Ikutlah Aku
Mesyuarat Hari Ahad Kedua dan Ketiga


MesyuaratHari Ahad Kedua dan Ketiga

Pada Hari Ahad kedua dan ketiga setiap bulan, kuorum penatua dan Lembaga Pertolongan akan mempelajari dari ajaran-ajaran para pemimpin Gereja dari persidangan umum terbaru. Tumpuan harus diberikan bagi pesanan-pesanan daripada Presidensi Utama dan Kuorum Dua Belas Rasul. Namun, pesanan daripada persidangan umum terbaru boleh dibincangkan menurut keperluan tempatan dan ilham daripada Roh.

Dalam kebanyakan kes, presidensi kuorum penatua atau Lembaga Pertolongan akan pilih untuk mempelajari pesanan persidangan umum berdasarkan keperluan ahli-ahli, meskipun uskup atau presiden pancang akan memberikan buah fikiran. Pemimpin boleh memilih sebuah pesanan yang berkaitan topik yang dibincangkan di mesyuarat majlis Hari Ahad pertama atau boleh memilih pesanan bertopik lainan berdasarkan ilham daripada Roh.

Para pemimpin dan pengajar harus mencari cara-cara untuk menggalakkan ahli-ahli untuk membaca pesanan yang dipilih terlebih dahulu dan datang dengan persiapan untuk berkongsi kebenaran injil serta idea untuk bertindak atas perkongsian. Cadangan aktiviti pembelajaran di bawah, berpandukan asas-asas di dalam Mengajar dengan Cara Juruselamat, dapat membantu ahli-ahli mempelajari pesanan persidangan umum.

President M. Russell Ballard

M. Russell Ballard, “Kurnia Tuhan yang Berharga,” 9–11

Pesanan Presiden Ballard mengemukakan pelbagai topik—termasuk nabi, iman kepada Kristus, sakramen, pelayanan—dan ahli kuorum atau Lembaga Pertolongan akan mendapati topik berbeza yang sangat bermakna. Jemput ahli-ahli untuk berkongsi sesuatu dari pesanan yang mengilham mereka. Apakah jemputan atau berkat yang dijanjikan terdapat dalam pesanan Presiden Ballard? Sila jemput ahli-ahli untuk merenungkan dalam beberapa minit, apa yang mereka terilham untuk lakukan daripada hasil perbincangan ini.

Elder Gary E. Stevenson

Gary E. Stevenson, “Hati seorang Nabi,” 17–20

Untuk membantu ahli-ahli “memahami kebesaran” panggilan seorang nabi baru, anda boleh menjemput ahli-ahli untuk membaca pesanan Elder Stevenson, mencari kebenaran dan wawasan yang membantu mereka memahami kepentingan dan kekudusan proses ilahi itu. Sila menjemput ahli-ahli untuk kongsi perasaan mereka semasa Presiden Nelson disokong sebagai Presiden Gereja dalam perhimpunan khusyuk. Anda boleh melukiskan satu hati di papan putih dan meminta ahli-ahli menulis perkataan atau frasa yang mengambarkan hati dan ciri-ciri Presiden Nelson. Apakah yang dia ajar telah memberkati kita?

Elder Neil L. Andersen

Neil L. Andersen, “Nabi Tuhan” 24–27

Berbincang pesanan Elder Andersen dapat menguatkan iman ahli-ahli kepada para nabi hidup. Anda boleh menjemput mereka untuk menbaca pesanannya supaya membantu mereka memahami mengapa Tuhan mempunyai para nabi di bumi dan kenapa kita mengikut mereka? Bagaimanakah kita telah diberkati kerana kita ada seorang nabi? Para ahli boleh berkongsi bagaimana mereka memperolehi kesaksian bahawa Presiden Russell M. Nelson ialah nabi Tuhan dan Presiden Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir.

Elder David A. Bednar

David A. Bednar, “Menjadi Lembut Hati dan Rendah Hati,” 30–33

Untuk menggalakkan perbincangan tentang pesanan Elder Bednar, anda boleh menulis pada papan putih Lembut hati ialah … dan Lembut hati bukan … Kemudian ahli-ahli boleh mencari dalam pesanan Elder Bednar dan menulis frasa-frasa yang melengkapkan pernyataan itu pada papan putih. Apa yang kita pelajari dari pesanan ini yang mengilham kita untuk menjadi lebih lembut hati. Apakah contoh-contoh kelembutan hati yang kita boleh fikiran? Bagaimanakah kita dapat mengaplikasikan nasihat Elder Bednar supaya menjadi lebih lembut hati?

Sister Bonnie L. Oscarson

Bonnie L. Oscarson, “Remaja Puteri Dalam Pekerjaan,” 36–38

Memberi soalan-soalan adalah satu cara yang menggalakkan renungan. Sila menulis pada papan putih beberapa soalan yang dijawab dari pesanan Sister Oscarson, contohnya Bagaimana kita dapat melibatkan remaja puteri dalam pekerjaan Tuhan? Jemput ahli-ahli untuk mencari jawapan kepada soalan-soalan dalam pesanan dia dan berkongsi apa yang mereka pelajari. Apakah berkat-berkat yang datang apabila remaja puteri terlibat dalam pemeliharaan? Mungkin ahli-ahli kelas boleh berkongsi pengalaman-pengalaman di mana mereka telah lakukan pelayanan bersama remaja puteri? Menurut perbincangan kita, apakah yang anda terilham untuk bertindak?

Elder Dale G. Renlund

Dale G. Renlund, “Sejarah Keluarga dan Pekerjaan Bait Suci: Pemeteraian dan Penyembuhan,” 46–49

Elder Renlund berbicara tentang penglihatan Yehezkiel mengenai satu bait suci dengan air yang memancur keluar darinya. (Lihat Yehezkiel 47:8–9). Mungkin seorang ahli kuorum atau Lembaga Pertolongan boleh melukis penglihatan tersebut pada papan putih. Bagaimana berkat-berkat pekerjaan bait suci dan sejarah keluarga seperti air dalam penglihatan Yehezkiel? Anda boleh menjemput ahli-ahli kelas untuk berkongsi berkat-berkat pekerjaan kerja bait suci dan sejarah keluarga yang mereka terima. Apakah kita boleh lakukan untuk buat pekerjaan sejarah keluarga dan bait suci sebuah kebiasaan dalam hidup kita?

Elder D. Todd Christofferson

D. Todd Christofferson, “Kuorum Penatua,” 55–58

Dalam kuorum penatua, anda boleh menjemput ahli-ahli kuorum untuk membaca bahagian “Tujuan Penyesuaian-penyesuaian Ini.” dalam pesanan Elder Christofferson. Apakah yang dapat kita lakukan untuk melaksanakan tujuan-tujuan ini? Dalam Lembaga Pertolongan, anda boleh meminta seseorang untuk meringkas perubahan-perubahan dalam kuorum Imamat Melkisedek yang dijelaskan oleh Elder Christofferson. Kemudian para saudari dapat mengenal pasti asas-asas dalam perubahan-perubahan itu yang boleh digunakan pada pekerjaan Lembaga Pertolongan anda. Di kuorum penatua dan Lembaga Pertolongan, ahli-ahli boleh berbincang pembelajaran daripada cerita Brother Goates dan bagaimana ia berguna dalam usaha mereka?

Elder Ronald A. Rasband

Ronald A. Rasband, “Lihat! Tentera Kerajaan,” 58–61

Nyanyi, dengar atau membaca kata-kata dalam lagu “Lihat! Tentera Kerajaan” (Lagu Rohani, no. 120) bersama boleh menggalakkan perbincangan tentang pesanan Elder Rasband. Bagaimana kuorum-kuorum imamat dan Lembaga-lembaga Pertolongan seperti tentera kerajaan? Ahli-ahli juga boleh mencari dan berbincang “banyak berkat” yang Elder Rasband katakan akan datang dari penstukturan semula kuorum-kuorum imamat. Apakah berkat-berkat lain kita telah menerima—atau kita harap menerima—dari melaksanakan perubahan-perubahan ini? Bagaimana Lembaga-lembaga Pertolongan juga menerima berkat-berkat dengan lebih banyak seperti “kepelbagaian kurnia” “membimbing”?

President Henry B. Eyring

Henry B. Eyring, “Layanan Terilham,” 61–64

Presiden Eyring memberitahu dua pesanan pertemuan sakramen mengenai pelayanan yang menarik perhatiannya. Anda mungkin boleh meminta setengah ahli-ahli kuorum dan Lembaga Pertolongan untuk mengkaji semula kata-kata budak lelaki berumur 14 tahun dan ahli-ahli selebihnya untuk mengkaji semula cerita tentang pengajar keluarga. Apabila mereka membaca, ahli-ahli boleh fikiran nasihat-nasihat mereka boleh berikan kepada remaja putera atau remaja puteri yang baru ditugaskan untuk melayan seseorang. Bagaimana kita boleh “menjadi lebih terilham dan bermurah hati dalam layanan … kita”?

President Dallin H. Oaks

Dallin H. Oaks, “Kuasa-kuasa Imamat,” 65–68

Untuk mula perbincangan, anda boleh menulis tajuk-tajuk empat bahagian pesanan Presiden Oak pada papan putih. Kemudian, menjemput setiap ahli membaca satu bahagian secara senyap dan kemudian menulis satu ayat yang merumuskan pesanan utama bahagian itu Barulah, ahli-ahli dapat berkongsi apa yang mereka terilham untuk lakukan dari pembacaan itu. Bagaimana pelayanan kita sebagai pemegang imamat atau saudari Lembaga Pertolongan dapat maju jika menggunakan ajaran-ajaran dalam pesanan Presiden Oak?

President Russell M. Nelson

Russell M. Nelson, “Pemeliharaan dengan Kuasa dan Wewenang Tuhan,” 68–75

Presiden Nelson menjemput para pemegang imamat untuk “berdiri” dan gunakan imamat untuk memberkati anak-anak Bapa Syurgawi. Jemput ahli-ahli kuorum anda atau Lembaga Pertolongan untuk mencari contoh-contoh dia berikan dan bincang bagaimana mereka membantu kita memahami cara imamat boleh digunakan untuk memberkati keluarga mereka dan yang lain. Apakah pengalaman-pengalaman kita boleh berkongsi setelah diberkati oleh kuasa imamat? Bagaimana kita boleh membantu orang lain atau diri kita memperoleh iman untuk menggunakan imamat Tuhan untuk “melayan dalam nama-Nya:?

Sister Reyna I. Aburto

Reyna I. Aburto, “Dengan Sehati,” 78–80

Pesanan Sister Aburto memberi peluang bagi kuorum atau Lembaga Pertolongan untuk menilai usaha kesatuan anda dalam pekerjaan Tuhan. Untuk membantu ahli-ahli lakukan ini, anda boleh menunjukkan gambar-gambar rama-rama Monarch, kunjungan Juruselamat kepada bangsa Nefi (lihat Buku Seni Injil, 82, 83, 84), dan pekerjaan kemanusiaan Gereja (lihat LDS.org). Ahli-ahli boleh membaca pesanan itu dan mengetahui bagaimana Sister Aburto gunakan contoh-contoh itu untuk mengajar tujuan-tujuan dan berkat-berkat bekerja dalam kesatuan. Apa yang kita boleh lakukan untuk bekerja “dengan sehati”?

President Henry B. Eyring

Henry B. Eyring, “Roh-Nya Bersama Mu,” 86–89

Untuk meningkat keinginan dan keupayaan kita menerima Roh Kudus, President Eyring berkongsi beberapa pengalaman peribadi dan arahan tertentu. Selepas mengkaji pengalamannya, apakah kenangan yang sama boleh para ahli kuorum dan Lembaga Pertolongan kongsikan bila Roh Kudus menyentuh hati mereka atau mengesah kebenaran? Ahli-ahli boleh menyenarai pada papan putih bimbingan yang dikongsi oleh President Eyring untuk membantu “membuka hati kita supaya menerima pelayanan Roh.” Bagaimanakah dengan mengikut arahannya, dapat membantu hidup kita dan keluarga kita? Dan juga di kuorum dan Lembaga Pertolongan?

President Dallin H. Oaks

Dallin H. Oaks, “Hal-hal yang Kecil dan Sederhana,” 89–92

Pesanan Presiden Oak mengandungi metafora yang mengajar bagaimana hal-hal yang kecil dan sederhana boleh mempunyai kesan baik dan buruk yang besar. Metafora-metafora ini termasuk akar pokok, sepasukan pendayung, serat-serat tali, dan titisan air. Ahli-ahli boleh membaca metafora-metafora ini dan bincangkan apa yang diajar mengenai kuasa dalam melakukan hal-hal kecil dan sederhana secara konsisten. Apakah hal-hal kecil dan sederhana yang mendatangkan pengaruh Roh Kudus ke dalam hidup kita? Jemput ahli-ahli untuk merenungkan apakah yang mereka perlu lakukan untuk mengikut nasihat Presiden Oak.

President Russell M. Nelson

Russell M. Nelson, “Wahyu untuk Gereja, Wahyu untuk Kehidupan Kita,” 93–96

Dalam pesanan ini, Presiden Nelson merayu kepada kita untuk “meningkatkan kemampuan rohani kita untuk menerima wahyu.” Untuk membantu ahli-ahli mengikut arahannya, anda boleh menulis soalan-soalan berikut pada papan putih: Kenapa kita perlukan wahyu? Bagaimana kita meningkat keupayaan untuk menerima wahyu—secara individu dan dalam perbincangan bersama? Apakah berkat-berkat Presiden Belson janjikan jika kita akan mencari wahyu? Bahagikan ahli-ahli ke dalam kumpulan, dan menjemput setiap kumpulan untuk mencari and kongsi jawapan bagi salah satu soalan.

Elder Gerrit W. Gong

Gerrit W. Gong, “Hari Ini Kristus Bangkit,” 97–98

Apakah ahli-ahli dalam kuorum atau Lembaga Pertolongan anda belajar daripada pesanan Elder Gong tentang perjanjian-perjanjian kita dan Korban Tebusan Yesus Kristus? Anda boleh jemput ahli-ahli untuk mencari berkat-berkat Korban Tebusan dan perjanjian kita —bersama-sama—memberi kita. Kemudian menanya soalan-soalan berikut seperti ditemui: Bagaimana perjanjian kita dan Korban Tebusan bersama-sama “memuliakan” kita? Apakah mereka menolong kita bertahan dan melepas?

Elder Ulisses Soares

Ulisses Soares, “Nabi-nabi Berbicara Melalui Kuasa Roh Kudus,” 98–99

Pesanan Elder Soares mengilhamkan kita untuk bertindak dalam iman apabila merasa tidak layak melakukan kehendak Tuhan. Bagaimana Elder Soares menerima keyakinan yang menyenangkan apabila di terima panggilan baru sebagai seorang Rasul? Apa yang dia belajar dari pengalamannya ketika dipanggil sebagai presiden misi? Apakah yang boleh kita belajar dari pengalamannya? Berikan masa bagi ahli-ahli berkongsi pengalaman apabila mereka tidak pasti apa yang Tuhan mahu mereka lakukan. Apakah mereka lakukan untuk memperoleh iman untuk terus maju?

Elder Jeffrey R. Holland

Jeffrey R. Holland, “Berada Bersama dan Menguatkan Mereka,” 101–3

Apabila ahli-ahli kuorum anda atau Lembaga Pertolongan belajar tentang perubahan-perubahan dalam “konsep pemeliharaan imamat dan Lembaga Pertolongan,” apakah pertanyaan yang mereka ada? Pesanan Elder Holland mempunyai jawapan-jawapan. Ahli-ahli boleh mencari asas-asas injil yang merupakan dasar perubahan-perubahan dalam pengajaran Elder Holland. Apakah jemputan yang terdapat dalam pesanan dia? Apakah berkat-berkat yang dijanjikan? Bagaimana cara-cara pelayanan baru ini membantu kita menjadi “pengikut sejati Kristus”?

Sister Jean B. Bingham

Jean B. Bingham, “Melayan Seperti Juruselamat,” 104–7

Dalam pesanannya, Sister Bingham menjemput kita untuk menanya diri kita pertanyaan yang dapat membimbing usaha pemeliharaan kita? Ahli-ahli boleh bincangkan bagaimana pertanyaan-pertanyaan ini boleh membimbing usaha mereka dan kemudian mencari jawapan kepada soalan Sister Bingham, “Jadi apakah contoh-contoh [pemeliharaan]?” Anda mungkin akan mengambil masa mengkaji semula beberapa contoh Sister Bingham tentang pelayanan individu-individu dan menjemput para ahli mengongsi contoh-contoh diri mereka. Apa yang kita temui dalam pesanan Sister Bingham yang meningkat pemahaman kita mengenai tujuan dan cara kita memelihara?

Elder Dieter F. Uchtdorf

Dieter F. Uchtdorf, “Lihatlah Orang Ini!,” 107–10

Bagaimana kita akan menolong seseorang memahami bahawa korban tebusan dan Kebangkitan Yesus Kristus adalah peristiwa-peristiwa yang paling penting dalam sejarah dunia? Jemput ahli-ahli untuk merenungkan soalan ini ketika mereka membaca bahagian-bahagian dalam pesanan Elder Uchtdorf. Apakah mereka dapati yang akan membantu menjelaskan kenapa peristiwa-peristiwa ini adalah sangat penting kepada mereka? Selepas perbincangan, ahli-ahli kelas boleh bercakap tentang apa maknanya bagi mereka untuk “lihatlah orang ini.” Bagaimana kita belajar untuk “melihat orang ini?

Elder Quentin L. Cook

Quentin L. Cook, “Bersedia untuk Menemui Tuhan” 114-17

Anda boleh mulai perbincangan mengenai pesanan Elder Cook dengan menjemput seorang ahli meringkaskan pemulihan kunci-kunci imamat di Bait suci Kirtland. Menurut pesanan Elder Cook, apakah tanggungjawab-tanggungjawab Gereja berkenaan pada kunci-kunci ini? Bagaimana kunci-kunci ini wujud dalam Gereja ini? Tuliskan perkataan kesolehan, kesatuan, dan kesamaan pada papan putih, dan minta ahli-ahli berkongsi idea yang mereka peroleh tentang setiap asas-asas ini daripada pesanan Elder Cook. Bagaimana asas-asas ini menolong kita memenuhi tanggungjawab-tanggungjawab kudus Gereja?