Ikutlah Aku
Mesyaurat Majlis Hari Ahad Pertama


Mesyuarat MajlisHari Ahad Pertama

Pada Hari Ahad pertama setiap bulan, mesyuarat kuorum penatu dan Lembaga Pertolongan tidak akan termasuk pelajaran yang diajar oleh pengajar. Sebaliknya, presidensi kuorum penatua dan Lembaga Pertolongan memimpin mesyuarat-mesyuarat majlis. Pada mesyuarat majlis Hari Ahad pertama, setiap kuorum penatua dan Lembaga Pertolongan akan berbincang tentang tanggungjawab-tanggungjawab tempatan, peluang, dan cabaran-cabaran; mempelajari dari pandangan dan pengalaman sesama; serta membuat rancangan untuk bertindak atas ilham-ilham yang diterima daripada Roh. Perbincangan-perbincangan ini perlu berdasarkan tulisan suci dan ajaran yang berkenaan oleh nabi-nabi hidup.

Tidak semua mesyuarat majlis akan kelihatan sama. Di sini ada beberapa garis panduan untuk membantu presidensi-presidensi memimpin sebuah majlis dengan berjaya.

Sebelum mesyuarat majlis

Lakukan:

  • Mengenal pasti keperluan, peluang dan cabaran tempatan.

  • Pilih satu topik untuk bincang dengan penuh doa.

  • Mengundang ahli-ahli kuorum dan saudari-saudari Lembaga Pertolongan untuk bersedia dan datang berkongsi fikiran dan pengalaman.

Jangan:

  • Menyedia satu pelajaran.

  • Datang dengan penyelesaian tertentu atau rancangan tindakan yang tersedia.

Semasa mesyuarat majlis

Lakukan:

  • Mengundang ahli-ahli untuk berkongsi pengalaman dimana mereka bertindak atas ilham dan rancangan mereka dari mesyuarat yang lepas.

  • Memperkenalkan topik dan menggalak ahli-ahli untuk berbincang bersama mengenai itu, mencari penyelesaian dan bimbingan dari tulisan suci, kata-kata para nabi dan Roh Kudus.

  • Merancang untuk bertindak pada apa yang telah dibincang. Ini mungkin termasuk rancangan sekumpulan atau rancangan dibuat oleh individu-individu.

Jangan:

  • Menguasai perbualan.

  • Cuba meyakinkan orang lain tentang idea-idea anda.

  • Bincang tentang hal-hal sensitif atau isu-isu peribadi.

  • Mengajar satu pelajaran.

  • Memaksa sesiapa untuk menyertai.

Selepas mesyuarat majlis

Lakukan:

  • Membuat susulan pada rancangan dan tugasan yang dibuat semasa mesyuarat majlis.

  • Cari cara untuk melibatkan mereka yang tidak dapat hadir mesyuarat itu kerana panggilan atau sebab lain. Memberitahu mereka tentang rancangan yang telah dibuat.

  • Setiap ahli berpeluang untuk berkongsi pengalaman dalam mesyuarat yang akan datang.

Topik-topik untuk Mesyuarat Majlis Hari Ahad Pertama

Idea-idea topik perbincangan mesyuarat majlis mungkin datang dari mesyuarat presidensi, mesyuarat majlis bahagian, rancangan kawasan, ilham pemimpin atas pelayanan kepada ahli-ahli, dan ilham dari Roh Kudus. Berikut adalah topik-topik cadangan. Pemimpin perlu peka terhadap keperluan lain yang perlu disampaikan.

  • Bagaimanakah kita melayani orang di sekeliling kita? (lihat Mosia 23:18).

  • Bagaimanakah kita dapat mengutamakan semua tanggungjawab kita yang berbeza?

  • Bagaimanakah kita akan berkongsi injil kepada kawan-kawan dan jiran-jiran kita? (lihat Alma 17).

  • Bagaimanakah kita dapat melindungi diri sendiri dan keluarga kita daripada media yang tidak senonoh dan pornografi?

  • Apakah yang dapat kita lakukan untuk membimbing dan menguatkan anak-anak kita dan remaja dalam bahagian kita?

  • Bagaimanakah kita dapat lebih melibatkan diri dalam pekerjaan sejarah keluarga dan penyembahan bait suci?

  • Bagaimanakah kita boleh mengundang pertolongan Tuhan ketika kita mencari jawapan kepada pertanyaan-pertanyaan injil dan pengertian yang mendalam tentang injil?

  • Bagaimanakah kita dapat memperkuatkan kesaksian kita tentang Tuhan dan Injil-Nya serta membantu keluarga kita menjadi berdikari dari segi rohani?