“5–11 Disember. Hagai; Zakharia 1–3; 7–14: ‘Ditahbiskan untuk Tuhan,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Lama 2022 (2021)
“5–11 Disember. Hagai; Zakharia 1–3; 7–14,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2022
5–11 Disember
Hagai; Zakharia1–3; 7–14
“Ditahbiskan untuk Tuhan”
Bacalah Hagai dan Zakharia dengan penuh doa, renungkan tanggapan yang anda terima. Bagaimanakah kebenaran dalam kitab ini dapat membantu memenuhi keperluan kanak-kanak?
Catat Tanggapan Anda
Jemput Perkongsian
Lukiskan wajah gembira pada sehelai kertas, dan minta kanak-kanak bergilir-gilir memegangnya. Semasa giliran mereka, jemput mereka kongsi sesuatu yang mereka pelajari tentang Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus yang membuat mereka gembira.
Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil
Saya dapat mengutamakan Tuhan dalam hidup saya.
Mempelajari nasihat Tuhan untuk “mempertimbangkan jalanmu” adalah peluang bagi kanak-kanak untuk pastikan mereka melakukan hal-hal penting yang Tuhan minta kita lakukan.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Jelaskan kepada kanak-kanak bahawa Tuhan mahu orang Israel membina bait suci, tetapi mereka melakukan hal lain. Baca dengan lantang Hagai 1:7, dan jelaskan bahawa “lihatlah apa yang sudah berlaku kepada kamu” bermaksud bahawa Tuhan mahu orang Israel renungkan jika mereka telah lakukan hal-hal yang paling penting. Bacakan ayat 8 kepada kanak-kanak, dan jemput mereka untuk berlakon “naik ke bukit,” “mengambil kayu balak,” dan “membina Rumah Tuhan.” Apakah hal penting yang Tuhan mahu kita lakukan?
-
Letakkan gambar menghadap ke bawah di atas meja yang mewakili beberapa hal yang penting bagi Tuhan, seperti tulisan suci, doa, dan bait suci. Minta kanak-kanak bergilir-gilir memilih gambar dan tunjukkannya kepada kelas. Bantu mereka fahami mengapa penting untuk pastikan kita luangkan masa untuk setiap hal dalam gambar.
Yesus Kristus dapat membersihkan roh saya.
Pakaian kotor imam agung Yosua, yang dijelaskan dalam Zakharia 3:1–7, melambangkan apa yang berlaku ketika kita berdosa. Melalui Korban tebusan Yesus Kristus, kita dapat menjadi bersih, seperti Yosua dibersihkan ketika dia menerima pakaian baru.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Minta kanak-kanak mengedarkan baju yang kotor, dan baca Zakharia 3:3. Kemudian edarkan baju yang bersih, dan baca ayat 4. Beritahu kanak-kanak tentang bagaimana membuat pilihan yang salah seperti menjadi kotor secara rohani, tetapi Juruselamat dapat membuat kita bersih lagi. Bagaimanakah perasaan kita ketika kita bersih? Kongsi kesaksian anda bahawa kerana Yesus Kristus menderita dan mati bagi kita, kita akan bersih dari dosa-dosa kita ketika kita bertaubat.
-
Jika boleh, tunjukkan kanak-kanak gambar seseorang yang mereka kenali berpakaian putih semasa pembaptisannya (atau lihat Buku Seni Injil, no. 103, 104). Mengapakah kita memakai pakaian putih semasa pembaptisan kita? Nyanyikan lagu tentang pembaptisan, seperti “Waktu Aku Dibaptiskan” (Buku Nyanyian Anak-Anak,53). Jemput kanak-kanak untuk melukis diri mereka dibaptiskan dan berkongsi perasaan mereka tentang dibaptiskan suatu hari nanti
Para nabi mengajar kita tentang Yesus Kristus.
Seperti nabi-nabi Perjanjian Lama yang lain, Zakharia bernubuat tentang Yesus Kristus. Apakah yang nubuat dalam Zakharia 2:10; 9:9; 14:3–9 ajarkan kanak-kanak tentang-Nya?
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Paparkan gambar Yesus Kristus memasuki Yerusalem menunggang keldai (lihat Buku Seni Injil, no.50). Beritahu kanak-kanak bertahun-tahun sebelum Yesus datang ke bumi, Zakharia bernubuat bahawa Yesus Kristus akan menunggang keldai ke Yerusalem sebelum Dia mati untuk kita. Semasa anda membaca Zakharia 9:9, mintalah kanak-kanak menunjuk ke arah orang-orang dalam gambar yang “bersukacita” dan juga tunjuk pada “Raja.” Siapakah Raja itu? Jemput kanak-kanak berkongsi mengapa mereka bersyukur kepada Yesus.
-
Bacakan kanak-kanak beberapa nubuat Zakharia tentang Kedatangan Kedua Juruselamat, seperti yang terdapat dalam Zakharia 2:10; 14:9. Mintalah kanak-kanak melukis gambar tentang Kedatangan Kedua Yesus, atau menyanyikan sebuah lagu tentangnya, seperti “Bila Yesus Datang Lagi” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 46–47).
Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar
“Lihatlah perbuatan kamu apa yang sudah berlaku kepada kamu.”
Penting bagi kita untuk tahu keutamaan kita dan luangkan masa untuk “lihatlah apa yang sudah berlaku kepada [kita].” Bagaimanakah anda dapat mengilhami kanak-kanak untuk luangkan masa dalam hidup mereka untuk hal-hal Tuhan?
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Jemput kanak-kanak membaca Hagai 1:2–5 untuk tahu mengapa Tuhan tidak senang dengan orang Israel. Minta kanak-kanak memilih frasa dari ayat 6 dan melukis gambarnya. Minta kelas meneka frasa yang dilukis. Bincangkan bagaimana luangkan masa untuk hal-hal selain apa yang Tuhan mahukan adalah seperti makan tetapi tidak kenyang, berpakaian tetapi tidak hangat, dan sebagainya. Mengapa ia penting untuk luangkan masa untuk hal-hal yang penting bagi Tuhan?
-
Tuliskan “Tidakkah kamu sedar mengapa segala perkara itu berlaku” di papan tulis (ayat 7). Minta kanak-kanak membuat senarai hal-hal yang mereka lakukan pada hari biasa, termasuk hal-hal yang Tuhan minta kita lakukan. Minta kanak-kanak untuk “lihatlah apa yang sudah berlaku kepada [mereka]” dengan apa yang Tuhan katakan adalah hal terpenting dalam senarai mereka. Bagaimanakah kita dapat pastikan kita luangkan masa setiap hari untuk hal-hal yang Tuhan mahukan kita lakukan?
Membuat dan mentaati perjanjian dapat membantu saya menjadi lebih seperti Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus.
Dalam penglihatan, Zakharia melihat seorang imam agung bernama Yosua, yang “pakaian yang sangat kotor” (Zakharia 3:3). Seorang malaikat memberinya pakaian bersih dan menjelaskan bahawa ini melambangkan pembersihan dari dosa-dosanya. Anda boleh gunakan penglihatan ini untuk membantu kanak-kanak fahami perjanjian dan berkat yang berkaitan dengan pembaptisan.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Baca bersama Zakharia 3:1–7 dan bincangkan soalan seperti ini: Apakah yang digambarkan oleh “pakaian [Yosua] yang sangat kotor”? Bagaimanakah kita menjadi bersih dari dosa-dosa kita? Bagaimanakah perjanjian pembaptisan membantu kita “mematuhi hukum [Tuhan]”?
-
Beberapa hari sebelum kelas, jemput seorang kanak-kanak untuk bersedia untuk menceritakan tentang pembaptisannya. Semak semula perjanjian yang kita buat semasa pembaptisan (lihat Ajaran dan Perjanjian 20:37). Bagaimanakah mentaati janji-janji kita membantu kita menjadi lebih seperti Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus? Bagaimanakah mengambil sakramen setiap minggu membantu kita mentaati perjanjian pembaptisan kita?
Zakharia 9:9–11; 11:12; 13:6–7
Yesus Kristus adalah Mesias yang dijanjikan.
Apakah yang kanak-kanak dapat pelajari dari nubuat Zakharia tentang Yesus Kristus?
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Bahagikan kanak-kanak ke dalam pasangan. Berikan setiap pasangan salah satu nubuat dari Zakharia, beserta ayat-ayat Perjanjian Baru yang menggambarkan penggenapannya: Zakharia 9:9 dan Matius 21:5–9; Zakharia 9:11 dan 1Petrus 3:18–19; Zakharia 11:12 dan Matius 26:14–16; Zakharia 13:7 dan Matius 26:31. Mintalah setiap pasangan berkongsi apa yang mereka pelajari tentang Yesus Kristus dari ayat-ayat itu dan mengapa mereka bersyukur kepada-Nya.
-
Paparkan gambar 50, 60, dan 64 dari Buku Seni Injil. Tulis rujukan tulisan suci berikut di papan tulis, dan jemput kanak-kanak untuk memadankan rujukan dengan gambar: Zakharia 9:9; 13:6; 13:7. Jemput kanak-kanak untuk berkongsi perasaan mereka tentang Yesus Kristus.
Menggalakkan Pembelajaran di Rumah
Jemput kanak-kanak menuliskan kebenaran yang mereka pelajari di kelas. Jemput mereka untuk berbincang dengan keluarga bagaimana mereka boleh memperoleh kesaksian yang kuat tentang kebenaran itu.