Ikutlah Aku 2024
1–7 April: “Diperdamaikan dengan Tuhan melalui Korban Tebusan Kristus.” Yakub 1–4


“1–7 April: ‘Diperdamaikan dengan Tuhan melalui Korban Tebusan Kristus.’ Yakub 1–4,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: Kitab Mormon 2024 (2024)

“1–7 April. Yakub 1–4,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: 2024 (2024)

wanita berlutut di kaki Yesus

Forgiven [Diampuni], oleh Greg K. Digunakan dengan kebenaran. www.GregOlsen.com

1–7 April: Diperdamaikan dengan Tuhan melalui Korban Tebusan Kristus

Yakub 1–4

Bangsa Nefi menganggap Nefi sebagai “pelindung besar” mereka (lihat Yakub 1:10). Dia juga telah melindungi mereka daripada bahaya rohani, memperingatkan mereka tentang dosa dan mendorong mereka untuk datang kepada Kristus. Sekarang, tugas itu jatuh kepada Yakub, yang Nefi telah tahbiskan untuk menjadi imam dan pengajar (lihat Yakub 1:18). Yakub merasakan tanggungjawab untuk memberi amaran dengan berani kepada mereka yang “sedang mula mengerjakan dosa” sementara menghiburkan “jiwa yang terluka” bagi mereka yang telah disakiti oleh dosa orang lain (lihat Yakub 2:5–9). Bagaimana dia akan melakukan kedua-duanya? Dia mengarahkan mereka kepada Yesus Kristus—kerana kedua-dua kumpulan itu memerlukan penyembuhan Juruselamat (lihat Yakub 4). Seperti pesanan Nefi sebelumnya, kesaksian Yakub adalah panggilan untuk “diperdamaikan dengan [Tuhan] melalui korban tebusan Kristus” (Yakub 4:11).

Idea-idea untuk Pembelajaran di Rumah dan di Gereja

Yakub 1:6–8, 15–19; 2:1–11

Saya ada “tugas suruhan daripada Tuhan.”

Bagi Yakub, mengajar firman Tuhan adalah satu “tugas suruhan daripada Tuhan,” jadi dia tekun bekerja untuk “mengembangkan jawatan [dia]” (Yakub 1:17, 19). Apakah maksud frasa yang Yakub gunakan ini kepada anda? Fikirkan tentang fungsi kanta pembesar. Adakah ini memberi anda idea? Semasa anda merenungkan Yakub 1:6–8, 15–19 dan 2:1–11, fikirkan tentang tugasan yang Tuhan mungkin ada untuk anda. Apakah yang anda terilham untuk lakukan untuk “mengembangkan”-nya?

Yakub 2:12–21

“Janganlah biarkan keangkuhan hatimu ini menghancurkan jiwamu!”

Bangsa Nefi ada masalah keangkuhan dan berfokus pada kekayaan (lihat Yakub 2:13), dan itu masalah lazim bagi mereka atau zaman mereka. Bagaimanakah musuh mempromosikan kasih kepada kekayaan hari ini? Selepas membaca Yakub 2:12–21, gambarkan dalam kata-kata anda sendiri bagaimana Tuhan mahu anda melihat kekayaan duniawi. Lagu rohani seperti “Ker’na Kudib’ri Banyak” (Nyanyian Rohani, no. 99) boleh memberikan pandangan tambahan. Apakah yang anda terilham untuk lakukan tentang apa yang anda pelajari?

Yakub 2:22–35; 3:10–12

ikon seminari
Tuhan senang hati dengan kemurnian akhlak.

Semasa anda membaca Yakub 2:22–35; 3:10–12, apakah yang membantu anda fahami mengapa kemurnian akhlak adalah sangat penting bagi Tuhan? Apakah beberapa akibat negatif dari perbuatan tidak bermoral—pada zaman Yakub dan pada zaman kita? Apakah berkat-berkat dari menjalani kehidupan yang murni?

Elder David A. Bednar mengajar bahawa kita hidup “dalam dunia yang semakin mengejek kesucian beranak-pinak” (“We Believe in Being Chaste,” Liahona, Mei 2013, 41–44). Bagaimanakah anda membantu orang lain fahami mengapa anda mematuhi hukum kemurnian akhlak? Tempat yang baik untuk bermula adalah penjelasan berkenaan standard-standard Tuhan tentang perasaan dan hubungan seksual dalam “Tubuh anda adalah kudus” dalam Untuk Kekuatan Remaja: Panduan untuk Membuat Pilihan (muka surat 22–29). Apakah lagi yang anda temui dalam sumber itu yang akan membantu anda menjelaskan mengapa anda mematuhi hukum kemurnian akhlak?

Bagaimanakah standard kemurnian akhlak Tuhan berbeza daripada pesanan lain yang anda jumpa? Apakah berkat-berkat dari menjalani kehidupan yang murni?

Yakub 4

Saya dapat diperdamaikan dengan Tuhan melalui Korban Tebusan Yesus Kristus.

Yakub merayu kepada bangsanya untuk “diperdamaikan dengan [Tuhan] melalui korban tebusan Kristus” (Yakub 4:11). Satu definisi diperdamaikan adalah untuk memulihkan persahabatan atau keharmonian. Semasa anda merenungkan kehidupan anda sendiri, fikirkan tentang masa apabila anda mungkin berasa jauh daripada Bapa Syurgawi. Bagaimanakah Juruselamat membantu anda memulihkan hubungan ini? Apakah nasihat yang anda boleh temui dalam bab ini yang membantu anda berdamai dengan Tuhan? (lihat ayat 4–14).

Apakah pandangan tambahan yang anda peroleh dari Matius 5:23–24? Bagaimanakah Juruselamat boleh membantu anda berdamai dengan Tuhan—dan orang lain?

Lihat juga 2 Nefi 10:24.

Yakub 4:8–18

Saya boleh mengelak kebutaan rohani dengan tertumpu pada Juruselamat.

Semasa Yakub berusaha mengarahkan bangsanya kepada Tuhan sepenuhnya, dia memperingatkan mereka untuk tidak menjadi buta secara rohani dan jangan membenci “firman kejelasan” injil (lihat Yakub 4:13–14). Menurut Yakub 4:8–18, apakah yang kita boleh lakukan untuk mengelak menjadi buta secara rohani?

Apabila Dia mengajar, Juruselamat menggunakan perbandingan kepada kehidupan seharian. Perumpamaan Yesus membantu orang mencari kebenaran rohani dalam pengalaman mereka yang sama. Cuba lakukan perkara yang sama apabila anda mengajar. Contohnya, apabila mengajar Yakub 4:8–18, anda boleh tanya pelajar jika mereka pernah menjalani pemeriksaan mata. Bagaimanakah doktor menilai penglihatan fizikal mereka? Bagaimanakah kita boleh menilai penglihatan rohani kita?

Idea-idea untuk Mengajar Kanak-kanak

Yakub 2:8

Tuhan menyembuhkan jiwa yang terluka.

  • Untuk membantu anak-anak anda memahami bagaimana “jiwa yang terluka” boleh diubati, anda boleh bincangkan bersama bagaimana badan kita cedera dan hal yang membantunya sembuh. Mungkin anak-anak anda boleh bercakap tentang masa mereka cedera dan perkara yang membantu mereka sembuh. Anda juga boleh tunjukkan mereka pembalut atau ubat sebagai sebahagian daripada perbualan ini. Mungkin anda boleh berkongsi bagaimana Juruselamat telah membantu anda ketika roh anda memerlukan penyembuhan.

Yakub 2:17–19

Saya boleh membantu orang lain yang memerlukan apabila saya berkongsi dengan mereka.

  • Sesetengah orang pada zaman Yakub sangat kaya, tetapi mereka tidak mahu berkongsi apa yang mereka ada dengan orang lain. Semasa anda membaca ajaran Yakub kepada mereka dalam Yakub 2:17–19, anda boleh memberi anak-anak anda gambar atau objek untuk dipegang dengan perkataan atau frasa dalam ayat-ayat ini. Anda boleh jelaskan anda sedang berkongsi objek-objek ini dengan mereka; kemudian menjemput mereka untuk berkongsi objek-objek itu dengan anda atau dengan satu sama lain. Bincangkan perasaan anda apabila anda berkongsi. Apakah lagi yang kita boleh kongsi dengan orang lain untuk membantu mereka berasa gembira?

  • Selepas membaca Yakub 2:17 bersama, anak-anak anda boleh namakan beberapa berkat yang Bapa Syurgawi telah kongsi dengan mereka. Mengapakah Dia mahu kita saling berkongsi?

Yakub 4:6, 10–11

Saya dapat menguatkan iman saya kepada Yesus Kristus.

  • Iman Yakub kepada Kristus begitu kuat sehingga ia tidak tergoncang. Untuk mengajar anak-anak bagaimana membina iman seperti itu, anda boleh tanya mereka tentang hal yang kita buat untuk menguatkan tubuh kita. Apakah yang kita boleh lakukan untuk menguatkan iman kita kepada Yesus Kristus? Baca Yakub 4:6 bersama untuk membantu kanak-kanak mencari apa yang Yakub dan bangsanya lakukan untuk menjadikan iman mereka “tak tergoncang.”

  • Satu lagi cara untuk membantu anak-anak anda fahami maksud “tak tergoncang” dalam iman mereka ialah mencari sebatang pokok yang besar dan minta mereka menggoncang dahannya. Selepas itu minta mereka cuba menggoncang pohon. Mengapakah ia lebih susah untuk menggoncang pohon? Apakah frasa dalam Yakub 4:6, 10–11 yang menggambarkan apa yang kita boleh lakukan untuk menjadikan iman kita kepada Yesus Kristus tak tergoncang?

    pokok besar di taman

    Seperti pohon pokok, iman kita kepada Kristus boleh menjadi “tak tergoncang.”

  • Untuk perbandingan lain untuk mengajar anak-anak anda tentang iman yang tak tergoncang kepada Yesus Kristus, lihat “Orang Bijaksana Dan Orang Bodoh” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 132; lihat juga Matius 7:24–27).

    2:24

    Puting Beliung Rohani

    Jangan biarkan puting beliung menyeret anda. Ini adalah hari anda—untuk berdiri teguh sebagai pengikut Tuhan Yesus Kristus.

Yakub menulis pada kepingan-kepingan emas

I Will Send Their Words Forth (Jacob the Teacher) [Aku Akan Mengkhabarkan Kata-kata Mereka (Pengajar Yakub)], oleh Elspeth Caitlin Young