Ikutlah Aku 2024
26 Ogos–1 September: “Batu Penebus Kita.” Helaman 1–6


“26 Ogos–1 September: ‘Batu Penebus Kita.’ Helaman 1–6,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: Kitab Mormon 2024 (2023)

“26 Ogos–1 September. Helaman 1–6,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: 2024 (2023)

ombak pada batu

26 Ogos–1 September: “Batu Penebus Kita”

Helaman 1–6

Kitab Helaman mencatatkan kemenangan dan tragedi di antara bangsa Nefi dan bangsa Laman. Ia bermula dengan “suatu masalah yang serius di kalangan Bangsa Nefi” (Helaman 1:1), dan masalah terus datang sepanjang catatan itu. Di sini kita membaca tentang tipu helah politik, kumpulan perompak, penolakan para nabi, dan keangkuhan dan ketidakpercayaan di seluruh negeri. Tetapi kita juga temui contoh seperti Nefi dan Lehi dan “golongan rakyat yang lebih rendah hati,” yang bukan sahaja terselamat tetapi berkembang secara rohani (Helaman 3:34). Bagaimanakah mereka melakukan itu? Bagaimanakah mereka kekal kuat ketika tamadun mereka mula merosot dan jatuh? Cara yang sama setiap kita kekal kuat dalam “angin yang kuat” yang iblis hantar untuk “melanda ke atas [kita]”—dengan membina hidup kita “di atas batu Penebus kita, iaitu Kristus, Putera Tuhan , … landasan yang mana jika manusia dibangunkan di atasnya mereka tidak dapat jatuh” (Helaman 5:12).

Idea-idea untuk Pembelajaran di Rumah dan di Gereja

Helaman 1–6

Keangkuhan memisahkan saya daripada Roh dan kekuatan Tuhan.

Semasa anda membaca Helaman 1–6, anda mungkin melihat pola dalam kelakuan bangsa Nefi. Apabila mereka soleh, Tuhan memberkati mereka, dan mereka makmur. Selepas suatu tempoh, mereka menjadi angkuh dan jahat, membuat pilihan yang membawa kepada kemusnahan dan penderitaan. Kemudian mereka merendahkan hati dan diilhami untuk bertaubat, dan Tuhan memberkati mereka sekali lagi. Pola ini sering kali berulang sehingga sesetengah orang memanggilnya “kitaran keangkuhan.”

kitaran keangkuhan

“Kitaran keangkuhan”

Cari contoh kitaran ini semasa anda membaca Helaman 1–6. Berikut adalah beberapa soalan untuk membantu anda memahami pola ini:

  • Apakah bukti keangkuhan yang anda lihat di kalangan bangsa Nefi? (Lihat, contohnya, Helaman 3:33–34; 4:11–13). Adakah anda melihat bukti serupa dalam diri anda?

  • Apakah akibat keangkuhan dan kejahatan? (lihat Helaman 4:23–26). Apakah akibat kerendahan hati dan pertaubatan? (lihat Helaman 3:27–30, 35; 4:14–16).

  • Apakah hal-hal yang Helaman mahu anak-anaknya ingat? (lihat Helaman 5:4–12). Dalam cara apakah mengingati kebenaran ini membantu anda mengelak menjadi angkuh?

Helaman 3:24–35

Iman kepada Kristus memenuhi jiwa saya dengan kebahagiaan.

Dalam Helaman 3, Mormon menggambarkan masa bersukacita apabila Gereja begitu diberkati sehingga para pemimpin terkejut. Berdasarkan apa yang anda baca dalam ayat 24–32, apakah yang anda fikir membawa kepada keadaan yang menggembirakan itu? Walaupun tidak semua ahli meneruskan kebahagiaan itu. Perhatikan perbezaan antara orang yang digambarkan dalam ayat 33–35. Apakah yang anda pelajari dari teladan mereka?

Cari aplikasi peribadi. Nabi Mormon menggunakan frasa “demikianlah kita melihat” untuk menekankan kebenaran penting semasa dia meringkaskan Kitab Mormon. Contohnya, apakah yang dia mahu kita lihat dalam Helaman 3:27–30? Semasa anda mengkaji tulisan suci, anda boleh berhenti sekali-sekala untuk melengkapkan frasa “dan demikianlah kita melihat” mengenai apa yang anda telah baca.

Helaman 5:6–7

Saya boleh menghormati nama Juruselamat.

Membaca Helaman 5:6–7 boleh mengilhami anda untuk mempertimbangkan nama-nama yang anda telah diberikan, termasuk nama keluarga. Apakah makna nama-nama ini untuk anda? Bagaimanakah anda menghormatinya? Lebih penting lagi, pertimbangkan maksud membawa nama Juruselamat (lihat Moroni 4:3). Bagaimanakah anda menghormati nama kudus itu?

Helaman 5:12–52

seminary icon
Jika saya menjadikan Yesus Kristus sebagai landasan saya, saya tidak akan jatuh.

Apakah maksud “membina landasanmu” di atas “batu Penebus kita”? (Helaman 5:12). Bagaimanakah anda telah temui keselamatan dari ribut kehidupan dalam Yesus Kristus? Semasa anda membaca Helaman 5:12–52, kenal pasti bagaimana Nefi dan Lehi diberkati kerana membina iman mereka pada batu Penebus mereka.

Sesetengah orang mendapati ia berguna untuk membayangkan apa yang mereka sedang pelajari. Untuk menggambar Helaman 5:12, anda boleh membina struktur kecil pada pelbagai landasan. Kemudian anda boleh mencipta “badai yang kuat” dengan menyemburkan air padanya dan menggunakan kipas untuk menghasilkan angin. Apakah yang pandangan ini berikan anda tentang membina landasan anda pada Yesus Kristus?

Ayat 50 menyebut “hebatnya bukti-bukti” yang bangsa Laman terima. Membaca Helaman 5:12–52 boleh membawa ke dalam minda anda bukti-bukti yang Tuhan telah berikan kepada anda. Contohnya, mungkin “bisikan” dari Roh telah menguatkan iman anda kepada Juruselamat (Helaman 5:30, lihat juga Ajaran dan Perjanjian 88:66). Atau mungkin anda pernah berada dalam kegelapan dan berseru kepada Tuhan untuk iman yang lebih besar (lihat Helaman 5:40–47). Apakah pengalaman lain yang telah membantu anda membina landasan anda pada Yesus Kristus?

Lihat juga Russell M. Nelson, “Bait Suci dan Landasan Rohani Anda,” Liahona, Nov. 2021, 93–96; Sean Douglas, “Menghadapi Taufan Rohani Kita dengan Mempercayai Kristus,” Liahona, Nov. 2021, 109–11.

Idea-idea untuk Mengajar Kanak-kanak

Helaman 3:24, 33–34; 4:11–15

Bapa Syurgawi mahu saya merendahkan hati.

  • Pertimbangkan untuk menjemput anak-anak anda untuk melukis versi “kitaran keangkuhan” mereka sendiri berdasarkan gambar rajah di atas. Kemudian, semasa anda membaca bersama Helaman 3:24, 33–34 dan 4:11–15, mereka boleh tunjuk bahagian kitaran yang digambarkan dalam ayat-ayat ini. Bagaimanakah kita boleh pilih untuk merendahkan hati—dan kekal seperti itu?

Helaman 5:12

Saya akan membina landasan saya pada Yesus Kristus.

  • Pertimbangkan menggunakan gambar bait suci untuk memulakan perbualan tentang mengapa bangunan memerlukan landasan yang kukuh. Atau anda boleh melihat landasan bangunan rumah atau Gereja anda. Untuk menekankan kekuatan landasan yang kukuh, anak-anak anda boleh cuba menggerakkan batu dengan meniupnya. Semasa anda membaca bersama Helaman 5:12, tanya anak-anak anda mengapa Yesus Kristus adalah “landasan yang kukuh” untuk kehidupan kita. Bagaimanakah kita boleh membina kehidupan kita pada-Nya? (lihat Helaman 3:27–29, 35 dan Fasal-Fasal Kepercayaan 1:4).

  • Jemput anak-anak anda untuk membina menara menggunakan blok atau bahan lain pada pelbagai landasan (seperti bola kapas atau batu rata). Bagaimanakah landasan yang kukuh itu seperti Yesus Kristus? Mereka boleh menambahkan satu blok pada struktur bagi setiap idea yang mereka kongsi tentang apa yang mereka boleh lakukan untuk mengikuti-Nya.

Helaman 5:21–52

Roh Kudus berbisik dengan suara yang tenang, lembut.

  • Suara yang digambarkan dalam Helaman 5:29–30, 45–47 mengajar kita satu cara Roh Kudus berbicara kepada kita. Untuk membantu anak-anak anda memahami kebenaran ini, pertimbangkan untuk membaca “Bab 37: Nefi dan Lehi dalam Penjara” (Cerita-cerita Kitab Mormon, 99–102). Apabila anda bercakap tentang suara yang orang Laman dengar, bercakap dengan suara lembut. Ulangi cerita itu beberapa kali, dan jemput kanak-kanak untuk berbisik dengan anda. Bantu mereka fikirkan cara lain Roh Kudus boleh berbicara kepada kita. Untuk mengukuhkan asas ini, anda boleh nyanyikan bersama “Suara Yang Lembut” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 56).

Helaman 5:20–52

Pertaubatan menggantikan kegelapan rohani dengan cahaya.

  • Untuk tekankan apa yang Helaman 5:20–41 ajarkan tentang kegelapan dan cahaya, cuba membaca atau meringkaskan ayat-ayat ini dalam gelap, menggunakan cahaya lampu suluh. Anak-anak anda boleh mendengar apa yang orang perlu lakukan supaya kegelapan akan dialihkan. Kemudian pasangkan lampu, dan baca ayat 42–48 bersama. Apakah yang ayat-ayat ini ajarkan tentang pertaubatan?

Nefi dan Lehi dalam penjara

Bahkan di dalam penjara, Nefi dan Lehi dilindungi oleh kuasa Tuhan.

© The Book of Mormon for Young Readers, Nephi and Lehi Encircled by a Pillar of Fire [[Nefi dan Lehi Dikelilingi oleh Tiang Api], oleh Briana Shawcroft; tidak boleh di salin.