Ikutlah Aku
Lampiran B: “Kebenaran yang Jelas dan Berharga”


“Lampiran B: ‘Kebenaran yang Jelas dan Berharga’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Kitab Mormon 2020 (2020)

“Lampiran B,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2020

Lampiran B

“Kebenaran yang Jelas dan Berharga”

Kitab Mormon disediakan untuk datang pada hari-hari terakhir, pada masa kekeliruan tentang ajaran, atau kebenaran abadi Tuhan. Sebahagian dari tujuan ilahi buku itu, seperti yang dilihat oleh Nefi, untuk “mengesahkan kebenaran [Alkitab],” untuk “menyatakan perkara yang jelas dan berharga” yang telah hilang selama berabad-abad, dan untuk “menyatakan kepada semua kaum, bahasa, dan bangsa, bahawa Anak Domba Tuhan ialah Putera Bapa yang Abadi, dan Juruselamat dunia” (1 Nefi 13:40).

Kitab Mormon mengungkapkan kebenaran abadi yang hilang semasa Kemurtadan dan menambah kesaksian kedua, menjelaskan banyak kebenaran yang diajar dalam Alkitab. Berikut adalah beberapa kebenaran itu. Cari kebenaran yang jelas dan berharga ini dan yang lain ketika anda mengkaji Kitab Mormon.

Kesatuan Ketuhanan

  • Bapa Syurgawi, Yesus Kristus, dan Roh Kudus adalah makhluk yang berasingan tetapi satu dalam tujuan (lihat 3 Nefi 11:32, 36).

  • Juruselamat yang telah dibangkitkan mempunyai tubuh yang nyata (lihat 3 Nefi 11:10–17).

Tulisan suci tambahan mengenai Kesatuan Ketuhanan: 2 Nefi 31:6–8; Eter 12:41

Korban tebusan Yesus Kristus

  • Yesus Kristus menderita bagi dosa dan kesengsaraan kita supaya Dia tahu bagaimana untuk membantu kita (lihat Alma 7:11–13).

  • Kita boleh menjadi sempurna melalui rahmat Yesus Kristus (lihat Moroni 10:32–33).

Tulisan suci tambahan mengenai Korban tebusan Juruselamat: 1 Nefi 10:6; 2 Nefi 2:6–9; Yakub 4:11–12; Mosia 3:1–19; Alma 34:8–16

Rancangan Keselamatan

  • Kejatuhan Adam dan Hawa adalah bahagian penting daripada rancangan Bapa Syurgawi (lihat 2 Nefi 2:22–27).

  • Pertentangan diperlukan bagi kita untuk dapat menggunakan hak pilihan (lihat 2 Nefi 2:11–16).

  • Kita akan dihakimi menurut perbuatan kita dan hasrat hati kita (lihat Alma 41:3–7).

  • “Tasik api dan belerang,” adalah lambang kepedihan orang yang tidak bertaubat (lihat 2 Nefi 9:16–19; Mosia 3:24–27).

Tulisan suci tambahan mengenai rancangan keselamatan: 2 Nefi 9:11–26; Alma 22:12–14; 34:31–35; 42:1–26

Kemurtadan dan Pemulihan

Tulisan suci tambahan mengenai Kemurtadan: 1 Nefi 13:1–9, 24–29; 2 Nefi 27–28

Tulisan suci tambahan mengenai Pemulihan 1 Nefi 14:7–12; 22:7–11; 2 Nefi 3:7–24; 25:17–18

Nabi dan Wahyu

Tulisan suci tambahan mengenai nabi: 1 Nefi 22:1–2; Mosia 8:16–18; Helaman 13:24–33

Tulisan suci tambahan mengenai wahyu: Yakub 4:8; Alma 12:9–11; 17:2–3; Moroni 10:5

Imamat

  • Pemegang imamat dipanggil dan dipersiapkan dari pengasasan dunia (lihat Alma 13:1–3).

  • Seseorang mesti menerima hak kuasa daripada Tuhan untuk mengkhutbahkan injil (lihat Mosia 23:17).

Tulisan suci tambahan mengenai imamat: Mosia 18:17–20; Alma 13; Helaman 10:7

Tatacara dan Perjanjian

Tulisan suci tambahan mengenai tatacara: Mosia 18:8–17; 21:33–35; Alma 13:16; 3 Nefi 18:1–11; Moroni 2–6; 8:4–26

Tulisan suci tambahan mengenai perjanjian: 2 Nefi 11:5; Mosia 5:1–9; Alma 24:17–18

Perkahwinan dan Keluarga

  • Suami dan isteri harus saling mengasihi (lihat Yakub 3:5–7).

  • Ibu bapa harus membesarkan anak-anak mereka kepada Tuhan (lihat 1 Nefi 7:1).

Tulisan suci tambahan mengenai perkahwinan dan keluarga: 1 Nefi 1:1; 2 Nefi 25:26; Yakub 2:23–28; Enos 1:1; Mosia 4:14–15; 3 Nefi 18:21

Perintah-perintah

  • Tuhan akan menyediakan jalan bagi kita untuk mencapai perintah-perintah-Nya (lihat 1 Nefi 3:7).

  • Tuhan berjanji untuk memberkati kita jika kita mematuhi perintah-Nya (lihat Mosia 2:22–24).

Tulisan suci tambahan mengenai perintah-perintah: 1 Nefi 17:3; 22:30–31; Alma 37:13, 35; 50:20