Ikutlah Aku 2024
5–11 Ogos: “Rancangan Kebahagiaan yang Besar.” Alma 39–42


“5–11 Ogos: ‘Rancangan Kebahagiaan yang Besar.’ Alma 39–42,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: Kitab Mormon 2024 (2023)

“5–11 Ogos. Alma 39–42,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: 2024 (2023)

Kristus meninggalkan kubur

He Is Risen [Dia Telah Bangkit], oleh Del Parson

5–11 Ogos: “Rancangan Kebahagiaan yang Besar”

Alma 39–42

Apabila seseorang yang kita kasihi telah membuat kesilapan yang serius, mungkin ia sukar untuk kita tahu bagaimana untuk bertindak balas. Bahagian yang membuat Alma 39–42 sangat berharga adalah ia mendedahkan bagaimana Alma—pengikut Kristus yang pernah ada dosa-dosa yang amat berat dan perlu bertaubat—mengatasi situasi seperti itu. Anak lelaki Alma, Korianton telah melakukan dosa seksual, dan Alma, kerana dia telah belajar dalam pelayanannya, mempercayai kuasa ajaran yang benar untuk memberikan anaknya perspektif abadi dan menggalakkan pertaubatan (lihat Alma 4:19; 31:5). Dalam bab ini, kita melihat keberanian Alma dalam mengutuk dosa dan kelembutan dan kasihnya kepada Korianton. Dan akhirnya, kita rasa keyakinan Alma bahawa Juruselamat “akan datang untuk mengambil dosa-dosa dunia [dan] memaklumkan khabar gembira tentang penyelamatan kepada umat-Nya” (Alma 39:15). Hakikat bahawa Korianton akhirnya bertaubat dan kembali ke kerja pelayanan (lihat Alma 49:30) memberi kita harapan untuk pengampunan dan penebusan ketika kita merasa terbeban kerana dosa kita sendiri atau dosa orang yang kita kasihi (lihat Alma 42:29).

Idea-idea untuk Pembelajaran di Rumah dan di Gereja

Alma 39

seminary icon
Saya boleh mengelakkan dosa seksual.

Nasihat Alma kepada anak lelakinya Korianton dalam Alma 39 menyediakan peluang yang baik untuk belajar tentang kesan buruk dari dosa seksual, termasuk pornografi. Mungkin lebih penting, ia juga dapat membantu anda memahami tawaran Juruselamat untuk pengampunan dan penyembuhan kepada orang yang bertaubat. Soalan dan aktiviti ini boleh membantu:

  • Apakah kesilapan yang menyebabkan Korianton melanggar hukum kemurnian akhlak? (lihat Alma 39:2–4, 8–9). Apakah akibat tindakannya? (lihat ayat 5–13). Apakah bukti yang kita ada bahawa Korianton telah bertaubat? (lihat Alma 42:31; 49:30; 48:18). Apakah yang anda pelajari tentang Juruselamat dari pengalaman ini?

  • Baca muka surat 19–20 Untuk Kekuatan Remaja: Panduan untuk Membuat Pilihan. Kemudian tuliskan penjelasan anda sendiri tentang apakah itu pornografi, mengapa ia berbahaya, dan apa yang anda akan lakukan apabila anda menghadapinya. (Lihat juga Matius 5:27–28 dan Ajaran dan Perjanjian 63:16.)

  • Bagaimanakah anda akan menjelaskan kepada seorang kawan mengapa anda pilih untuk mengelak pornografi dan mematuhi hukum kemurnian akhlak? Apakah pandangan yang anda boleh berkongsi dari “Tubuh Anda Adalah Kudus” dalam Untuk Kekuatan Remaja: Panduan Untuk Membuat Pilihan (halaman 22–29)?

Lihat juga Bradley R. Wilcox, “Kelayakan Bukanlah Tanpa Cela,” Liahona, Nov. 2021, 61–67; “Pornografi” dalam koleksi “Bantuan Hidup” Gospel Library.

Alma 40–41

Apakah yang akan berlaku selepas saya meninggal?

Korianton ada beberapa soalan tentang apa yang berlaku selepas kematian. Kebimbangannya membimbing Alma untuk mengajar asas-asas yang ada dalam Alma 40–41. Semasa anda mengkaji, senaraikan kebenaran-kebenaran yang anda temui tentang hal-hal seperti dunia roh, kebangkitan, dan penghakiman. Pertimbangkan untuk membaca bab-bab ini dari perspektif seseorang yang, seperti Korianton, perlu bertaubat—dan itu benar untuk kita semua.

Alma 40

Saya boleh mencari jawapan kepada soalan saya dengan iman kepada Yesus Kristus.

Kadangkala kita mungkin berfikir bahawa para nabi tahu setiap jawapan kepada soalan injil. Tetapi perhatikan soalan-soalan yang belum dijawab yang Alma ada dalam bab 40. Apakah yang dia lakukan untuk mencari jawapan? Apakah yang dia lakukan apabila dia tidak mempunyai jawapan? Bagaimanakah teladan Alma dapat membantu anda?

wanita sedang berdoa

Doa adalah satu cara kita boleh mencari jawapan untuk soalan injil

Alma 42

Korban tebusan Yesus Kristus memungkinkan penebusan.

Korianton percaya hukuman untuk dosa adalah tidak adil (lihat Alma 42:1). Dalam Alma 42, bagaimana Alma menjawab kebimbangannya? Anda boleh mengatur ayat-ayat dalam bab ini dalam dua kumpulan: “Tuhan itu adil” dan “Tuhan penuh belas kasihan.” Bagaimanakah Korban Tebusan Juruselamat memungkinkan keadilan dan belas kasihan?

Lihat juga “Betapa Bijak Pengasih,” Nyanyian Rohani, no. 81.

Idea-idea untuk Mengajar Kanak-kanak

Alma 39:1, 10–11

Teladan baik saya boleh membimbing orang lain kepada Kristus.

  • Nasihat Alma kepada Korianton dapat membantu anak-anak anda memahami kepentingan menjadi contoh yang baik. Pertimbangkan untuk membaca Alma 39:1 bersama. Bagaimanakah saudara lelaki Korianton, Shiblon menjadi contoh yang baik? Anak-anak anda untuk mencari jawapan tambahan untuk soalan ini dalam Alma 38:2–4.

  • Anda juga boleh bermain permainan di mana anda dan anak-anak anda bergilir mengikut atau meniru satu sama lain. Gunakan permainan ini untuk menggambarkan bagaimana tindakan kita dapat membantu orang lain membuat pilihan yang baik. Nyanyi bersama “Ku S’perti Bintang” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 84), dan bantu anak-anak anda fikirkan cara mereka boleh menjadi teladan yang baik.

  • Dengan lampu suluh atau gambar matahari, dan bandingkan cahaya dengan kuasa suatu contoh yang soleh. Anda dan anak-anak anda juga boleh melihat gambar-gambar Yesus berbuat baik dan bercakap tentang contoh yang Dia tetapkan untuk kita.

Alma 39:9–13

Kerana Yesus Kristus, saya boleh bertaubat apabila saya membuat kesilapan.

  • Tanpa memberitahu lanjut tentang dosa-dosanya, jelaskan bahawa Korianton membuat pilihan yang salah. Apakah yang kita boleh katakan untuk membantunya? Pertimbangkan untuk membaca kepada anak-anak Alma 39:9, dan bantu mereka memahami maksud bertaubat dan meninggalkan. Bersaksi bahawa pertaubatan boleh dilakukan melalui Yesus Kristus dan Korban tebusan-Nya.

  • Pelajaran berobjek berikut menggambarkan kebahagiaan pertaubatan: Minta seorang anak pegang sesuatu yang berat semasa anda ceritakan tentang seseorang yang berbuat salah dan merasa tidak baik. Beritahu anak-anak anda bahawa objek itu adalah seperti perasaan bersalah yang kita ada apabila kita membuat kesilapan. Alihkan objek berat itu apabila anda bersaksi bahawa Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus dapat menghapuskan perasaan bersalah dan membantu kita menjadi lebih baik semasa kita bertaubat.

Alma 40:6–7, 11–14, 21–23

Selepas kematian, roh kita pergi ke dunia roh sehingga Kebangkitan dan Penghakiman berlaku.

  • Ia perkara biasa untuk tertanya apa yang berlaku kepada kita selepas kita mati. Apakah yang anda boleh lakukan untuk membantu anak-anak anda mencari jawapan? Anda boleh menulis kematian, dunia roh (firdaus dan penjara roh), kebangkitan, dan penghakiman pada kepingan kertas yang berasingan. Bantu anak-anak anda memahami maksud perkataan ini. Semasa anda membaca bersama Alma 40:6–7, 11–14, 21–23, anak-anak anda boleh susun perkataan dalam urutan di mana ia berlaku dalam ayat-ayat ini.

  • Kanak-kanak yang lebih besar boleh mencari jawapan kepada soalan-soalan dengan menyelidiki Alma 40:6–7, 11–14, 21–23. Pertimbangkan untuk tanya anak-anak anda soalan yang boleh dijawab dalam ayat-ayat ini, seperti “Apakah keadaan tubuh saya apabila saya dibangkitkan?” Jemput mereka untuk mencari jawapan dalam ayat-ayat yang sesuai.

    Maria dan Yesus

    Mary and the Resurrected Lord [Maria dan Tuhan yang Bangkit], oleh Harry Anderson

  • Adakah anak-anak anda tahu seseorang yang telah meninggal? Mungkin anda boleh bercakap secara ringkas tentang orang itu. Kongsi kesaksian anda bahawa suatu hari nanti dia—dan semua orang—akan dibangkitkan kerana Yesus Kristus. Jika diperlukan, gunakan halaman aktiviti minggu ini untuk menjelaskan maksud kebangkitan.

Alma dan Korianton

This My Son [Ini Anakku], oleh Elspeth Caitlin Young