“10–16 Jun: ‘Adakah kamu telah mengalami perubahan yang hebat ini dalam hatimu?’ Alma 5–7,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: Kitab Mormon 2024 (2024)
“10–16 Jun. Alma 5–7,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: 2024 (2024)
10–16 Jun: “Adakah kamu telah mengalami perubahan yang hebat ini dalam hatimu?”
Alma 5–7
Alma tidak tahu tentang pembedahan pemindahan jantung, yang menggantikan jantung yang rosak atau berpenyakit dengan jantung yang sihat. Tetapi dia tahu tentang satu keajaiban “perubahan hati” (Alma 5:26)—di mana Juruselamat memberi kita kehidupan rohani yang baharu, seperti “dilahirkan kembali” (lihat Alma 5:14, 49). Alma dapat lihat perubahan hati ini adalah apa yang banyak bangsa Nefi perlukan. Ada yang kaya dan ada yang miskin, ada yang angkuh dan rendah hati, ada yang menganiaya dan ada yang sengsara disebabkan penganiayaan (lihat Alma 4:6–15). Tetapi mereka semua perlu datang kepada Yesus Kristus untuk disembuhkan—sama seperti kita semua. Sama ada kita hendak mengatasi keangkuhan atau menahan kesengsaraan, pesanan Alma adalah jelas: “Datanglah, dan jangan takut” (Alma 7:15). Benarkan Juruselamat mengubah hati yang keras, berdosa atau yang terluka kepada satu hati yang rendah hati, tulen, dan baru.
Idea-idea untuk Pembelajaran di Rumah dan di Gereja
Saya mesti mengalami—dan terus merasa—perubahan yang hebat dalam hati.
Presiden M. Russell Ballard berkata: “Saya perlu kerap meluangkan masa untuk bertanya diri sendiri, ‘Bagaimana saya sekarang?’ … Sebagai panduan bagi diri saya semasa temu duga peribadi ini, saya suka membaca dan merenungkan perkataan introspektif dalam bab kelima Alma” (“Pulang dan Menerima,” Liahona, Mei 2017, 64).
Pertimbangkan membaca Alma 5:14–33 seolah-olah sedang temu duga diri sendiri dan memeriksa hati anda. Anda boleh catatkan jawapan kepada soalan tersebut. Apakah yang anda pelajari tentang diri anda? Apakah yang anda terilham untuk lakukan sebagai hasil dari temu duga anda?
Lihat juga Dale G. Renlund, “Memelihara Perubahan Besar Hati,” Liahona, Nov. 2009, 97–99.
Saya boleh memperoleh kesaksian saya sendiri tentang Juruselamat dan ajaran-Nya melalui Roh Kudus.
Dalam Alma 5, apabila Alma menjelaskan bagaimana dia memperoleh kesaksiannya tentang Juruselamat, dia tidak menyebut pengalamannya melihat malaikat (lihat Mosia 27:10–17). Bagaimanakah Alma mengetahui kebenaran itu sendiri? Mungkin anda boleh gunakan apa yang anda temui dalam Alma 5:44–51 untuk menulis “resipi” untuk mendapatkan kesaksian tentang Yesus Kristus dan ajaran-Nya. Apakah “bahan-bahan” (kebenaran injil) dan “arahan” (perkara yang kita boleh lakukan untuk mencari kebenaran) yang Alma sertakan? Apakah “bahan-bahan” dan “arahan” yang anda boleh tambahkan pada resipi anda daripada pengalaman anda atau pengalaman lain dalam tulisan suci?
“Aku merasakan bahawa kamu berada di jalan kesolehan.”
Kadangkala kita seperti orang di Zarahemla, yang perlu dipanggil untuk bertaubat (lihat Alma 5:32). Ada masanya kita lebih seperti orang Gideon, yang cuba berjalan “di jalan kesolehan” (Alma 7:19). Apakah yang anda temui dalam pesanan Alma di Gideon (dalam Alma 7) yang serupa dengan apa yang dia katakan di Zarahemla (dalam Alma 5)? Apakah perbezaan yang anda perhatikan? Cari perkara yang Alma ajarkan yang dapat membantu anda kekal “di jalan yang menuntun ke kerajaan Tuhan” (Alma 7:19).
Juruselamat mengambil ke atas diri-Nya dosa, kesakitan dan kesengsaraan saya.
Pernahkah anda rasa bahawa tidak ada sesiapa yang memahami pergelutan dan cabaran anda? Jika ya, kebenaran yang Alma ajarkan boleh membantu. Semasa anda membaca, renungkan apa yang ayat-ayat ini ajarkan tentang tujuan pengorbanan Juruselamat. Anda boleh membuat carta dengan tajuk Apa yang Juruselamat deritai dan Mengapa Dia menderita dan senaraikan apa yang anda temui dalam Alma 7:7–16 (lihat juga Yesaya 53:3–5). Bolehkah anda memikirkan masa tertentu ketika Dia menderita beberapa perkara ini? Berikut adalah beberapa contoh dari tulisan suci: Matius 4:1–13; 26:55–56; 27:39–44; Markus 14:43–46; Lukas 9:58. Bolehkah anda menambahkan ke dalam senarai anda dari ayat-ayat ini?
Adalah satu perkara untuk mempercayai bahawa Juruselamat menderita untuk anda. Tetapi bagaimana penderitaan-Nya membuat perbezaan dalam kehidupan seharian anda? Berikut adalah beberapa tulisan suci yang menunjukkan bagaimana Yesus Kristus dapat membantu atau “menyokong” anda: Enos 1:5–6; Mosia 16:7–8; 21:15; 24:14–15; 3 Nefi 17:6–7; Eter 12:27–29; Ajaran dan Perjanjian 121:7–10. Apakah yang anda pelajari daripada ayat-ayat ini? Apakah beberapa cara lain Dia datang membantu anda? Bilakah anda pernah mengalami bantuan-Nya?
Lagu rohani seperti “‘Ku Memerlukan-Mu Tiap Saat” atau “Dia Hidup Sang Penebusku” (Nyanyian Rohani, no. 36, 53) dapat memperdalam penghargaan anda untuk sokongan Juruselamat. Apakah frasa dalam lagu rohani ini yang menyatakan perasaan anda terhadap Dia?
Idea-idea untuk Mengajar Kanak-kanak
Saya dapat memperoleh kesaksian saya sendiri melalui Roh Kudus.
-
Untuk membantu anak-anak anda belajar untuk mengembangkan kesaksian mereka sendiri, anda boleh tunjukkan mereka gambar berikut dan tanya mereka bagaimana kita membantu anak haiwan membesar. Anda kemudiannya boleh mengaitkan ini dengan menjaga kesaksian kita. Apakah penjagaan yang kesaksian kita perlukan? Bagaimana kita boleh tahu sama ada ia sedang berkembang?
-
Bagaimanakah Alma memperoleh kesaksian yang kuat tentang Yesus Kristus? Anda boleh membaca Alma 5:44–46 dengan anak-anak anda untuk mencari jawapan kepada soalan ini. Mungkin anak-anak anda boleh menulis rancangan untuk melakukan satu perkara minggu ini untuk menguatkan kesaksian mereka.
Juruselamat mengambil ke atas diri-Nya dosa, kesakitan dan kesengsaraan saya.
-
Bagaimana anda boleh membantu anak anda memahami Alma 7:10–13 supaya mereka boleh tahu bahawa Yesus Kristus mengambil berat tentang mereka dan boleh membantu mereka? Mungkin anda boleh minta mereka untuk berkongsi pengalaman ketika mereka sakit atau dalam kesakitan atau ada masalah lain yang membuat mereka sedih. Bagaimanakah orang lain membantu mereka merasa lebih baik? Bersaksi bahawa Juruselamat telah menderita hal-hal itu juga, dan bincangkan tentang masa ketika Dia telah menghibur dan membantu anda.
-
Semasa anda dan anak-anak anda membaca Alma 7:11–13, carilah perkara yang Yesus Kristus deritai untuk kita. Jemput anak anda gunakan perkataan dan frasa yang mereka temui untuk melengkapkan ayat ini: “Yesus menderita supaya Dia boleh membantu saya.” Bagaimanakah ini membantu kita tahu Yesus memahami perjuangan kita? Bagaimanakah kita menerima bantuan-Nya? Kongsi kesaksian anda tentang Yesus Kristus.
Mengikuti Yesus Kristus mengekalkan saya pada jalan lurus untuk kembali kepada Bapa Syurgawi.
-
Minta anak anda melihat cermin semasa anda membaca Alma 5:14 (lihat juga halaman aktiviti minggu ini). Apakah maksud mempunyai rupa Juruselamat pada air muka kita?
-
Bagaimanakah anda boleh gunakan gambaran Alma tentang jalan kembali kepada Bapa Syurgawi untuk membantu anak-anak anda belajar membuat pilihan yang baik? Anda boleh bacakan mereka Alma 7:19–20 dan minta mereka berlakon berjalan di “jalan yang berliku-liku” dan berjalan di jalan yang lurus. Bantu mereka fikirkan pilihan-pilihan yang membantu kita kekal pada jalan dan pilihan lain yang sesatkan kita dari jalan itu. Anda juga boleh melihat gambar-gambar Yesus dan bercakap tentang hal-hal yang Dia lakukan untuk tunjukkan kita jalan kembali kepada Bapa Syurgawi. Lagu seperti “Ku Mau Jadi Seperti Yesus” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 40) boleh memberikan idea.