Ikutlah Aku 2024
12–18 Ogos: “Berdiri Teguh dalam Iman kepada Kristus.” Alma 43–52


“12–18 Ogos: ‘Berdiri Teguh dalam Iman kepada Kristus.’ Alma 43–52,” Ikutlah Aku–Untuk Rumah dan Gereja: Kitab Mormon 2024 (2023)

“12–18 Ogos. Alma 43–52,” Ikutlah Aku–Untuk Rumah dan Gereja: 2024 (2023)

Moroni dan panji kemerdekaan

For the Blessings of Liberty [Untuk Berkat Kemerdekaan], oleh Scott M. Snow

12–18 Ogos: “Berdiri Teguh dalam Iman kepada Kristus”

Alma 43–52

Apabila kita baca kata-kata pada permulaan Alma bab 43—”Dan sekarang, aku kembali pada sebuah laporan tentang peperangan antara bangsa Nefi dan bangsa Laman”—kita mungkin tertanya kenapa Mormon masukkan kisah peperangan ini sedangkan ruang pada kepingan-kepingan ini terhad (lihat Kata-kata Mormon 1:5). Ia benar bahawa kita ada peperangan kita pada zaman akhir, tetapi nilai kata-katanya adalah melebihi gambaran strategi dan tragedi perang. Kata-katanya juga mempersiapkan kita untuk perang di mana “kita terpadu” (Nyanyian Rohani, no. 119), perang yang kita perjuangkan setiap hari melawan kuasa kejahatan. Perang ini sangat nyata, dan hasilnya memberi kesan kepada kehidupan abadi kita. Seperti bangsa Nefi, kita diilhami oleh tujuan kudus—”Tuhan kita, agama kita, dan kebebasan, dan kedamaian kita, isteri-isteri kita, dan anak-anak kita”—apa yang Moroni panggil “perjuangan orang Kristian” (Alma 46:12, 16).

Idea-idea untuk Pembelajaran di Rumah dan di Gereja

Alma 43–52

Yesus Kristus dapat membantu saya dengan perjuangan rohani saya.

Semasa anda membaca Alma 43–52, perhatikan apa bangsa Nefi lakukan yang membuat mereka berjaya (atau tidak berjaya). Kemudian renungkan bagaimana anda boleh menggunakan apa yang anda pelajari untuk membantu anda memenangi pertempuran rohani anda. Catatkan tanggapan anda di bawah:

Lihat juga apa yang anda dapat pelajari dari usaha musuh bangsa Nefi. Renungkan bagaimana Setan boleh menyerang anda dengan cara yang sama:

  • Alma 43:8: Zerahemna berusaha membuat bangsanya marah supaya dia dapat berkuasa atas mereka. (Setan boleh menggoda saya untuk bertindak dalam kemarahan.)

  • Alma 43:29:

  • Alma 46:10:

  • Alma 47:10–19:

Lihat juga Russell M. Nelson, “Mendakap Masa Depan dengan Iman,” Liahona, Nov. 2020, 73–76; “Ya Tuhan Benteng yang Teguh,” Nyanyian Rohani, no. 22.

Bangsa Nefi berlawan dengan bangsa Laman

Minerva K. Teichert (1888–1976), Defense of a Nephite City [Pertahanan Kota Bangsa Nefi], 1949–1951, minyak pada masonit, 36 x 48 inci. Muzium Kesenian Brigham Young University, 1969.

Alma 46:11–28; Alma 48:7–17

ikon seminari
“Berdiri teguh dalam iman kepada Kristus.”

Mahukah anda kurangkan kuasa musuh dalam hidup anda? Salah satu cara adalah untuk ikut nasihat dalam Alma 48:17 untuk “menyerupai Moroni.” Pertimbangkan untuk senaraikan perkataan yang menggambarkan Moroni semasa anda membaca Alma 46:11–28; 48:7–17. Apakah yang anda pelajari daripada Moroni tentang “berdiri teguh dalam iman kepada Kristus”? (Alma 46:27).

Anda juga boleh mengkaji bagaimana Moroni mengilhami orang lain dalam “perjuangan orang Kristian” (lihat Alma 46:11–22). Bagaimana anda dapat menggambarkan perjuangan itu? Apa yang anda boleh lakukan untuk terlibat dalamnya? Bagaimanakah anda dapat mengilhami orang lain untuk turut terlibat?

Satu hal yang Moroni lakukan untuk mengilhami orang lain adalah mencipta panji kemerdekaan, yang menekankan asas-asas untuk mengilhami bangsa Nefi (lihat ayat 12). Apakah asas-asas yang pemimpin Gereja kita tekankan pada zaman kita? Anda boleh mencarinya dalam Untuk Kekuatan Remaja : Panduan Untuk Membuat Pilihan (buku kecil, 2022), “Keluarga: Suatu Perisytiharan kepada Dunia,” tema Remaja Puteri dan Kuorum Imamat Harun, atau pesanan persidangan umum baru-baru ini. Anda boleh meringkaskan apa yang diajar kepada beberapa kenyataan mudah untuk mencipta panji kemerdekaan anda sendiri—sesuatu yang mengingatkan anda untuk menjadi setia kepada Juruselamat dan injil-Nya.

Alma 47

Setan menggoda dan menipu sedikit demi sedikit.

Setan tahu anda tidak mahu berbuat dosa besar atau percaya penipuan ketara. Oleh kerana itu, dia menggunakan penipuan yang halus dan godaan yang kecil—sebanyak yang dia fikir anda akan terima—untuk menyesatkan anda dari keselamatan hidup yang soleh.

Cari pola ini dalam Alma 47, dan renungkan bagaimana Setan cuba menipu anda. Pertimbangkan pandangan daripada Elder Robert D. Hales ini:

“Pengkhianat Amalikia mendesak Lehonti untuk ‘turun’ dan bertemu dengannya di lembah. Tetapi apabila Lehonti meninggalkan tanah tinggi, dia diracun ‘secara beransur-ansur’ sehingga dia mati, dan tenteranya jatuh ke tangan Amalikia (lihat Alma 47). Dengan hujah dan tuduhan, sesetengah orang mengumpan kita untuk tinggalkan tanah tinggi. Tanah tinggi adalah di mana cahaya berada. … Ia adalah tempat yang selamat” (“Christian Courage: The Price of Discipleship,” Liahona, Nov. 2008, 74).

Lihat juga Nehemia 6:3; 2 Nefi 26:22; 28:21–22.

Alma 50–51

Perpaduan membawa keselamatan.

Walaupun adanya perlengkapan perang dan kubu bangsa Nefi, bangsa Laman tidak lama kemudian menawan banyak kota mereka (lihat Alma 51:26–27). Bagaimana ia berlaku? Cari jawapan semasa anda membaca bab ini (lihat terutamanya Alma 51:1–12). Renungkan apakah amaran yang laporan ini ada untuk anda dan keluarga anda.

Idea-idea untuk Mengajar Kanak-kanak

Alma 43:17–21; 48:7–8; 49:1–5; 50:1–6

Saya dapat mencari perlindungan rohani dalam injil Yesus Kristus.

  • Pertimbangkan untuk menggunakan “Bab 31: Panglima Moroni Melawan Zerahemna” (Cerita-cerita Kitab Mormon, 85–88) untuk ceritakan anak-anak anda tentang peperangan antara bangsa Nefi dan bangsa Laman. Semasa anda membaca tentang perlengkapan perang bangsa Nefi dalam Alma 43:19, anda boleh bandingkan perlengkapan perang yang melindungi tubuh kita dengan hal-hal yang Tuhan telah berikan untuk melindungi roh kita. Mungkin anda dan anak-anak anda boleh melukis gambar seorang kanak-kanak dan menambahkan satu perlengkapan perang pada lukisan untuk semua yang anak anda dapat namakan yang melindungi kita secara rohani.

  • Ayat-ayat ini menggambarkan kubu-kubu yang bangsa Nefi bina: Alma 48:7–9; 49:1–9; 50:1–6. Selepas membaca ayat-ayat ini bersama, anak-anak anda boleh membina kubu dari kerusi dan selimut.

Alma 46:11–16; 48:11–13, 16–17

Saya boleh “teguh dalam iman kepada Kristus” seperti Panglima Moroni.

  • Anak-anak anda boleh melihat gambar-gambar dalam panduan ini untuk menceritakan tentang panji kemerdekaan (lihat Alma 46:11–16; “Bab 32: Panglima Moroni dan Panji Kemerdekaan,” Cerita-cerita Kitab Mormon, 89–90). Apakah yang Moroni mahu bangsa Nefi ingat? (lihat ayat 12). Mengapakah Bapa Syurgawi mahu kita ingat? Anak-anak anda boleh reka “panji kemerdekaan” mereka sendiri dengan frasa atau gambar yang akan membantu mereka mengingati hal-hal ini.

  • Untuk mengajar anak-anak anda tentang menjadi “teguh dalam iman kepada Kristus” seperti Moroni (lihat Alma 48:13), anda boleh bantu mereka mencari dan menyentuh sesuatu yang teguh. Apakah maksud iman hendaklah “teguh”? Baca bersama Alma 48:11–12 untuk tahu apa yang menjadikan Moroni teguh dalam imannya kepada Kristus. Anda boleh menyanyi bersama lagu seperti “Aku Akan Jadi Pemberani” (Buku Nyanyian Anak-anak, 85). Apakah yang kita boleh buat untuk menjadi “teguh dalam iman kepada Kristus”?

Alma 47:4–19

Setan menggoda dan memperdaya kita sedikit demi sedikit.

Baca bersama ayat-ayat terpilih dari Alma 47:4–19. Apakah yang akan terjadi jika Amalikia beritahu Lehonti apa rancangannya dari awal? Apakah yang ayat-ayat ini ajarkan kita tentang bagaimana Setan cuba memperdaya kita?

Bantu anak-anak anda membina keyakinan. Sesetengah kanak-kanak mungkin tidak merasa mampu untuk belajar injil dengan sendiri. Satu cara untuk membina keyakinan mereka adalah memuji mereka apabila mereka terlibat dalam pelajaran. Di manakah anda boleh menggunakan cadangan ini dengan aktiviti-aktiviti dalam panduan ini?

Moroni memegang panji kemerdekaan

Title of Liberty [Panji Kemerdekaan], oleh Larry Conrad Winborg.

© 2018 oleh Larry Conrad Winborg