Ikutlah Aku
Lampiran C: Tiga Saksi


“Lampiran C: Tiga Saksi” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Kitab Mormon 2020 (2020)

“Lampiran C,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga 2020

Lampiran C

Tiga Saksi

Selama lebih dari lima tahun—dari masa kunjungan pertama malaikat Moroni kepada Joseph Smith hingga 1829—Joseph adalah satu-satunya orang yang dibenarkan untuk melihat kepingan-kepingan emas. Ini membawa kepada kritikan dan penganiayaan kuat daripada mereka yang mempercayai dia menipu orang ramai. Jadi bayangkan kegembiraan Joseph merasa, ketika dia menterjemahkan Kitab Mormon, dia pelajari bahawa Tuhan akan membenarkan orang lain melihat kepingan-kepingan dan bahawa mereka juga akan “bersaksi tentang kebenaran kitab itu dan apa yang di dalamnya” (2 Nefi 27:12–14; lihat juga 2 Nefi 11:3; Eter 5:2–4).

Pada bulan Jun 1829, Oliver Cowdery, David Whitmer, dan Martin Harris meminta kebenaran untuk menjadi tiga saksi di mana Kitab Mormon bernubuat. Tuhan menunaikan mereka permintaan mereka (lihat A&P 17) dan menghantar seorang malaikat, yang menunjukkan kepada mereka kepingan-kepingan tersebut. Lelaki-lelaki ini dikenali sebagai Tiga Saksi, dan kesaksian mereka yang ditulis dimasukkan dalam setiap salinan Kitab Mormon.1

Presiden Dallin H. Oaks menjelaskan mengapa kesaksian Tiga Saksi sangat menarik: “Kesaksian Tiga Saksi kepada Kitab Mormon berdiri dengan sangat kuat. Setiap tiga saksi ini memiliki alasan dan kesempatan mencukupi untuk menolak kesaksiannya sekiranya terdapat kepalsuan, atau untuk berdalih tentang kandungan sekiranya tidak tepat. Seperti yang dikenali, kerana pertentangan pendapat atau iri hati yang melibatkan pemimpin Gereja yang lain, setiap satu dari tiga saksi ini disingkirkan dari Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir kira-kira lapan tahun selepas memberitakan kesaksian mereka. Ketiga-tiganya mengambil hala tuju berasingan, dengan tidak memiliki minat sama untuk menyokong sebarang pakatan sulit. Namun sehingga ke akhir kehidupan mereka—jangka masa dari 12 hingga 50 tahun setelah penyingkiran mereka—tidak seorang pun saksi-saksi ini menarik dari kesaksiannya yang telah diberitakan atau mengatakan sebarang yang menutupi kebenarannya.”2

Sehingga akhir kehidupan mereka, Tiga Saksi teguh dalam kesetiaan mereka terhadap kesaksian mereka tentang Kitab Mormon.

Oliver Cowdery

Selepas dibaptiskan semula ke Gereja dan sejurus sebelum kematiannya, Oliver dikunjungi seorang penginjil, Elder Jacob Gates, yang sedang melalui Richmond, Missouri, dalam perjalanan untuk melayani misi di England. Elder Gates bertanya kepada Oliver mengenai kesaksiannya tentang Kitab Mormon. Anak lelaki Elder Gates menceritakan reaksi Oliver:

“Dengan bertanya soalan kepadanya seolah-olah telah menyentuh Oliver dengan sangat dalam. Dia tidak menjawab apa pun, tetapi dia bangkit dari kerusinya, pergi ke rak buku, mengambil edisi pertama Kitab Mormon, membuka halaman kesaksian Tiga Saksi, dan membaca dengan cara yang paling khusyuk kata-kata di mana dia telah menuliskan namanya, hampir dua puluh tahun sebelum ini. Menghadapi ayah saya, dia berkata: ‘Jacob, saya mahu kamu mengingati apa yang saya katakan kepada kamu. Saya seorang lelaki yang hampir mati, dan apakah manfaatnya kepada saya untuk menipu kamu? Saya tahu,’ katanya, ‘bahawa Kitab Mormon ini diterjemahkan oleh kurnia dan kuasa Tuhan. Mata saya melihat, telinga saya mendengar, dan pemahaman saya tersentuh, dan saya tahu bahawa apa yang saya bersaksi adalah benar. Ia bukan sebuah mimpi, bukan imaginasi fikiran yang sia-sia—ia adalah benar.’”3

David Whitmer

Dalam bertahun-tahun kemudian, David Whitmer menyedari terdapat khabar angin bahawa dia telah menafikan kesaksiannya tentang Kitab Mormon. Sebagai tindak balas terhadap tuduhan-tuduhan ini, David mengesahkan kesaksiannya dalam surat yang beritakan dalam akhbar tempatan, Richmond Conservator:

“Supaya dunia boleh mengetahui kebenaran, saya berharap sekarang, berdiri, seperti dahulu, di matahari terbenam kehidupan, dan dalam ketakutan kepada Tuhan sekali untuk semua, untuk membuat kenyataan umum ini:

“Bahawa saya tidak pernah pada bila-bila masa menafikan kesaksian itu, atau mana-mana bahagiannya, yang telah lama diberitakan dengan Kitab itu, sebagai salah satu daripada tiga saksi. Mereka yang sangat mengenali saya, tahu bahawa saya sentiasa berpegang teguh kepada kesaksian itu. Dan supaya tidak ada seorang pun yang dapat menyesatkan atau meragui pandangan saya sekarang dalam hal yang sama, saya sekali lagi mengesahkan kebenaran semua pernyataan saya, seperti yang dibuat dan diberitakan.

“Sesiapa yang mempunyai telinga untuk mendengar, biarlah dia mendengar,’ ia bukan pendayaan! Apa yang telah ditulis telah tertulis—dan sesiapa yang membacanya hendaklah dia memahami.”4

Martin Harris

Seperti Oliver Cowdery, Martin Harris meninggalkan Gereja untuk beberapa lama tetapi akhirnya dibaptiskan semula. Pada beberapa tahun kemudian, dia diketahui sering membawa salinan Kitab Mormon di bawah lengannya dan memberi kesaksian tentang kebenarannya kepada semua yang mahu mendengar: “Saya tahu Kitab Mormon adalah benar. Dan walaupun semua manusia harus menafikan kebenaran buku itu, saya tidak berani melakukannya. Hati saya sudah tetap. Ya Tuhan, hatiku sudah tetap! Saya tahu ini dengan pasti.”5

George Godfrey, seorang kenalan Martin, menulis: “Beberapa jam sebelum kematiannya … Saya bertanya [Martin] jika dia tidak merasakan bahawa ada unsur sekurang-kurangnya, kepalsuan dan penipuan dalam perkara yang ditulis dan diberitahu tentang kedatangan Kitab Mormon, dan dia menjawab seperti yang selalu dilakukannya … dan berkata: ‘Kitab Mormon bukan palsu. Saya tahu tentang apa yang saya tahu. Saya telah melihat apa yang saya lihat dan saya telah mendengar apa yang saya dengar. Saya telah melihat kepingan-kepingan emas di mana Kitab Mormon dituliskan. Seorang malaikat menampakkan diri kepada saya dan yang lain dan memberi kesaksian tentang kebenaran catatan itu, dan kalau saya telah bersedia untuk bersumpah palsu kepada kesaksian yang saya terima sekarang saya mungkin seorang lelaki kaya, tetapi saya tidak dapat memberi kesaksian selain dari yang saya telah lakukan dan kini sedang lakukan kerana perkara-perkara ini adalah benar.’”6

“Seramai Saksi seperti yang Nampaknya Baik bagi-Nya”

Kesaksian daripada Tiga Saksi sangat mengagumkan terutamanya pengalaman mereka di dalam dan di luar Gereja.7 Melalui semua itu, Oliver, David, dan Martin tidak pernah berhenti memberi kesaksian tentang apa yang mereka telah alami dan memberi kesaksian bahawa Kitab Mormon diterjemahkan oleh kurnia dan kuasa Tuhan. Dan mereka bukan satu-satunya.

Pada masa purba, Nefi mengisytiharkan, “Tuhan Raja akan terus menampilkan perkataan-perkataan kitab itu; dan melalui mulut seramai saksi seperti yang nampaknya baik bagi-Nya akanlah Dia tegakkan firman-Nya” (2 Nefi 27:14). Tambahan kepada Nabi Joseph Smith dan Tiga Saksi, Tuhan juga memilih lapan saksi yang lain untuk melihat kepingan-kepingan. Kesaksian mereka juga termasuk dalam setiap salinan Kitab Mormon. Seperti Oliver, David, dan Martin, Lapan Saksi kekal benar terhadap kesaksian mereka tentang Kitab Mormon dan saksi mereka tentang kepingan-kepingan emas itu.

William E. McLellin adalah penganut baru yang awal kepada Gereja yang mengenali banyak saksi Kitab Mormon secara peribadi. William akhirnya meninggalkan Gereja, tetapi dia terus terpengaruh dengan sangat dalam oleh kesaksian yang dia telah dengar daripada saksi-saksi.

“Sekarang saya akan bertanya,” tulis McLellin menjelang akhir kehidupannya, “apakah yang saya akan lakukan dengan sekumpulan saksi-saksi yang setia seperti itu, yang memberikan kesaksian yang rasional dan namun khusyuk? Pada puncak kehidupan orang-orang in, mereka melihat penglihatan malaikat, dan memberikan kesaksian mereka kepada semua orang. Dan lapan orang melihat kepingan-kepingan itu, dan memegangnya. Oleh itu, semua orang ini tahu perkara yang diisytiharkan oleh mereka adalah benar. Dan juga ketika mereka masih muda, dan sekarang ketika mereka sudah tua, mereka juga mengisytiharkan perkara yang sama.”8

Walaupun kita belum melihat kepingan-kepingan emas seperti yang Tiga Saksi ini, kita mendapat kekuatan daripada kesaksian mereka. Walaupun reputasi mereka dicabar dan keselamatan dan nyawa mereka terancam kerana kesaksian mereka, orang-orang yang mempunyai kesempurnaan akhlak ini dengan berani kekal setia kepada saksi mereka hingga ke akhirnya.

  1. Baca tentang pengalaman mereka dalam Saints: The Story of the Church of Jesus Christ in the Latter Days, vol. 1, The Standard of Truth, 1815–1846 (2018), 73–75.

  2. Dallin H. Oaks, “The Witness: Martin Harris,” Ensign, Mei 1999, 36.

  3. Jacob F. Gates, “Testimony of Jacob Gates,” Improvement Era, Mac 1912, 418–19.

  4. Dalam Lyndon W. Cook, ed., David Whitmer Interviews: A Restoration Witness (1991), 79.

  5. Dalam Mitchell K. Schaefer, “The Testimony of Men: William E. McLellin and the Book of Mormon Witnesses,” BYU Studies, vol. 50, no. 1 (2011), 108; huruf besar dipiawaikan.

  6. George Godfrey, “Testimony of Martin Harris” (manuskrip tidak diterbit), dipetik dalam Eldin Ricks, The Case of the Book of Mormon Witnesses (1961), 65–66.

  7. Sebagai contoh, lihat Saints, 1:182–83.

  8. Dalam Schaefer, “Testimony of Men,” 110.