kita terima. Kongsi kesaksian anda tentang bagaimana Tuhan memberkati kita semasa kita membayar persepuluhan.

  • Lukiskan sebuah tingkap di papan tulis, dan bacakan Maleakhi 3:10 kepada kanak-kanak. Minta mereka tunjuk pada tingkap ketika anda membaca frasa “tingkap-tingkap syurga.” Jelaskan bahawa ini bermaksud Bapa Syurgawi memberi kita berkat besar ketika kita membayar persepuluhan. Semasa kanak-kanak mewarnakan halaman aktiviti minggu ini, bincangkan beberapa sebab mengapa kita membayar persepuluhan.

  • Kongsi cerita dari majalah Friend atau dari kehidupan anda sendiri tentang membayar persepuluhan. Jemput kanak-kanak untuk dengarkan berkat-berkat yang datang dari membayar persepuluhan.

Maleakhi 4:5–6

Kita dimeteraikan sebagai keluarga di bait suci.

Kerana kunci-kunci pemeteraian imamat yang Elia berikan kepada Joseph Smith di Bait suci Kirtland, keluarga dapat disatukan untuk keabadian. Semasa anda mengajarkan kebenaran ini, peka dengan perasaan kanak-kanak yang keluarganya belum dimeteraikan di bait suci.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Bacakan Maleakhi 4:5 kepada kanak-kanak. Kemudian beritahu mereka bahawa janji ini dipenuhi ketika Elia muncul kepada Joseph Smith di Bait suci Kirtland (lihat “Bab 40: Penglihatan di Bait Suci Kirtland,” dalam Ajaran dan Perjanjian,157). Tunjukkan gambar peristiwa ini (lihat Buku Seni Injil, no.95), dan jemput kanak-kanak tunjuk pada Elia dan Joseph Smith. Jelaskan kerana Elia datang, kita dapat dimeteraikan sebagai keluarga di bait suci. Kongsi kesaksian anda tentang kepentingan dimeteraikan sebagai keluarga.

  • Beritahu kanak-kanak tentang kasih anda kepada keluarga anda; tunjukkan gambar, jika boleh. Jemput beberapa kanak-kanak untuk berkongsi perasaan mereka tentang keluarga mereka. Nyanyikan bersama sebuah lagu tentang keluarga, seperti “K’luarga Dapat Bersama Selamanya” (Nyanyian Rohani, no.142), dan bersaksi bahawa Bapa Syurgawi ingin keluarga dimeteraikan bersama dan ini adalah salah satu sebab kita mempunyai bait suci. Bantu kanak-kanak fahami kerana Yesus Kristus, kita dapat dimeteraikan kepada ahli keluarga yang tidak dapat pergi ke bait suci dalam kehidupan ini. Jemput kanak-kanak melukis gambar keluarga mereka bersama di syurga.

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

Maleakhi 3:8–12

Bapa Syurgawi akan memberkati saya ketika saya membayar persepuluhan.

Membayar persepuluhan adalah tentang beriman kepada Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus bukan soal kewangan. Apakah yang kanak-kanak fahami tentang persepuluhan? Bagaimanakah anda membantu mereka beriman untuk membayar persepuluhan?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tulis di papan tulis soalan tentang persepuluhan seperti berikut: Apakah itu persepuluhan? Bagaimanakah saya membayar persepuluhan? Apakah kegunaan persepuluhan? Apakah berkat-berkat membayar persepuluhan? Mintalah kanak-kanak mencari Maleakhi 3:8–12 dan “Sepersepuluh, Persepuluhan” dalam Panduan Tulisan Suci (scriptures.ChurchofJesusChrist.org) dan tuliskan jawapan yang mereka temui. Jemput mereka berkongsi jawapan antara satu sama lain. Apakah jenis orang kita menjadi jika kita membayar persepuluhan?

  • Baca bersama Markus 12:41–44. Apakah yang kisah ini ajarkan kita tentang perasaan Tuhan terhadap sumbangan kita?

  • Lukiskan sebuah tingkap di papan tulis, dan minta kanak-kanak menulis di dalam tingkap berkat yang mungkin diterima seseorang kerana membayar persepuluhan (untuk idea, lihat Maleakhi 3:10–12). Jemput kanak-kanak berkongsi contoh peribadi tentang bagaimana mereka atau keluarga mereka telah diberkati dengan membayar persepuluhan dengan setia. Atau anda boleh berkongsi contoh dari kehidupan anda sendiri tentang bagaimana membayar persepuluhan telah meningkatkan iman anda kepada Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus.

Elia muncul kepada Joseph Smith dan Oliver Cowdery di Bait Suci Kirtland

Ilustrasi Elia muncul kepada Joseph Smith dan Oliver Cowdery di Bait Suci Kirtland, oleh RobertT. Barrett

Maleakhi 4:5–6

“Aku akan mengutus Nabi Elia kepada kamu.”

Nubuat Maleakhi tentang nabi Elia digenapi ketika Elia muncul kepada Joseph Smith di Bait Suci Kirtland dan memberi kunci imamat yang membolehkan keluarga dimeteraikan bersama selamanya. Anda boleh pertimbangkan untuk menjemput seseorang yang mempunyai tanggungjawab untuk pekerjaan bait suci dan sejarah keluarga (seperti ahli presidensi kuorum penatua atau presidensi Lembaga Pertolongan) untuk membantu anda ajarkan ajaran ini. Pekalah terhadap perasaan kanak-kanak yang keluarganya belum dimeteraikan.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tulis setiap frasa dari Maleakhi 4:5–6 pada kertas yang berasingan. Berikan kertas itu kepada kanak-kanak, dan minta mereka susun frasa mengikut urutan yang betul. Baca ayat-ayat itu bersama, dan bincangkan soalan-soalan seperti: Siapakah yang Tuhan janjikan untuk diutus? Bilakah Dia katakan orang ini akan datang? Apakah yang Tuhan katakan orang ini akan lakukan? Mengapakah orang ini perlu datang? Di mana nubuat ini digenapi? (lihat Ajaran dan Perjanjian 110:13–16).

  • Tuliskan di papan tulis soalan seperti Apakah maksudnya bapa dan anak bersatu hati? (lihat Maleakhi 4:6). Jemput kanak-kanak berkongsi pendapat mereka tentang soalan di papan tulis. Bincangkan pengalaman yang anda atau kanak-kanak pelajari tentang sejarah keluarga.

  • Tunjukkan gambar Elia dari panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga. Jemput kanak-kanak untuk berkongsi apa yang mereka tahu tentang peristiwa dalam gambar ini (lihat juga Ajaran dan Perjanjian 110:13–16). Bersaksi bahawa kuasa pemeteraian yang Elia pulihkan membolehkan keluarga disatukan secara abadi—termasuk keluarga yang tidak berpeluang dalam kefanaan. Jika anda pernah membuat pemeteraian, sama ada untuk diri sendiri atau orang yang sudah meninggal dunia, bincangkan perasaan anda semasa tatacara itu. Minta kanak-kanak untuk berkongsi perasaan mereka tentang keluarga mereka dan tentang rancangan Tuhan untuk membantu keluarga bersama selama-lamanya.

ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Jemput kanak-kanak untuk fikirkan sesuatu yang mereka pelajari hari ini, dan minta beberapa orang untuk berkongsi. Galakkan kanak-kanak untuk berkongsi dengan keluarga mereka sesuatu yang mereka pelajari tentang ajaran Maleakhi.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Libatkan kanak-kanak dalam perbincangan Injil. Anda mungkin perlu memikirkan cara-cara kreatif untuk melibatkan kanak-kanak yang lebih kecil dalam perbincangan Injil. Contohnya, kanak-kanak boleh mengedarkan bola dan kongsi jawapan mereka untuk soalan ketika mereka memegang bola.