Mesyuarat Hari Ahad Keempat
Pada Hari Ahad keempat setiap bulan, kuorum-kuorum penatua dan Lembaga Pertolongan membincangkan sebuah topik yang dipilih oleh Presidensi Utama dan Kuorum Dua Belas Rasul. Topik-topik Hari Ahad keempat akan dikemas kini selepas setiap persidangan umum. Mulai sekarang sehingga persidangan umum seterusnya, topik adalah “Melayani Orang Lain.” Setiap bulan, para pemimpin dan pengajar boleh pilih untuk memimpin perbincangan salah satu asas berkenaan pelayanan yang berikut.
Apakah maksud untuk melayani?
Apa ertinya pelayanan bagi ahli-ahli di bahagian atau cabang anda? Untuk mencari jawapan, anda boleh tuliskan Pelayanan pada papan putih dan kemudian menjemput ahli-ahli menulis perkataan di sekelilingnya yang berkaitan dengan pelayanan. Para ahli boleh mencari perkataan atau frasa untuk menambah pada senarai dari ayat suci seperti berikut: Matius 25:34–40; Lukas 10:25–37; 2 Nefi 25:26; Mosia 18:8–9; 3 Nefi 18:25; dan Ajaran dan Perjanjian 81:5. Apakah yang kita boleh belajar dari ayat-ayat ini mengenai pemeliharaan? Anda boleh meminta beberapa ahli untuk kongsi contoh-contoh pelayanan mereka pernah lihat. Bagaimana pelayanan kita membantu memenuhi keperluan rohani dan jasmani orang ramai? Bagaimanakah ia membantu orang ramai mendekati Kristus?
Juruselamat ialah teladan pelayanan sempurna kita.
Untuk mempelajari cara melayan denga berkesan, ahli-ahli boleh berkongsi cerita daripada tulisan suci dimana Juruselamat melayan orang lain—beberapa contoh ditemui di Yohanes 4–6 dan Markus 2:1–12. Ahli-ahli boleh kongsi tanggapan mereka tentang cerita-cerita ini dan asas-asas mereka telah belajar tentang pelayanan. Contohnya, bagaimana Juruselamat menyesuaikan pelayanan-Nya kepada orang lain? Bagaimana dia memenuhi keperluan rohani dan jasmani orang ramai? Ahli-ahli kelas boleh berkongsi masa mereka telah melihat orang lain menggunakan asas-asas ini dalam pelayanan mereka.
Pelayanan di motivasi oleh kasih seperti Kristus.
Untuk mengetahui kuasa pelayan yang di motivasi oleh kasih seperti Kristus, anda boleh menuliskan ayat-ayat berikut pada papan putih dan menjemput ahli-ahli mencadangkan cara-cara untuk mengisi tempat kosong: Ketika saya mengasih orang-orang yang saya melayan, saya . Ketika saya melayan untuk sebab-sebab lain, saya . Apakah yang dapat kita lakukan untuk memastikan pelayanan kita terhadap orang lain di motivasi oleh kasih seperti Kristus? Bagaimana kita mempunyai kasih seperti Kristus bagi mereka yang kita ditugaskan untuk melayan? (lihat Moroni 7:45–48). Mungkin ahli-ahli boleh berkongsi contoh-contoh pelayanan yang diilham oleh kasih seperti Kristus.
Tuhan inginkan semua anak-anak-Nya diawasi dan dijaga.
Presiden Russel M. Nelson berkata, “Satu ciri Gereja Tuhan yang sejati dan hidup adalah usaha yang teratur dan diarahkan untuk melayani setiap anak Tuhan dan keluarga mereka”.(Melayan dengan Kuasa dan Wewenang Tuhan,” Liahona, Mei 2018, 69.). Apa yang Presiden Nelson ajarkan adalah cara-cara “teratur dan diarahkan” dimana gereja membantu kita menjaga individu dengan lebih baik? Mengapa usaha-usaha ini “satu ciri Gereja Tuhan yang sejati dan hidup”? (lihat Mosia 18:21–22 dan Moroni 6:4–6 untuk idea-idea). Apakah berkat-berkat yang telah datang ke dalam hidup kita atau orang lain kerana mereka melayani dalam panggilan ataupun tugasan Gereja?
Nilai jiwa-jiwa adalah sangat besar di pandangan Tuhan.
Pengalaman-pengalaman putera-putera Mosia menunjukkan bahawa cara kita lihat orang ramai mempengaruhi cara kita melayani mereka. Anda boleh tuliskan pada papan putih Bagaimana bangsa Nefi melihat bangsa Laman dan Bagaimana putera-putera Mosia melihat bangsa Laman. Kemudian jemput ahli-ahli membuka di kitab Mosia 28:1–3 dan Alma 26:23–26 untuk cari perkataan dan frasa-frasa untuk tulis di bawah setiap pernyataan. Apakah perbandingan ini mengajar tentang cara kita lihat orang ramai mempengaruhi cara kita melayani mereka? Bagaimana kita boleh belajar melihat orang ramai sepertimana Tuhan melihat? (lihat A&P 18:10–16).
Pelayan sejati menumpu pada keperluan orang lain.
Untuk membantu ahli-ahli memahami kepentingan untuk menumpu pada keperluan orang lain semasa kita melayan, anda boleh bandingkan pelayanan kepada pemberian dan penerimaan hadiah. Pernahkah kita menerima suatu hadiah yang bermakna daripada seseorang yang mengetahui keperluan atau keinginan kita? Bagaimanakah pelayanan sama seperti memberi suatu hadiah yang bermakna? Anda boleh berbincang cerita-cerita dari persidangan umum baru-baru ini yang menunjukkan bagaimana orang melayan mengikut keperluan orang lain (lihat, contoh, Jean B. Bingham, “Melayan Seperti Kristus,” Liahona, Mei 2018 Ahli-ahli juga boleh kongsikan cerita-cerita lain yang menunjukkan asas ini.
Bagaimana kita boleh mengetahui keperluan orang lain? Jemput setiap ahli untuk buat satu senarai orang-orang yang mereka melayan. Di tepi setiap nama itu, mereka boleh tuliskan jawapan pada soalan “Apakah orang ini perlukan untuk mendekati Kristus?” Sekiranya sesuai, galakkan ahli-ahli untuk menulis tatacara-tatacara setiap orang perlu terima. Jemput ahli-ahli untuk teruskan berfikir tentang soalan ini dan mencari ilham untuk mebantu mereka memenuhi keperluan oran lain.
Tuhan inginkan kita menerima pelayanan daripada orang lain.
Elder Robert D. Hales berkata: “Rancangan injil memerlukan pemberian dan penerimaan. … Individu-individu dalam kesusahan sering berkata: ‘Aku akan lakukan sendiri,’ … ‘Aku boleh jaga diri sendiri.’ Ini pernah dikatakan bahawa tiada seorang yang sangat kaya tidak perlu bantuan orang lain, tiada seorang pun yang sangat miskin yang tidak dapat menjadi berguna kepada orang lain. Kehendakan untuk meminta pertolongan daripada orang lain dengan keyakinan dan menerima pertolongan dengan baik hati haruslah menjadi sebahagian sifat kita” (“We Can’t Do It Alone,” Ensign, Nov. 1975, 91, 93). Mengapa kita kadang-kadang teragak-agak untuk menerima pertolongan daripada orang lain? Bagaimana kerelaan kita untuk menerima pertolongan memberkati mereka yang melayan kita? Berikan ahli-ahli masa untuk merenungkan cara-cara yang mereka menjadi lebih terbuka untuk menerima pelayanan daripada orang lain. Apa yang 1 Korintus12:13–21 mencadangkan tentang kenapa kita perlukan satu sama lain?
Terdapat banyak cara untuk kita melayan orang lain.
Untuk membantu ahli-ahli mempertimbangkan banyak cara kita boleh melayan satu sama lain, anda boleh menjemput mereka untuk mengkaji semula pesanan Elder Jeffery R. Holland “Berada Bersama dan Menguatkan Mereka” (Liahona, Mei 2018, 101–3; lihat juga “Asas-asas Pemeliharaan” pada terbitan-terbitan Liahona yang akan datang). Ahli-ahli boleh dibahagikan ke dalam kumpulan kecil, dan setiap kumpulan boleh fikirkan beberapa senario dimana seseorang perlukan pertolongan. Kemudian mereka boleh bincangkan pelbagai cara orang dapat melayan terhadap keperluan-keperluan rohani dan jasmani para individu dalam senario itu. Minta kumpulan-kumpulan berkongsi idea dan merenungkan adakah sebarang idea yang telah dibincang dapat memberkati orang yang mereka melayan.