Ikutlah Aku 2024
27 Mei–2 Jun: “Mereka Dipanggil Umat Tuhan.” Mosia 25–28


“27 Mei–2 Jun: ‘Mereka Dipanggil Umat Tuhan.’ Mosia 25–28,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: Kitab Mormon 2024 (2024)

“27 Mei–2 Jun. Mosia 25–28,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: 2024 (2024)

malaikat muncul kepada Alma dan para putera Mosia

Conversion of Alma the Younger [Penukaran Hati Alma yang Muda], oleh Gary L. Kapp

27 Mei–2 Jun: “Mereka Dipanggil Umat Tuhan”

Mosia 25–28

Selepas hampir tiga generasi di tanah yang berasingan, bangsa Nefi bersatu lagi. Rakyat Limhi, orang Alma, dan orang Mosia—bahkan orang Zarahemla, yang bukan keturunan Nefi—semua “terbilang bersama bangsa Nefi” (Mosia 25:13). Ramai mereka juga ingin menjadi ahli Gereja Tuhan, seperti orang Alma. Jadi, mereka yang “berhasrat mengambil ke atas diri mereka nama Kristus” dibaptiskan, “dan mereka dipanggil umat Tuhan” (Mosia 25:23–24). Setelah bertahun-tahun tentangan dan penawanan, nampaknya bangsa Nefi dapat menikmati satu masa kedamaian.

Tetapi tidak lama kemudian, orang yang tidak percaya mula menganiaya para Orang Suci. Yang lebih menyedihkan adalah banyak orang yang tidak percaya ini adalah anak-anak orang yang percaya—“generasi muda” (Mosia 26:1), termasuk para putera Mosia dan seorang anak lelaki Alma. Laporan ini menceritakan kunjungan malaikat yang menakjubkan. Tetapi mukjizat sebenar cerita ini bukan hanya tentang malaikat yang muncul kepada anak-anak yang sesat. Penukaran hati adalah satu mukjizat yang, dalam satu cara atau yang lain, perlu berlaku dalam diri kita semua.

Idea-idea untuk Pembelajaran di Rumah dan di Gereja

Mosia 26:1–6

Saya boleh membantu orang lain datang kepada Yesus Kristus.

Penukaran hati adalah peribadi—ia tidak boleh diturunkan seperti warisan kepada anak-anak. Semasa anda membaca Mosia 26:1–6, renungkan sebab-sebab “generasi muda” jatuh, dan perhatikan akibat ketidakpercayaan mereka. Anda juga boleh fikir tentang orang yang anda boleh bawa kepada Kristus. Sepanjang kajian anda tentang Mosia 25–28, Roh mungkin membisikkan hal yang anda boleh lakukan untuk bantu mereka mengembangkan iman kepada Yesus Kristus.

Mosia 26:6–39

Hamba-hamba Tuhan yang beriman berusaha untuk mencari kehendak-Nya.

Kadang-kadang kita mungkin berfikir bahawa seorang pemimpin Gereja seperti Alma sentiasa tahu dengan tepat apa yang perlu dilakukan. Dalam Mosia 26 kita membaca tentang masalah dalam Gereja yang Alma tidak pernah hadapi. Apakah Alma lakukan dalam situasi ini? (lihat Mosia 26:13–14, 33–34, 38–39). Apakah yang pengalaman Alma cadangkan tentang bagaimana anda boleh menghadapi masalah yang susah dalam keluarga atau pelayanan Gereja anda?

Apakah yang Tuhan ajarkan kepada Alma dalam Mosia 26:15–32? Perhatikan bahawa beberapa jawapan Tuhan bukanlah jawapan langsung kepada soalan Alma. Apakah yang ini cadangkan tentang doa dan menerima wahyu peribadi?

Asas-asas adalah abadi. Pertimbangkan bagaimana kisah dan ajaran dalam tulisan suci digunakan dalam kehidupan anda. Contohnya, anda boleh bertanya sendiri, “Apakah pengalaman yang saya pernah alami seperti Alma?” atau “Apakah kebenaran yang Alma ajarkan yang boleh membantu saya?”

Mosia 26:15–31

Tuhan dengan bebas mengampuni saya semasa saya bertaubat dan mengampuni orang lain.

Pertaubatan dan pengampunan adalah tema yang berulang dalam Mosia 26–27. Cari perkataan dan frasa yang mengajar tentang pertaubatan dan pengampunan dalam Mosia 26:22–24, 29–31; 27:23–37.

Sesetengah orang mungkin tertanya jika Tuhan benar-benar mengampuni mereka. Bagaimanakah anda membayangkan Alma yang Tua akan menasihati seorang ahli Gereja di Zarahemla yang mempunyai kebimbangan itu? Apakah yang Alma pelajari daripada Tuhan dalam Mosia 26:15–31 yang boleh membantu ahli Gereja ini?? (Lihat juga Moroni 6:8; Ajaran dan Perjanjian 19:16–18; 58:42–43).

Mosia 27:8–37; 28:1–4

ikon seminari
Melalui Yesus Kristus, saya boleh berubah untuk yang lebih baik.

Jelas bahawa Alma yang Muda memerlukan kelahiran semula rohani. Dia dan para putera Mosia adalah “yang paling keji di antara para pendosa” (Mosia 28:4). Tetapi tidak lama selepas penukaran hati dia, Alma bersaksi bahawa penukaran hati adalah penting—untuk semua orang: “Janganlah takjub,” dia berkata, “bahawa seluruh umat manusia… mesti dilahirkan kembali” (Mosia 27:25; penekanan ditambah).

Semasa anda membaca tentang pengalaman Alma dalam Mosia 27:8–37, pertimbangkan untuk meletakkan diri anda dalam kisahnya. Bolehkah anda fikirkan hal tentang diri anda yang perlu untuk diubah? Siapa, seperti bapa Alma, yang mungkin berdoa untuk anda “dengan banyak iman”? Apakah pengalaman yang membantu “meyakinkan [anda] tentang kuasa dan wewenang Tuhan”? (Mosia 27:14). Apakah “hal-hal [besar]” yang Tuhan telah lakukan untuk anda atau keluarga anda yang anda harus “ingat”? (Mosia 27:16). Apakah yang anda pelajari dari kata-kata dan tindakan Alma Yang Muda tentang maksud dilahirkan semula? Apakah contoh-contoh yang anda telah lihat?

Ambil masa untuk mencatat beberapa cara Juruselamat sedang membantu anda berubah—atau dilahirkan semula—walaupun pengalaman anda tidak dramatik atau mengejut seperti Alma. Adakah lagu rohani yang anda boleh nyanyikan atau dengar yang menyatakan perasaan anda, seperti “‘Ku Berdiri Kagum”? (Nyanyian Rohani, no. 82). Siapakah yang mungkin mendapat manfaat dari mendengar pengalaman anda?

Apakah yang perbandingan ini ajarkan anda tentang penukaran hati?

Mosia 27:8–24

Tuhan mendengar doa saya dan akan menjawabnya mengikut kehendak dan masa-Nya.

Mungkin anda pernah berada dalam situasi Alma yang Tua dengan seorang ahli keluarga yang membuat pilihan yang buruk. Apakah yang anda temui dalam Mosia 27:8–24 yang memberi anda harapan? Bagaimanakah ayat-ayat ini boleh mempengaruhi doa anda bagi pihak orang lain?

Idea-idea untuk Mengajar Kanak-kanak

Mosia 26:30–31

Tuhan mahu saya mengampuni.

  • Untuk membantu anak-anak anda tahu apa yang Tuhan ajarkan Alma tentang pengampunan, anda boleh menjemput mereka untuk membaca Mosia 26:29–31 dan mengira berapa kali perkataan “mengampuni” muncul. Apakah yang ayat-ayat ini ajarkan tentang mengampuni orang lain? (Lihat juga “Bapa Kumohon Pertolongan-Mu,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 52.)

  • Untuk menekankan teladan Juruselamat tentang pengampunan, anda boleh tunjukkan gambar Dia di kayu salib dan baca Lukas 23:33–34 bersama. Apakah yang Yesus minta Bapa Syurgawi lakukan untuk orang-orang yang menyalibkan Dia? Selepas perbincangan ini, anak-anak anda boleh lakon peranan saling memaafkan.

  • Kadangkala susah untuk mengampuni diri apabila kita melakukan kesilapan. Bagaimanakah firman Tuhan kepada Alma dapat membantu? Anak-anak anda boleh berpura-pura bercakap dengan seseorang yang fikir Tuhan tidak akan mengampuni mereka. Jemput anak-anak anda untuk mencari sesuatu dalam Mosia 26:22–23, 29–30 yang boleh membantu orang itu.

Mosia 27:8–37

Yesus Kristus membantu saya menjadi seperti Dia.

  • Penukaran hati Alma yang Muda dan para putera Mosia dapat tunjukkan anak-anak anda bahawa, dengan kuasa Juruselamat, sesiapa pun boleh berubah. Anda atau anak-anak anda boleh gunakan lukisan dalam panduan ini, halaman aktiviti minggu ini, dan beberapa ayat suci utama dari Mosia 27:8–37 untuk bercerita (lihat juga “Bab 18: Alma Yang Muda Bertaubat,” dalam Cerita-Cerita Kitab Mormon, 49–52). Berikan penekanan khusus pada ayat 24, untuk mengajar bahawa Alma telah bertaubat dan Yesus Kristus membantu dia berubah. Izinkan anak-anak anda melakonkan cerita itu jika mereka mahu.

Alma yang Muda diangkat ke rumah ayahnya

His Father Rejoiced [Bapanya Bergembira], oleh Walter Rane

Mosia 27:8–24

Saya boleh berdoa dan berpuasa kepada Tuhan untuk memberkati orang yang saya kasihi.

  • Baca bersama Mosia 27:8–24, dan minta anak-anak anda untuk mengenal pasti apa yang Alma dan rakyatnya lakukan untuk membantu Alma yang Muda. Pernahkah anda berpuasa dan berdoa untuk seseorang? Kongsi pengalaman anda dengan anak-anak anda, dan minta mereka berkongsi pengalaman mereka.

  • Adakah anda atau anak-anak anda mengenali seseorang yang memerlukan bantuan Tuhan? Mengikuti teladan Alma, mungkin anda boleh berdoa bersama untuk orang itu dan, jika anak-anak anda mampu, berpuasa untuk mereka juga.

malaikat muncul kepada Alma yang Muda

Ilustrasi seorang malaikat muncul kepada Alma yang Muda, oleh Kevin Keele